Translate

Thursday 5 February 2009

KELUAR PARTI HARUS; KELUAR ISLAM HARAM (MURTAD)

1. DSAI pernah mencanangkan bahawa lebih 30 orang Ahli Parlimen BN akan keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008. Semua penyokong pemimpin UMNO dan BN menjadi kelam kabut dan rakyat di seluruh negara juga menjadi tersentak dengan provokasi yang dilakukan oleh DSAI sejak 6 bulan yang lalu. Ianya benar-benar mendebarkan semua pihak terutamanya apabila rombongan Ahli-Ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan pada bulan Ramadhan yang lalu diekori dijejaki oleh 3 orang MP PKR, iaitu YB Tian Chua, YB. Saifudin Ismail dan YB Johari Abdul. Gerakan ketiga-tiga MP PKR ini persis seperti pemburu yang mengejar buruannya.

2. Disebabkan begitu genting sangat kedudukan kerajaan BN di peringkat pusat maka timbullah cadangan daripada BN untuk membentangkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti di parlimen untuk menyekat seseorang ahli parlimen itu melompat ke parti lain. Sebaliknya, ramai di kalangan MP pembangkang yang memberi pandangan bahawa Akta Lompat Parti ini adalah bercangggah dengan hak asasi. Ada juga di kalangan PAS yang berpandangan bahawa melompat parti itu tidak salah dan tidak berdosa kerana ianya bukan perbuatan murtad ataupun keluar Islam. ini kerana pada ketika itu Pakatan Rakyat amat yakin bahawa ramai di kalangan MP BN, terutamanya UMNO akan bersedia untuk melompat ke PKR untuk membolehkan kerajaan baru pimpinan DSAI dibentuk melalui pintu belakang.

3. Pada masa itu mereka langsung tidak sedar bahawa cara terbentuknya kerajaan melalui pintu belakang ini adalah tidak bermoral dan menafikan mandat rakyat yang telah mengundi calon-calon BN dalam Pilihanraya ke-12 yang lalu. Ini kerana, sesiapa sahaja di kalangan Mp UMNO yang melompat ke PKR maka ianya akan menguntungkan Pakatan Rakyat.

4. Sama juga dengan tindakan ADUN Bota pada minggu lepas yang mengisytiharkan keluar UMNo dan menyertai PKR menerusi DSAI. Pada masa itu MB perak, Nizar jamaluddin telah membuat kenyataan bahawa tindakan ADUN Bota itu adalah hak peribadi beliau dan menafikan bahawa ianya satu pengkhianatan. Keluarlah fatwa harus dan boleh di kalangan mereka.

5. Sebaliknya bila 2 orang Exco PKR Perak dan seorang ADUN DAP ( Timbalan Speaker) Negeri Perak mengisytiharkan keluar daripada PKR dan DAP, maka datanglah fatwa dan hukum baru di kalangan mereka yang mengatakan bahawa UMNO telah membeli calon-calon ini dan mereka pula mendesak supaya Akta Lompat Parti ini perlu. Itulah manusia, apabila kerugian berlaku di pihak mereka maka lain pula alasannya.

6. Bagi saya, lompat parti ataupun bubar DUn untuk pilihanraya kecil bukanmenjaqdi persoalan. Sama ada berlaku pembelian calon dengan puluhan juta ringgit juga bukan menjadi perkara pokok. Apa yang penting ialah tentang masa depan Islam dan juga Melayu di Perak. Adakah dengan berlakunya bertukaran kerajaan ini maka orang melayu akan menjadi lemah dan Islam akan terhina di Perak. Siapa yang untuk jika BN memerintah semula Perak.

7. Kerajaan Pakatan Rakyat hanya mempunyai 3 orang ADUN Islam PKR dan 6 orang ADUN PAS. ini bermakna bahawa daripada 31 kerusi DUN Perak yang diterajui oleh Pakatan Rakyat di perak hanyalah dipimpin oleh 9 ADUN Islam dan 22 ADUn bukan Islam. Sebaliknya jika BN ambil alih kerajaan Negeri Perak daripada Pakatan Rakyat maka ADUN Islam dalam Kerajaan BN berjumlah 29 orang dan cina 2 orang. ini bermakna bahawa kuasa kerajaan Perak di bawah BN akan lebih treserlah keislaman dan kemelayuannya berbanding PKR. Takkan lah sifir dan kira-kira mudah ni, tak dapat dibaca oleh pemimpin-pemimpin PAS dan pemimpin melayu PKR.

6 comments:

Anonymous said...

salam. yang paling penting adalah kestabilam politik negara, ingat bahawa saat ini kita hadapi keadaan ekonomi yang tak stabil, jika tidak dikawal mungkin juga emosi dan akal jadi tak stabil pula.

Mrkolumpo said...

haah...culik YB ugut dan tawar duit tak haram..malah dapat pahala

bagus sgt lah...saya kat umah tgh tepuk tangan....org makin myampah dgn BN dan UMNO..

hehehe

Khairi Jalalluddin said...

Macamana nak terbuka pemikiran mereka kapt, duduk di kerusi empuk, ada air-cond, ada kuasa, pakai kereta mewah. Itu yang jadi hukum haram bila makan sorang, halal kalau beri dua. Begitu juga pengikut2 taksub mereka, jangan kata sifir yang kapt bawa tu sahaja, banyak lagi sifir2 yang mudah tak reti nak baca. Kalau kat sekolah dah lama ana rotan murid yang tak tahu sifir ni.

Anonymous said...

Hai.. Mr Kolumpo. salam. Untuk pengetahuan ante, demi untuk menjaga agama dan juga akidah umat islam di negeri perak bukan hanya setakat culik dan kurung Yb itu yang harus dan halal bahkan kalau perlu mengangkat pedang dan berjihad fi sabililah sehingga menumpahkan darah dan nyawapun harus, dan ada ketikanya menjadi wajib. Ini setakat kurung yb PKR dan beri makan sedap-sedap rumah TPM, takkan lah itupun nak diharamkan. Kita kena ingat, Islam dan melayu telah dihina di Perak, jadi dua YB PKR ini adalah penyelamat kepada masa depan umat islam di Perak. saya doakan semoga kedua-dua mereka diredhai dan diberkati Allah, dan semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.

Habis, yang anwar brahim sibuk-sibuk ke hulu ke hilir selama ni nak bentuk kerajaan pusat dengan mengisytiharkan 30 Mp BN akan menyertai pakatan Rakyat ikut fatwa mana..? Bukankah anwar sendiri yakin dengan teori lompat parti ini adalah demokratik dan sah. Kenapa anwar tak tunggu Pilihanraya Umum akan datang untuk menjadi PM. Why..! Tapi, bila BN nak ambil alih kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, tahulah si anwar ni berhujah bahawa kita perlu serahkan kuasa memilih kerajaan di tangan rakyat dan pembubaran DUN Perak perlu diadakan.

Nampaknya, si anwar ni dah hilang prinsip. Nampak benar dia ni dipermainkan oleh si najib. Orang kata, teruk-teruk najib pun bijak juga dia mempermainkan anwar. mana daknya, baru seminggu masuk PKR, hari ni dah kembali semula ke pangkuan UMNO si ADUN Bota tu.

Saya dapat gambarkan nanti bagaimana 30 orang MP BN yang dikatakan oleh si anwar dulu nak lompat masuk Pakatan Rakyat. Baru seminggu si anwar angkat sumpah jadi PM, maka 30 orang MP BN ni akan kembali semula kepangkuan BN. Jawabnya, si anwar ni hanya sempat jadi PM selama seminggu je. Sabar-sabarlah.. Brother Anwar, tunggulah tahun 2012 atau 2013 nanti. Salam perjuangan, semoga Pakatan Rakyat berjaya nanti. Takbir...Takbir....Takbir

Mrkolumpo said...

hai hai bye bye hahaha (melawak jgn marah)
mcm ni...betul anwar ada war2kan pasal 30 katak tuh tapi dia tak terus pakat bawak jumpak agong n declare...dia ajak buat sidang tergempar utk undi tak percaya..dollah n speaker taknak kasi..peh tuh dibawak lari pi berjalan2 ke taiwan 30 mp tuh..dek takut ada undi tak percaya..so its 2 different thing brother...if najib betul..kenapa dia taknak buat pulihanraya??awat??takut kah???skrg ni rakyat perak nak pilihanraya...kenapa tak mau???

hehehe lawak jugak kata menyuruk / culik YB untuk islam yer???setau saya 2 ekor katak tu kaki perasuah dan penerima sedekah sekx yg satu ketika dulu umno dan bn beria2 suh mereka letak jawatan..ni dah terbalik kot yerrr???

erm kalau betul lah fatwa brother harap2 satu hari annti ada pihak akan culik PM,TPM dan juga kabinet menteri termasuk brother supaya dpt brainwash agar hukum hudud dilaksanakan..bukan kah itu demi Islam???

saya belajar agama tak tinggi mana tapi perkara basic saya tagu,amal dan saya pertahankan..tak tahu lah org lain kan???especially yg belajar agama tinggi...


p/s : kire nak ajak solat istikharah n solat hajat tak jadi lah yer????

Mrkolumpo said...

kepada khairi...ermm sifir berapa yer???sifir 12???nak rotan???hehehe..malang ler nasib anak murid dapat cikgu mcm awak