Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.
Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.
DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.
Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina .Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu.
Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah.
Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.
Semasa saya mula keluar dari Universiti Malaya dan melapur diri bertugas dengan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada awal tahun 1981, saya dihantar ke Biro Selatan Utusan di Johor Bharu, dengan tugas khusus masuk ke Singapura setiap hari membuat sebarang laporan berita di sana.
Kebetulan masa itu Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sedang melakukan kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street dan lain-lain.
Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan.
Dalam isu ini semua orang Melayu di Singapura membantah dan saya membuat laporan dan disiarkan secara meluas setiap hari segala bantahan itu ke dalam akhbar Kumpulan Utusan Melayu, tentang bantahan ketua-ketua Masyarakat Melayu, termasuk ketua –ketua persatuan penduduk, pertubuhan-pertubuhan belia, pelajar, Pertubuhan Kebajikan di setiap kampong dan persatuan-persatuan khairat kematian di setiap masjid di Singapura.
Kerja dan tugas saya yang diarahkan dari Kuala Lumpur menjadi mudah dengan pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan saya para wartawan di Singapura sendiri terutamanya wartawan dari Kumpulan Straits Times Singapore yang membawa jalan untuk menemui pihak-pihak berkenaan di Republik itu.
Bagaimanapun saya terkejut besar, bila satu pagi, sebaik saja saya tiba di tempat wartawan Singapura selalu minum-minum , seorang wartawan Berita Harian Singapura Noryati Duriat berkata kepada saya:
“Zid, Che gu talifon saya malam tadi katanya, Noryatri, tolong tanyakan pada Yazid, dia suka tak Orang Melayu jadi Menteri di Singapura ini, kalau dia suka, tolong jangan datang jumpa saya dan tolong jangan menalifon saya lagi..kalau tidak saya akan diberhentikan dari jawatan ini..”
Che Gu yang yang dimaksudkan oleh Noryati itu ialah Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura, Dr.Ahmad Mattar, di mana sebelum menjadi wakil rakyat dan menteri, beliau adalah seorang guru. wartawan Singapura bahasakannya Che Gu bila bercakap mengenainya atau bila bercakap dengannya.
Ertinya Lee Kuan Yew sudah pasang pengintip atau spy mengenai apa yang saya lakukan di Singapura beliau tidak suka , dan menteri kanan Singapura Dr. Ahmad Matar telah diberi amaran oleh Lee Kuan Yew agar tidak menemui atau bercakap melalui talifon kerana takut terlepas kepada saya sebarang maklumat tentang rancangannya untuk menghilangkan kuasa politik orang-orang Melayu di Singapura.
Seorang kenalan saya (bukan Melayu) dalam pentadbiran Lee Kuan Yew member isyarat jelas bahawa setiap kali saya melepasi Woodlands (sempadan utama selepas masuk ke Singapura melalui pintu Tambak Johor) ada sebuah kereta sentiasa mengekori ke mana saja saya berada .
Pada akhirnya, yang menjelaskan betapa saya tidak digalakkan masuk ke Singapura ialah, bila saya dikenakan peperiksaan 100% oleh anggota Polis Singapura satu hari sebaik saja saya tiba di laluan Imigresen Singapura di Woodlands itu, tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Alhamdulillah ,berikutan kepayahan itu saya diarahkan oleh Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk berrtukar Ke Pulau Pinang. Selepas itu segala kerja-kerja Lee Kuan Yew tidak kedengaran lagi dibantah oleh Orang-orang Melayu di Singapura.
Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.
Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).
Hubaya..hubaya para pemimpin UMNO..awas dan waspadalah dan atasilah !!!
Sumber: blog Yazid Othman!
14 comments:
salam,apa nak buat orang melayu sendiri yang nak macam tu
jangan lupe..pok Jib kite pun melawat singapore nak mintak nasihat lee kwan yew dan anaknya bagaimana nak pertahankan kuasa....sama lah tuhhh
GEORGE TOWN: Buddhist devotees from 20 countries arrived here for the grand opening today of the 20-storey pavilion over the Goddess of Mercy (Kuan Yin) statue at the Kek Lok Si Temple in Air Itam.
The temple authorities are planning to list the RM40mil structure as the tallest pavilion in the world.
Making it big: Spotlights illuminating the skyline of the Kek Lok Si Temple in Air Itam yesterday. The huge octagonal pavilion to shelter the Goddess of Mercy ( Kuan Yin ) statue will open.
Temple trustee Datuk Steven Ooi said several thousand devotees, monks and chief monks from as far as the United States, New Zealand and Australia were already in town.
“I believe the grand opening of the pavilion, which coincides with the 118th anniversary of the temple, will be the biggest Buddhist event in the country since independence,” he said.
Ooi said there would also be a 20th memorial ceremony for the fourth chief abbot, the Venerable Bai Sheng, who is also the founder of the Kuan Yin statue.
The three-tiered 60.9m roof pavilion, which is supported by 16 granite pillars, serves as a canopy to shelter the 30.2m-tall bronze statue of Kuan Yin.
Mr. Kolumpo. Pak Najib pergi ke Singapore berjumpa dengan Lee Sin Long (anak Lee Kuan Yew ) bukan bertujuan untuk minta nasihat, tetapi memberi amaran kepada Lee Sin Long supaya jangan berani-berani nak campurtangan dalam urusan poltik Malaysia. Najib bewri warning pada Singapore...! Tak kan tak tahu...!
Dr. Sham (Capt.(B))Lanjutan dari sini nanti layarilah laman hamba. Inshaallah esok akan hamba muat postingkan pendedahan keturunan Li. Baru sahaja hamba hamba kutib dari maya.
salam utk berok umno yg buta.xyah dok pembuhunglah barua umno hoi.najis dipungkork org hg bau, dipungkork sendiri yg buat2 xperasan.
saya pun ada dengaq jugak dari orang dalam yang ah eng ni memang kerap pi kat sifu dia...
Salam ziarah,
Mohon Tuan publish kan blog kawan; http://bumiyang.blogspot.com di blog tuan.
Salam tuan,
Kita hanya mampu menyuarakan keresahan jiwa orang-orang Melayu terhadap perkembangan semasa yang membimbangkan akan terhakisnya hak-hak orang Melayu. Harap pemimpin kita masih mampu mendengar dan bertindak dengan berani mempertahankannya. Saya dh link-kan blog tuan didalam list blog para sahabat saya, mohon dapat tuan lakukan yang serupa untuk saya. Terima kasih
salah satau syarat yang di tetapkan untuk kita merdeka dulu ialah " menjual singapura " kepada british...sapa yang buat kalau bukan Be And kan..???
masalahnya,apa pula tindakan kita?kita memang tahu semua tu.aku sendiri tak terkejut langsung tentang pendedahan ini.APA TINDAKAN KITA?
salam, kenapa kita sesama islam bergaduh ni...yang membela guan eng tu sila-silalah selidik tentang guan eng....yang membuka cerita ni pula pastikanlah kebenaran sumbernya......kesemua anda di blog ini dan blog-blog lain pastikanlah islam itu yang tidak kerugian nanti....janganlah jumudkan fikiran kita ke satu-satu ideologi sahaja... stiap sesuatu itu fikirlah sedalamnya dan pastikanlah kebenarannya...wallahualam..
tuan,apa perlu takut..semua org akan mati..generasi akan dtg mewarisi tanahair ini...dunia hanya pinjaman
2.dunia hanya sementara,semua rakyat malaysia adalah pemilik malaysia..kita share la
Betul tu marcos....kalau begitulah pandangan saudara maka tak perlulah kita bersusah payah untuk mencari rezeki dan menmyediakan kesenangan kepada anak-anak kita pada masa ini..semua orang akan mati..kita biarkanlah mereka menentukan nasib masa depan mereka sendiri.....
Post a Comment