MANHAJ ISLAM HADHARI
DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Oleh : Shamsuddin Moner El-Askary- PISPEM
Pendahuluan
Selepas peristiwa 11 September 2001, landskap politik kuasa-kuasa Barat mengambil perubahan radikal terhadap umat Islam. ‘Islamiphobia’ menjadi isu sehingga Islam dikaitkan dengan ‘terrorism’ , ‘radicalism’ dan ‘fundamentalism’ dan label-label yang negative yang menyebabkan serangan terhadap Islam dan umat berlaku dalam keadaan yang tidak adil. Globalisasi yang menjadi pemangkin kepada proses pemBaratan semacam sedang melakukan ‘cultural cleaning’ di mana-mana. Instrumen globalisasi menyuburkan tamadun kebendaan Barat sekalipun menghasilkan masyarakat hedonistik yang bercanggah dengan nilai-nilai fitrah. 1
Selain daripada itu, pendekatan intelektual ini memberi pandangan yang lebih kepada nilai-nilai akal (aqli) yang diutamakan apabila bertentangan dengan nilai-nilai wahyu (naqli), atas alasan bahawa nilai-nilai naqli sebenarnya berperanan membantu nilai-nilai aqli dalam memberi khidmat kepada kepentingan umum. Selain itu, pendekatan pemikiran tidak mengambil kira politik sebagai satu faktor perubahan.
Pendekatan ini dinamakan dengan Pendekatan Islam Hadhari kerana inilah satu pendekatan yang komprehensif dan holistik yang mana Malaysia ketika ini menjadi pelopor dan juga penggerak ke arah menjadikannya sebagai model untuk negara-negara Islam lain di dunia masa kini. Ianya diutarakan untuk diimplimentasikan dalam sistem pentadbiran Negara bagi mengatasi kemelut dan juga persepsi masyarakat dunia terhadap umat Islam selama ini dengan persepsi yang negatif. Justeru, Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah perlu bagi meneliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkapkan pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemai nilai-nilai murni bagi menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan harian masyarakat Islam di Malaysia.
الصٌّلب والتّرآئب .
( Al-Quran : Surah at-Taariq , Ayat 5 – 7 )
إنا خلقنا الإنسان من نّطفةٍ أمشاج نّبتليه فجعلنآه سميعا بصير .
( Al-Quran : Surah al-Insan , Ayat 2 )
( Al-Quran : Surah al-Baqarah , Ayat 30 )
الطيّبات وفضّلناهم على كثير ممّن خلقنا تفضيلا .
Bermaksud: ”Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di lautan; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk lain yang telah Kami ciptakan”
Berdasarkan kepada ayat-ayat ini maka sepatutnya kita bertanya bagaimanakah kedua-dua hakikat ini, iaitu sifat lemah yang ada pada diri manusia dan keistimewaannya sebagai khalifah berbanding dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini boleh bergabung dalam satu hakikat kejadian manusia ? Sebenarnya bukan dengan kemampuan dan kehendak manusia yang mengadakan sifat-sifat itu. Semua sifat semulajadi dan keistimewaan ini datangnya daripada Allah s.w.t. Walaupun manusia itu berasal daripada tanah yang rendah martabatnya, kemudian daripada air mani yang hina, namun Allah menghendaki makhluk yang pada mulanya serba lemah ini untuk menjalankan misi memakmurkan muka bumi. Maka untuk tujuan itu Allah membekalkan kepada manusia bakat-bakat yang luar biasa serta menjadikan mereka istimewa dengan sifat-sifat yang tidak terdapat pada makhluk yang lain di muka bumi ini.
Allah mengurniakan kepada manusia akal, pemikiran, tenaga dan kekuatan serta keinginan untuk memiliki dan menguasai benda-benda lain yang diciptakan oleh Allah di bumi ini. Kelebihan ini terjelma dalam setiap diri manusia bagi mempermudahkannya untuk menguasai kebanyakan haiwan dan makhluk-makhluk lain. Dengan sifat-sifat ini juga akan mempermudahkan mereka melaksanakan peranan sebagai khalifah serta pemakmur alam semesta ini. Lantaran itu mereka berupaya mewujudkan tamadun manusia yang unggul. Hal ini diperjelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
هوأنشأكم من الأرض واستعمركم فيها
Jadi, manusia dari segi hakikat dirinya adalah hamba milik Allah yang berasal daripada sifatnya yang lemah dan akan berakhir pula dengan lemah. Akan tetapi disebabkan oleh risalah ketuhanan (rububiyah dan uluhiyah) yang dipertanggungjawabkan kepada mereka, maka manusia dapat memiliki sifat-sifat yang luar biasa yang dikurniakan oleh Allah kepada diri mereka. Dengan itu mereka layak untuk diangkat martabat dan dimuliakan, asalkan mereka menggunakan sifat-sifat itu dengan cara yang betul. Sifat-sifat inilah yang menjadi pergantungan sama ada kedudukan manusia itu diangkat martabatnya dan dimuliakan. Penggunaan sifat-sifat ini dengan cara yang betul disebut sebagai amanah, seperti firman Allah s.w.t :
إنا عرضنا الأمانة على السّماوات والأرض والجبال فأبين أن يحملنها وأشفقن منها وحملها الإنسان إنه كان ظلومًا جهولا .
Bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya dan (pada ketika) manusia sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia itu adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan” (Al-Quran : Surah al-Ahzab , Ayat 72)
Mengapakah al-Quran memfokuskan hakikat kejadian manusia itu kepada dua sifat bertentangan ini ? Dalam satu hakikat yang asal, manusia itu disedarkan oleh Allah tentang unsur-unsur kejadiannya yang lemah dan hina, dan dalam masa yang sama iaitu hakikat yang sebaliknya pula Allah mengurniakan manusia suatu keistimewaan dan kelebihan yang tiada tandingannya berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Sebenarnya, manusia yang mampu membina tamadun unggul di dunia ini ialah manusia yang dididik melalui dua hakikat ini secara serentak.
Sebaliknya orang yang hidup hanya melihat kepada sifat lemah dan rendah dirinya (kehinaan) semata-mata tentunya akan terus merasa lemah sehingga menjadikan dia mangsa kepada penindas yang angkuh. Akibatnya, sukarlah baginya untuk melakukan sesuatu kerja atau memberikan perkhidmatan kemanusiaan seperti yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepadanya. Dengan sifat kelemahan dan kehinaan ini semata-mata, dia tidak akan memberikan apa-apa sumbangan untuk memakmurkan muka bumi dan membangunkan tamadun manusia seperti yang diharapkan oleh Allah s.w.t.
Begitu juga jika manusia itu hanya mengetahui bahawa dia adalah makhluk yang istimewa dan dimuliakan oleh Allah tanpa menginsafi tentang sifat-sifat kelemahan dan kehinaan yang ada pada dirinya. Ini akan menyebabkan dirinya merasa begitu berkuasa terhadap semua makhluk yang ada di sekitarnya dan akan terus mabuk dengan keegoan sifat-sifat kemuliaannya. Akhirnya, dia akan bertindak sebagai penguasa mutlak tanpa memperdulikan kekuasaan Allah s.w.t dan dengan sewenang-wenangnya akan melakukan kerosakan serta kebinasaan terhadap makhluk-makhluk lain yang lemah daripadanya.
Tegasnya, manusia yang tidak peka dengan himpunan hakikat kedua-dua sifat hina dan mulia ini, lazimnya akan melakukan salah satu daripada dua perkara berikut, iaitu:
(1) Sama ada bersikap melampau dan membesar diri terhadap orang lain dengan sifat kemuliaan dan keistimewaan yang ada pada dirinya, jika ada peluang berbuat demikian. Ataupun,
(2) Akan terjebak dalam perasaan hina dan rendah diri terhadap orang lain jika tidak mendapat peluang ataupun putus harapan di dalam menjalani kehidupan di dunia ini.
Inilah kedua-dua sifat dan juga sikap yang memusnahkan tamadun manusia seperti yang kita lihat dalam lipatan sejarah silam. Bumi ini tidak pernah berlaku kerosakan pada mana-manapun kerana faktor-faktor semulajadinya. Tidak juga oleh perbuatan binatang. Tetapi kerosakan yang terjadi di bumi sehingga menimbulkan bala bencana kerana disebabkan oleh kedua-dua perkara ini. Satu pihak menyimpang kea rah sikap meninggi diri dan menindas, sementara satu pihak lagi terlalu mengalah dan merasa hina diri. Lantaran itu hilanglah sikap kerjasama antara sesama mereka, lalu menyemarakkan api kebencian yang akhirnya membawa kepada perbalahan dan pembunuhan.
(Al-Quran : Surah al-Hajj , Ayat 66.
لو كانوا يعلمون .
( Al-Quran : Surah al-Ankabut , Ayat 64 ).
Perhatikanlah betapa rendah dan naifnya kehidupan dunia yang kita lalui ini jika kita tidak bersyukur dan tidak berbuat sesuatu untuk bekalan di hari akhirat. Ianya hanya diibaratkan oleh Allah sebagai permainan dan senda gurau yang bersifat sementara. Sebagai hamba Allah yang bersyukur, kita seharusnya membuka minda dan insaf tentang keutamaan yang perlu kita lakukan di sepanjang umur kita di dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Pembangunan Modal Insan yang sepatutnya diterapkan ke dalam setiap jiwa insan di dunia ini mestilah berteraskan kepada ketauhidan kepada Allah ( Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah ). Seperti firman Allah s.w.t :
قل إن صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله ربّ العالمين
(Al-Quran : Surah al-An’am , Ayat 162)
( Al-Quran : Surah an-Nahl , Ayat 97 )
Allah s.w.t juga menyeru manusia supaya mempertahankan kehidupan dan keamanan di dunia ini daripada segala pecerobohan dan kemusnahan. Ini bermakna bahawa walaupun dunia ini dianggap oleh Allah sebagai tidak penting, hanya sekadar permainan dan gurauan tetapi sebagai hamba-Nya kita mesti memerah seganap keupayaan untuk menyelamatkan kehidupan makhluk di dunia ini daripada sebarang bahaya dan bencana. Firman Allah s.w.t :
Tegasnya, Allah s.w.t tidak membataskan pentakrifan kehidupan manusia di dunia ini dari satu segi sahaja (permainan dan gurauan). Malah Allah s.w.t memberi penghormatan sehingga menganugerahkan kemuliaan dan juga keistimewaan kepada manusia yang hidup di dunia ini dengan kehidupan yang baik sekiranya mereka bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah.
Ketiga - Alam Semesta : Ialah segala unit alam yang ada di muka bumi ini yang dipergunakan oleh manusia sebagai alat untuk menjalani kehidupan mereka.
Bermaksud :”Dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali” ( Al-Quran : Surah Faatir , Ayat 18 )
Pembersihan jiwa merupakan satu syarat asasi di dalam usaha untuk membangunkan Modal Insan kerana dengannya seseorang itu akan memikul tanggungjawab dengan setulus hati dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Sekiranya jiwa manusia itu kotor dengan segala perkara maksiat dan bergelumang dengan hawa nafsu yang tercela, maka jiwa yang rosak ini boleh mendorong berlakunya kerosakan dan kemusnahan kepada manusia lain serta alam semesta ini.
Ini bererti bahawa Allah tidak mewajibkan sesuatu suruhan dan juga hukum yang berkaitan hak-Nya seperti solat, puasa, haji dan seumpamanya melainkan dengan tujuan membersihkan jiwa orang mukmin daripada segala sifat yang keji dan tercela. Apabila jiwa manusia itu telah dihiasi dengan sifat-sifat yang mahmudah (terpuji), barulah akal dan juga pemikiran manusia itu telah terbina dengan sifat-sifat kemanusiaannya yang akan mendorong dirinya untuk melakukan kebaikan sesama insan, sesama makhluk dan juga kepada alam semesta ini. Tegasnya, usaha dan juga pendekatan ke arah membangunkan Modal Insan haruslah berteraskan kepada pembersihan hati dan jiwa ( tazkiah al-nafs ).
1 Lihat Sidek Baba (2004), Cabaran dan Harapan Dalam Penerapan islam Hadhari,(Kertas Kerja di Seminar Antarabangsa Islam Hadhari anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada 24-25 November 2004.
2 Taha Jabir al-‘Alwani, Khawatir Fi al-Azmah al-Fikriyah Wa al- Ma’zaq al-Hadhari Li al-Ummah al-Islamiyah, Virginia: al-Ma’had al-Alami Li al-Fikr al-Islami , 1989, hlm. 150.
3 Salahuddu al-Jursyi, al-Muqaddimah al-Nazariyah Li al-Islamiyin al-Muttaqaddimin, Dar al-Barq , 1987, hlm. 76.
4 Lihat Hisham Ja’far, al-‘Amal al-Islami Baina al-Tarh al-Siasi Wa al-Tarh al-Hadhari, dlm. Wazurat al-Auqaf, hlm. 227-228.
4 comments:
Sebelum nak pimpin masyarakat, Islam menyuruh kita meminpin diri kemudian keluarga. Saya ulang diri kemudian keluarga. Tidak perlu berdolak-dalik menghuraikan tentang agama syumul ini jika asas tidak dilakukan. Asas itu fardhu ain.
Assalamualaikum...
Bukan melayu saja sudah hilang kuasa tetapi Islam di Malaysia pun cuba dihakiskan kerana ketamakan kekayaan,kebendaan dan pencaturan dalam politik.
Orang melayu mudah lupa dan pemurah dalam semua hal sehingga kampung,agama dan negara tergadai sejak tahun 1400 sehingga 1511apabila Portugis datang ke Melaka,sehingga kini pun kita tetap begitu.Kita tahu bahawa kafiq laknat ini suka bermuka-muka tetapi kerana hasad dengki di hati sanggup bersekongkol dengan mereka.
Saya rasa 13 mei patut kembali bagi memastikan orang melayu bersatu semula.
kalau kita perhatikan betul2 orang china berada dimana2 pun dia akan memerintah walaupun dalam negeri dia hanyalah minoriti....orang melayu dok berkelahi hang aku...lpas tu jd pak turut saja...lama2 negara pun bleh tergadai...melayu dah alpa
kapten nanti tlng link blog saya
dlm blog kapten..
www.smartformula.blogspot.com
nanti saya link blog kapten dlm blog saya..
o.k TQ
Post a Comment