KEWAJIBAN MENTA’ATI PEMERINTAH
Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan dua Ahli Parlimen BN Sabah yang menganggotai Parti SAPP iaitu YB Datuk Eric Majimbun ( Sepanggar ) dan YB Datuk Dr Chua Soon Bui ( Tawau ) telah membuat pengumuman rasmi bahawa ‘ SAPP sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. Mereka merancang dan bercadang untuk menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri pada sidang Dewan Rakyat dalam masa terdekat.
Siapakah Yong Teck Lee dan Parti Maju Sabah ( SAPP ) yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan BN pimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi? Sanggupkah wakil-wakil rakyat yang beragama Islam dari kalangan UMNO, PAS dan PKR untuk bersekongkol dengan seorang pemimpin cina yang jelas bukan beragama Islam dan juga sebuah parti yang jelas bukan berteraskan Melayu dan Islam . Kenapa pemimpin non-muslim (kafir) seperti Yong Teck Lee ingin menjatuhkan pemimpin Islam yang telah diberi mandat dan juga bai’ah oleh rakyat Negara ini melalui sistem demokrasi dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu ?
Alhamdulillah pada tahun 1994, Yong Teck Lee telah membantu UMNO di Sabah bagi menggulingkan kerajaan PBS yang pro-kristian. Beliau telah keluar daripada PBS dan telah menubuhkan Parti Baru iaitu SAPP . Tindakan beliau ini telah mengakibatkan kerajaan Pairin Kitingan yang memusuhi Islam di Sabah telah tumbang. Tindakan beliau ini memang patut disokong dan dipuji pada ketika itu kerana beliau telah membantu orang melayu dan Islam di Sabah menumbangkan empayar kerajaan Kristian yang dipimpin oleh Pairin. Tapi, sekarang Pairin telah rujuk semula ke dalam BN dan tidak lagi mengambil pendekatan memusuhi UMNO dan Islam.
Apa dah jadi kali ini ? Yong Teck Lee bertindak seperti jaguh bagi kaum cina di Sabah dan juga mungkin jaguh bagi semua kaum cina untuk menjatuhkan seorang pemimpin Melayu Islam dari kalangan UMNO, iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Lagaknya sama seperti Lee Kuan Yew , bekas Perdana Menteri Singapura yang memusuhi kepimpinan Melayu dan Islam pada suatu ketika dahulu.
Kepada Pemimpin-pemimpin Melayu Islam dari kalangan UMNO, PKR dan PAS yang bergelar Ahli-Ahli Yang Berhormat di Dewan Rakyat; sayugia saya ingin menasihatkan mereka tentang firman Allah s.w.t :
لايتخذ المؤمنون الكافرين أوليأء من دون المؤمنين، ومن يفعل ذلك فليس من الله في شيء إلا أن تتقوا منهم تقاة ويحذركم الله نفسه وإلى الله المصير
Kalau ada di kalangan wakil rakyat UMNO, PAS dan juga PKR yang bersekongkol dengan agenda jahat SAPP yang didalangai oleh seorang pemimpin parti cina yang anti kepimpinan Islam ini maka jelaslah bahawa golongan yang menyokong usul undi tidak percaya di Parlimen nanti adalah sebagai puak pelampau ( bughat ). Janganlah kita mengikut telunjuk orang kafir sebagaimana pemimpin-pemimpin di dunia Arab yang telah menyokong dan bersekongkol dengan George W.W. Bush (Amerika) dan Tony Blair ( Britain) semasa menggulingkan Saddam Hussein di Iraq. Renunglah..!
SHAMSUDDIN MONER EL-ASKARY
4 comments:
Saya amat bersetuju dengan statment tuan...
Dan apa yang paling penting ialah di sebalik gegaran akibat tindakan yang di buat oleh SAPP ini, saya amat tertarik melihat kepada maklum balas segera Menteri Besar Selangor, dan Penasihat Pakatan Rakyat, (Datuk Seri Anwar Ibrahim), saya amat percaya keberanian Datuk YTL dan SAPP mengambil tindakan sedemikian setelah berlakunya pembabitan pakatan pihak ketiga.
Saya rasa kewujudan sang 'gergasi' di belakang SAPP memang ada dan sang 'gergasi' itulah yang telah membuat percaturan yang teliti. Mungkin ada pakatan atau strategi lain atau dalam kata mudah, ia sama seperti permainan catur iaitu bidak (buah catur yang paling rendah nilainya) akan jalan dulu.
Ada satu permainan besar di luar sana dan satu perang saraf lebih besar mula menular. Jika diteliti, dulu pembangkang hanya katakan mereka ada sokongan tetapi sekarang sudah ada yang menyuarakan secara terbuka.
Keadaan ini akan mewujudkan keadaan serba salah atau 50-50 sama ada nak sokong atau kekal dengan apa yang ada sekarang. Sasaran mereka ialah golongan atas pagar yang sentiasa mahu berada dalam pasukan menang dengan memilih jalan selamat.
Persoalannya..seandainya pihak pemerintah yang ada sekarang boleh dijatuhkan dan diganti dengan PR, apakah jaminan hak dan segala permasalahan yang timbul di negeri Sabah khususnya boleh di penuhi segalanya. Atau negeri Sabah, bakal dipimpin oleh satu kuasa pemerintah yang menjadi boneka kepada SANG PENGUASA GERGASI..
Salam!
Rujuk jawapan balas kepada komen saudara yang ditinggalkan di blog Pemuda Pelapis pada ruangan Komen Am. Terima kasih.
Wassalam!
Memang sasya bersetuju dengan statement tuan...tindakan yang mencetuskan huru hara harus dihentikan!
www.pilihananda08.blogspot.com
cicit tok janggut..
teruskan perjuangan tuan...saya menyokong penuh kenyataan tuan...bajet program ketuanan melayu perlu ditambah agar program ketuanan melayu nusantara dapat dijalankan...
hidup melayu!!!
Post a Comment