Translate

Tuesday, 23 September 2008

ISA WAJAR DEMI KEDAULATAN ISLAM DI MALAYSIA

Sebut saja ISA maka sudah tentu ramai di kalangan pejuang-pejuang hak asasi manusia dan juga pengamal undang-undang di negara ini yang tidak bersetuju dengannya. Ini kerana mereka berpandangan bahawa Akta ini adalah suatu undang-undang kejam dan menzalimi seseorang yang tidak bersalah.

Kalau kita nak buat andaian bahawa ISA ini akan membuatkan seseorang itu dianiaya ataupun teraniaya, maka semua undang-undang di dunia ini juga tidak terlepas daripada menganiaya dan juga menzalimi orang lain. Selagi hakim-hakim di mahkamah, pegawai pendakwa dan juga polis di dunia ini ditadbir oleh makhluk yang bernama manusia maka selagi itulah semua undang-undang di dunia ini tidak akan terlepas daripada ketidakadilan dan penyelewengan.

Yang boleh menjamin keadilan kepada semua manusia tanpa berlakunya kezaliman ialah mahkamah Allah di Padang Mahsyar nanti. Jadi, tak perlulah kita cuba untuk mempertikaikan ISA kerana kononnya ia suatu undang-undang yang tidak adil kepada seseorang yang tidak dapat dibuktikan bersalah.

Kita kena faham bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang berasaskan kepada demokrasi yang berkonsepkan Raja Berperlembagaan. Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan malaysia menjelaskan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Bagaimana kita nak menjamin kedudukan Agama Islam di negara ini supaya ianya tetap terpelihara dan tidak dipertikaikan oleh rakyat yang bukan beragama Islam. Tak kan kita nak dakwa mereka seperti Terresa Kok yang menghina Islam di mahkamah Syariah. Ataupun bijakkah kita nak mendakwa orang yang menghina Islam di Mahkamah Sivil yang mana hakim-hakimnya terbuka kepada mereka yang tidak beragama Islam. Itu pasal ISA ini perlu juga dikekalkan agar ianya dapat dijadikan sebagai senjata dan juga benteng kepada negara ini bagi menyekat sebarang anasir subversif yang boleh mengancam kesucian agama Islam di negara ini.

Terdapat juga yang memberi alasan bahawa ISA hanya sesuai digunakan untuk menyekat ancaman komunis pada masa darurat dahulu iaitu dari tahun 1948 - 1960. Mulai dari tahun 1960, negara kita telah bebas daripada darurat dan parti komunis Malaya telahpun meletakkan senjata pada tahun 1989, iaitu hampir 20 tahun yang lalu. Apa pula relevannya ISA ini hendak diguna pakai lagi.

Ini pandangan mereka yang dangkal dan tidak berpandangan jauh. Memanglah komunis telah meletakkan senjata sejak 20 tahun lalu. Tapi, sedarkan kita bahawa Parti komunis malaya hanya mengisytiharkan perletakan senjata sahaja. Sedangkan perjuangan mereka dari segi ideologi dan juga gerakan untuk menjadikan malaysia ini sebagai negara yang berideologikan komunis tetap subur dari dahulu, kini dan selamanya.

Adakah orang seperti Teresa Kok yang terang-terangan mencabar kedudukan Islam di negara ini dan juga sering menimbulkan polimek dalam politik negara sejak beliau menjadi MP Seputeh ( DAP ), tidak boleh kita samakan fikirannya dengan komunis? Apakah DAP yang selama ini menghina Raja-Raja melayu, mempertikaikan hak istimewa orang melayu dan juga mempertikaikan status malaysia sebagai sebuah negara Islam, tidak boleh kita samakan pemikiran dan ideologi parti mereka ini dengan komunis..?

Malangnya orang yang berfikiran komunis dan kurang ajar seperti Teresa Kok ini hanya ditahan ISA selama 7 hari sahaja. Sedangkan Raja Petra Raja kamaruddin pula ditahan di kamunting untuk dua tahun. Mungkin kerajaan kita takut dengan pemimpin DAP yang berfikiran komunis seperti Teresa Kok. Ayah pin yang menyebarkan ajaran sesat, sampai sekarang diburu oleh pihak kerajaan. Kumpulan Al maunah yang sebelum ini menimbulkan ketegangan kerana cubaan untuk meletupkan rumah ibadat hindu dan juga meletupkan kilang-kilang arak di lembah kelang telah di dakwa dan dihukum bunuh.

Saya bukannya nak meniupkan api ketegangan dan juga hasutan di dalam laman blog ini, tetapi saya tidak puas hati dengan langkah pihak polis membebaskan Teresa Kok terlalu awal. Sepatutnya pihak Polis mesti menahannya selama dua tahun di kamunting sama seperti Raja Petra agar beliau dapat kesedaran dan pengajaran supaya lain kali jangan suka nak mencabar kesucian Islam dan jangan cuba-cuba nak menjolok sarang tebuan.

Itulah sebabnya saya amat bertegas supaya ISA ini perlu dikekalkan di negara ini bagi tujuan mengawal orang-orang yang berfikiran komunis seperti teresa Kok, Lim Kit Siang dan juga Karpal Singh. Mujur saya tidak dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri oleh Pak Lah, kalau tidak dah lama orang-orang seperti...... ditahan ISA.

2 comments:

mrkolumpo said...

saya kurang bersetuju dgn akta ISA.menghukum dan memenjara seseorang tanpa dibicarakan.sedangkan pembunuh kejam slovodan milosevic pun dibicara kan.saya juga tak faham mengapa perlu tangkap orang2 yang hanya bukan pro kerajaan.kalau benar ISA untuk melindung rusuhan kaum, mengapa pula ahmad ismail Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang yang terang2an meniupkan api perkauman tidak ditahan ISA malah hanya digantung keahlian 3 tahun.doesnt it seems unfair to u???

awangkata said...

Nampaknya ISA dah jadi makin relevan pula. Maklumlah makin banyak yang antinasional dan bersikap pro ansir subversif.Betul kata orang, sejarah itu berulang. Pengganti komunis dah datang, sedialah kita.