Translate

Tuesday 13 October 2009

3 FAKTOR UTAMA KEMENANGAN BN - 3 FAKTOR UTAMA KEKALAHAN PAS DI BAGAN PINANG

1. Pada PRK DUN Bagan Pinang baru-baru ni, saya berkesempatan untuk membuat pemantauan dan juga hadir di sana sebagai seorang penganalisis bebas untuk menilai tahap sokongan rakyat di sana terhadap BN/UMNO dan PAS. Setelah keputusan diumumkan pada jam 8 malam, 11 Okt lalu, ternyata BN/UMNO terlalu unggul dan kukuh di sana untuk digugat oleh PAS.

2. Ada 3 faktor utama yang boleh saya senaraikan di sini tentang kemenangan besar dan berganda BN ke atas PAS berbanding PRU-12 yang lalu. Dan di sini juga saya akan perturunkan 3 faktor utama kekalahan teruk PAS.

3 FAKTOR UTAMA KEMENANGAN BN:

Pertama :
Pemilihan calon Yang tepat. Kalau sebelum ini BN memilih calon berasaskan kepada kehendak pucuk pimpinan negeri dan juga pusat. tetapi kali ini BN telah berpegang kepada prinsin 'Rakyat Didahulukan", yang mana kehendak bahagian dan pengundi-pengundi di bagan Pinang telah diutamakan di dalam memilih calonnya iaitu Tan Sri Mohd Isa Samad. T. Sri Isa selaku Ketua bahagian juga amat bijak di dalam membuat keputusan pemilihan calon di mana beliau telah menyerahkan kepada Mesyuaarat AJK Bahagian untuk membuat keputusan. ternyata semua AJK BHGnya telah sebulat suara menamakan T.Isa sebagai calon tunggal untuk dicalonkan. Lagipun T.Sri Isa adalah seorang bekas MB dan anak tempatan di bagan pinang yang berpengaruh serta dikenali oleh semua kaum dan semua peringkat umur di sana.

Kedua : Kembalinya sokongan kaum India kepada BN. Sokongan kaum India di kawasan ladang/estate yang nisbahnya 20% ( hampir 2700 pengundi) daripada jumlah pengundi di sana ternyata telah memihak hampir 80% kepada BN, berbanding sebelum ini dalam PRU-12 BN hanya mendapat sokongan tak sampai 30% masyarakat India. Kehadiran dato' Sri najib selaku perdana menteri merasmikan Mesyuarat Agong pertama penubuhan Makhal Sakti pada 9 OKtober juga menjadi faktor terpenting keyakinan kaum India di sana terhadap BN yang diterajui oleh Dato' Sri najib. harus diingat bahawa makhal Sakti adalah satu pertubuhan parti politik yang ditubuhkan oleh bekas-bekas aktivis Hindraf. Hindraf memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas penganut agama Hindu.

Ketiga : Perpaduan Erat Kepimpinan UMNO Bahagian dan juga Perhubungan negeri. kebanyakan punca kekalahan UMNO dlm siri-siri pilihanraya kecil dan juga PRU sebelum ini adalah adanya sabotaj, cah keting dan juga pergeseran antara kepmpinan bahagian dan juga negeri. Alhamdulilah, di bagan Pinang kepimpinan bahagian daripada Timbalan., Naib, AJK bahagian, wanita, pemuda dan Puteri telah memberi sokongan padu dan sokongan kuat kepada Ketua bahagiannya, T.Sri Isa Samad yang menjadi calon BN/UMNO. MB NS, Dato' Seri Mohamad Hasan juga yang sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan dingin dengan Isa samad telah turun padang bersama-sama dengan Isa Samad dan sering berkempen berdua dan beriringan di mana-mana saja kawasan. Ini menampakkan perpaduan dan juga semangat setia kawan di dalam UMNO. Pemimpin tertinggi PUsat dari negeri sembilan seperti Dato' Seri Dr. rais yatim dan Dato' Shaziman mansor juga turun padang dan berkampung di sana bagi membantu Isa Samad. INilah faktor kejayaan BN/UMNO menang besar.

3 FAKTOR UTAMA KEKALAHAN PAS


Pertama : PAS terlalu tertumpu kepada Isu Rasuah Isa samad. Kesilapan PAS ialah menyerang peribadi T.Sri Isa Samad yang pernah disabitkan kesalahan politik wang dalam UMNO. PAS tak faham realiti pengundi di sana yang telah banyak terhutang budi dengan Isa Samad yang pernah jadi MB selama 22 tahun. Samalah dengan UMNO semasa PRK Permatang pauh yang memainkan isu liwat Anwar dengan saiful pada Ogos 2008. Pengundi Permatang pauh tidak boleh terima isu peribadi ini kerana mereka memang dah lama kenal Anwar Ibrahim. Isa di Bagan Pinang samalah seperti Anwar di Permatang Pauh. LIhatlah hasilnya, Anwar menang besar. Sedangkan dalam masa yang sama PAS langsung tidak menonjolkan kelebihan calonnya Zulkifli Mohd Omar. Siapa dia calon PAS..? ternyata calon PAS bukan anak tempatan bahkan beliau adalah diimpot dari daerah lain, yang mana beliau pernah bertanding di Lenggeng, Seremben- tetapi tewas.

Kedua : Keghairahan Ketua Pemuda PAS nasruddin Tantawi menghantar SMS perang Jihad. Inilah padahnya, seorang pemimpin yang baru berpolitik dan membawa imej taliban dalam PAS. Nasruddin tantawi telah menghantar sms kepada seluruh pemuda PAS di seluruh negara supaya turun beramai-ramai ke bagan pinang untuk berjihad bagi mempertahankan rakan-rakan mereka yang diserang oleh gangster-gangster UMNO. Nampak bunyinya macam berlaku peperangan di afghanistan. Ketua Pemuda PAS ni lupa bahawa negara kita ni ada undang-undang dan pihak Polis sentiasa mengawasi keselamatan di sana. mana boleh kita mengambil tindakan sendiri untuk menentang ancaman musuh. Ini bukan negara afhganistan yang aman puak taliban boleh ambil tindakan sendiri untuk membalas serangan pihak lain. saya duduk di sana tak rasa apa-apapun. Aman dan tenteram. cuma puak-puak PAS ni saja yang melatah dan tak tentu pasal membuat provokasi. Biasalah dalam pertandingan ni, ada yang tak rasional dan emosi tak kita samada pembangkang ataupun BN. Macam lawan bola juga, ada pergaduhan, tapi polis dan FRU ada untuk menyuraikannya. Akibatnya, pengundi-pengundi muda takut untuk mendekati PAS kerana mereka ni lebih memikirkan kerjaya dan juga keselamatan. Generasi muda di P.Dickson berbeza dengan di kelantan, selangor dan Perak. Akhirnya pengundi muda beralih angin untuk memberi sokongan kepada BN.

Ketiga : Kegagalan Ahli parlimen Teluk kemang sebagai wakil Rakyat. Wakil rakyat Teluk Kemang ialah Dato' Samsul baharin, Pengerusi PKR Negeri Sembilan. DUN bagan Pinang ialah salah satu DUN dalam parlimen Teluk Kemang. MP T.Kemang ini juga dalah bukan anak tempatan P.Dickson yang dihantar oleh PKR untuk tanding di Teluk Kemang. Lepas menang MP pada PRU 12 lalu, muka MP ni pun tak nampak dan pengundi Bagan Pinang yang telah mengundi beliau pada PRU lepaspun tak pernah jumpa dengan beliau dan ada yang tak kenalpun dengan MP PKR ni. Bila PAS hantar calon terjun dari luar P.Dickson untuk DUN bagan Pinang, maka perasaan marah dan tak puas hati pengundi kepada MP PKR ini telah berpindah pula kepada calon PAS. 'Dahlah MP Teluk kemang pun orang luar, ni PAS nak hantar orang luar lagi nak jadi wakil rakyat di sini'. Inilah keluhan pengundi. Itu pasal undi PAS yang dahulunya melebihi 4000, terus merosot kepada 2000 lebih. Ertinya mereka yang undi PAS dahulu dah melompat undi mereka kepada BN. PAS silap percaturan meletakkan calon.

7 comments:

Anonymous said...

Salam,

Orang berilmu mcm Abu Nawas mungkin layak menjawab apa hukum kemenangan berunsurkan elemen-elemen ketidakadilan seperti dibawah:

1) suratkhabar
2) medai elektronik
3) agensi kerajaan
4) undi pos

Anonymous said...

Salam,

Orang berilmu mcm Abu Nawas mungkin layak menjawab apa hukum kemenangan berunsurkan elemen-elemen ketidakadilan seperti dibawah:

1) suratkhabar
2) medai elektronik
3) agensi kerajaan
4) undi pos

SHAMSUDDIN EL-ASKAREY said...

Hukumnya ialah, wajib bagi pemerintah untuk menggunakan saluran suratkhabar, media elektronik, agensi kerajaan dan undi pos demi untuk mempertahankan keamanan dan kesejahteraan negara ini daripada diganggu-gugat oleh petualang Islam dan juga umat melayu seperti DAP dan juga bagi mereka yang bersekutu dengan DAp bagi menghancurkan sebuah pemerintahan kerajaan BN.

Wajib ta'at kepada pemerintah (ulil amri), maka tak ada sebab mengapa parti seperti DAP dan sekutunya nak menjatuhkan kerajaan BN. Dalam Islam tidak ada istilah pembangkang. Yang ada hanyalah istilah 'nasihat'. Kerana Agama itu adalah 'Nasihat' ( Ad-Dinun Nasihah). Hanya Iblis sahaja yang memulakan pendekatan membangkang dan menentang.

Anonymous said...

...apabila berlakunya pilihanraya umum parlimen akan dibubarkan .....maknanya kerajan sekarang kosong jadi kedua - pihak layak untuk ruang demokrasi ..

.. pemerintah itu dipilih oleh rakyat yang ada hak untuk mendapat maklumat dari sumber yang tepat bukan sumber yang di kawal oleh suatu pihak...

Tolong jangan kelirukan perkataan 'ulil amri' dengan parti barisan nasional dan umno ...

kuasa pemerintah adalah haram kalau mempergunakan ketidakadilan untuk mendapat kuasa.

tlg jangan guna dalil keamanan dan kesejahteraan ..telah jelas hak melayu dlm perlembagaan ..

nak tanya abu nawas siapa yang candu anak muda dengan begitu banyak hiburan contoh stesen TV yang dikontrol oleh parti yang abu nawas dakwa 'ulul amri' tu

SHAMSUDDIN MONER EL-ASKARI said...

Tepat sekali pandangan anonymous di atas. tahupun saudara bahawa bilan parlimen dibubarkan maka tidak ada lagi ulil amri dan rakyat bebas untuk memilih parti dan juga pemimpin dalam pilihanraya. Tapi, saudara membutakan mata dan memtulikan telinga. Bukankah sekarang dah tamat pilihnaraya ke-12. Bulan Mac 2008 dah berlalu. Rakyat dah beri mandat pada BN untuk memerintah negara ini sejak Mac 2008. Sekarang bukan masa nak berkempen poklitik lagi. sekarang masa untuk melaksanakan amanah rakyat dan juga mentadbir negara. Sebab itu saya kata haram hukumnya menentang ulil amri sebab ulil amri dah dipilih oleh rakyat. kalau nak sibuk berkempen politik, tunggulah semboyan berbunyi 3 tahun setengah lagi bila parlimen dibubarkan.

Anonymous said...

Rakyat dah beri mandat pada BN untuk memerintah negara ini sejak Mac 2008 -> ini putar belit, menang piliharaya umum dengan cara tidak adil tak paham penjelasan ke ..

bukalah minda sikit ...malaysia ni perlu sistem 2 parti yang untung akhirnya rakyat ...bukan sikap buta tuli dan monopoli contoh macam astro dan telekom ...

Anonymous said...

zaimi machang...

sabar dulu...anonymous pun ada adik beradik, ank dan mungkin cucu yg masih belajar atau bekerja...cuba belajar mensyukuri nikmat...jangan dok belajar nk mencari kelemahan shj...cuba tulis semula dalam kertas kajang apa kejayaan yang telah dilakukan oleh UMNO untuk agama dan bangsa...pastu cuba tulis apa kejayaan yang telah PAS lakukan...bandingkan...opssss x perlu dibandingkan sbb nmpk sgt perbedaannya...syukur alhamdulillah negara kita aman damai...dalam institusi keluarga anonymous pun x blh lari dari berlaku konflik...apatah lagi dalam kerajaan yg besar institusinya...PAS sudah lari dr perjuangan...bersekongkol dgn DAP sudah jelas menampakkan kelemahan pendirian para pemimpin PAS terdahulu...terang-terangan menetang penubuhan negara Islam...sekurang2 nya kita negara Islam bukannya sekular...kenapa saya ckp begitu sbb negara sekular itu bermaksud negara yg tidak pernah menganjurkan atau mengadakan atau mewujudkan sistem,aktiviti atau program berlandaskan Islam...kita ni juara tilawah antarabangsa...itu antaranya lah...saya di kelantan bahagia PAS memerintah cuma kurang berpuas hati sebab kurangnya peluang pekerjaan...hal ini diakui dan diluahkan sendiri oleh para perwakilan pemuda PAS didalam mesyuarat tertutup...alasannya bajet x de...tp sbnrnya pelabur kurang berminat...itu shj jwpnnya...yang paling byk hanyalah pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan,swasta dan ngo yang dinaungi kerajaan...itu yang perlu diakui kebenarannya...tanggal 21 oktober 2009 yakni hari ini saya berseminar di bandung,indonesia...betapa beruntungnya rakyat malaysia mempunyai pemimpin yg berwibawa...di sini setiap 3 jam akan berlaku rusuhan dan demontrasi...sbb itulah pekerjaan mereka yg dibayar gaji oleh penyangak2 bangsa yang mahukan sentiasa berlaku kekacauan...tatkala berhenti di lampu isyarat maka akan ada seorg ibu bersama anak kecil di bwh panas terik dtg menetuk cermin kereta utk meminta sedekah dan ade juga yang bermain gitar utk mencari sesuap nasi...dan byk lagi yang langsung tiada pekerjaan...maka saya menyeru agar anonymous hayati kembali sejarah negara dan jgn lah pula di ajar adik beradi,anak2 dan saudara mara serta sahabat handai utk membenci kerana suatu hari nanti hal ini akan berlaku ke atas diri kita sendiri...hukum karma bukan utk dipercaya tetapi hakikatnya utk dijadikan peringatan dan teladan...maaf andai terkasar...sekian wassalam