Translate

Monday, 28 July 2008

WAJARKAH DIBUBAR PAS DAN UMNO..?

Assalamualaikum...

1. Sejak akhir-akhir ini kepimpinan tertinggi PAS nampaknya amat serius untuk mencari jalan penyelesaian bagi penyatuan umat melayu dan Islam di negara ini. Bermula dengan kesediaan untuk bermuzakarah ataupun bermuqabalah, dan yang terbaru pula Tuan Guru Nik Aziz sanggup untuk membawa cadangan dalam Muktamar PAS untuk membubarkan PAS dengan syarat UMNO juga perlu dibubarkan bagi membolehkan parti politik baru yang berteraskan Islam ditubuhkan demi perpaduan Melayu dan Islam di Malaysia.

2. Ini mungkin kerana pengalaman PAS selama 100 hari dengan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang yang memberi pengajaran bermakna kepada mereka bahawa PAS tidak punyai peranan penting di ketiga-tiga negeri berkenaan. Bermula dengan langkah kerajaan negeri Selangor untuk membuka ladang ternak babi yang moden dan terbesar di rantau ini, diikuti dengan desakan DAP di Perak supaya MB Perak ( PAS ) tidak menggunakan istilah-istilah Islam dalam pentadbiran negeri Perak. Dan kejayaan DAP di Perak di dalam mempengaruhi kerajaan negeri membuat dasar untuk membolehkan tanah-tanah kamnpung baru milik kaum cina diberi geran hak milik berstatus 999 tahun. Di Pulau Pinang pula, kerajaan Pakatan Rakyat menerusi Kepimpinan Lim Guan Eng ( DAP telah mengumumkan dasar keterbukaan untuk membenarkan tulisan-tulisan bahasa Inggeris ,bahasa Cina, Tamil dan Punjabi di gunakan di papan-papan tanda di negeri berkenaan. Apa untungnya PAS dan juga kepentingan Islam dengan Pakatan Rakyat ini..? Yang jelas ketuanan Melayu serta kemurniaan agama Islam telah mulai diketepikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Sungguh besar juga pahala dan juga saham yang bakal dikongsi bersama oleh PAS dalam kemelut ini.

3 Paling menyedihkan di negeri Selangor baru-baru ini, pihak penduduk di kawasan Petaling Jaya dan Damansara daripada kalangan agama buddha, kristian dan hindu telah mula berani mencadangkan kepada kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ( PKR ) agar semua masjid dan surau di Selangor tidak menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan. Alasan yang diberikan ialah bunyi azan yang berkumandang pada setiap waktu khasnya di waktu subuh ini telah mengganggu tidur mereka dan iazan ini dianggap sebagai suatu bunyi bising. Inilah satu lagi sumbangan dan berkat amal jariah yang telah dicurahkan oleh PAS dalam Pilihanraya Umum Ke-12 yang lalu.

4. Justeru, terkeluarlah dari bibir Tuan Guru Nik Aziz untuk mencadangkan agar PAS dan UMNO dibubarkan bagi membolehkan sebuah parti baru yang berteraskan Islam demi kepentingan umat Islam ditubuhkan segera. Idea dan cadangan ini memang baik dan positif. Bagaimanapun, terdapat juga di kalangan pemimpin UMNO dan juga PAS yang tidak bersetuju dengan idea Tuan Guru Nik Aziz ini.

5. Secara peribadi, saya ada pandangan tersendiri dalam isu ini. Kalau PAS nak dibubarkan, adakah selama ini perjuangan PAS tidak menepati dengan kehendak Islam. Bukankah perjuangan Islam itu sesuai di setiap zaman, tempat dan juga keadaan? Kalau UMNO juga hendak dibubarkan, apakah dosanya pada pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu yang telah menubuhkan UMNO yang mana pada ketika itu PAS masih belum wujud dan ke semua ulama melayu berada di dalam UMNO. Di permulaan penubuhan UMNO semua orang Melayu bersatu dan juga para alim ulama juga bersatu demi untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan British.

6. Yang salah dan tidak betul ialah para pemimpin UMNO dan PAS sendiri yang selama ini Ego dan masing-masing mementingkan kuasa dan kedudukan di dalam kerajaan. Semua yang memimpin UMNO dan PAS berebut-rebut untuk mendapatkan tempat sebagai ahli-ahli Yang Berhormat, Senator, Menteri, Exco dan jawatan-jawatan penting dalam kerajaan jika mereka menang dalam pilihanraya. Sebab itu jika berlaku muzakarah dan juga penyatuan UMNO dan PAS nanti, saya yakin bahawa isu utama yang dibincangkan ialah tentang soal agihan kerusi untuk Menteri kabinet, siapa yang nak jadi Menteri Besar di negeri Kedah, Perak dan Selangor, berapa kuota exco untuk UMNO dan PAS dan sebagainya.

7. Saya yakin bahawa kedua-dua pihak sama ada UMNO ataupun PAS akan memikirkan kedudukan jawatan dalam kerajaan dan juga parti sekiranya parti baru nak ditubuhkan. Jika tak dapat dan berpuashati dengan kedudukan yang diterima, maka sudah tentu salah satu pihak akan membuat tekanan dan desakan untuk menarik diri dan membatalkan rundingan. Kalau betul kedua-dua pihak ikhlas untuk memikirkan kepentingan umat Melayu dan Islam, maka bertemulah secara ikhlas dan berlapang dada. Jangan memikirkan agenda peribadi melebihi kepentingan Islam. Kalau perlu, semua pemimpin tertinggi UMNO dan PAS tak payah lagi pegang jawatan dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihanraya UMNO Ke-13 akan datang. Tonjolkan sahaja muka-muka baru demi untuk perpaduan UMNO dan PAS. Beri laluan pada generasi baru untuk membentuk sebuah pakatan ummah yang lebih relevan dengan kehendak semasa.

8. Kenapa perlu nak bubarkan PAS dan UMNO..? Lihatlah kebijaksanaan Allahyarham Tun Razak selepas peristiwa 13 Mei 1969. Tun Razak telah mengajak PAS bergabung dengan UMNO menerusi pakatan Kerajaan Barisan Nasional. Lambang Perikatan yang menggunakan lambang kapal layar dibubarkan dan diberi nama baru iaitu Barisan Nasional. PAS pada zaman Tun Razak telah menyertai Barisan Nasional, yang mana UMNO kekal sebagai sebuah parti Melayu dan PAS kekal sebagai sebuah parti Islam dan duduk di bawah satu bumbung BN.

9. Jadi, saya nak cadangkan kepada kedua-dua belah pihak iaitu UMNO dan PAS supaya teruskan perjuangan dan iltizam untuk memperkasakan perjuangan masing-masing tanpa membubarkan kedua-dua parti berkenaan. Yang tak betul dan menyeleweng selama ini adalah sesetengah pemimpinnya dan bukanya parti itu yang bersalah, Jangan marahkan nyamuk, maka kelambu pula yang dibakar. Yang perlu dibubarkan ialah Narisan Nasional dan PAS perlu bergabung dalam gabungan baru ini yang mungkin lebih 'islamik'. Nama gabungan baru yang saya cadangkan ialah "WEHDATUL UMMAH" . Saya yakin bahawa MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti komponen BN akan bersetuju dengan nama ini kerana sebelum ini mereka tidak menentang penggunaan 'Pendekatan Islam Hadhari'.

3 comments:

Khairi Jalalluddin said...

Kapt tak pak yah bubar atau ganti baru, tetapi yang penting dan kita nak lihat dulu ialah kerjasama UMNO & PAS di Perak. Kalau itu berlaku ia adalah kemenangan pertama umat Islam di Malaysia.

mrkolumpo said...

hehehe..pelik juga yer...sejak bile pulak UMNO nak bekerjasama dgn PAS nih???masa berkuasa dahulu ditendang2 PAS mcm bola...bile dah rapuh..dah goyah..mule lah sebarkan propaganda perpaduan melayu...perpaduan Islam...hehhe lawak juga yerrr

mrkolumpo said...

akum kapitan..point no 3 saya tak berapa nak setuju.kite kene pelbagaikan bahan rujukan sebelum kite nak jump into conclussion.pada saya yg kurang pandai ini dan melalui pengamatan saya ini adalah salah satu konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Selangor dan memecahkan sokongan org Melayu dari PR.sila rujuk balik archive malaysiakini yg mengatakan penduduk cina yang bernama Ee ini telah pun menyatakan ketidak puashatian beliau kepada YB Satim wakil rakyat BN.dan atas nasihat dari Khir Toyo maka YB Satim yg mencadangkan dibuat petisyen tanda tangan dan diserahkan kepada Terese Kok.sebelum kes ini huru hara pun Khir Toyo yang merancang perkara ini telah pun berkias dan berbunga-bunga yg mengwar-warkan perkara ini.Banyak yg pelik berlaku...dari satu sudut perkara ini tidak berlaku semasa 5 tahun masjid Kinrara dibina..dan kenapa sekarang baru timbul cerita ini..pada saya permainan Khir toyo amat berbahaya.dgn senagaj meniupkan api perkauman dan isu yg sensitif kepada umat Islam hanya untuk merampas kembali Selangor!!!for me come on la brader...dari MB menjadi ketua pembangkang..sakit hati betul beliau sampaikan ada lawak sms yg mengaitkan beliau semasa kalah dahulu.pada saya kembalilah ke jalan Allah..muhasabah balik diri tu dan tanya apa silap aku???kenapa Allah tarik balik jawatan MB dari aku??ada ke aku terpakai duit rakyat untuk bagi Balqis (bini) aku pi shopping???bile dah jadi ketua pembangkang di selangor patut still bersyukur..coz masih boleh berkhidmat dan menegur kerajaan PR if ada yg tak betul..tapi ni tak berlaku..bila si Khalid nak bagi air free 20mpadu ..awak hentam kata itu tak betul ini tak betul..apa salahnye terima kalau pemberian kerajaan Selangor ini membantu meringankan mslh rakyat...saya sendiri sanggup pindah dari KL ke Bangi Selangor utk menikmati air percuma..nak harapkan bil air dari DBKL..mcm hampasss mahal nak mampus...rasa mcm duk kat singapore pulak..wallahualam

pss...kapitan...raya ni kalau boleh CAP nak buat perjumpaan...kite nak jumpa Najib nanti..harap kapita sbg presiden bleh bantu