Translate

Saturday, 17 January 2009

Malaysia Bukan China , India, Amerika maupun Barat - Nakhaie Ahmad

Berikut adalah sedutan Ucaptama Datuk Mohd Nakhaie Ahmad - Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) di Muktamar MAIM yang dirasmikan oleh SPB Yang DiPertuan Agong di PICC, Putrajaya pada 13 Januari 2009.

1. Setelah setengah abad negara ini mencapai kemerdekaan, cita-cita menjadikannya sebuah negara di mana rakyatnya bersatu padu, tidak menampakkan sinar yang jelas. Sebaliknya perkauman membara dan mengeluarkan asap tebal, yang mengaburi pandangan terhadap perpaduan yang hendak dicapai. Apakah bentuk dan corak perpaduan itu, bagaimana perpaduan itu hendak diwujudkan dan bagaimanakah kedudukan hak dan status pelbagai kaum yang hendak disatukan dalam adunan bangsa Malaysia.

2. Bara perkauman yang mengeluarkan asap tebal itu, cuba ditiup oleh sebahagian orang. Mereka bukan sahaja menyebabkan sinar perpaduan bertambah malap. Bahkan berusaha mengaburi pandangan terhadap sejarah. Mereka mengandaikan negara ini bukan milik sesiapa. Semua penduduknya adalah pendatang. Tiada sesiapa yang mempunyai hak ke atasnya. Justeru, semua rakyat adalah sama rata, sama rasa.

3. Hakikatnya, ketika orang-orang Inggeris membawa masuk orang-orang Cina dan India ke negara ini, Tanah Melayu bukan tanah kosong tiada bertuan. Ia bukan tanah gersang tanpa penduduk. Ia bukan bumi kontang tanpa sistem pemerintahan. Ia bukan negeri tanpa raja dan rakyat, tanpa budaya dan ketamadunan, tanpa tradisi ilmu pengetahuan dan adat istiadat. Ia bukan negara tanpa undang-undang dan hukum, tanpa sejarah jatuh bangun dalam peredaran masa dan zaman.

4. Kedatangan orang-orang Barat bermula dengan Portugis, Belanda dan Inggeris adalah sebagai penjajah yang mengalahkan empayar Islam global yang sedang mengalami keruntuhan. Bukannya menakluki sebuah tanah gersang dan gugusan kepulauan kosong tanpa penghuni, tanpa peradaban dan sejarah. Hanya bara perkauman yang mengeluarkan asap tebal, ditiup oleh politik perkauman, cuba menutup pandangan terhadap hakikat sejarah yang nyata ini. Penjajah yang mempunyai kekuatan besar turut mengakui hakikat sejarah itu. Hanya pendatang yang dahulunya merempat, cuba menafikan hakikat sejarah ini, apabila merasakan diri mereka sedikit kuat setelah berjaya menguasai sebahagian besar kekayaan ekonomi negara ini.

5. Penjajah yang menakluki negara ini dan membawa masuk orang-orang Cina dan India yang beragama Buddha dan Hindu, mengakui negara ini adalah negara Melayu, negara Islam yang mengamalkan hukum-hukum Islam dan adat istiadat Melayu sejak dulu. ”Adat (sistem) bersendikan syarak dan syarak bersendikan kitabullah dan sunnah Rasul-Nya.” Negara ini berada dalam rangkaian tamadun Melayu/Islam yang mempunyai hasil-hasil ilmu pengetahuan dan falsafah hidup tersendiri. Negara ini pernah menjadi pusat tamadun besar. Ia bukan tanah kosong yang tidak punyai apa-apa yang hanya didiami orang-orang primitif yang tidak punya peradaban dan tamadun.

6. Tidak ada penghinaan paling besar dan paling memalukan terhadap umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini selain daripada penafian terhadap sejarahnya, menidakkan tamadunnya, memperkecil dan mempersendakan hak-haknya dan menganggapnya pendatang di negara sendiri oleh keturunan kaum-kaum pendatang yang dibawa masuk oleh penjajah.

7. Mereka yang bersuara sumbang menafikan sejarah negara ini, dilahirkan di Malaysia, mewakili mentaliti orang-orang seperti mereka daripada keturunan kaum pendatang. Sebahagian mereka bertanding dalam pilihan raya di kawasan majoriti Melayu dan menang dengan undi orang-orang Melayu. Walaupun dilahirkan di Malaysia, tetapi tebal dengan semangat perkauman. Tidak kedengaran daripada nada suara mereka semangat kemalaysiaan yang cuba dipupuk dan dibelai selama setengah abad ini. Walaupun sebahagian mereka menumpang di kawasan Melayu sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi-pengundi Melayu, tetapi semangat chauvinism terus menebal. Tiada sedikit pun perasaan untuk membalas budi kepada orang-orang Melayu yang memberi undi untuk mewakili mereka dan tiada sedikit pun tanda mereka memiliki semangat kemalaysiaan. Jika mereka bersemangat Malaysia, tentunya semangat itu terpancar daripada kefahaman terhadap sejarah. Tidak mungkin semangat kemalaysiaan itu tumbuh dalam jiwa orang-orang yang jahil mengenai sejarah negara ini.

8. Di mana salahnya? Orang-orang seperti ini yang lahir di sini dan sudah beberapa generasi menjadi rakyat negara ini, masih tidak bersedia meninggalkan semangat perkauman dan menggantikannya dengan semangat kemalaysiaan. Sedangkan orang-orang Melayu yang sebati dengan sejarah awal tamadun Melayu/Islam dan menjadi sebahagian daripada budaya dan tamadun alam Malayu, sanggup bertolak ansur dan menerima semangat kemalaysiaan itu. Mereka memberi undi sehingga banyak di kalangan orang-orang Cina dan India, menang di kawasan majoriti orang-orang Melayu. Tetapi tolak ansur orang-orang Melayu itu seolah-olah tidak dihargai oleh mereka.

...... Peruntukan perlembagaaan negara ini yang memberikan hak-hak istimewa kepada bumiputera, kedudukan Islam sebagai agama negara, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, kedaulatan raja-raja Melayu dan hak kewarganegaraan kaum bukan bumiputera serta hak kebebasan beragama, adalah asas-asas penting bagi pembentukan negara ini yang menjadi acuan tamadunnya. Inilah negara Malaysia dan acuan pembentukan masa hadapannya. Malaysia bukannya, Amerika Syarikat, bukan negara Inggeris, bukan negara Cina dan bukan India. Malaysia adalah Malaysia yang mempunyai sejarah dan ketamadunannya yang tersendiri. Kita telah membuat pilihan ini. Inilah kita dan kita ingin membina kemajuan dan tamadun mengikut acuan kita sendiri. Jika sesiapa yang tidak suka dengan acuan ini dan lebih menyukai cara Amerika Syarikat, atau England atau Cina atau India, pergilah ke sana dan jadilah imigran di sana.

9. Negara kita bukan negara sekular seperti Amerika Syarikat, India dan Turki. Negara kita ialah negara beragama. Agama negara ini ialah Islam. Islam menjadi agama negara ini, bukan bermula dengan pengisytiharan kemerdekaan. Ia menjadi agama negara ini sejak dahulu lagi, sebelum kemerdekaan dan sebelum penjajah menakluki negara ini. Raja-raja Melayu adalah pelindung agama Islam dan kuasa mengenai Islam menjadi tanggungjawab mereka. Bolehkah, hakikat ini dinafikan dengan begitu mudah, sehingga semua agama di negara ini hendak disamaratakan?

10. Bagaimanapun, penganut agama lain, bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing dan mengembangkan agama itu di kalangan mereka. Tetapi amalan itu hendaklah dilakukan secara aman. Amalan agama yang tidak menghiraukan keamanan dan keselamatan, tidak dibenarkan oleh perlembagaan. Apakah sekatan syarat ini tidak adil? Siapakah yang tidak inginkan keselamatan dan keamanan? Sesiapa sahaja yang mengamalkan ajaran agama, secara melampau sehingga menggugat keamanan dan keselamatan, termasuk penganut agama Islam, tidak dibenarkan. Tidak sesiapa pun yang diberikan kebebasan untuk melakukan kekacauan dan kegiatan yang merosakkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Apakah sekatan ke atas kebebasan untuk melakukan kejahatan dan kekacauan, melanggar hak asasi manusia?

11. Inilah acuan non-sekular bagi negara ini, yang sekali gus tidak pula sebuah negara teokrasi sebagaimana negara teokrasi dalam sejarah peradaban Barat. Negara ini bukan sebuah negara di bawah penguasaan kelompok teologis yang memonopoli pentafsiran mengenai agama dan mengaplikasikan pentafsiran mereka dalam kehidupan masyarakat dan negara. Negara ini mengamalkan demokrasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Acuan negara kita ialah negara beragama yang demokratik yang berpegang kepada prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk rakyat.

12. Adalah jelas kemunculan negara kita berteraskan kemelayuan dan keislaman. Hak-hak istimewa orang-orang Melayu, kedaulatan raja-raja Melayu, Islam sebagai agama negara dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, adalah kerangka kepada kemelayuan dan keislaman negara ini. Ada orang berkata bahawa hak istimewa orang Melayu perlu dihapuskan suatu hari nanti supaya orang Melayu mampu bersaing. Tetapi, bukankah peningkatan keupayaan orang-orang dan kemajuannya yang dicapai sekarang ini berkat adanya hak-hak istimewa itu? Bukankah keupayaan orang Melayu bersaing di peringkat global dalam industri petroleum kerana adanya hak istimewa itu? Adanya hak istimewa orang-orang Melayu, sebenarnya, menjamin kemajuan mereka dan membantu mereka untuk memiliki daya saing.

13. Kita mengharapkan rakyat bukan beragama Islam, turut mendokong acuan pembentukan negara ini dan kerangka kemajuan dan peradabannya, dengan penuh kesedaran bahawa acuan kemajuan dan tamadun yang dibentuk itu, tidak sedikit pun mengurangkan peluang mereka untuk maju dan berjaya. Mereka seharusnya menerima hakikat bahawa mereka menjadi rakyat sebuah negara yang sudah pun mempunyai acuan peradaban dan tamadun yang tersendiri. Mereka seharusnya berusaha menyesuaikan diri dengan bentuk dan corak kehidupan dalam negara ini yang bersumberkan sejarah dan peradaban Melayu/Islam yang tidak mungkin mampu dipinda oleh mereka untuk memuaskan keinginan golongan ekstrem di kalangan mereka. Orang-orang Hindu di negara ini tidak boleh berlagak seperti orang-orang Hindu di India dan orang-orang Buddha tidak boleh berlagak seperti orang-orang Buddha di Cina atau di Thailand.

14. Saya yakin bahawa Badan-badan Amal Islami yang hadir pada hari ini bersependapat dengan saya bahawa kepentingan Islam dan umat Islam tidak akan terbela melainkan di tangan orang-orang Islam sendiri dan acuan kenegaraan dan ketamdunan negara ini, tidak akan dipedulikan melainkan umat Islam sendiri menjadi tonggak kekuatan yang mendokong dan menggerakkannya ke hadapan. Justeru, mereka perlu memperkasakan diri dan perjuangan, dengan pengukuhan jati diri mereka sebagai Muslim yang beriltizam kepada ajaran Islam dan perjuangan menegakkannya, dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan dan dengan kesedaran mendalam bahawa Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Keadilan yang hendak ditegakkan oleh Islam bukan hanya untuk orang Islam, tetapi untuk manusia keseluruhannya. Bagi menegakkan keadilan sejati masyarakat Islam yang beriman dan bertaqwa mestilah berada di tempat kepimpinan dan mempunyai kekuatan yang mampu membela kebenaran dan keadilan. Keunggulan sahsiah umat Islam adalah senjata penting untuk memartabatkan Islam dan meletakkan umatnya sebagai pemimpin yang sebenarnya.

Sunday, 11 January 2009

YAHUDI PANDANG HINA MANUSIA LAIN YANG TAK SEAGAMA DENGAN MEREKA - DR. RAIS YATIM

The image “http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/a/af/RaisYatim.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.
YB. DATUK SERI DR. RAIS YATIM , MENTERI LUAR

1. Tindakan rejim zionis yang terus menyerang seketika selepas Resolusi Majlis Keselamatan PBB dibuat dua hari lalu, mencerminkan apa sebenarnya jenis manusia yang dipanggil zionis itu. Melalui kacamata Judaism, zionis memandang hina terhadap manusia lain yang mereka anggap hanya 'isi dunia' sahaja. Mereka menganggap hanya diri mereka yang bertaraf 'manusia' pilihan Yahweh (Tuhan) mereka. Inilah sebab utama kenapa Hitler hampir melenyapkan orang Yahudi di Jerman dan Eropah suatu masa dahulu.

2. Tindakan Israel sebenarnya adalah untuk meneruskan ideology agama mereka yang memandang rendah terhadap manusia lain yang tidak seagama dengan mereka atau tidak sehaluan dengan falsafah hidup dengan Yahudi. Terdapat satu falsafah dalam Judaism yang menganggap manusia selain daripada penganut agama Yahudi dianggap tidak setaraf dengan mereka.

3. Israel terus menyerang itu bukan tamparan kepada Malaysia, Brazil dan lain-lain Negara yang bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib kemanusiaan di Gaza. Sebaliknya perbuatan itu adalah tamparan khusus kepada PBB dan dasar keamanan sejagat yang setakat ini gagal mengatasi sifat pemusnah Zionis. Fakta bahawa Amerika Syarikat (AS) berkecuali dalam membuat keputusan Majlis Keselamatan PBB itu juga mencerminkan siapa sebenarnya yang memperkasa dan mendalangi Israel. Jika Israel bertindak bersendirian, ia sudah lama hancur-lumat ‘dikerjakan’ oleh palestin dan sekutunya.

( Kanak-Kanak telah menjadi mangsa keganasan Zionis)

4. Jadi, kelangsungan daripada situ kita dapati tindakan keganasan Israel ke atas Gaza adalah penerusan bagi mencapai bukan sahaja dari sudut politik tetapi juga dari sudut ideology keagamaan. Memang tindakan Israel boleh dilihat cuba melupuskan palestin sebab dulu pernah dilakukan dan pernah juga dinyatakan bahawa peperangan ini adalah peperangan agama.

5. Justeru banyak pihak berpendapat bahawa ini adalah perang agama terutamanya di pihak Israel. Pandangan saya pastinya akan dikritik tetapi sebenarnya itulah yang berlaku. Ini juga menunjukkan bahawa dialog dan persidangan di Majlis Keselamatan PBB yang dilaksanakan sebelum ini adalah gagal. Ini kerana yang berkudis ditempat lain tetapi yang diubat di tempat lain.


Sedutan temubual Datuk Seri Dr. Rais Yatim
Menteri Luar ketika diwawancara oleh
Wartawan Mingguan Malaysia, Noraini Abd. Razak
dan Khuzairi Ismail.

[beruk+makyeh.JPG]

( Kera pun tak suka dengan perangai zionos yahudi - lihatlah gambar di atas bagaimana marahnya sang kera dengan keganasan zionis. Adakah anda marah pada zionis seperti kera di atas..? )

ULASAN PENULIS :


Kalau betul seperti yang diperkatakan oleh YB. Datuk Seri Dr. Rais Yatim bahawa peperangan Zionis ke atas penduduk palestin adalah peperangan agama, maka saya mencadangkan agar Ulama di Malaysia membuat sidang tergempar untuk membuat satu fatwa tentang 'Hukum Berjihad menentang Yahudi". Keluarkan fatwa segera tentang wajibnya umat Islam di Malaysia ini mendermakan harta benda mereka dengan jumlah tertentu untuk disumbangkan kepada tabung jihad membantu umat Islam di palestin. Kita juga kena keluarkan fatwa bahawa sesiapa yang sanggup berjihad untuk pergi ke palestin menentang israel adalah suatu Juhadul Akbar dan kalau mati adalah mati syahid.

Janganlah ulama kita hanya sibuk dan bersemangat nak buat fatwa tentang Yoga sahaja. Bila nak keluarkan fatwa mengenai jihad di palestin ni..?

Saya sebagai seorang bekas tentera sanggup secara sukarela untuk berjuang ke sana jika di arahkan oleh pihak kerajaan. Saya juga menyeru kepada semua bekas-bekas komando tentera dan juga bekas-bekas UTK yang pakar buat bom untuk tampil ke hadapan menawarkan darah mereka untuk berjihad menentang zionis. Insya Allah, mana-mana bekas komando yang terbaca blog ini, ataupun sesiapa yang mempunyai saudara mara yang pernah bertugas sebagai komando dan UTK ( sila maklumkan pada mereka) , sila daftarkan nama anda kepada saya sekarang melalui email saya : epispem@yahoo.com.my. Saya akan serahkan cadangan ini kepada Wisma Putra. Salam.

Saturday, 10 January 2009

SPB BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG DI MUKTAMAR AMAL ISLAMI MALAYSIA

http://farm1.static.flickr.com/231/473433574_e018e01054.jpg

SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

1. Assalamualaikum. Untuk makluman semua pembaca sekelian bahawa satu Muktamar Kebangsaan Majlis Amal Islami Malaysia iaitu pertemuan NGO-NGO Islam seluruh negara akan berlangsung pada 13 hb Januari 2009 (Selasa) mulai jam 0900 - jam 4.30 petang di Dewan Pelnari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini akan disempurnakan perasmiannya oleh SPB Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Muktamar ini adalah atas anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM ).

2. Ini adalah muktamar yang julung-julung kali diadakan peringkat kebangsaan bagi menyatukan fikrah dan juga perjaungan para NGO Islam di negara ini agar kedudukan islam dan Umat Islam tidak mudah diperlekeh dan digugat oleh masyarakat bukan Islam yang sejak akhir-akhir ini sudah berani mencabar islam dan kedudukan Islam di negara ini.

3. Tiga kertas kerja akan dibentangkan di Muktamar ini yang ianya akan dibentangkan sendiri oleh Datuk Hj Mohd Nakhaie Ahamd, YDP YADIM, Tuan Haji Zaid kamaruddin, Presiden JIM dan Hj Yusri bin Mohamad, Presiden ABIM.

4. Ayuh marilah kita bersama-sama hadir ke muktamar ini nanti dan tolong sebarkan maklumat ini kepada kawan-kawan seluruh negara. Masuk adalah percuma dan makan minum akan disediakan oleh penganjur di sepanjang program ini. Jangan lepaskan peluang untuk bersatu membela Islam di negara ini.

Friday, 2 January 2009

AKAL TAK BERPANDUKAN WAHYU

1. Hari ini Jumaat 2 hb Januari 2009, saya berkesempatan solat maghrib di Surau Al-Mawaddah, Taman Mutiara B.B.Bangi. Al-Hamdulilllah selepas solat maghrib ada Kuliah maghrib yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd. Kamal Hasan, mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Kalau nak tahu lebih lanjut apa isi penting kuliah Prof. Kamal, sila baca selanjutnya di bawah ini..!

2. Beliau telah mentela'ah Kitab Ihya' Ulumuddin, karya Imam al-Ghazali. Prof Kamal telah memfokuskan pengajian kepada perbahasan mengenai kepentingan AKAL di dalam menjana kekuatan berfikir. Akal yang boleh memberi kekuatan berfikir adalah akal yang menggunakan sentuhan dan bisikan lubuh hatinya dalam menilai sesuatu perkara yang berasaskan kepada pedoman wahyu Ilahi dan Sunnah Nabi. Akal yang dicerna hanya melalui ilmu duniawi semata-mata tidak boleh memberi manfaat kepada manusia dan juga kepada alam sejagat.

3. Prof. Kamal telah menjelaskan lagi bahawa apa yang berlaku hari ini ialah manusia yang berakal dan berpengetahuan tinggi dewasa ini hanya menggunakan kekuatan akal mereka semata-mata untuk menilai sesuatu kejadian ataupun kesan buruk yang berlaku di dalam sesuatu negara sama ada dari segi ekonomi, sosial, politik dan juga soal kehidupan harian manusia. Mereka langsung tidak melihat ataupun mengambil iktibar daripada apa yang berlaku dengan pedoman wahyu Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. Itu sebabnya apabila berlaku sahaja kejadian buruk ataupun impak sosial dalam masyarakat, termasuk kesan malapetaka alam semulajadi maka mereka akan sentiasa merujuk kepada hukum akal dan juga pakar-pakar sains moden untuk membuat sesuatu rumusan dan juga jalan penyelesaian. Ternyata ianya tidak boleh menyelesaikan masalah.

4. Sebab itulah Imam al-Ghazali dalam kitabnya ini telah menegaskan bahawa Akal itu hanya boleh berperanan dan juga berfungsi dengan baik apabila ianya didasarkan kepada pedoman al-Quran dan al-Hadis. Ini kerana akal hanya boleh menjangkau dan menjangkakan tentang perkara-perkara zahir yang boleh dirasa, yang boleh dikesan, yang boleh diukur dan boleh di nilai oleh pancaindera sahaja. Sebaliknya, akal yang berpandukan kepada al-Quran dan Hadis, ianya boleh menjangkakan sesuatu yang di luar batas-batas tersebut yang tidak diketahui oleh ilmu sains moden.

5. Prof. Kamal telah membawa satu contoh di mana masyarakat dunia dan sebahagian penduduk di negara kita sekarang ini terlalu vokal di dalam membiacrakan tentang hak-hak asasi manusia (human right ). Mereka sering menggunakan alasan dan juga sandaran betapa perlunya dunia hari ini mengutamakan kepentingan hak-hak individu yang perlu dihormati oleh sesuatu masyarakat dalam dunia moden. Dalam pada sebenarnya mereka lupa dan juga mengenepikan pula tentang hak-hak Allah. Sebenarnya Islam memang mengiktiraf hak-hak asasi manusia itu, tetapi ianya haruslah tidak mengabaikan kepentingan hak-hak Allah. Ramai yang menjadi jaguh dalam memperjuangkan hak asasi manusia tetapi tidak ramai yang ingin ke hadapan di dalam memperjuangkan hak-hak Allah.

6. Apa yang dapat saya simpulkan daripada kuliah Maghrib ini ialah, amat ramai para cendikiawan dan juga para intelek muda hari ini yang sibuk bercakap soal demokrasi, keadilan sejagat, hak asasi manusia, hak-hak wanita dan juga hak-hak individu dalam negara ini - sehingga mereka merasakan bahawa diri mereka bebas untuk bersuara dan bercakap apa sahaja di dalam mana-mana media dan laman-laman blog; kononnya ini adalah hak asasinya untuk bersuara dan mengemukakan pendapat berdasarkan akal fikiran dan nafsu sempit semata-mata. Sedangkan mereka langsung tidak merujuk kepada panduan Ilahi yang berpandukan al-Quran dan Hadis. Allah membenarkan kita bersuara tetapi harus menjaga adab dan juga batas-batas yang telah disyariatkan. Akhirnya akal yang ada pada diri mereka telah disalahgunakan untuk melawan dan menentang hak-hak Allah.

7. Akibatnya kemampuan akal untuk berfikir selama ini hanya digunakan untuk mera'ikan hak-hak manusia semata-mata dengan mengenepikan hak-hak yang sepatutnya ditunaikan kepada Allah s.w.t. Ingat..! Apa yang kita perkatakan, apa yang kita tulis, apa yang kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah di hari Akhirat. Sama-samalah kita renungkan. Wassalam

Thursday, 1 January 2009

WASIAT RASULULLAH SEMPENA TAHUN BARU

PENGUMUMAN PENTING- PENDUDUK PELANGAI:
" CERAMAH PERDANA MA'AL HIJRAH"


Semua para penduduk di kawasan Kg. Shafie, Kg. Semerting, Kg. Baru, Rumah Murah Pelangai, Spg Pelangai, Kg. Lembah Jaya, Kg. Hayat, Kg Bukit Gajah, Kg. Jawi-Jawi, Kg. Baris serta yang berhampiran dengannya adalah dijemput untuk hadir beramai-ramai ke majlis Ceramah Perdana Ma'al Hijrah pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 7 hb Januari 2009 (Rabu)
Masa : Mulai Jam 0900 Malam.
Tempat : Dataran Balai Raya Kg Baru
Simpang Pelangai, Bentong ( Hadapan Taman Pelangai Raya )

Penceramah undangan ialah
DR. ABDUL GHAFAR BIN SURIP
Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM )
________________________________________


WASIAT RASULULLAH S.A.W.

1. Rasulullah s.a.w ketika menjejakkan kakinya ke Kota Madinah di dalam perjalanan hijrahnya dari Mekah di suatu tempat bernama Quba' telah berwasiat kepada seluruh penduduk Madinah dari kalangan Ansar dan juga Muhajirin yang baru tiba ke Madinah dengan sabdanya :


" Wahai sekelian manusia! sebarkanlah salam, hulurkanlah bantuan makanan, sambunglah tali silatur rahim dan solatlah pada malam hari tatkala semua orang sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan damai"
( Hadis Sahih : Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah )

2. Inilah Perutusan Khas Tahun Baru Hijrah yang telah disampaikan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w sewaktu berlakunya peristiwa hijrah baginda serta para sahabat dari Mekah ke Madinah 1430 tahun yang lalu. Ada 4 perkara utama yang telah dianjurkan oleh Rasulullah dalam hadis di atas, iaitu:

PERTAMA : Sebarkan salam bagi menandakan perdamaian dan kesejahteraan.

KEDUA : Memberi bantuan makanan ataupun bantuan kemanusiaan kepada golongan fakir miskin dan juga bagi yang memerlukannya.

KETIGA : Mempereratkan tali silatur-rahim sesama muslim agar ukhuwah Islamiah terus terpelihara untuk menjamin kekuatan ummah.

KEEMPAT : Mengamalkan ibadah solat sunat tahajjud di pertengahan malam bagi mendekatkan diri kepada Allah dan membersihkan jiwa daripada sifat-sifat mazmumah.

3. Walaupun Allah s.w.t adalah Tuhan pencipta dan memiliki sekelian alam,dan kita sebagai hambanya memang dituntut pada setiap masa untuk tunduk dan patuh kepada perintah-Nya; namun dalam konteks kehidupan di dunia ini Allah itu maha adil dan maha bijaksana. Tegasnya, dalam keempat-empat wasiat yang disampaikan oleh Rasulullah dalam peristiwa hijrah sejak 1430 tahun yang lalu, tiga daripadanya adalah suruhan dan gesaan supaya manusia menjaga hubungan sosial sesama insan ( hablum-minannas), dan hanya satu perkara sahaja yang dipohon oleh Allah kepada kita agar bangun tengah malam untuk bermunajat kepadanya ( hablum-minallah).

4. Bermakna bahawa kalau kita nak cemerlang dan terpuji dalam menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t, maka kita mesti menjadikan diri kita cemerlang terlebih dahulu di dalam menjaga hubungan sesama insan. Barulah Rasulullah menjelaskan dalam hadis di atas bahawa kita akan masuk syurga dengan tenang dan damai.

5. Oleh itu, berhijrah dan berazamlah kita pada tahun baru hijrah 1430 dan tahun baru masihi 2009 ini untuk mempastikan agar bakti dan sumbangan kita kepada masyarakat adalah yang terbaik dan begitu jugalah hendaknya hubungan kita dengan Allah s.w.t mestilah bertambah dekat dengan menghampiri-Nya pada setiap pertengahan malam dengan solat sunat tahajjud. Dengan solat tahajjud ini segala sifat buruk dan keji yang ada dalam diri kita akan terhindar. Inilah matlamat kita mengharungi sambutan Tahun Baru pada setiap tahun iaitu untuk masuk ke syurga dengan damai. Kalau tidak ada cita-cita nak masuk syurga dengan damai pada azam tahun baru ini, maka sia-sialah umur kita. Wassalam.