Translate

Friday, 1 May 2009

NIK ABDUH MENGINSAFKAN SAYA

1. Kenyataan Nik Abduh ( Anak Tok Guru Nik Aziz) menyifatkan pembantu-pembantu ayahnya telah memberi gambaran salah tentang situasai yang berlaku tentang kerajaan perpaduan demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor menular dalam PAS. Beliau menjelaskan bahawa ayahnya menolak kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang sebelum ini adalah berasaskan kepada maklumat salah yang diberikan oleh pembantu-pembantu ayahnya. Mereka yang berlagak serba tahu ini seronok untuk melaga-lagakan di antara ayahandanya, Nik Aziz dengan Hadi Awang. Jelasnya lagi, sebenarnya ayahnya bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh presiden parti, Hadi Awang dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

( Ironinya, kenapa pula Nik Aziz tidak memberikan syarat kepada PKR dan juga DAP semasa membentuk Pakatan Rakyat untuk memberikan jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran ini..?)

2. Suara dan rintihan hati kecil yang ikhlas dari anak tok guru ini telah menginsafkan saya tentang perangai dan juga tabiat jahat punahsihat-pusahsihat PAS yang berada di keliling Tok Guru Nik Aziz. Bayangkanlah..! Bagaimana orang sejahat ini boleh diterima oleh Tok Guru sebagai penasihatnya, dan bayangkan juga bagaimana seorang pemimpin tertinggi yang dihormati serta berpengalaman seperti Nik Aziz boleh dikelentong dan juga diperkudakan oleh orangt-orang bodoh dan jahat seperti ini.

3. Tak hairanlah kalau penyokong-penyokong PAS dan juga orang-orang kampung yang jahil tentang politik dan agama di kampung-kampung boleh ditemberang dan juga diperbodohkan oleh pecacai-pecacai PAS seperti ini hampir setiap malam di ceramah-ceramah agama dan juga ceramah-ceramah politik mereka di seluruh negara.

4. Tindakan NIk Abduh menyerang habis-habisan dalam blognya tentang gelagat dan juga kebodohan penasihat-penasihat di keliling ayahandanya NIk Aziz, menjelaskan kepada kita bahawa orang sepertinyapun dah hilang sabar dan dah mula insaf tentang masa depan Islam dan umat Melayu di negara ini.

5. Sayapun dah mula insaf dengan setiap apa saja percakapan dan juga kenyataan yang akan dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz di masa-masa akan datang. Dulu, saya memang sentiasa menghormati dan juga percaya bulat-bulat dengan apa sahaja yang diperkatakan oleh Nik Aziz. Bagi saya beliau adalah seorang Tok Guru yang sentiasa bercakap berasaskan kepada kebijaksanaan dan juga berpandukan al-Quran dan Sunah. Nik Abduh telah menyedarkan saya tentang apa yang selalu diucapkan oleh NIK AZIZ. Rupa-rupanya ada penasihat-penasihat bodoh dan jahat di belakang Nik Aziz yang sentiasa cuba melaga-lagakan para pemimpin dalam PAS dan juga termasuk di kalangan UMNO sendiri.

6. Saya nasihatkan agar Nik Abduh supaya mencadangkan nama saya sebagai salah seorang penasihat ayahandanya yang baru. CV saya ada pada profil di laman blog saya ini. Manalah tahu, kalau-kalau saya boleh membantu Tok Guru dalam memberi nasihat yang berguna demi perpaduan umat Islam di negara ini. Saya insaf sekarang, insaf.. insaf.. astaghfirullahil'azim.

4 comments:

Khairi Jalalluddin said...

Memang banyak penasihat 25% dan pengampu jahat di keliling Nik Aiz. Sebab itulah orang Melayu susah nak bersatu.

Anonymous said...

nik.aziz belum mendapat hidayah nk satukan melayu...kalau dah thu umno bermasalah dtglah tolong bg nasihat...tp disebabkan oleh batu api- batu api yg gilakan kuasa dan duit,maka perpaduan melayu diabaikan...walaupun nik.aziz tahu DAP adalah musuh islam dan secara senyap tlh berhubungan dgn MCA dan Gerakan dn juga PKR yg ramai ahlinya india secara terang-terangan menyokong hindraf yg telah menghina agama islam, negara dan bangsa melayu....sedarlah wahai tuan guru...
hidup ketuanan Melayu

Khairi Jalalluddin said...

nik aziz nak berpolitik, tapi politik DAP lagi cerdik, itu masalahnya PAS ni, contohnya Nizar Menteri Besar Perak habis tanah melayu kasi pada Cina.

Nik Amir. said...

as'kum,
Yang keliling Nik Aziz mungkin spesis macam penasihat dalam cerita Tan Sri P. Ramlee '3 Abdul'. Penasihat 10%. Lama kelamaan Penasihat dan yang dinasihat jadi tak sihat akhirnya terlelong.