Translate

Thursday 4 December 2008

LEBIH 20 KALIMAH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN - KHAS BUAT MR. KOLUMPO






kaaba004.jpg

Assalamualaikum..! Allahu Akbar..Allahu Akbar...Allahu Akbar.. Walillahiil hamd. Sempena dengan Musim Haji pada tahun ini, saya dan seisi keluarga ingin mengucapkan selamat Idul Adha ( Hari Raya Haji ) kepada sekalian umat Islam, khasnya kepada rakan-rakan Bloggers dan para pembaca setia blog saya. Semoga apa yang kita korbankan selama ini dari segi tenaga, masa, buah fikiran, harta benda dan wang ringgit untuk diri kita, keluarga, masyarakat, agama dan negara tercinta akan diredhai oleh Allah s.w.t. Dengan ibadah wukuf di Padang Arafah di musim haji ini akan memberi keinsafan serta kepengajaran kepada seluruh umat Islam di negara ini betapa pentingnya kita bersatu dan berpadu demi menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

KALIMAH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Sebelum ini saya telah menulis satu rencana bertajuk “ Terdapat 54 Kalimah Melayu dalam Perlembagaan”. Ekoran daripada tulisan saya tersebut, maka seorang sahabat Blogger saya yang bernama pena Mr Kolumpo telah bertanyakan kepada saya tentang adakah kalimah “ISLAM” dalam Perlembagaan..! Beliau menyatakan satu lagi persoalan bahawa siapakah yang telah menggubal Perlembagaan Malaysia..?

Bagi menjawab persoalan daripada MR KOLUMPO dan juga mungkin maklumat ini juga berguna kepada para pembaca blog sekelian, maka di sini saya senaraikan lebih daripada 20 kalimah “ISLAM” yang tercatat dalam Perlembagaan Malaysia. Saya senaraikan satu persatu mengikut fasal-fasal yang berkenaan. Renung-renungkanlah..!

KALIMAH ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. PERKARA 3(1) : Ugama bagi Persekutuan

Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

2. PERKARA 3 (2) : “ Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu..”

3. PERKARA 3 (2) : sambungan - “…dan juga tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat..”

4. PERKARA 3 (2), sambungan – “..tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang di Pertuan Agong mewakilinya.”

5. PERKARA 3 (3) Perlembagaan-perlembagaan bagi Negeri-Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada yang di Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.”

6. PERKARA 3 (5): “ Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, yang di Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan..”

7. PERKARA 3 (5), sambungan – “… dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal ehwal ugama Islam…”

8. PERKARA 3 (5) , sambungan – ”...dan bagi menubuhkan suatu majlis untuk menasihatkan Yang di Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam.”

9. PERKARA 11(4) : Kebebasan ugama. ” Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan antara orang-orang yang menganuti ugama Islam ”.

10. PERKARA 12 (2): Hak-hak Berkenaan dengan pelajaran, ”...tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam..”

11. Perkara 12 (2) , sambungan – ”...atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.”

12. PERKARA 34 (1) : ” Yang di Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai Raja Negerinya kecuali tugas-tugasnya sebagai Ketua Ugama Islam.”

13. PERKARA 42 (10) : ”Walau apapun yang tersebut dalam Perkara ini, kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal hal ehwal ugama Islam di Negeri atau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan hendaklah dijalankan oleh Yang di Pertuan Agong sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu”.

14. PERKARA 96 (3) : ” Jika mengikut undang-undang negeri atau mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, mengikut undang-undang Persekutuan apa-apa zakat, Fitrah, BaitulMal atau hasil agama Islam, yang seumpamanya adalah didapatkan, maka hasil itu hendaklah dibayar masuk ke dalam suatu kumpulanwang yang berasingan dan tidak boleh dikeluarkan kecuali di bawah kuasa undang-undang Negeri atau undang-undang persekutuan, mengikut mana yang berkenaan.”

15. PERKARA 145 (3): ”Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budibicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai sesuatu kesalahan, lain daripada pembicaraan di hadapan mahkamah syariah, mahkamah bumiputra atau mahkamah tentera.”

16. PERKARA 160 (Tafsiran) : ” Melayu ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu..”

17. JADUAL KEEMPAT (Sumpah Jawatan Yang di Pertuan Agong):

Imej:Yang di-pertuan agong ke-13.PNG

” Kami......ibni....Yang di Pertuan Agong bagi malaysia bersumpah dengan melafazkan: Wallahi; Wabillahi; Watallahi; maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguh dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia... Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Ugama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri. ”

18. JADUAL KELAPAN (Peruntukan Tetap : Raja bertindak atas nasihat) (2): Raja boleh bertindak menurut budibicaranya pada menjalankan tugas-tugas yang berikut (selain daripada tugas-tugas yang pada menjalankannya ia boleh bertindak menurut budibicaranya di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu : (d) ” apa-apa tugas sebagai Ketua Ugama Islam atau mengenai adat istiadat Melayu ”.

19. JADUAL KESEMBILAN (4),(e), (ii) : ”Perkara-perkara yang tersebut dalam perenggan (i) tidak termasuk undang-undang diri orang Islam berhubung dengan perkahwinan, perceraian, penjagaan anak, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, undang-undang keluarga, pemberian atau pewarisan harta berwasiat dan tidak berwasiat.”

20. JADUAL KESEMBILAN – SENARAI 2; SENARAI NEGERI: (1) ” Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut ugama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; wakaf Islam dan ta’arif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan khairat, yayasan, amanah, khairat, dan yayasan khairat yang dijalankan, ke semuanya sekali dalam Negeri; adat isti’adat Melayu: zakat fitrah dan BaitulMal atau hasil ugama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutua; keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mempunyai bidangkuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut ugama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan ’adat isti’adat Melayu ”

21. JADUAL KESEPULUH- BAHAGIAN 3 (Sumber-Sumber Hasil Yang diserahkan Kepada Negeri ) : (13) ” Zakat, Fitrah dan BaitulMal dan hasil ugama Islam yang seumpamanya”.

KESIMPULAN : Pada pendapat saya, peruntukan-peruntukan berkenaan dengan ugama Islam serta hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hukum syarak yang termaktub peruntukannya dalam Perlembagaan Malaysia cukup banyak ; yang inipun kita tak mampu nak melaksanakannya. Buatlah mengikut keutamaan dan juga mengikut kemampuan. Janganlah ada di kalangan kita yang hanya semangat saja yang lebih, tetapi dari segi penghayatan dan perlaksanaannya macam 'ketuk tin kosong'.

12 comments:

Khairi Jalalluddin said...

Perlembagaan Jahiliyyah yang dikatakan oleh PAS ini dibuat oleh Suruhanjaya yang dipegngerusikan oleh Lord Ried. Ahli jawatankuasanya juga ada dikalangan umat Islam iaitu seorang daripada Pakistan yang satu lagi dari India. Tuan/puan boleh buat kajian. Maka tidak betullah dakwaan yang mengatakan orang Islam tidak terlibat langsung.

Mrkolumpo said...

Syabas dan tahniah kepada kekanda...saya terperanjat juga tgk posting ni khas buat saya..namun saya ucapkan terima kasih byk2.cuma pembetulan saya tak tanya ada atau tidak...saya tanya sebab kanda dah bilang perkataan melayu...tu yg saya tanya kanda ada bilang tak perkataan Islam.anyway..terima kasih byk2 kepada kekanda.yer betul apa yg kekanda kata..mmg ada perkataan Islam seperti contoh ketua beragama Islam...namun mcm tu lah yang dicop "lulus"oleh brother Lord Reid.takde pulak dia kata mesti beriman,amalkan hukum berlandaskan Alquran dan sunnah,berpegang kepada prinsip hukum hudud...takper lah..itu saya taknak sentuh sgt lah..nanti kekanda pakai lagi ayat faveret kekanda "tin kosong" hehehe..namun telah saya teliti perlembagaan takde pulak yerr yg kata kerajaan yang memerintah haruslah dari UMNO ataupun BN mahupun perikatan.jadi jelaslah sesiapa pun boleh menjadi kerajaan asalkan berketuakan pemimpin Islam.PAS dah gerenti lah Islam.PKR pulak no 1,2 dah konfrem org Islam jugak.DAP??? alah sama lah macam MCA MIC..jadi parti komponen PR.so nak gak tahu pasal apa yang kekanda benci sangat2 pada PR ni yer???kekanda pun tahu ..saya dulu ahli UMNO..dan masih lagi berdaftar sebagai ahli UMNO Semerting cuma tak berapa nak aktif sgt lah...nak aktif mcmana kalau selalu dipinggirkan oleh brother tu..takut sgt agaknye pada saya n brother saya...mcm lah kite teringin sgt ngan jawatan dia tuhhh...berbalik pada cerita saya...even saya masih lagi berdaftar (kalau nama tka kene potong lah) tak salah pada saya kalau nak masuk PAS atau PKR kan???parti politik ni bukan mcm agama...keluar Islam yer lah murtad tapi if keluar mcm contoh keluar UMNO n masuk Semangat 46...tak salah kan???selagi kite berniat nak perjuangkan hak org kampung,hak rakyat dan secebis niat utk menegakkan syiar Islam...itu sebahagian dari Jihad.betul tak???

Anonymous said...

Salam, Mr Kolumpo. Maaf saya tak dapat hadir petang ni di majlis perjumpaan hari raya Aidil Adha CAP di rumah tuan penasihat di Spg Pelangai.

Menyentuh tentang, komentar saudara yang menyatakan bahawa :"takde pulak dia kata mesti beriman,amalkan hukum berlandaskan Alquran dan sunnah,berpegang kepada prinsip hukum hudud". Memanglah tidak ada disebut perkataan ataupun maksud secara 'literal' tentang kenyataan ini.

Perkataan " Islam adalah agama bagi persekutuan" ( Perkara 3 (1) , sudah cukup holistik dan memadai untuk menyatakan bahawa Islam menjadi agama teras dan dimartabatkan di Malaysia. Maknanya, Islam itu tinggi dan tiada agama lain yang lebih tinggi daripadanya.

Sama juga perkataan 'ISLAM' dalam Kad Pengenalan kita. Seseorang yang tercatat dalam Kad Pengenalannya tentang status agamanya "ISLAM" adalah sudah memadai dan bukti bahawa dia adalah berugama Islam. Cuba buka beg duit tu, tengok semula Kad Pengenalan saudara... ada tercatat perkataan "Islam" tak..? Jadi, tak perlulah JPN/kerajaan nak tulis di situ yang saudara beragama Islam, hidup berpandukan al-Quran, terbukti sembahyang 5 waktu, berpuasa di bulan ramadhan, tunai zakat, dan pergi haji ke mekah. Cukup sekadar "perkataan Islam" dah jadi bukti bahawa kita adalah beragama Islam (muslim). Tak kanlah sebab tak ada tulis berpandukan al-quran danb mengamalkan rukun-rukun Islam dalam kad pengenalan kita, maka orang senang-senang saja nak kata bahawa kita tidak mengamalkan Islam. Ini cuma dokumentasi. yang lebih mengetahui tentang keislaman kita hanyalah Allah s.w.t.

Dalam perlembagaan negarapun sama juga. Tak perlulah kita nak tulis panjang lebar tentang apa itu Islam dan apa rujukannya. Cukup sekadar "Islam adalah agama bagi persekutuan". Nak lihat perkataan yang berjela-jela tentang enakmen pentadbiran hukum Islam dan Kanun jenayahnya, maka kita kena buka pula Enakmen Pentadbiran Hukum Islam di negeri-negeri. Baru jumpa perkataan-perkataan yang menjelaskan kepada hukum syarak. Contohnya, saudara akad nikah dalam perkahwinan, kita rujuk kepada enakmen pentadbiran hukum syarak yang berkaitan dengan nikah, cerai dan rujuk. Jadi, kalau kita kata perlembagaan negara kita tidak islamik dan jahiliah. Habis, semua orang kampung kita yang kahwin selama ini pakai undang-undang mana...? Tak kan pakai undang-undang LOrd Reid..? Dah tentu kita pakai undang-undang perkahwinan keluarga Islam seperti yang diperuntukkkan dalam Jadual Kesembilan- Senarai 2- Perlembagaan persekutuan.

Mrkolumpo said...

menyebut kepada enakmen hukum syarak...ermmm terdetik dihati saya kenapa sampai kite kene dengar golongan2 yang mengaku Islam tetapi menolak secara lantang tentang poligami seperti Dato Shahrizat???sampai penyudahnye susah jugak lah org nak kawin 2,3 atau 4.ikutkan hukum kalau cukup syarat senang jer...tapi sampai kene dapat kebenaran bertulis dari isteri pertama lah,apa lah...lantaran org pergi nikah kat Siam.itu nasib baik lah pergi jugak menikah...mana yang tak berani tuh..ha duduklah bersekedudukan mcm laki bini berzina sampai lebam...hehehe..apa komen ustaz shamsudin

Anonymous said...

Kita kena faham tentang prinsip-prinsip siasah syar'iyyah dalam pelaksanaan hukum syarak. Memanglah hukum asalnya berkahwin lebih dari satu itu adalah sunnah Rasul. Zaman nabi dan para sahabat, memanglah orang yang nak berkahwin lebih daripada satu tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama. Ini kerana iman para sahabat dan akhlak mereka pada zaman itu cukup tinggi dan mereka tidak suka berbohong. Tapi, kena ingat bahawa Nabi Muhammad dan para sahabat pada ketika itu memaklumkan kepada isteri-isterinya tentang hasrat mereka untuk berkahwin lebih. Dan yang lebih penting lagi, pada ketika itu Nabi Muhammad berkahwin lebih bukan kerana nafsu dan bukan kerana dah bosan dengan isteri baginda yang sedia ada. Tetapi, kerana ingin membantu para ibu tunggal yang kematian suami ataupun wanita yang bernasib malang.

Sebaliknya hari ini ramai lelaki yang nak kahwin lagi satu kerana dah jemu dengan isteri pertama ataupun kerana dah tergoda dengan pujuk rayu perempuan lain. Akibatnya, anak-anak di rumah diabaikan serta tanggungjawab terhadap isteri pertama juga dah mula kurang sedikit. Maka sebab itulah lelaki di zaman ciber ni perlu dibuat peraturan kerana kebanyakan nafsu mereka tak terkawal dan banyak yang imannya nipis dan tak sebaik iman para sahabat.

Kalau kita benar-benar ikhlas nak beristeri lagi satu, apa hal pula kita mesti takut dengan peraturan poligami yang dikuatkuasakan oleh enakmen hukum Islam negeri-negeri. Cuba tengok tuan penasihat CAP kita di Spg Pelangai tu, beliau betul-betul gentleman dan beliaupun beristeri dua dan pernah tiga sebelum ini. Tetapi tuan penasihat kita tu, berterus terang dengan isteri-isterinya. Dan tak ada nak sembunyi-sembunyi. Tak ada masalahpun. Yang menjadi masalah ni ialah mereka yang takut dengan bini ataupun bini tak takut dengan dia. Itu pasal mereka menentang peraturan poligami ni.

Sebenarnya, Dato' Shahrizat tu bukannya menentang poligami tetapi beliau nak supaya proses poligami tu biarlah benar-benar mengikut adab dan prosedur tertentu yang boleh menjamin masa depan isteri pertama. Kalau tak buat peraturan macam ni, nanti ramai yang kahwin bukan setakat dua ataupun 4, tetapi mungkin sampai lebih daripada 4 ataupun beribu-ribu lemon. Pasal apa jadi begini. Itulah pasal sebab kita tak buat kawalan dan mendaftaran poligami ini dari awal. Bila kita buat kawalan dan daftarkan proses poligami ini, maka tak akan berlakulah orang yang menipu jabatan agama.

Hairan juga, orang lelaki zaman moden ni, bila soal kahwin nak ikut sunnah nabi dan pandai pula baca ayat alquran dan hadis yang mengharus serta membolehkan lelaki berkahwin lebih dari satu. Tapi, tentang macammana cara nak didik isteri, macammana nak didik anak-anak dan bagaimana nak jadi seorang ayah dan bapa misali seperti nabi dan para sahabat; mereka tak mahu ikut cara Islam pula. Alasannya, itu nabi, aku bukannya nabi. Habis kalau dah tahu kita bukan nabi dan bukan sahabat nabi kenapa sanggup pula nak terima beban beristeri dua, tiga ataupun empat.

Bagaimanapun, seseorang lelaki yang berhasrat untuk beristeri lebih dari seorang itu adalah lelaki yang normal. Dan mereka yang tak teringin ataupun tidak ada cita-cita nak beristeri lebih itu adalah seorang lelaki yang 'abnormal' (tidak normal). Saya secara peribadi memang ada niat nak beristeri lebih, tapi masih sayangkan isteri dan anak-anak. Dan dah ukur badan sendiri,bahawa saya memang tak layak dan tidak berkemampuan.

Wallahu aklam.

Mrkolumpo said...

Allah lebih mengetahui kenapa dibenarkan kahwin lebih dari satu...Dia yg cipta kita...Dia tahu apa yg kite inginkan...cume jgn lah kite memberat2kan hukum...Islam itu agama yang mudah...Allah benci kepada org yg menambah2kan perkara yg dah ada dalam Alquran

Anonymous said...

Mr Kolumpo. Untuk makluman, nabi Muhammad hanya berkahwin kali kedua setelah isteri pertama baginda saidatina Khadijah wafat. Ini bermakna bahawa nabi kita tidak memudah-mudahkan perkara ini dengan sewenang-wenangnya untuk kahwin isteri kedua ketika mana isteri pertama baginda masih hidup. Terlalu sayang dan cintanya baginda pada khadijah, sehingga baginda tak tergamak untuk menduakan khadijah ketika hayat khadijah.

baginda hanya kahwin dengan aisyah, anak saidina Abu bakar hanya setelah isteri pertama baginda, khadijah wafat. Sirah baginda mmebuktikan bahawa selagi isteri pertama masih hidup, janganlah kita nak cuba-cuba mencari wanita kedua sebagai isteri. Kalau nak ikut sunnah nabi, ikutlah secara total dan bukannya ikut cara kita nak dan yang sesuai dengan selera kita sahaja. Dinasihat kepada kaum lelaki yang sejenis dengan saya, jika nak ikut sunnah nabi, kita kena tunggu isteri pertama kita meninggal dulu, barulah boleh kita mencari isteri lain lepas tu bolehlah kita memadukan isteri yang kedua ini dengan isteri-isteri baru seterusnya sama ada berdua, bertiga atau berempat.

Mrkolumpo said...

fuhh..tinggi betul ilmu abang sudin...mintak maaf saya tak pernah jumpa hukum mcm ni seumur hidup saya..kalau mcm tu ayahanda abu hassan dan saya ni tak ikut sunnah lah yerrr?????

Mrkolumpo said...

p/s kalau mcm tu boleh lah kite buat satu lagi sessi selepas cabaran "mencari kebenaran" iaitu cabaran "mencari kebenaran II" biar Allah yang jadi hakim

Mrkolumpo said...

he he he...sorryy..lupe nak tanya tadi...harap abang sudin boleh belek mana2 kitab and tgk ayat yang Allah turunkan lebih kurang maksud dia "kahwinilah kamu 2,3 atau pun 4 sekiranya kamu boleh berlaku adil..jika tidak kahwin lah hanya 1"...ayat tu turun masa bile?is it before or after kewafatan sayidatina Khadijah Amirul Mukminin. dan nak tanya juga kepada abang sudin yang bijak bestari...agak2 ada tak kupasan mana2 ulamak kenapa Allah sebut 2 ,3 dan 4 dulu dan tidak seperti "kahwinlah kamu seorang jika kamu tidak rasa boleh berlaku adil...tapi jika kamu boleh berlaku adil,ahwini lah 2,3 atau pun 4"..kenapa sebut 2 dulu?kenapa tidak 1...harap maaf..saya ni kurang ilmu dan ingin belajar...harap jgn abang sudin panggil saya tin kosong (ayat faveret abang) sudah ler yerrrr...hehehe

Anonymous said...

Salam. Mr Kolumpu. Keinginan seseorang dan juga amalan seseorang lelaki untuk berkahwin dua, tiga dan empat itu adalah hak peribadi. Hanya orang berkenaan sahaja yang tahu menilai dirinya mampu ataupun tidak untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya. Kalau nak tahu kita ni adil ataupun tidak, cuba kita buat Borang Penilaian ataupun aduan pelanggan kepada isteri-isteri kita pada setiap bulan. Surah mereka ni buat komen dalam borang aduan tersebut tentang diri kita. Barulah kita boleh menilai secara telus. Apapun, hanya Allah saja yang tahu hakikat sebenarnya.

Tentang ayat al-quran yang menyatakan " kahwinilah perempuan itu dua, tiga, empat dan kalau tak mampu kahwinilah seorang sahaja. Saudara memahaminya bahawa perintah Allah menyuruh kita kahwin lebih dulu, kalau tak mampu baru satu. Itu persepsi saudara yang mungkin ada betulnya jika mengikut hukum akal. Ada juga pendapat sesetengah mazhab syiah yang mentafsirkan ayat ini dengan perintah Allah supaya berkahwin sampai 10 isteri, iaitu dengan kaedah 2 + 3 + 4 + 1 = 10. Jadi, adalah yang berkahwin sehingga 10 orang isteri di kalangan segelintir pengikut syiah.

Tetapi dalam mentafsirkan ayat ini kita kena rujuk pada tafsiran ulama muktabar. Ayat ini merujuk pada surah an-Nisa', ayat 3. Tetapi kebanyakan daripada lelaki yang berhasrat untuk beristeri 2,3 dan 4 ini hanya membaca ayat ke-3 Surah An-Nisa' ini sahaja, mereka langsung tidak merujuk ataupun melihat kepada ayat permulaan di surah an-Nisa' ini iaitu ayat 1 dan 2. Nak baca ayat 3 ni kita kena baca dulu ayat 1.

Di sini saya tuliskan maksud ayat 1 yang saudara terlupa tu, iaitu "Wahai sekelian manusia,Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (ADam) itu pasangannya (isterinya-Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya-zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu".

Bermakna, bahawa jika kita berhasrat dan berkemampuan untuk kahwin 2,3 dan 4 ini maka faktor utama yang perlu diambil berat ialah tentang ketaqwaan. Dalam ayat 1 surah an-Nisa' ini Allah telah memperingatkan sebanyak 2 kali perintah supaya kita bertaqwa. Hanya orang-orang yang merasakan dirinya benar-benar bertaqwa sahaja yang mampu untuk berkahwin lebih ini.Tentang saudara dan tuan penasihat CAP kita tu, saya tak berani nak komen. Kemungkinan Allah s.w.t telah menganugerahkan sifat taqwa kepada saudara dan tuan penasihat. Sebab itu berani dan layak kahwin lebih. Macam insan seperti saya ni, maklumlah ilmu dan amal ibadahpun belum sempurna lagi dan sifat taqwa ni masih belum sebati dalam kehidupan saya. Tapi, saya sentiasa berdoa juga agar diri saya diberikan sifat taqwa oleh Allah. maksud taqwa ini ialah seseorang itu mesti taat dan patuh kepada perintah Allah serta takut untuk melanggar hukum dan larangan Allah. Syabas, kerana saudara berani untuk menerima tanggungjawab berat yang sebelum ini diamalkan oleh Nabi dan para sahabat untuk beristeri lebih daripada satu. Saya ni, masih lagi takut dan lemah kerana bimbang tidak dapat berlaku adil kepada isteri-itseri dan anak-anak kalau beristeri dua, tiga dan empat. Sebab itu saya hanya beristeri seorang sahaja. Bukan kerana saya menentang poligami, tetapi atas dasar diri saya yang lemah dan takut tidak berlaku adil.

Jadi, kepada saudara yang yakin boleh memberi keadilan kepada isteri-isteri saudara, maka teruskanlah sunnah nabi ini. tetapi jangan lupa pada ayat pertama surah an-Nisa tadi yang mana Allah memerintahkan kita supaya bertaqwa.

Mrkolumpo said...

worait...so i rest my case...
ikutkan yang sebenar2nya semua ini dah tersurat sejak kite di alam roh lagi...
soal rezeki,jodoh,ajal dan takdir ni dah ditentukan....
saya ni Allah dah cakap akan berbini 2..so 2 lah jadinya...abang pun tak tahu jugak..entah2 next week ka,coming soon ka,next change ka (bak kata abang kus)..jodoh la katakan...apa2 pun syabas lah kepada abg...saya ni bukan soal tak setia ataupun soal habis madu sepah di buang tapi pada saya yang lemah iman,nafsu serakah...bersyukur jugak lah ditakdirkan kawin lebih...kalu tak...asek nak menanggung dosa maksiat aje...tak terdaya jugak kat dlm kubur nanti...mcm jugak cabaran mencari kebenaran saya (yang abg tak bg jawapan lagi...) this is the way yang saya nampak boleh menghindar dari maksiat perempuan dan zina.dah kawin ni haaa kene2 lah belajar jadi adil dan saksama..kang sok bahu senget sebelah kata org..hehehe...anyway tabik kapten