Thursday, 31 July 2008
Monday, 28 July 2008
WAJARKAH DIBUBAR PAS DAN UMNO..?
2. Ini mungkin kerana pengalaman PAS selama 100 hari dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang memberi pengajaran bermakna kepada mereka bahawa PAS tidak punyai peranan penting di ketiga-tiga negeri berkenaan. Bermula dengan langkah kerajaan negeri Selangor untuk membuka ladang ternak babi yang moden dan terbesar di rantau ini, diikuti dengan desakan DAP di Perak supaya MB Perak ( PAS ) tidak menggunakan istilah-istilah Islam dalam pentadbiran negeri Perak. Dan kejayaan DAP di Perak di dalam mempengaruhi kerajaan negeri membuat dasar untuk membolehkan tanah-tanah kamnpung baru milik kaum cina diberi geran hak milik berstatus 999 tahun. Di Pulau Pinang pula, kerajaan Pakatan Rakyat menerusi Kepimpinan Lim Guan Eng ( DAP telah mengumumkan dasar keterbukaan untuk membenarkan tulisan-tulisan bahasa Inggeris ,bahasa Cina, Tamil dan Punjabi di gunakan di papan-papan tanda di negeri berkenaan. Apa untungnya PAS dan juga kepentingan Islam dengan Pakatan Rakyat ini..? Yang jelas ketuanan Melayu serta kemurniaan agama Islam telah mulai diketepikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Sungguh besar juga pahala dan juga saham yang bakal dikongsi bersama oleh PAS dalam kemelut ini.
3 Paling menyedihkan di negeri Selangor baru-baru ini, pihak penduduk di kawasan Petaling Jaya dan Damansara daripada kalangan agama buddha, kristian dan hindu telah mula berani mencadangkan kepada kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ( PKR ) agar semua masjid dan surau di Selangor tidak menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan. Alasan yang diberikan ialah bunyi azan yang berkumandang pada setiap waktu khasnya di waktu subuh ini telah mengganggu tidur mereka dan iazan ini dianggap sebagai suatu bunyi bising. Inilah satu lagi sumbangan dan berkat amal jariah yang telah dicurahkan oleh PAS dalam Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.
4. Justeru, terkeluarlah dari bibir Tuan Guru Nik Aziz untuk mencadangkan agar PAS dan UMNO dibubarkan bagi membolehkan sebuah parti baru yang berteraskan Islam demi kepentingan umat Islam ditubuhkan segera. Idea dan cadangan ini memang baik dan positif. Bagaimanapun, terdapat juga di kalangan pemimpin UMNO dan juga PAS yang tidak bersetuju dengan idea Tuan Guru Nik Aziz ini.
5. Secara peribadi, saya ada pandangan tersendiri dalam isu ini. Kalau PAS nak dibubarkan, adakah selama ini perjuangan PAS tidak menepati dengan kehendak Islam. Bukankah perjuangan Islam itu sesuai di setiap zaman, tempat dan juga keadaan? Kalau UMNO juga hendak dibubarkan, apakah dosanya pada pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu yang telah menubuhkan UMNO yang mana pada ketika itu PAS masih belum wujud dan ke semua ulama melayu berada di dalam UMNO. Di permulaan penubuhan UMNO semua orang Melayu bersatu dan juga para alim ulama juga bersatu demi untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.
6. Yang salah dan tidak betul ialah para pemimpin UMNO dan PAS sendiri yang selama ini Ego dan masing-masing mementingkan kuasa dan kedudukan di dalam kerajaan. Semua yang memimpin UMNO dan PAS berebut-rebut untuk mendapatkan tempat sebagai ahli-ahli Yang Berhormat, Senator, Menteri, Exco dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan jika mereka menang dalam pilihanraya. Sebab itu jika berlaku muzakarah dan juga penyatuan UMNO dan PAS nanti, saya yakin bahawa isu utama yang dibincangkan ialah tentang soal agihan kerusi untuk Menteri kabinet, siapa yang nak jadi Menteri Besar di negeri Kedah, Perak dan Selangor, berapa kuota exco untuk UMNO dan PAS dan sebagainya.
7. Saya yakin bahawa kedua-dua pihak sama ada UMNO ataupun PAS akan memikirkan kedudukan jawatan dalam kerajaan dan juga parti sekiranya parti baru nak ditubuhkan. Jika tak dapat dan berpuashati dengan kedudukan yang diterima, maka sudah tentu salah satu pihak akan membuat tekanan dan desakan untuk menarik diri dan membatalkan rundingan. Kalau betul kedua-dua pihak ikhlas untuk memikirkan kepentingan umat Melayu dan Islam, maka bertemulah secara ikhlas dan berlapang dada. Jangan memikirkan agenda peribadi melebihi kepentingan Islam. Kalau perlu, semua pemimpin tertinggi UMNO dan PAS tak payah lagi pegang jawatan dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihanraya UMNO Ke-13 akan datang. Tonjolkan sahaja muka-muka baru demi untuk perpaduan UMNO dan PAS. Beri laluan pada generasi baru untuk membentuk sebuah pakatan ummah yang lebih relevan dengan kehendak semasa.
8. Kenapa perlu nak bubarkan PAS dan UMNO..? Lihatlah kebijaksanaan Allahyarham Tun Razak selepas peristiwa 13 Mei 1969. Tun Razak telah mengajak PAS bergabung dengan UMNO menerusi pakatan Kerajaan Barisan Nasional. Lambang Perikatan yang menggunakan lambang kapal layar dibubarkan dan diberi nama baru iaitu Barisan Nasional. PAS pada zaman Tun Razak telah menyertai Barisan Nasional, yang mana UMNO kekal sebagai sebuah parti Melayu dan PAS kekal sebagai sebuah parti Islam dan duduk di bawah satu bumbung BN.
9. Jadi, saya nak cadangkan kepada kedua-dua belah pihak iaitu UMNO dan PAS supaya teruskan perjuangan dan iltizam untuk memperkasakan perjuangan masing-masing tanpa membubarkan kedua-dua parti berkenaan. Yang tak betul dan menyeleweng selama ini adalah sesetengah pemimpinnya dan bukanya parti itu yang bersalah, Jangan marahkan nyamuk, maka kelambu pula yang dibakar. Yang perlu dibubarkan ialah Narisan Nasional dan PAS perlu bergabung dalam gabungan baru ini yang mungkin lebih 'islamik'. Nama gabungan baru yang saya cadangkan ialah "WEHDATUL UMMAH" . Saya yakin bahawa MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti komponen BN akan bersetuju dengan nama ini kerana sebelum ini mereka tidak menentang penggunaan 'Pendekatan Islam Hadhari'.
Friday, 25 July 2008
APA BEZA ANTARA MUZAKARAH DAN MUQABALAH
3. Sebaliknya, dalam pertemuan dan mesyuarat tertinggi pemimpin tertinggi PAS di Kediaman Rasmi MB Kelantan baru-baru ini telah membuat keputusan bahawa PAS tidak mahu mengadakan muzakarah dengan UMNO kerana muzakarah bermakna suatu perdebatan. Justeru, PAS telah memutuskan hanya untuk mengadakan 'Muqabalah' dengan UMNO mengikut keperluan dan bergantung kepada perkembangan semasa yang melibatkan kepentingan Melayu dan Islam.
4. Kenapa PAS memesongkan pengertian uslub bahasa Arab daripada 'Muzakarah' kepada 'Muqabalah'? Apa bezanya pengertian muzakarah dan muqabalah ini. Sebetulnya bagi yang memahami uslub bahasa Arab, muzakarah adalah satu perbincangan secara tertib dan ilmiah yang disertai dengan fakta-fakta dan ditentukan tajuk serta persoalan pokok dalam perbincangan terlebih dahulu. Manakala 'muqabalah' ini hanyalah sekadar satu pertemuan biasa yang setiap pemimpin PAS sebelum inipun memang setiap hari bertemu dan berjumpa para pemimpin UMNO di Parlimen. Pertemua biasa inilah dipanggil dengan istilah 'muqabalah'. Apakah pertemuan biasa seperti ini yang dimaksudkan oleh PAS? Muqabalah ini adalah satu pertemuan yang tidak formal dan bertemu hanya sekadar beramah mesra seperti majlis jamuan teh dan majlis makan malam. Tetapi, muzakarah ini adalah satu perbincangan khusus yang lebih serius dan ianya akan membawa kepada satu titik pertemuan dan penyatuan, yang akhirnya akan melahirkan satu resolusi untuk dilaksanakan bagi keperluan umum.
5. Yang dimaksudkan dengan 'muzakarah' yang membawa pengertian kepada perdebatan seperti yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi Awang dalam kenyataannya tempohari sebenarnya bukanlah satu istilah yang tepat dan muktabar. Kalau membawa kepada perdebatan, maka ianya dalam uslub bahasa Arab dipanggil 'Mujadalah". Mungkin apa yang dimaksudkan oleh pemimpin PAS ini ialah 'mujadalah' dan bukannya muzakarah. Jadi, saya ingin membantu mereka untuk menggunakan istilah yang tepat.
6. Sebenarnya, apa istilahpun yang kita pakai bagi maksud mengadakan pertemuan serta perbincangan bukanlah persoalan pokok yang ditetapkan oleh al-Quran dan Sunnah. Dalam al-Quranpun ada menyebut perkataan 'mujadalah' ini di mana Allah menyuruh kita supaya serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah, mau'izatul hasanah dan bermujadalah dengan cara yang lebih baik. Yang penting, pertemuan itu mesti dilakukan dengan hikmah, mau'izatul hasanah dan bermujadalah dengan cara yang sebaik-baiknya. Dan yang terpenting sekali ialah dengan hati yang tulus ikhlas. Persoalan sama ada nak gunakan istilah 'muzakarah' ataupun 'muqabalah' bukanlah menjadi isu pokok.
7. Sayugia ingin saya memperingatkan kepada PAS supaya di lain masa jangan lagi bersandiwara dengan memutarbelitkan persoalan-persoalan istilah ini. Sama juga dengan sebelum ini, yang mana PAS menolak penggunaan kalimah 'Islam hadhari' dan hanya menerima istilah yang betulnya 'hadharah Islamiah'. Bila nak selesai dengan polimik 'istilah' ini. Nampaknya sayapun terpaksa terbabit sama dengan membuang masa dalam tulisan ini bagi menghuraikan kekusutan para pemimpin PAS dalam membincangkan istilah-istilah ini. Ini satu pandangan peribadi saya. Semua orang boleh terima atau boleh juga menolaknya. Apa komen..?
Saturday, 19 July 2008
Karakteristik dan Keunggulan Syariat Islam
KARAKTERISTIK
DAN KEUNGGULAN SYARIAT ISLAM
Pendahuluan
Peristiwa pengeboman di
Peristiwa global tersebut, selain faktor-faktor dalaman mendorong umat Islam kembali mempersoalkan identiti jati diri dan imej tersendiri.
Di Malaysia, Pendekatan Islam Hadhari diangkat sebagai wajah Islam yang baru, yang ’moderate’ dan diperjuangkan pula oleh golongan berpendidikan asas Islam, yang sedar pula tentang keagungan Islam. Ianya adalah merupakan suatu polisi awam yang diperkenalkan oleh kerajaan
Keunggulan Syariat Islam
Di antara ciri-ciri khusus ajaran Islam yang unggul dan memiliki karakteristiknya tersendiri untuk dijadikan sebagai asas perbincangan kita di dalam bab ini adalah seperti berikut : 8
- Rabbaniyah ( Ketuhanan ).
ii. Insaniah ( Kemanusiaan ).
iii. Syumul ( Universal ).
iv. Al-Wasthiyyah ( Keseimbangan ).
v. Al-Waqi’iyyah ( Kontekstual ).
vi. Al-Wudhuh ( Jelas ).
vii. Keseimbangan antara Tathawwur (Transformasi) dan Tsabat (konsistensi), iaitu ’fleksibeliti’.
يأيها الناس قد جاءكم برهان من ربكم وأنزلنا إليكم نورا مبينا (174)
وتمت كلمت ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلماته وهو السميع العليم (115)
Bermaksud : “Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil, tidak ada yang dapat merubah kalimat-kalimat-Nya dan Dia-lah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”. 11
Oleh kerana itu, menerusi manhaj Rabbaniyyah ini dalam prinsip Islam ditetapkan bahawa satu-satunya yang menetapkan serta menentukan syariat (al-musyarri ) di dunia ini adalah Allah s.w.t. Sebab itulah Allah selaku pencipta berhak memerintah, melarang, menghalalkan, mengharamkan, memberikan kewajiban ; dalam kapasiti-Nya sebagai Rabb dan Ilah yang menguasai makhluk-Nya. Dia adalah Rabb, Raja dan Ilah manusia. Bagi-Nya segala penciptaan dan semua perkara serta semua kuasa kerajaan. Bagi-Nya segala puji di dunia maupun akhirat, yang berhak memerintah, dan kepada-Nya semua makhluk akan dikembalikan.
Selain-Nya, tidak seorangpun yang memiliki hak mutlak untuk membuat syariat, kecuali bila diizinkan Allah dalam hal yang tidak tertera dan terkandung di dalam nas-Nya (al-Quran ). Yang diberi hak dan izin oleh Allah untuk berbuat demikian hanyalah seorang mujtahid, mustambith (pengambil hukum) atau yang melakukan kompilasi hukum ; yang mana mereka bukan diberi hak sebagai pembuat dan menetapkan syariat. Peranannya hanyalah sebagai penjelas dan juga memberi petunjuk kepada maksud sebenar sesuatu hukum dan syariat.
إنا عرضنا الأمانة على السماوات والارض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلوما جهولا (72)
ضربت عليهم الذلة أين ما ثقفوا إلا بحبل من الله وحبل من الناس
أرءيت الذي يكذب بالدين (1) فذالك الذي يدع اليتيم (2) ولا يحض على طعام المسكين (3)
ii. Syariah. Perkara-perkara yang berhubungkait dengan persoalan syariat pula adalah lambang dan syiar kepada keislaman seseorang manusia itu dengan amanaln-amalan zahirnya yang dibuktikan dalam amalan hidup hariannya yang melibatkan hubungan sesama manusia dan makhluk. Ianya meliputi perkara-perkara berikut :
· Ibadah – merangkumi ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat , haji dan amalan-amalan sunat yang menjadi pelengkap kepada ibadah-ibadah fardu berkenaan.
· Muamalat – merangkumi perkara-perkara kehidupan harian manusia seperti jual beli, hutang piutang, gadaian, pinjaman , perbankan dan sebagainya.
· Ahwal Syakhsiah – merangkumi persoalan kekeluargaan seperti pertunangan, perkahwinan, nafkah, perceraian/talak, iddah, hak penjagaan anak (hadhanah) , poligami , pembahagian harta pusaka dan sebagainya.
· Perundangan dan Kehakiman – merangkumi pelaksanaan undang-undang sivil dan syarak yang berkaitan dengan Jinayah (Hudud ,Qisas , Ta’zir). Termasuk juga persoalan mengenai pendakwaan, persaksian, pembelaan dan juga hukuman-hukuman.
· Pertahanan dan Keselamatan – merangkumi soal kewajipan jihad mempertahankan tanahair, hubungan diplomatik antarabangsa dan antara agama , persenjataan, ketenteraan dan sebagainya.
· Politik dan siasah – yang berkaitan dengan sistem pemerintahan, pemilihan ketua negara , persoalan mengenai sistem syura dan juga tentang konsep perkongsian kuasa antara muslim dengan non muslim.
iii. Akhlak . Ianya berkaitan dengan sifat yang lahir dari dalam lubuk jiwa manusia itu secara fitrah dan naluri semulajadi. Seperti berakhlak dengan jujur, ikhlas, amanah, beradab sopan, budi pekerti , berbudaya luhur dan mengamalkan disiplin diri dengan nilai-nlai murni yang universal dalam kehidupan harian sama di hadapan manusia maupun di belakang pandangan manusia.
Inilah di antara ciri-ciri kesyumulan Islam itu yang mana aspek akidah, syariah dan akhlak saling berkait dan lengkap melengkapi antara satu sama lain. Manusia tidak boleh memisahkan salah satu darinya kerana ketiga-tiga perkara pokok ini adalah tunjang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
4. Al-Wasthiyyah ( Keseimbangan ).
Al-wasthiyyah atau dengan ungkapan lainnya, at-tawazun (keseimbangan) adalah merupakan keseimbangan di antara dua jalan atau dua arah yang saling berhadapan atau bertentangan, di mana salah satu daripada dua keadaan tadi tidak boleh menentukan arahnya sendiri tanpa mengambil kira faktor kecenderungan arah yang satu lagi. Contoh-contoh dua arah serta kehendak yang saling bertentangan adalah seperti:
· Ruhhiyah (spiritual) dengan maddiyah (material).
· Fardiyah (individu ) dengan jama’iyah (kolektif/kumpulan ).
· Waqi’iyah (kontekstual ) dengan mitsaliyyah
( idealisme ).
· Tsabat (konsisten ) dengan taghayyur (perubahan ).
Pengertian dari tawazun (keseimbangan) di antara kedua arah seperti dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan di atas adalah ianya saling memberi hak dan juga keperluan yang sepatutnya akan hak yang bertentangan tadi sehingga ianya dapat memenuhi tuntutan secara adil dan saksama tanpa berlakunya penyimpangan. Dalam erti kata lain, ianya suatu keseimbangan yang selamat dari kekurangan atau berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara di dalam melaksanakan syariat Islam.
Karakteristik dari sudut al-wasthiyyah ini diibaratkan juga sebagai batu sempadan bagi membezakan antara ajaran syariat Islam dengan ajaran agama-agama lain ciptaan manusia di dunia ini. Allah mengisyaratkan dalam firman-Nya :
وكذالك جعلناكم أمَة وسطا لَتكونوا شهدآء على الناس ويكون الرسول عليكم شهيداً
Apa yang dimaksudkan dengan konsep ‘ummatan wasyatan’ (ummat pertengahan) di dalam ayat di atas adalah umat Nabi Muhammad s.a.w yang melaksanakan perintah Allah berdasarkan kepada ketentuan-ketentuan hukum-Nya dan juga berasaskan kepada keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani, individu dan masyarakat, fizikal dan mental serta keseimbangan antara keperluan duniawi dan ukhrawi.
Al-wasthiyyah ataupun tawazun ini juga boleh disimpulkan dengan ciri-ciri khusus seperti berikut :
· Al-Wasthiyah Bermakna Adil. Iaitu duduk di pertengahan antara dua sisi yang berlawanan, yang mana ianya tidak condong ataupun cenderung kepada salah satu keadaan yang bertentangan. Dengan kata lain, adil di dalam memberi hak masing-masing tanpa mengurangi atau melebihkan antara kedua pihak. Seperti firman Allah s.w.t di dalam ayat di atas ( Surah Al-Baqarah ; Ayat 143 ).
· Al-Wasthiyyah Bermakna Istiqamah . Bererti istiqamah dari manhaj yang jauh dari kecenderungan dan penyimpangan , yang disebut di dalam al-Quran sebagai manhaj ’shirathal mustaqim’ . Seperti firman Allah s.w.t :
إهدنا الصراط المستقيم (6) صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولآالضَالَين (7)
Bermaksud : “(Ya Allah) tunjukkan kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan mereka yang Engkau beri nikmat, bukan (jalan) mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang tersesat”. 19
Nabi Muhammad s.a.w. telah memberikan contoh bahawa mereka yang dimurkai oleh Alah ialah orang-orang Yahudi dan yang termasuk golongan kaum tersesat itu adalah orang-orang Nasrani. Orang-orang Yahudi telah melampaui batas dengan terlalu banyak membunuh para Nabi yang diutus Allah kepada kaumnya, Bani Israel. Manakala orang-orang Nasrani pula terlalu berlebihan di dalam mengagungkan Nabi sehingga menjadikan Nabi sebagai Tuhan. Dari segi amalan di dunia pula, orang Yahudi terlalu berlebihan di dalam mengharamkan sesuatu perkara, sedangkan orang Nasrani pula terlalu berlebih-lebihan di dalam menghalal serta mengharuskan sesuatu perkara.
· Al-Wasthiyyah Sebagai Bukti Kebaikan. Ianya sebagai bukti untuk menjelaskan ataupun menyatakan sesuatu yang terpilih dan juga terbaik. Kata-kata pujangga Arab : ” Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah , Ayat 143 di mana Ibnu Kathir telah mentafsirkan kalimah ”Ummatan Wasathan” di dalam ayat ini sebagai ummat yang terpilih dan terbaik.
· Al-Wasthiyyah Mencerminkan Keamanan. Ianya mencerminkan sebuah tempat yang aman, jauh dari ancaman bahaya dan kekacauan. Daerah yang terpencil biasanya sering terdedah kepada ancaman binatang buas dan juga lanun. Manakala daerah di kota-kota besar biasanya sering diancam dengan jenayah rompak dan juga pembunuhan. Sebaliknya daerah yang pertengahan, berada di antara tempat terpencil dan juga
· Al-Wasthiyyah Adalah Bukti Kekuatan. Sebagai bukti kekuatan, di mana pada kebiasaannya daerah yang paling tengah biasanya akan dijadikan markas (pusat) kekuatan bagi sesuatu misi dan agenda penting. Sama juga seperti umur pertengahan antara kanak-kanak dan juga umur dewasa . Umur dalam usia dikatakan peringkat pemuda adalah suatu zaman di mana manusia itu memiliki segala kekuatan sama fizikal maupun mental.
· Al-Wasthiyyah Adalah Pusat Kesatuan. Pusat daerah selalu berada di tengah-tengah. Setiap garis yang dating dari sekelilingnya akan bertemu di titik pertengahan. Di sinilah kebiasaannya diadakan pusat bandar, pusat pelabuhan , tempat pertemuan dan juga berbagai perkara lagi yang menjadi pusat kesaatuan untuk pelbagai aktiviti sosial, pendidikan, perdagangan dan sebagainya.
Demikianlah antara konsep wasthiyyah (keseimbangan) yang menjadi antara karakteristik Islam yang unggul, di mana ianya dapat membedakan keistimewaan ajaran Islam berbanding dengan ajaran-ajaran agama ciptaan manusia di dunia ini. Karakteristik keseimbangan inilah yang diperakui oleh Islam untuk memberi hak-hak individu dan juga masyarakat untuk menjalani kehidupan di dunia ini tanpa mengurang dan juga melebihkan kepentingan antara keperluan individu dan kolektif (jama’iyyah ).
5. Al-Waqi’iyyah ( Kontekstual ).
Al-Waqi’iyyah yang dimaksudkan di sini adalah mengakui realiti alam ini sebagai suatu hakikat yang faktual dan sesuatu yang realistik. Mengakui realiti manusia sebagai makhluk yang mempunyai kombinasi penciptaan. Kejadian manusia itu adalah tiupan ruh Allah di balik jasad materialnya dari tanah dan juga dari unsur samawi (langit) dan ardhi(bumi). Islam juga mengakui realiti manusia yang terdiri dari lelaki dan wanita yang masing-masing mempunyai proses pembentukan, kecenderungan dan tugas tersendiri di dalam membangunkan masyarakat.
Oleh sebab itu, al-waqi’iyyah dalam Islam adalah al-waqi’iyyah al-mithaliyah ( kontekstual yang tidak mengabaikan idealisme ). Konsep Islam dalam masalah ini dapat menyelamatkan segala tindakan serta keputusan yang berlebih-lebihan di dalam mencapai sesuatu kesempurnaan (idealieme). Dalam erti kata lain, sesuatu idealisme itu seharusnya dilakukan dalam ruang lingkup realiti semasa dan kemampuan sebenar ( al-waqi’iyyah). Seperti firman Allah s.w.t :
لا يكلف الله نفسا إلا وسعها...
Bermaksud : “Allah tidak membebani seseorang (jiwa) kecuali sesuai dengan kemampuannya”. 20
Sebagai contoh, kefardhuan menunaikan ibadah sembahyang
Bermaksud : “…dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari yang lain, Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran…” 21
6. Al-Wudhuh ( Jelas ).
Al-Wudhuh (jelas) ini dipaparkan sama ada yang berhubungan dengan usul dan qawaid, atau yang berhubungan dengan mashadir (sumber hukum) dan manabi’ (tempat pengambilan hukum) , atau yang berhubungan dengan sasaran dan tujuan, atau yang berhubungan dengan manhaj dan wasilah (prasarana). Penjelasan lanjut mengenai ciri-ciri al-wudhuh seperti yang dinyatakan di atas adalah seperti berikut :
· Al-Wudhuh (kejelasan ) dalam Usul dan Qawaid Islamiyah. Fenomena al-wudhuh yang pertama dalam Islam adalah perkara-perkara pokok yang bersangkutan dengan akidah, ibadah dan akhlak. Perkara yang bersangkutan dengan asas akidah, seperti firman Allah s.w.t :
قل يأهل الكتاب تعالوا إلى كلمة سواء بيننا وبينكم ألاَ نعبد إلا الله ولا نشرك به شيئا ولا يتخذ بعضا أربابا من دون الله ...
Bermaksud : “ Katakanlah : “ hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecual Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sebahagian yang lain sebagai tuhan selain Allah...” 22
Perkara yang bersangkutan dengan asas ibadah pula seperti Hadis Nabi s.a.w :
بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وصوم رمضان وحج البيت من استطاع إليه سبيلا .
Bermaksud : “ Dibangunkan Islam itu di atas
(Hadis, Riwayat : Muttafaq ‘Alaih)
· Wudhuh - Kejelasan Sumber-Sumber Hukumnya. Sumber pertama hukum Islam itu adalah jelas bersumberkan daripada al-Quran dan yang keduanya ialah bersumberkan as-Sunnah ataupun Hadis Nabi Muhamad s.a.w. Firman Allah s.w.t. :
ونزَلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شيء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين .
Bermaksud : “Dan Kami turunkan kepadamu al-Kitab (al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri”. 23
Rasulullah s.a.w di dalam mengutarakan sumber hukum yang kedua daripada sumber as-Sunnahnya pula bersabda : ”Kamu sekalian harus berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafaur-rasyidin yang mendapat petunjuk setelahku, gigitlah erat-erat dengan gigi gerahammu (peganglah kuat-kuat)”.
· Wudhuh – Kejelasan Dalam Hal Sasaran dan Tujuan. Kejelasan dalam sasaran dan tujuan Islam itu sendiri adalah jelas dan nyata bagi manusia di dunia ini iaitu untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan (kesesatan ) kepada keadaan yang bercahaya ( kebenaran ), iaitu cahaya yang menerangi jiwa dan kehidupan. Seperti firman Allah s.w.t :
الر. كتاب أنزلناه إليك لتخرج الناس من الظلمات إلى النور بإذن ربهم إلى صراط العزيز الحميد .
Bermaksud : “Alif, laam raa. (ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) supaya kamu mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (iaitu) menuju jalan Tuhan Yang maha Perkasa lagi maha terpuji “. 24
Pentafsiran mengenai cahaya yang terang benderang di dalam ayat di atas terkandung maksudnya dalam Surah al-Ashr , ayat 1-3 : “ Demi masa. Sesunggunguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh serta nasihat menasihati dengan kebenaran (al-haq) dan kesabaran “. ( al-Quran, Surah al-Ashr : Ayat 1-3 ).
Syarat pertama bagi seseorang manusia itu untuk mendapat cahaya dan sinaran di dalam kehidupannya di dunia ini ialah dengan keteguhan keimanan. Kedua, dengan cara melakukan amal soleh dan kebajikan. Ketiga, dengan cara nasihat menasihati sesama manusia dalam perkara-perkara kebenaran demi untuk menjaga kemaslahatan masyarakat. Dan yang keempat, ialah berpesan-pesan dalam perkara kesabaran kerana Allah itu sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar.
· Wudhuh – Kejelasan Manhaj dan Jalan Penyelesaian. Islam mempunyai keistimewaan dalam hal penentuan dari segi kejelasan manhaj dan juga kaedah untuk merealisasikan sesuatu perkara yang diperintah oleh Allah s.w.t. Seperti perintah untuk melaksanakan sesuatu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t seperti solat lima waktu, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan fardhu haji ke Mekah.
Ibadah-ibadah ini telah difardhukan Allah s.w.t dengan menjelaskan kepada hambanya tentang hikmah dan tujuan utama ianya difardhukan. Kefardhuan solat; menjelaskan bahawa ianya boleh mencegah seseorang itu daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Kefardhuan ibadah puasa; ianya dapat melahirkan keinsafan diri tentang betapa lapar dan dahaganya golongan fakir miskin serta dapat mengawal nafsu daripada dikuasai oleh syaitan. Kefardhuan mengeluarkan zakat; dapat mengikis sifat bakhil dan juga dapat menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam bagi membantu golongan fakir miskin. Kefardhuan ibadah haji ; ianya sebagai manifestasi kepada perpaduan umat Islam seluruh dunia. Ke semua tuntutan ibadah yang difardhukan oleh Allah s.w.t ini adalah jelas ( wudhuh ) dari segi manhaj dan juga jalan penyelesaiannya.
Semuanya ini harus dilakukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah s.w.t, kerana niat adalah rahsia kepada penerimaan oleh Allah dalam sesuatu amalan kebajikan itu. Firman Allah s.w.t:
وما امروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء
”Padahal mereka tidaklah diperintah kecuali supaya menyembah Allah dengan ikhlas kepada-Nya semata-mata kerana (menjalankan) agama dengan lurus” 25
لا يتَخذ المؤمنون الكافرين أوليآء من دون المؤمنين ومن يفعل ذالك فليس من الله في شيء إلا أن تتقوا منهم تقاة
Bermaksud : ” Janganlah orang-orang mukmin menjadikan orang-orang kafir menjadi wali (pemimpin/pelindung) dengan meninggalkan orang-orang Mukmin. Barangsiapa berbuat demikian, nescaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. ” 26
Ayat di atas menjelaskan bahawa orang Mukmin diharamkan melantik pemimpin-pemimpin ataupun wali di kalangan orang-orang kafir. Hukum ini menampakkan ciri-ciri tsabat (konsistensi) yang terdapat di dalam ajaran Islam. Namun demikian, di sana terdapat suatu pengecualian ataupun rukhsah yang membolehkan orang Mukmin itu mengangkat ataupun melantik orang-orang kafir sebagai pemimpin mereka atas dasar muslihat untuk memelihara diri dari sesuatu perkara yang ditakuti akan berlaku ke atas diri mereka. Pengecualian dan juga rukhsah ini adalah merupakan ciri-ciri tathawwur (tranformasi) yang diberi keringanan kepada orang Mukmin untuk melantik orang-orang kafir sebagai pemimpin mereka.
Ciri-ciri tathawwur ini juga terdapat dalam ayat lain seperti firman Allah s.w.t :
لاينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم, إن الله يحب المقسطين.
Bermaksud: “Allah tidak melarang kamu melakukan keadilan dan kebaikan terhadap orang yang bukan Islam yang tidak memusuhi kamu dan tidak menghalau kamu dari kampung halaman kamu,sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil“.27
Sebaliknya pula dalam ayat yang lain, dalam bentuk tsabatnya pula ( konsistensi), Allah s.w.t. telah memberi penegasan dan larangan kepada orang-orang Mukmin supaya tidak melaksanakan kebaikan dan keadilan terhadap orang-orang bukan Islam yang memusuhi Islam. Firman Allah s.w.t. :
إنما ينهاكم الله عن الذين قاتلوكم في الدين وأخرجوكم من دياركم وظهروا على إخراجكم أن تولَوهم ومن يتولَهم فأولئك هم الظالمون .
Bermaksud : “Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu kerana agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. 28
Kesimpulan
Inilah keistimewaan yang ada pada ajaran Islam , yang mana dengan adanya kefahaman serta penghayatan tentang ciri-ciri keistimewan Islam seperti yang diperjelaskan dalam Ketujuh-tujuh Karakteristik Islam ini akan memberi panduan kepada setiap individu muslim di negara ini menonjolkan karakteristik Islam ini dalam kehidupan harian mereka. Kalau rakyat di negara ini sudah maju dan berjaya memahami serta menghayati ketujuh-tujuh Karakteristik Islam ini, maka tertolaklah segala tohmahan dan pandangan serong masyarakat dunia selama ini yang mengatakan bahawa umat Islam itu mundur, miskin dan ’terorist’. Usaha ini merupakan satu ’Jihad’ yang besar bagi Malaysia selaku sebuah negara Islam contoh di dunia masa kini.
7 Faisal @ Ahmad Faisal b. Abd. Hamid dan Wan Adli bin Wan Ramli , Islam Hadhari dari Perspektif Intelektual Muslim, terbitan Akedemi Pengajian Islam UM, 2006, hlm. 1
8 Lihat Dr. Yusuf al-Qardhawi ,Karakteristik Islam-Kajian Analitik (terjemahan ), Risalah Gusti,
9 Al-Quran : Surah al-Dzariyat, Ayat 56 – 58 .
10 Al-Quran : Surah an-Nisa’ , Ayat 174 .
11 Al-Quran : Surah al-An’aam , Ayat 115 .
12 Al-Quran : Surah al-Ahzab , Ayat 72 .
13 Al-Quran : Surah Ali Imran, Ayat 112 .
14 Al-Quran : Surah al-Maa’uun , Ayat 1-3.
15 Al-Quran : Surah al-Anbiyaa, Ayat 107.
16 Al-Quran : Surah al-A’raaf , Ayat 158 .
17 Al-Quran : Surah al-Furqaan , Ayat 1.
18 Al-Quran : Surah al-Baqarah, Ayat 143 .
19 Al-Quran : Surah Al-Fatihah, Ayat 6 – 7 .
20 Al-Quran : Surah Al-Baqarah, Ayat 286.
21 Al-Quran : Surah Al-Baqarah , Ayat 185 .
22 Al-Quran : Surah Ali Imran , Ayat 64 .
23 Al-Quran : Surah an-Nahl, Ayat 89 .
24 Al-Quran : Surah Ibrahim , Ayat 1 .
25 Al-Quran : Surah al-Baiyinah , Ayat 5.
26 Al-Quran : Surah Ali Imran , Ayat 28 .
27 Al-Quran : Surah al-Mumtahanah, Ayat 8.
28 Al-Quran : Surah al-Mumtahanah , Ayat 9 .