Translate

Monday 6 July 2009

APASAL LIM GUAN ENG MINTA KERAJAAN PUSAT YANG ZALIM DAN KORUPSI UNTUK SELEASI ISU KG. BUAH PALA..?

1. 23 orang keluarga setinggan di kampung Buah pala, Penang dah mula mengamuk dengan Kerajaan pakatan Rakyat P.Pinang kerana tanah yang diduduki mereka sejak hampir 100 tahun dulu, nak dibangunkan oleh pihak pemaju, iaitu Koperasi pegawai-pegawai kerajaan Negeri.P.Pinang.

2. Baru Lim Guan Eng (DAP) tahu dan sedar tentang perangai kaum kerabat HINDRAF di Penang. Timbalan Ketua Menteri 2 (Hindraf) pun tak berani turun padang untuk selesaikan masalah penduduk kampung Hindraf ini.

3. Tiba-tiba Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengatakan bahawa kerajaan negeri tak mampu nak bayar pampasan kepada pemaju untuk membatalkan projek tersebut. Senang-senang pulak dia suruh kerajaan pusat tolong selesaikan masalah penduduk hindraf ni dengan nilai lebih RM 100 juta untuk membayar harga tanah ni pada pemaju sebagai ganti rugi. Dan tanah ini pula diserahkan hak milik pada 23 keluarga hindraf ni. Buat apa kerajaan pusat nak bantu pula, puak-puak hindraf ni bukannya tahu bersyukur kepada BN. Merekalah menjadi penyebab kepada jatuhnya Kerajaan BN di Selangor, Perak, Kedah dan Penang. Lepas tu, bila Menteri Dalam Negeri membebaskan 5 orang HIndraf dari tahanan ISA, salah seorang dari mereka menjawab bahawa dia tak perlu beterima kasih kepada kerajaan.

4. Yang saya hairan dan terkejut beruk ialah, bagaimana seorang Ketua Menteri Pakatan Rakyat boleh menyerah kalah dalam isu memperjuangkan rakyat ni. Dulu depa kata yang kerajaan BN ni zalim, tak adil, korupsi dan tak pandai tadbir negara dan negeri. Macammana mereka nak suruh kerajaan Zalim dan korupsi untuk bantu mereka selesaikan masalah penduduk Kg Buah Pala ni.

5. Dah terang-terang kerajaan BN ni zalim dan korupsi, hai pasai apa nak beri kepercayaan pula pada BN untuk selesaikan kemelut ini. Carilah pemimpin dan kerajaan yang adil dan berwibawa seperti kerajaan PAS di Kelantan untuk selesaikan masalah rakyat di Penang. PAS dah hampir 20 tahun mentadbir Kelantan dengan adil dan jayanya. Eloklah minta bantuan pada rakan sekutu mereka dari PAS Kelantan untuk bantu penduduk hindraf di Kg. Buah Pala ni. kalau kita serahkan pada BN, nanti mereka ini akan songlap duit rakyat dan akan berlaku penganiayaan pada rakyat. Nak percaya lagi ke pada BN..?

3 comments:

WARIS PAHANG said...

1. Itulah tandanya BN kuat PR lemah
2. Itulah tandanya PR tidak relevan
3. Itulah tandanya PR tidak tahu mentadbir
4. Itulah tandanya Lim Guan Eng perlu letak jawatan.
5. Itulah tandanya PR berjaya menipu rakyat semasa kempen Pilihan Raya

Anonymous said...

Insan Prihatin

Kalau PM tak nak bantu Kerajaan P.Pinang tandanya

1. 1Malaysia punya slogan dah dilanggar, kata rakyat didahulukan. masa ni lah nak tunjukan bukti slogan itu betul atau tidak. kalau tak baik tak payah buat slogan. budak tadika pun pandai buat tau...

2. BN akan kalah lebih teruk dalam PRU 13 nanti atau mana2 PRK.

Masalah ini pun sebab kerajaan BN yg lama juga dok biarkan, kenapa dalam masa 50 tahun dahulu BN tak nak usahakan supaya tanah itu dibagi hak milik atau saje kerana mikirkan projek2 masa akan datang utk tanah tersebut jadi hak milik tak diberi.

Inilah cara BN, 50 tahu rakyat tak sedar depa dok mainkan rakyat. kalulah tanah itu tiada nilai komersial yg tinggi seperti di daerah pendalaman di sabah atau serawak, jgn haraplah rakyat nak mrase hak milik tanah. org dah tinggal 100 tahun pun tak boleh diberi hak milik.

senang aje kalau LGE nak sattle masalah ini. jika PM tak tolong, sekarang dasar pelaburan dah dibuka seluasnya kepada syarikat asing, ni masanya ,kerajaan negeri ambil alih tanah itu dan bayar pampasan kepada pemaju, dgn syarat perjanjian pampasan dibayar secara ansuran, kena dgn harganya, pemaju yg gila untung akan setuju punya, lepas itu lantik anak syarikat negeri buat projek perumah rakyat dan pembanguna komersial yg lain dgn kerja sama bank tempatan atau asing dan jual balik kepada penduduk utk kediaman baru dan moden, persatuan penduduk boleh tubuhkan syarikat untuk sama2 memajukan kawasan tersebut dgn mengadakan syaraat yg mesra rakyat.kalu Lim Guan Eng (LGE) berjaya buat saya percaya penang akan selamanya bn tak akan kembali berkuasa.

bukan nya susah sangat nak settle masalah ini.

Anonymous said...

Bro Insan Prihatin,

Wah.... senangnyer selesaikan ISU TANAH tuh.... bro lah yg gantikan LGE hehehehe :D