Translate

Sunday 11 October 2009

ANALISIS PRK DU N B.PINANG : BN 65% - PAS 35% ; ISA Menang majoriti lebih 3000 undi

1. Analisis yang saya lakukan selama 8 hari berkampung di Bagan Pinang mulai 3 Okt - 10 Okt, mendapati bahawa sokongan kepada T.Sri Isa Samad, calon mewakili BN/UMNO ialah sebanyak 65% dan sokongan terhadap calon PAS hanya setakat 35%.

2. Berdasarkan kepada jangkaan SPR bahawa peratus keluar mengundi pada PRK bagan Pinang ini menjangkau kepada 80%. Maka jumlah pengundi yang dijangka akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemilih daripada 13,664 pemilih (termasuk undi POS) ialah seramai 10,931 orang.

3. Dengan sokongan sebanyak 65% kepada T.Sri Isa Samad yang diperolehi daripada survey gabungan penganalisis bebas pilihanraya yang saya kendalikan selama 8 hari ini, maka undi yang dijangka diperolehi oleh BN ialah sebanyak 7105. Manakala PAS ialah sebanyak 3826. Ini bermakna bahawa BN akan memperolehi majoriti sebanyak 3279 undi. Ini adalah perkiraan kasar saya tentang keputusan yang dijangka diperolehi oleh BN semasa tamat pengiraan undi pada malam ini.

4. Kemungkinan jangkaan saya ini 90-95 peratus adalah tepat. Dan BN dijangka menang dengan majoriti antara 3000-3300 undi. KIta saksikan keputusan sebenarnya malam nanti.

1 comment:

Anonymous said...

saya jangka BN menang dengan majoriti kurang 2000. ini sebab ramai orang kampung yang berpura-pura sokong BN bila ditanya orang luar @ penganalisis untuk elakkan ugutan daripada pihak BN. sedangkan mereka tak suka BN. undi adalah rahsia.