Translate

Saturday, 20 September 2008

BENARKAH UMNO AKAN PULIH JIKA PAK LAH LETAK JAWATAN..?

Assalamualaikum.. Semoga kita semua mendapat keampunan daripada Allah di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Bagi yang masih belum berkesempatan untuk menghidupkan 10 malam terakhir di bulan Ramadhan pada tahun lalu , maka masih tidak terlambat lagi pada tahun ini untuk mendapatkan kelebihan tersebut. Dirikanlah solat sunat tahajud dan solat sunat hajat pada setiap tengah malam mulai malam ini untuk memohon keampunan Allah.

Dan yang lebih penting lagi kepada pemimpin-pemimpin UMNO ialah gunakanlah kesempatan 10 malam terakhir ramadhan ini untuk kita bermunajat dan juga memohon kepada Allah agar diberi kita petunjuk agar dapat membuat pemilihan yang tepat untuk memilih pemimpin-pemimpin UMNO yang soleh dan berhati mulia untuk memimpin UMNO dan negara di masa hadapan.

Sejak akhir-akhir ini, saya merasa bimbang dengan suasana ketidaktentuan tentang masa depan politik negara kita. Dalam Utusan malaysia hari ini ( 20 Sep 2008 ), YB Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri Luar telah mendedahkan bahawa AS telah memperalatkan DS Anwar Ibrahim untuk kepentingan mereka di rantau ini. AS bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada DS Anwar untuk menjadi PM Malaysia kerana ada' udang di sebalik batu'. Itu faktor luaran yang boleh mencemaskan seluruh rakyat di negara ini kerana kalau tidak ditangani segera maka kemungkinan negara kita akan dijajah semula oleh kuasa asing dari segi ekonomi dan mungkin juga dalam bentuk lain.

Dalam masa yang sama juga negara kita juga di ancam oleh krisis dalaman dalam Parti UMNO itu sendiri. Satu pihak mahukan Pak Lah kekal sebagai Presiden dan Perdana menteri buat jangkamasa waktu tertentu sehingga JUn 2010. Manakala satu pihak lagi inginkan agar jawatan Perdana menteri yang disandang oleh Pak Lah diserahkan segera kepada DS Mohd najib Tun Razak sebelum bermulanya mesyuarat Agong UMNO Peringkat Bahagian pada 9 Oktober 2008. Dengan berlakunya pertukaran segera pucuk kepimpinan No. 1 dalam UMNO dan juga kerajaan, maka berkeyakinan penuh bahawa sokongan orang-orang Melayu kepada UMNO akan pulih dan juga sokongan rakyat akar umbi kepada kerajaan Barisan nasional akan kembali teguh.

Apakah benar bahawa dengan pertukaran serta perubahan kepimpinan tertinggi dalam UMNO dan keranaan ini nanti akan dapat memperbetulkan semula UMNO..? Apakah selama ini kegagalan UMNO untuk menstabilkan politik dalaman mereka dan juga kekurangan sokongan rakyat kepada kerajaan BN boleh diletakkan kesalahan hanya kepada Pak Lah seorang sahaja..?

Pada hemat saya, kalau UMNO nak dipulihkan segera maka pertukaran kepimpinan perlulah dilakukan secara besar-besaran di semua peringkat. Sekurang-kurang 80 peratus daripada muka-muka pemimpin MKT yang ada pada hari ini juga perlu digugurkan serta diganti dengan para pemimpin yang berwibawa. Bergitu juga dengan kepimpinan UMNO di Peringkat Bahagian di seluruh negara perlu ditukar kepada kepimpinan baru sekurang-kurangnya 80 peratus. Kalau ini tidak dapat dilakukan oleh para perwakilan UMNO dalam mesyuarat Agong Bahagian yang akan bermula pada 9 hb Oktober - 9 hb November 2008 nanti, maka lupakan saja akan perubahan dan kebaikan untuk UMNO pada PRU-13 akan datang.

DS Mohd najib tidak akan berjaya untuk memperbetulkan UMNO dan juga kerajaan yang lemah pada hari ini jika kepimpinan yang berada di sekelilingnya dan juga yang mendasari UMNO di peringkat bahagian dan cawangan masih lagi pada takuk lama.

Justeru, para pemimpin UMNO di semua peringkat mesti kembali kepada asas perjuangan UMNo itu sendiri iaitu untuk memperjuang serta memartabatkan agama Islam, Bangsa Melayu dan Tanahair. Kalau ketiga-tiga agenda ini tidak terpahat ke dalam sanubari para pemimpin UMNo di semua peringkat maka kita tidak boleh memberi harapan kepada UMNo lagi untuk menjaga kepentingan Islam dan Melayu di negara ini dalam Pilihanraya UMUM ke -13 nanti. Hasil kajian dan penelitian saya kepada generasi muda hari ini yang berumur antara 21 tahun - 40 tahun ; dari 10 orang yang kita temui maka terdapat 8 orang daripadanya yang tidak menyokong BN/UMNO. Kebanyakan mereka tidak menyokong BN/UMNO bukanlah kerana terpengaruh dengan pembangkang, tetapi mereka tidak secocok dengan gelagat para pemimpin UMNO di peringkat Bahagian dan cawangan. Mereka tidak menggemari UMNO dan juga tidak pula berminat untuk menyertai PKR ataupun PAS. tetapi apabila sampai masa mengundi dalam Pilihanraya UMUM nanti, mereka akan mengundi mana-mana sahaja calon yang menentang calon UMNO/BN. Inilah hakikatnya pada hari ini.

Justeru, UMNO pada hari ini perlulah mencari jalan secepat mungkin untuk mengadakan Pelan Tindakan segera bagi mendampingi segera golongan ini demi untuk menjadikan UMNo tetap relevan pada masa Dulu, Kini dan Selamanya.

2 comments:

Khairi Jalalluddin said...

Insya Allah kapt akan jadi Timbalan Ketua Bahagian UMNO amin, nanti dah jadi wakil rakyat jaganlah lupa ana.

Anonymous said...

erm sorry to say..but i do think Pak Lah is responsible of the loss of BN.kalau nak pertahankan UMNO dna juga BN, Pak Lah ken ebrundur pada 9 Okt ni yg saya fikir ini takkan berlaku coz KJ akan kaw kaw x kasi his belover papa in law resign.for me Najib is not a true clean person also but..boleh lah kalau nak bandingkan dari Pak Lah...at least senang la sket org Pelangai nak mintak IKM ke Universiti ker...Sekolah ke...he he he ///