Translate

Sunday 1 February 2009

HAMAS VS FATAH = PAS VS UMNO : YAHUDI DAN DAP UNTUNG..!



1. Apa yang berlaku antara Hamas dan Fatah di palestin, samalah dengan apa yang berlaku di Malaysia antara PAS dan UMNO sejak merdeka hingga kini. Bezanya, peperangan puak antara Hamas dan fatah membawa kepada pembunuhan dan letupan bom sesama sendiri. Namun PAS dan UMNO masih lagi belum sampai ke tahap peperangan saudara sehingga berlaku pembunuhan.

2. Lihatlah apa yang berlaku di palestin, yahudi telah berjaya merampas tanah dan sebahagian bumi palestin daripada umat Islam palestin. Ini kerana puak-puak yang berada di palestin tu antara hamas dan fatah terus berperang dan bersengketa sesama sendiri.

3. samalah dengan apa yang berlaku di Perak, bila PAS dan UMNO bertelagah dan masing-masing tidak mahu bersatu dan bergabung kuasa bagi membentuk kerajaan PAS-UMNO, akhirnya kerajaan Perak dikuasai oleh DAP, iaitu sebuah parti jelmaan PAP Singapura. PAP Singapura tu pulak adalah agensi zionis di Asia tenggara ni di mana penasihat pertahanannya adalah pegawai tinggi tentera israel Yahudi. Apa guna PAS jadi menteri besar jika tidak mampu untuk menjaga kepentingan melayu dan Islam di negeri Perak.

4. Diam-diam dan tengok-tengok, kerajaan Perak telah mengagihkan geran tanah pajakan 999 tahun kepada penduduk-penduduk kampung baru yang didiami oleh kaum pendatang (asing-cina) yang sebelum ini adalah tanah milik melayu. Kemudian kerajaan Perak pula telah menganugerahkan tanah seluas 1000 ekar kepada sekolah-sekolah kebangsaan Cina di Perak untuk membantu mereka mendapatkan pelaburan dan pendapatan untuk pembangunan sekolah-sekolah cina.

5. Yahudi dapat tanah orang islam di gaza, maka Cina Perak pula telah dapat beribu-ribu ekar tanah milik orang islam di negeri Perak. Tanah yang diperolehi oleh pendatang cina di perak lebih luas dan bernilai lagi berbanding dengan tanah yang diperolehi oleh Yahudi di Gaza, palestin.

6. Ini semua salah siapa,? Jangan salahkan orang cina yang mendatang di sini. Mereka tidak bersalah, memang layak bagi mereka sebagai seorang wareganegara Malaysia untuk memiliki tanah di sini. Tapi, yang sedihnya ialah ini semua angkara perbalahan UMNO-PAS sejak lebih 50 tahun lalu yang tak selesai dan tak pernah cuba diselesaikan oleh kedua-dua belah pihak.

7. Mungkin 10 tahun akan datang, Orang Singapura akan menjajah malaysia ataupun meletakkan seorang pemimpin proksinya di malaysia bagi memenuhi agenda Zionisnya di Asia tenggara ini. Tunggu dan lihat.

4 comments:

add said...

Apakah tiada usaha-usaha pengabungan UMNO dan PAS demi islam dan melayu.Biarlah kalu umno mengalah sedikit takpa, dalam islam pun mengalah bukan bererti mengalah tetapi menyerlah demi kebaikan islam dan melayu. Pas tidak akan tunduk kepada umno kerana mereka merasakan mereka betul, padahal kehidupan mereka adalah hasil dari usaha umno.

Mrkolumpo said...

hahaha..lawak sungguh cerita ni...
betui ka point2 nih???tak pernah berperang???tak pernah menumpah darah berbunuh??hehehe tu yg kat memali tu apa dia????ni apa kes pulak mintak nak bergabung nih???masa umno BN menang kat perak,pahang,perlis,kedah dulu takda pulak nak ajak bergabung dgn PAS????takda pulak nak kongsi kuasa..hampa tendang PAS lagi ada la dulu..eee aku geli la dgn UMNO ni

ANTI THAT said...

PARTI ISLAM SEMALAYSIA Tidak perlu bergabung dgn parti munafiq,parti yg mbelakangi Quran Hadis,parti yg tolak hukum Allah sjak mrdeka...umn0 tggu mase untuk hancur brsama rejim zionis serta fatah..hidup islam,pas,hamas.
takbir!

nche-NET said...

apa ada melayu. apa ada pas. itu kena fikirkan. kekuatan pas bukan pada melayu tapi kepercayaan kepada ajaran sebenar islam. apa ada pada umno kepercayaan kepada kekayaan dunia semata. fikir2kan...