1. Apakah yang akan diperkatakan oleh Ibu Bapa apabila anak-anaknya lari daripada rumah dan menyembunyi diri di rumah orang lain. Sudah tentu ibu bapa yang kehilangan anak ini akan membuat laporan polis dan akan menyalahkan Polis jika anak mereka tidak dapat dikesan dan menyalahkan guru dan para ustaz di sekolah dan tuan-tuan Imam di masjid kerana tidak mendidik anak-anak mereka dengan baik.
2. Jarang sekali kedapatan di kalangan ibu bapa yang menyalahkan diri mereka sendiri di atas tindakan biadap anak-anak mereka melarikan diri daripada rumah. Dan jarang sekali di kalangan ibu bapa yang berterima kasih kepada orang lain yang kebetulan menjumpai anak mereka untuk dijaga dengan selamat daripada menjadi mangsa culik oleh penjahat. Bila terjumpa dengan seseorang yang mengaku menjumpai anaknya, maka sudah tentu ibu bapa ini akan membuat tuduhan yang bermacam-macam ke atas orang lain. Kononnya orang berkenaan telah mempengaruhi anaknya dan meracuni fikiran anaknya sehingga sanggup lari daripada rumah.
3. Cuba kita renungkan pula dengan peristiwa 2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP yang mengisytiharkan diri keluar dariapda Pakatan Rakyat untuk memberi sokongan kepada BN. Dengan pengisytiharan ketiga-tiga ADUN PR ini maka menyebabkan kerajaan PR di Perak tersungkur secara terhormat. Yang anehnya, kenapa pula para pemimpin PR ( PKR-PAS-DAP) meletakkan kesalahan keruntuhan kerajaan PR kepada Sultan Perak..? Kenapa pula mereka melontarkan tuduhan kepada DYMM Sultan Perak yang kononnya Paduka Seri Sultan menafikan mandat rakyat dalam Pilihanraya Umum 12 yang lalu..?
4. Yang bersalah dalam hal ini ialah Dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP itu sendiri yang bertindak menjadi pembelot kepada parti masing-masing ( dengan izin). Kalau benarpun ketiga-tiga mereka ini dianggap sebagai pembelot, adakah wajar bagi PR untuk meletakkan kesalahan ini kepada mereka ini. Sepatutnya kepimpinan tertinggi PKR dan DAP harus meletakkan kesalahan pada diri mereka sendiri kerana gagal mendidik serta mentarbiyah ADUN-ADUN mereka menjadi seorang yang bersemangat kental dan berjiwa patriotik. Cuba contohi ke semua ADUN PAS di Perak, tak ada seorangpun yang termakan dengan pujukan pihak lawan untuk meninggalkan PAS. Kejayaan PAS dalam soal ini amat terpuji.
5. Jadi, saya nasihatkan para pemimpin Pakatan Rakyat supaya di masa-masa akan datang pastikan calon-calon yang dipilih oleh mereka untuk mewakili parti masing-masing dalam Pilihanraya adalah benar-benar seorang yang tetap pendirian dan tidak mudah disogok oleh sesiapapun. Kalau nak marah, marahlah pada ketiga-tiga ADUN mereka yang belot ini. Janganlah nak saman menyaman Sultan Perak pula. Kalau ketiga-tiga ADUN ini tidak belot, mana mungkin Sultan perak menitahkan Nizar jamaluddin ( bekas MB) meletakkan jawatan.
6. Dulu, masa kamu mendapat sokongan 31 kerusi DUN dan BN 28, tak adapun pihak UMNO nak saman Sultan Perak ataupun menyalahkan Sultan Perak di atas perlantikan kamu sekelian sebagai Kerajaan baru di Perak. sekarang tiba pula giliran kamu dinafikan majoriti di DUN, kena terimalah hakikat dan kenyataan. Cuba rujuk semula firman Allah yang bermaksud : " katakanlah bahawa Allah itu memiliki kerajaan, Dialah yang memberi kuasa kepada siapa yang dikehendakinya, dan Dialah juga yang melucutkan jawatan dan kuasa kepada sesiapa yang dikehendakinya ". Tak kan dah lupa ayat ini apabila kita kehilangan kuasa. Masa dapat kuasa dulu, pandai pula kita membaca ayat ini bahawa ini semua adalah kehendak Allah. Kenapa bila kita kehilangan kuasa maka kita tak boleh terima pula ketentuan Allah . Itu sebabnya kita kena percaya kepada Rukun Iman yang ke-6 iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar.
7. Kalau Karpal Singh dan Lim Kit Siang tak faham Qada' Qadar Allah ni kita sedia maklum. Tapi, kalau orang yang bernama Nizar Jamaluddin dan Hadi Awang yang tak faham akan hakikat ini maka saya rasa agak terkilan sedikit. Daripada 17 juta umat Islam di Malaysia ni, kamu adalah salah seorang yang dipilih oleh Allah untuk menjadi Menteri Besar Perak sebelum ini. Kenapa tidak orang lain. Yakin dan percayalah dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya doakan agar segala usaha dan juga penat lelah Dato' Seri Nizar jamaluddin yang mentadbir di Negeri Perak selama 11 bulan terdahulu diredhai serta dirahmati oleh Allah. Semoga Allah ampunkan segala kesalahan dan juga dosa selama itu sekiranya ada. Amin..
4 comments:
BETUL TU SAYA SETUJU DGN PENDAPAT SAUDARA ,hoi..JANGAN NAK MARAH-MARAH, SULTAN TAK ADA KENA MENGENA DGN ISU INI.TAKKAN MASIH TAK TAHU CARA ORG BERPOLITIK? KALAU TAK TAHU KENALAH GI NGAJI LAGI.TAPI TAK LOGIK KALAU BROTHER ANUAR TAK FAHAM TENTANG SUARA MAJORITI....ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM KRN DAH TERMALU APA YG DAH TERJADI...KRN ANGKARA DIA LAH KERAJAAN PKR DAH TERGELUNGSUR...MARAHLAH ANUAR KERANA MASIH TAK BOLEH NAK BACA KERENAH ANAK BUAH SENDIRI....AKHIRNYA SENJATA MAKAN TUAN...TAK PAYAHLA BUAT-BUAT TERKEJUT.....MASIH ADA BEBERAPA NEGERI LAGI DIBAWAH PKR...TENGOK-TENGOKANLAH AGAR TIDAK TERLEPAS LAGI PULAK ...DAN TAK PASAL-PASAL NANTI HABIS SEMUA SULTAN NEGERI DISALAHKANNYA....KALAU NAK MAIN POLITIK JANGANLAH LIBATKAN SULTAN TANYA DIRI SENDIRI ..BETUL KE PKR NI NAK BELA RAKYAT ATAU SETAKAT JADI WAKIL RAKYAT HAPRAK ...MACAM TIN KOSONG ...JE... CAKAP BANYAK ...ISI TAK ADA MACAMNI...NAK DIJADIKAN CONTOH PEMIMPIN DIMALAYSIA KE......KESIAN...KESIAN....
ORANG TAK SALAHKAN SULTAN..ORANG SALAHKAN NAJIS NAZAK,BN DAN AMENO
Tiada siapa yang salah dalam hal ini. Harap bertenang. Buat penat jer berdebat. Nizar Jamaludin akan keluar juga dari kediaman rasmi MP Perak. Harap tak akan kembali lagi sampai bila-bila. Amin
he he he
takkan kembali???
jgn angkuh dan ckp besar...
kerajaan coupe de tat BN di perak rapuh
bile2 speaker boleh panggil untuk putuskan undi tak percaya...dan bile2 je mahkamah boleh tentukan kerajaan bn tak sah di perak...
so jgn terus buat conclusion
kebanyakan rakyat perak mahu kan Nizar kembali jadi MB..tgk lah merata2 dan juga statistik oleh merdeka centre...tapi kalau u ustaz asik nak baca berita harian n utusan ..hehehe jgn harap lah dpt info sebenar
Post a Comment