Translate

Friday 19 December 2008

TAZKIRAH JUMAAT : JALAN-JALAN TAQWA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 'Amma ba'du.

1. Bagi setiap muslim (lelaki) memang sudah sering diperingatkan oleh para khatib di mimbar-mimbar Jumaat pada setiap minggu di dalam khutbah Jumaat supaya hendaklah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Tetapi, tidak ramai di kalangan kita yang faham ataupun mengetahui bagaimana jalan-jalan ataupun kaedah untuk menjadikan diri kita sebagai hamba Allah yang benar-benar bertaqwa. Maka. Tazkirah Jumaat pada kali ini akan memberi fokus kepada permasalahan ini.

2. Di antara Jalan-Jalan yang menjadi penyuluh dan pendorong kepada seseorang itu menjadi insan yang bertaqwa adalah seperti berikut :

JALAN PERTAMA :

Tilawatul Quran. Melazimkan diri dengan membaca al-Quran serta sentiasa bertadabbur dengan memahami dan menghayatinya. Firman Allah
s.w.t, bermaksud : " Demikianlah telah kami turunkan akan dia berupa al-Quran dalam bahasa Arab dan kami menerangkan berulangkali di dalamnya sebahagian dari ancaman agar mereka bertaqwa, atau al-Quran itu dapat menimbulkan pengajaran bagi mereka " ( Surah Taha : Ayat 113 )

JALAN KEDUA :

Mendapatkan Hidayah dan bermujahadah. Firman Allah s.w.t, bermaksud:" Mereka yang mendapat hidayah akan ditambahi hidayah dan diberikan ketaqwaan kepada mereka". ( Surah Muhammad : Ayat 17 ). Firman Allah s.w.t dalam ayat yang lain, bermaksud: "Sesiapa yang bermujahadah pada (keredaan) kami sesungguhnya akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang yang berbuat ihsan".

JALAN KETIGA :

Ibadah Puasa.

JALAN KEEMPAT :

Beribadah dan mengabdi diri kepada Allah dalam pengertian yang umum dan luas iaitu dengan menjadikan setiap perbuatan, pekerjaan dan juga aktiviti harian hidup kita di dunia ini sebagai ibadah - berniat dengan 'lillahi ta'ala'.

2 comments:

AKULAH GHAIBMAN said...

Salam damai..
Ye.. setiap khutbah ade menyatakan bahawa bertaqwalah kamu kepada Allah.
Pandangan saya supaya khutbah yang di baca hendaklah jelas n tak perlu panjang tapi padat dan senang di fakami

Anonymous said...

Pandang Sini.

Kita sering meneropong jauh,amat jarang mencermin diri.

Sejarah Melayu pernah merakamkan kisah yang amat sedih iaitu Singapura dilanggar todak .Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." (Soekarno, 17 Ogos 1966).
Sejrah mengajar kita menjadi lebih dewasa, hanya kita generasi orang melayu masih menjunjung kontrak sosial, orang lain telah membakul sampahkanyan. Apa perlu kita berbicara soal itu, apa perlu kita mematuhi dan memegangnya lagi, persetankan kontrak tersebut.
kalau berlaku apap-apa kita baru hilang 18 % equiti. lantaklah apa nak jadi-jadilah. Hari ini terlalu ramai pemimpin melayu bercakap soal masa depan bangsa, sebenarnya ia sudah tidak punya masa depan lagi kerana jiwa bangsa itu telah mati iaitu bahasanya.Bahasa melayu terlalu haprak tidak layak membicara soal sains dan metematik.
Oleh kerana kita punya pemimpin yang tak bermaruah dan bermoral seta tidak mempunyai prisip perjuangan,maka saat-saat kehancuran kian hampir. Slogan baru untuk bangsaku " Lemas ,Tenggelam dan Lenyap"

"Mampus Melayu"