1. Saya tersentak dan terus mengucapkan 'astaghafirullahil azim'. Terkejut saya dengan gurauan seorang rakan yang sering berblogging dengan saya. Tuan/Puan nak tahu, apa yang diperkatakannya..?
2. Begini ceritanya, dia tanya pulak pada saya agaknya berapa juta yang telah dibelanjakan oleh UMNO Perak untuk merasuah malaikat maut supaya mencabut nyawa MP Bukit Gantang (Allahyarham) supaya satu Pilihanraya Kecil boleh diadakan.? Zaman ni UMNO memang terkenal dengan membeli undi, merasuah pengundi, merasuah ataupun menyogok ADUN Pembangkang untuk menyertai UMNO (BN). setakat ini katanya, UMNO hanya berjaya memperdaya ADUN PKR dan DAP sahaja untuk melompat keluar Pakatan Rakyat dan menyertai BN.
3. Katanya Lagi :"UMNO masih gagal lagi untuk membeli calon-calon PAS. Sebab itulah maka UMNO telah menggunakan strategi barunya dengan menyogok pula malaikat maut supaya mencabut nyawa wakil rakyat PAS supaya satu Pilihanraya Kecil diadakan untuk membolehkan UMNO merampas kerusi berkenaan daripada PAS".
4. Sayapun menasihatinya supaya jangan mempermainkan-mainkan soal ajal dan maut. Jangan mempersenda-sendakan tentang kematian. Jangan kita membuat tuduhan melulu kepada UMNO sehingga kita tidak berfikiran rasional, hingga tergamak mempermainkan nama malaikat Maut ( Izrael) dalam kancah kegawatan politik di Perak. Saya katakan kepadanya, kalau nak berpolitik sekalipun, janganlah sehingga mempermain-mainkan soal ajal dan maut ini.
5. Lalu rakan blogger saya ini menjawab melalui email yang dihantarkan kepada saya, kata: " Mana tidaknya, sem ua orang dah tak percaya lagi dengan sandiwara UMNO dari dulu sampai sekarang".
6. Saya lagi mengucap panjang dengan apa yang diperkatakannya. Sepatutnya dalam keadaan yang sedemikian kita sepatutnya mensedekahkan "al-fatihah" kepada Allahyarham Roslan ( bekas MP PAS berkenaan). Tak sepatutnya kita sibuk membuat spekulasi tentang kenapa PIlihanraya Kecil ini berlaku dan siapa calonnya. Kalau ada masa, kita ziarahlah keluarganya dan bantulah apa yang patut kepada anak-anaknya yang 11 orang tu.
7. Kepada sidang bloggger yang dihormati sekelian, saya harap agar janganlah kita menjadikan isu dengan kematian wakil rakyat Bukit Gantang ni. Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Aaamin.

3 comments:
Salam, sy rasa sahabat tuan tu bukan Umno, sbb bab yg 'dungu' mcm ni memang keja durang...semua nak dpolitikkan, tak habis2, asyik nak pilihanraya ja!
Salam.
Saya tak nafikan kebenaran cerita sdr kerana sekarang ini memang terdapat penyokong pembangkang terutama PAS yang sangat fanatik. Hati mereka tahap hati batu. Kalau lihat dalam video rakaman rusuhan di istana di perak, saya terasa malu. mereka bertindak seolah-oleh hilang akal dan hilang ke'malu'an. Menentang polis seakan melawan israel. malu saya kepada bangsa lain bahkan tinddakan mereka seakan dirasuk syaitan atau setan menjelma dalam mereka.
tak paham kot...
meh sini nak kasik paham
org tu perli sebenarnya...
hikhikhik
tak gheti2???
Post a Comment