Translate

Saturday 18 April 2009

PEMIMPIN PAS BEREBUT HARTA GHANIMAH

1. Nampaknya para pemimpin dan penyokong PAS di seluruh negara sekarang ni sedang sibuk mencaturkan politik masing-masing menjelang Muktamar PAS yang akan diadakan pada bulan JUN nanti. Maklumlah dulu PAS hanya ada sebuah negeri sahaja iaitu Kelantan. Tetapi, bila dah terbukti Pakatan mereka bersama PKR dan DAP dah nampak hasilnya di Kedah, P.PInang, Perak dan Selangor, maka mulalah muncul ramai pemimpin-pemimpin mee segera dan juga pro liberal yang mengatakan bahawa golongan 'ustaz' dan tak relevan lagi dalam PAS.

2. Mereka mula mengatakan bahawa Tuan Guru Hj Hadi Awang dan juga timbalannya Nasaruddin Mat Isa tidak pandai untuk memimpin parti. Mereka dikatakan lemah dan tidak berkeupayaan untuk menjadi pemimpin negara jika ditakdirkan Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13 nanti bagi membentuk kerajaan di peringkat pusat.

3. Alamak, apasal pulak PAS sekarang ni. Bukankah selama ini Hadi Awang dan regunya nasaruddin Mat Isa yang telah berjaya membawa gelombang rakyat bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk menjatuhkan BN di empat buah negeri(Kedah, Penang, Perak dan Selangor ). Nik Aziz hanya duduk berkampung dan mempertahankan Negeri Kelantan saja, dan tak berkembang ke mana-mana. Takkanlah dengan sebab negeri Terengganu yang diperintah PAS pada 1999-2004dan kemudiannya jatuh semula ke tangan UMNO pada 2004 hingga kini, maka Hadi awang dipersalahkan. Saya dengar juga cerita yang dibawa oleh para penyokong ta'asub Nik Aziz dan Husham Musa di kampung-kampung bahawa Hadi awang tak layak jadi PM dan jadi Presiden PAS kerana tak mampu tadbir negeri Terengganu pada 1999-2004. Mereka kata, Nik Aziz bijak sebab tu PAS boleh bertahan di kelantan tapi, Hadi Awang ni tak pandai jaga negeri. Tu pasal UMNO menang semula pada tahun 2004 dan 2008 yang lalu.

4. Sebenarnya, pemimpin PAS dan juga ahli-ahlinya yang pro liberal yang diketuai oleh Husam Musa dah terbeliak biji mata dan juga dah meleleh air liur masing-masing bila lihat Pakatan Rakyat dah mampu memiliki negeri-negeri kaya seperti Penang, Perak dan Selangor. Apatah lagi jika 3 tahun lagi akan memiliki pula seluruh Malaysia. Dah tentu banyak harta pusaka UMNO dan juga harta-harta rampasan perang hasil daripada kemenangan dalam PRU-13 nanti dapat diagih-agihkan sesama mereka. Golongan 'ustaz' dalam PAS ni bukannya tahu menggunakan nikmat harta dan mereka tak reti nak berseronok. Hanya golongan pro liberal sahaja yang boleh menggayakan harta pusaka peninggalan BN nanti.

5. Saya yakin dan percaya bahawa jika Pakatan Rakyat diberi mandat dalam PRU-13 akan datang, maka golongan ulamak dan 'ustaz' dalam PAS akan menerima nasib yang sama dengan golongan agamawan dalam UMNO selama ini. Bila nak pengaruh maka mereka akan gunakan tok=tok lebai dan ustaz ni di kampung-kampung. Tapi, bila dah menang dan dapat kuasa maka mereka kata bahawa para 'ustaz' ni tak pandai mentadbir dan tak boleh menjaga parti dengan baik. Buktinya sekarang jelas, bahawa kelompok liberal PAS ini dah mula membuat dakyah dan fitnah ke serata alam di malaysia ni di kalangan ahli-ahli PAS yang dungu dan bodoh selama ini ( yang mereka bodohkan melalui usrah-usrah ), dengan menyebarkan propaganda bahawa nasaruddin mat Isa tak pandai tadbir parti dan lemah. Husam Musa lebih layak sebab berkelulusan ekonomi. Hadi Awang pula adalah pemimpin Muqabalah yang tak direstui oleh Nik Aziz. Tak reti tadbir negerei Terengganu. Semua ahli PAS yang dungu dan bongok ni percaya dan 'angguk-angguk, geleng-geleng, ikut saja, apa kata". Nilah yang berlaku Dalam PAS. Kembali ke zaman jahiliyah UMNO 30 tahun lalu.

Hai.! penyokong-penyoong dan ahli-ahli PAS yang bahalol politik. Kalau setakat nak pilih seorang pemimpin yang ada kelulusan ekonomi macam husam Musa, dalam UMNO ada berlambak dan berkarung-karung. Jadi, janganlah mengikut pe'el dan juga telatah pemimpin UMNO yang berebut-rebut jawatan dalam parti, tapi bila Pilihanraya kalah. Menang jawatan dalam parti, tapi, bila betanding dalam Pilihanraya UMUM parti kita kalah. Apa maknanya.

2 comments:

azlan said...

Sayyidina Ali pernah berkata, "Pemimpin yang terdahulu beruntung kerana mempunyai seperti aku". Jadi, pemimpin yang baik lebih mudah dilahirkan berbanding pengikut yang baik

ALI MAIDIN said...

Ada pemimpin Pas seperti tikus jatuh ke beras. Ha ha, terus senyap... makan diam-diam.