Translate

Saturday 20 December 2008

TOLERANSI SOSIAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Khalid Buat Apa Itu?
( Sekadar gambar Hiasan )

1. Toleransi Sosial sangat penting diketahui oleh semua kaum dan juga semua penganut agama di negara ini. Satu hakikat yang mungkin tidak diketahui oleh non-muslim di negara ini dan mungkin juga oleh sebahagian daripada umat Islam ialah tentang wujudnya falsafah dan amalan toleransi sosial dalam ajaran Islam yang terkandung di dalam Quran.

2. Dalam perkara ini Islam telah memberikan garis panduan yang jelas di dalam menjaga serta menjalinkan hubungan kekeluargaan sesama muslim dan juga kepentingan menjaga hubungan sosial antara muslim dan non-muslim. Perkara ini telah digariskan oleh Allah menerusi firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat, yang bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah satu kaum memperolokkan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka (yang diperolokkan) itu lebih baik daripada mereka (yang memperolokkan), dan jangan pula wanita-wanita memperolokkan wanita-wanita yang lain, (kerana) boleh jadi (yang diperolokkan itu) lebih baik dari wanita (yang memperolokkan), dan janganlah kamu mencela sesama muslim dan janganlah kamu panggil-memanggil sesama kamu dengan gelaran yang buruk sesudah (mereka) beriman, dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

3. Menerusi ayat di atas terdapat 4 perkara pokok yang digariskan oleh Allah s.w.t sebagai panduan kepada umat Islam di dalam menghayati toleransi sesama kaum dan sesama muslim, iaitu:

PERTAMA : Dilarang kita mencaci dan mencari keburukan kaum lain ataupun orang lain, mungkin dengan perbuatan itu pada hakikatnya diri kita yang sebenarnya lebih keji dan hina daripada pihak yang kita burukkan. Seperti pepatah " Paku serpih, mengata orang aku yang lebih".

KEDUA : Dilarang kaum wanita memperolokkan ataupun mengeji dan mempersendakan wanita lain yang tidak setaraf dengannya sama ada dari segi darejat, pangkat, rupa paras dan juga taraf kehidupan. Allah memperingatkan secara khusus kepada kaum hawa (wanita) kerana kejadian ini banyak berlaku ke atas mereka disebabkan oleh emosinya yang sentiasa bergelora, hingga sukar membedakan mana yang baik dan mana yang boleh membinasakan dirinya. Kes-kes yang sedemikian banyak berlaku pada wanita-wanita yang dimadukan serta wanita-wanita yang memandang rendah pada bakal besannya yang tidak setaraf dengan kedudukannya.

KETIGA : Dilarang kita memanggil dengan gelaran yang menyakiti hati orang lain dengan gelaran yang tidak baik. Perkara seumpama ini sering membawa pertengkaran dan perselisihan dan selalunya berlaku di kalangan rakan sekerja, jiran tetangga, sesama kaum kerabat, yang akhirnya membawa kepada permusuhan.

KEEMPAT : Dilarang juga kita mencaci sesama Mukmin dan muslim. Ini kerana perbuatan mencaci dan mencela ini adalah perbuatan syaitan dan iblis. Memang kerja ini menjadi amalan harian iblis dan syaitan. Bagi mereka yang sering melakukan perbuatan ini biasanya menganggap bahawa dirinya terlepas daripada sifat-sifat keji berkenaan, sedangkan apa yang dilakukannya itu adalah satu langkah mengikuti jejak langkah iblis dan syaitan. Perbuatan ini kebiasaannya sering dilakukan oleh orang-orang politik di Parlimen dan di ceramah-ceramah politik . Tidak terkecuali juga di zaman siber ini, perbuatan dan tingkahlaku syaitan ini sering dilakukan oleh penulis-penulis blog dan juga para pembaca blog yang begiti ghairah mengeluarkan kata-kata caciannya kepada orang lain atas nama hak asasi dan hak mereka untuk bersuara. Tapi, mereka tak faham adab serta etika menyuarakan pendapat menurut Islam.

4. Diakhir ayat di atas Allah telah memberi amaran keras kepada keempat-empat jenis manusia yang melakukan perbuatan ini, iaitu barang siapa yang tidak bertaubat (meninggalkan keempat-empat perbuatan haram ini) maka mereka itulah orang-orang yang zalim. Ramai yang tak sedar bahawa bukan sahaja Raja ataupun pemimpin sahaja berpotensi untuk melakukan kezaliman, tetapi orang biasa seperti kita juga mungkin setiap hari terdedah kepada perbuatan zalim seperti ini.

5. Justeru, Allah s.w.t telah memperingatkan orang-orang yang beriman ( sesiapa yang tidak beriman tidak perlu mendengar peringatan Allah ini ) di dalam firman-Nya dalam surah al-Hujurat, ayat 12, yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang BERIMAN, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati..? Maka tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Menerima Taubat lagi Maha Penyayang "



( GAMBAR HIASAN )

(GAMBAR HIASAN )

6. Nampaknya ketiga-tiga larangan Allah dalam ayat di atas ( prasangka buruk, mencari-cari kesalahan orang lain dan mengumpat ) telah menjadi trend ataupun sejenis penyakit dan wabak dalam masyarakat Islam masa kini, khanya di kalangan ahli-ahli politik dan juga penulis-penulis blog ( Maksud saya bukan semua - ada juga sebahagian Bloggers yang beretika dan beradab seperti saudara/saudari yang menjadi pembaca setia Blog saya ini ).

6 comments:

Mrkolumpo said...

bak kata pepatah MELAYU lah :

"kuman seberang laut nampak, bangkai gajah depan mata tak nampak" (atau sengaja buat2 tak nampak)

"paku dulang paku serpih, ...." (kalau terer sambung lerr)

Anonymous said...

" Paku dulang paku serpih...mengata orang engkau yang lebih ". Ok ( pepatah reformasi abad 21)

Anonymous said...

To. Kolompu.com.. aku baca juga hang punya blog tu. sedap juga pepatah yang hang suruh sambung : paku dulang paku serpih... tapi, saya tak mau sambung pantun ni. saya nak bagi hang pantun yang lain. " siapa yang makan cili dialah yang merasa pedas.. ok

Anonymous said...

Artikel yang menarik & berilmu. Semua orang (pemimpin & rakyat) perlu balik kepada ajaran Islam yang betul. Baca al-quran dan hadis, berserta dengan tafsirannya, dan terus amalkannya. Mudah-mudahan kita dapat melindungi agama suci kita ini dari terus dipandang lemah oleh agama lain.

Anonymous said...

Mr. Kolumpo..! Ada beza antara mengata orang dengan memberi nasihat pada orang. Apa yang dilarang oleh Islam ialah apabila kita cuba untuk mengata dan memburuk-burukkan seseorang individu itu dengan tujuan dan berniat jahat. tetapi, kalau kita nak tegur seseorang atas dasar nasihat menasihati untuk tujuan kebaikan dan kepentingan agama, maka ianya amat dituntut. tetapi, mesti dengan penuh hikmah dan dengan beradab sopan. Bukannya dengan memaki hamun.

Kembara Musafir said...

Mgkn kite selaku manusia yg hina,lemah d sisi Allah ini...

Terlepas pndg kata2 hikmah yg pernah dilontar oleh Khalifah ke-2 Islam,Saidina Omar al-Khattab :

'Unzur ma kola,la tunzur man kola'
(Lihat kpd ape yg diperkata,jgn lihat kpd siape yg berkata)

*Muga menjadi wadah tuk kite bermuhasabah diri...