Translate

Wednesday, 26 November 2008

TERDAPAT 54 KALI KALIMAH "MELAYU" DALAM PERLEMBAGAAN



1. Ramai yang tidak menyedari bahawa di dalam Perlembagaan Malaysia terdapat sebanyak 54 kali perkataan ataupun kalimah "MELAYU" disebut secara jelas dan nyata. Tanpa ragu-ragu dan rendah diri kepada kaum-kaum Cina dan India, orang Melayu seharusnya merasa bersyukur dan bertuah kerana bangsa Melayu merupakan satu-satunya bangsa yang diberi perlindungan khusus di dalam Perlembagaan Negara.

2. Saya sudah selidiki patah demi patah perkataan yang tertulis di dalam perlembagaan ini, namun tidak ada satu perkataanpun menyebut bangsa Cina dan India. Cuma yang disebut hanyalah perkataan pribumi dan kaum bumiputera ataupun secara amnya menyebut "KAUM LAIN". Kaum Lain di sini tidak memberi maksud kepada kaum cina dan India tetapi lebih mirip kepada kaum-kaum lain di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Bidayuh, dayak, kadazan, murut , bajau dan sebagainya. Habis..! Kenapa kaum cina dan India di negara ini terlalu sibuk dan seperti muka tak malu untuk menuntut hak sama rata dengan bangsa Melayu di negara ini?

3. Mari kita merujuk kepada Perkara 152 ( Perlembagaan Malaysia ) : yang menyentuh tentang Bahasa Kebangsaan. Lihat 152 (1) " Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen".

4.
Perkara 152 (2) pula dengan jelas menyatakan : "Walau apapun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua Majlis Parlimen, dalam dewan Negeri tiap-tiap negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain". Jelas kepada kita bahawa di dalam Fasal 152(2) ini, penggunaan bahasa Inggeris hanya dibenarkan untuk digunakan dalam segala maksud urusan rasmi kerajaan bagi tempoh 10 tahun dari tarikh merdeka sahaja. Bermakna bahawa selepas pada tarikh 31 Ogos 1967, semua urusan rasmi kerajaan sama ada pusat dan negeri mestilah menggunakan sepenuhnya BAHASA MELAYU dan juga tulisan Melayu.

5. Kenapa selepas 51 tahun merdeka, ada pihak-pihak seperti DAP di Pulau Pinang hendak menggunakan tulisan papan tanda di negeri berkenaan dengan pelbagai tulisan dan bahasa termasuk tulisan cina dan tamil. Sebagai seorang berbangsa cina, Ketua Menteri Pulau Pinang En. Lim Guan Eng yang mencetuskan idea ini bukanlah berhasrat nak memperjuangkan serta memartabatkan tulisan bahasa cina sangat. Tetapi, tindakan beliau sebenarnya lebih kepada dendam dan sakit hati kepada bangsa Melayu selama ini yang diberi keistimewaan dalam negara. Matlamat sebenarnya ialah untuk mencabar dan memprovokasi orang-orang Melayu sama ada di dalam UMNO, PAS maupun PKR; adakah mereka akan bersatu di dalam memperjuangkan isu bahasa Melayu ini.

6. Kitapun hairan bagaimana pihak kerajaan pusat dan juga pihak berkuasa yang menguatkuasakan undang-undang Perlembagaan Persekutuan ini boleh berlembut dengan DAP dalam soal isu bahasa Melayu ini. Ianya jelas termaktub dalam Perlembagaan bahawa wajib semua urusan rasmi negara dan negeri menggunakan bahasa Melayu. Kalau tak boleh bertindak melalui undang-undang persekutuan, inilah masanya bagi kerajaan hendak menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan individu dan juga pihak yang cuba untuk menggugat perlembagaan negara dan juga mencabar sensitiviti kaum Melayu. Tidakkah perkara ini boleh membawa kepada kegelisahan, kemarahan, dan akhirnya membawa kepada rusuhan antara kaum di Pulau Pinang nanti..?

7. Pada pandangan saya DAP adalah sebuah pertubuhan parti politik berhaluan kiri yang anti Melayu dan Islam. Kalau di zaman darurat dahulu fahaman ini diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya, tetapi apabila negara sudah merdeka maka fahaman dan perjuangan komunis ini telah meresap dalam perjaungan DAP. Bermakna DAP adalah berfahaman komunis. Bezanya, Parti Komunis Malaya adalah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan British (gerakan bawah tanah), manakala DAP adalah sebuah Parti Politik yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan. Perjuangan antara Komunis dan DAP adalah sama.

Imej:Rashid Maidin Chin Peng Chin Tien 1955.jpg
Pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng (Sebelah Kanan) dan orang kanannya Rashid Maidin- Dulu Chin Peng memperalatkan Rashid Maidin. Sekarang perjuangan Chin Peng diteruskan oleh saudaranya Lim Kit Siang (DAP), dan Kit Siang telah memperalatkan pula Anwar Ibrahim. Sama saja modus operandi komunis dan DAP yang memperalatkan pemimpin Melayu untuk menghancurkan Melayu dan Islam. Bagaimanapun Kit Siang (DAP) lebih bijak daripada Chin Peng (komunis) kerana beliau berjaya menarik sokongan golongan ulama dalam PAS untuk bersekongkol dengan DAP bagi menghancurkan Melayu dan Islam. Chin Peng ternyata gagal mempengaruhi golongan ulamak di zaman darurat dahulu (1948-1960).

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat ke 5 by Anwar Ibrahim.

Gambar ini pula ialah Lim Kit Siang ( Kiri ) dan Anwar Ibrahim (Kanan). Lihatlah betapa inteamnya mereka berdua, sama seperti inteamnya gambar di atas antara Chin Peng dan Rashid Maidin.

8. Cuba bayangkan bagaimana kurang ajar dan samsengnya pemimpin-pemimpin DAP dan juga pemimpin-pemimpin hindu PKR serta HINDRAF..! Dah jelas bahawa perkataan 'MELAYU' diulang sebut sebanyak 54 kali dalam perlembagaan negara. Apa akan jadi jika sepatah harampun perkataan melayu tidak disebut dalam perlembagaan. Yang ada cuma perkataan 'MALAYSIAN' dan 'MALAYSIA' . Dah tentu kaum Melayu akan merempat dan dicerca lebih teruk lagi sepertimana Melayu di Singapura. Apa dah jadi dengan melayu di Singapura..? Itu pasal DAP memperjuangkan konsep 'Malaysian Malaysia'.

9. Jadi, kita nak peringatkan kepada kerajaan, khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia- janganlah menggunakan istilah subjek bahasa Melayu sebagai 'bahasa Malaysia'. Kita kena kekalkan semula penggunaan "BAHASA MELAYU". Tidak ada istilah bahasa Malaysia. Ini semua istilah DAP. Kita cadangkan pula pihak kerajaan agar menamakan semula Malaysia sebagai 'MALAYA' kerana Melaya dalam istilah bahasa Inggeris memberi makna 'Tanah Melayu'. Sama juga bangsa India di dunia ini ada tanahair mereka bernama Negara INDIA dan orang Cina ada juga tanahair mereka bernama Negara China. Bagi orang Melayu pula, apakah nama tanahair ataupun ibu pertiwinya..? Orang Melayu di Indonesia, tanahair mereka diberi nama Indonesia. Melayu di Brunei, tanahair mereka diberi nama Brunei. Melayu di Mindanao, tanahair mereka di beri nama Filipina.

10. Jadi, orang Melayu di negara kita sahaja yang boleh mengekalkan nama bangsanya iaitu Melayu dalam sebutan nama negara tanahairnya iaitu "MALAYsia", yang bermaksud melayu asia. Kalau mengikut sebutan bahasa Mandarin " malay-sia" bermakna Melayu Mati. Adakah kita mahu ruh perjuangan Melayu ini mati di tanahairnya sendiri..? Ini tanda-tanda awal bahawa umat Melayu akan hilang di dunia... biarkan, biarkan...

21 comments:

Anonymous said...

Nak tanya ni kapt(B) cap apa ni? Intake berapa?Training askar dimana dan berapa lama? Pernah kena ragging ka? Pernah berdarah dan cedera tak? Pernah operasi dan memburu PGK dalam hutan tak?

Kalau tak ada ciri-ciri diatas, tak payahlah nak bermegah-megah dengan gelaran Kapt(B). Buat malu je. El-Askarey tahi minyak.

Anonymous said...

Berjuang di dalam ATM tidak semestinya kita kena pergi ke medan perang dan mesti kena raging. Tentera zaman british dulu memang di ajar meraging orang dan diajar hidup cara tentera british seperti mabuk, kaki pompuan dan sebagainya. Tetapi, saya dilahirkan oleh ATM zaman pemodenan dan zaman penerapan nilai-nilai Islam. Saya bekas Pegawai KAGAT ( Kor Agama Angkatan Tentera). Tugas saya bukan pergi berperang dan buat matlamat masuk tentera nak titiskan darah. Apa pasal kita nak bermegah-megah dengan gelaran Kapt(B). Gelaran saya terima ni bukan dibeli tengah janlan ataupun di kaki lima. Ini adalah tauliah daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong .

Peranan saya dalam tentera dahulu ialah untuk memberi kesedaran dan penghayatan Islam di kalangan anggota dan pegawai serta membimbing mereka agar tahu tanggungjawab sebagai seorang muslim. Tak guna jadi tentera sehingga berjuang habis-habisan di dalam hutan dan terpaksa tinggal anak bini, sedangkan tanggungjawab kita terhadap Allah kita abaikan. Jadi, inilah peranan saya dalam KAGAT dahulu untuk memberi nilai tambah kepada perjuangan warga tentera kita agar memenuhi kehendak Islam

Alhamdulillah, warga tentera kita masa kini dah jauh berubah ke arah kebaikan berbanding dengan zaman british dahulu. Kenapa saya nak malu dengan gelaran Kapt (B)kalau saya tak pernah berperang dalam hutan menentang komunis. Cuba tanya Panglima-Panglima tentera yang ada pada masa ini, berapa ramai yang masuk berperang dan terlibat dengan peperangan. Saudara Anonymous yang membuat komen di atas perlulah rasional dan jangan emosi.

Anonymous said...

Salam Ustaz,

Maaf ustaz, saya sebenarnya cuma nak uji tahap keimanan yang ada pada ustaz pada masa ini. Sebenarnya saya kenal dan pernah jumpa ustaz. Saya ingatkan ustaz akan melenting bila kena spanar saya. Maaf ya ustaz. Salam dari saya....Kor Armor DiRaja

Mrkolumpo said...

54 kalimah Melayu dalam perlembagaan...
hermmm bagaimana pula dengan kalimah Islam?
agak2 berapa yer kapten???sure kapten dah kire...
agak2 kapten lah....sapa yg rangka perlembagaan ni???dan agak2 kapten lah parti mana pulak yang tukarkan nama malaya kepada malaysia???tukarkan bahasa melayu jadi bahasa malaysia??tukarkan pelajaran matematik dan sains dari bahasa MELAYU kepada bahasa OMPUTEH???kalau ranking Universiti takper lah..ni budak skeolah rendah....darjah 1-6.
agak2 kalau kite lah dulu belajar pakai bahasa PENJAJAH tuh...mahu kapten tak jadi kapten...saya pulak engineer tak jadi engineer..hehehehe jgn marah yerrr..gurau2...
tapi pelik jugak lah kenapa kite beria2 sgt dgn MELAYU.kan ker lebih molek kite tegakkan dan lebihkan ISLAM dari MELAYU????Kapten Kor AGAMA so saya ingatkan kapten more to ISLAM dari more to MELAYU...saya silap rupenye....
saya bukan tak sayang dan bangga dgn keMelayuan kite...cuma saya letak Melayu tu no 2...Islam no 1....bak kata motto orang 30 lah....ALIF BA TA (bangsa jatuh no 2)apa komen kapten

Mrkolumpo said...

satu lagi lupe nak komen...
pada saya lah...kalau kite bicara soal bangsa..tak tepat kalau kapten nak tujukan pada PKR dan DAP sahaja.MCA,MIC pun sama saja...even MCA dan MIC lah yang menyebabkan lahirnya Hindraf...kenapa kapten taknak tuding jari pada komponen BN???asik nak hantam pembangkang jer....
kalau nak bicara soal bangsa....kite kumpulkan semua melayu belah kanan termasuk orang PAS,PKR termasuk yang dibenci oleh kapten Anwar Ibrahim...dan letak semua org non-melayu termasuk DAP,MCA,MIC,PPP termasuk samy vellu,chua soy lek yang baru2 ni menghentam konsep ketuanan Melayu belah kiri.n then baru boleh tgk dan buat perbandingan atau persamaan.ini tidak...asik2 PAS lah tak betolll even tittle ulamak dan diiktiraf oleh kerajaan Saudi Arabia, PKR lah tak betul...habis MCA MIC yang jadi dalang peristiwa kg Medan tuh taknak pulak kapten hantam..kapten maki...

cube renung betul atau tak apa yg saya kata.kite berblog mmg boleh hantam ikut style masing2 tapi saluran apa2 pendapat kite semestinya kite adil.

saya sedarlah saya ni budak mentah lagi berbanding kapten.kapten ni mcm abang pada saya...dulu pun rumah kite dekat jer..berjiran kat kg baru nun...silap2 tanah depan umah family kapten tu sok..saya yg buat rumah..dah jadi jiran hhehehhe...terpulang lah pada kapten...teguran saya ni hanya untuk keadilan bukan keadilan PKR tapi keadilan.biar kite berbicara secara adil.

sejahat2 DAP tuh, sebangsat2 PKR tuh, sebodoh2 PAS tuh...mereka bukan org yg bertanggungjawab melemparkan kedudukan Bahasa Melayu menjadi bahasa secondary dalam akademik.bukan mereka yang mengikut telunjuk suruhanjaya REID.bukan mereka yang jadikan DEB sebagai peluang nak mengakayakan diri dan kroni melalui projek2 mega.bukan mereka yang dapat AP berjuta2.bukan mereka yang rampas saham org melayu.UMNO lah yang harus bertanggungjawab.ni baling batu,sorok tangan pastuh tuding jari kat org lain....

harap kapten boleh tolong beri komen balas...jarang sekali saya tgk kapten beri komen yg ada isi tiapkali saya beri komen...kadang2 tuh tak dilayan pun...takat publish jer...hehehehe...jgn ler gitu...takde semangat saya nak follow blog kapten mcm ni

Anonymous said...

Salam. Mr Kolumpo. Saya ceritakan persoalan Kalimah melayu sebanyak 54 kali dalam Perlembagaan bukan bermakna bahawa Islam itu tak penting. Nak gambarkan pada semua bangsa bukan melayu di negera ini bahawa Melayu mesti ditegakkan menjadi teras kepada sistem politik, sosial, ekonomi dan juga perundangan di negara ini.

Semua dak maklum bahawa Melayu itu semuanya beragama Islam (kecuali segelintir yang tergila-gila nak jadi kafir sebab nak kahwin dengan org asing), sebab itu Raja-raja dan sultan di negara ini dan juga di negeri-negeri menjadi ketua agama. Ketua negara kita ialah Seri Paduka baginda Yang diPertuan Agung dan bukannya Perdana Menteri. Sebab itu segala urusan kerajaan disebut" URUSAN SERI PADUKA BAGINDA" dan bukannya "URUSAN PERDANA MENTERI". Perdana Menteri hanya Ketua Eksekutif yang dilantik oleh SPB Yang Dipertuan Agong dari kalangan parti yang menang majoriti di Parlimen.

Tentang berapa perkataan 'ISLAM" dalam perlembagaan, saya baru kira sepintas lalu dan setakat ini saya terjumpa sebanyak DUA PULUH perkataan. Tidak ada satu patah perkataanpun yang menyebut agama Kristian, Hindu, Buddha, Tao, KOnfusiou, Yahudi dan sebagainya (yang ada hanya agama-agama lain).

Cuba lihat Fasal 3 (1): Ugama bagi Persekutuan.
" Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan ; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan"

Jelas bahawa Ugama Islam telah dimartabatkan begitu tinggi dalam Perlembagaan berbanding dengan agama-agama lain. Sebenarnya, perlembagaan ini bukannnya digubal oleh penjajah tetapi dideraf dan dikemukakan sendiri oleh pemimpin-pemimpin Melayu (Islam) ketika itu yang terdiri dari Almarhum Tunku Adb Rahman, Tun Razak dan dibantu oleh Bekas Ketua Hakim Pakistan yang berpengalaman tentang undang-undang di India dan pakistan iaitu Sir Abdul Hamid. Sir Abdul Hamid lah yang mencadangkan dimasukkan perkataan Islam dalam fasal 3 ini. Banyak yang tak faham bahawa perlembagaan ini digubal oleh Reid. Itu silap. Suruhanjaya Reid hanyalah sebagai pemantau dan juga sekretariat bagi mempastikan ianya dibuat memenuhi kehendak semua pihak dan bertepatan dengan undang-undang antarabangsa. Tak kanlah Reid seorang berbangsa Inggeris yang nak meletakkan Islam sebagai agama di negara kita. Kalau dia yang gubal, dah tentu dia akan tulis "agama Kristian adalah agama bagi persekutuan".

Cuma sebagai pihak berkuasa yang dilantik sebagai pemerintah dan penasihat raja-raja melayu pada ketika itu (penjajah), maka pihak berkuasa inggeris perlu mengesahkannya bagi pihak sultan dan Raja-Raja Melayu. Ingat tak bahawa sultan dan Raja Melayu ketika itu dah serah kuasa dan lantik Residen INggeris sebagai penasihatnya. ini kerana pada ketika itu tidak ada orang melayu yang pakar dan faham tentang undang-undang. Yang ada cuma Tunku Abd Rahman dan TUn Razak.

Sama sahaja pada ketka itu apa-apa pertubuhan yang nak ditubuhkan di malaya pada ketika itu perlu mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan yang dikendalikan oleh Inggeris. UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, masih lagi Inggeris yang meluluskan pendaftarannya. Komunis nak ditubuhkan tetapi diharamkan oleh inggeris. PAS pula ditubuhkan pada tahun 1951, pada masa itu negara belum merdeka lagi. Siapa yang meluluskan pendaftaran dan perlembagaan PAS. dah tentu Pendaftar Pertubuhan British yang mana kalau kita lihat Sijil Pendaftaran Kelulusan Pendaftaran PAS hari ini ditandatangani oleh seorang Pegawai Inggeris. Adakah PAS dulu ditubuhkan oleh penjajah. Sudah tentu tidak. Ianya digubal dan diluluskan oleh para pemimpin PAS sendiri. Cuma, pegawai inggeris hanya meliluskan sahaja.

Samalah juga dengan Perlembagaan negara kita yang hendak digubal pada tahun 1956 - 1957, ianya dirangka dan diperhalusi sendiri oleh tiga kaum terbesar di negara ini melalui Kontrak Sosial (UMNO, MCA dan MIC ). Disebabkan Tanah Melayu ini milik asal pribumi Melayu melalui kuasa Raja-raja Melayu, maka semua kaum cina dan India yang mendatang(imigran) pada masa itu setuju meletakkan hak istimewa orang-orang Melayu dan juga Islam sebagai tunggak kepada pemerintahan negara ini.

Berkenaan dengan saya hanya hentam DAP. PKR dan PAS seperti yang saudara tegaskan dalam komentar di atas, ianya tidak benar. Cuba saudara refer semula tulisan-tulisan saya sebelum ini. Dah lupa ke? saya pernah tibai dan kritik Ketua Wanita Gerakan, YB Tan Lian Hoe , saya juga pernah hentam Naib Presiden MCA YB Dato' Liow Tiong Lai (Ahli Parlimen kita sendiri-Bentong ), saya juga pernah mempertikaikan kenyataan MB Pahang, Ketua UMNO Bentong yang bercakap tidak sopan di Mesyuarat Agung UMNO baru-baru ini ).

Cuma, saya ni sebagai seorang bekas pesara tentera yang dididik dengan semangat patriotik dan semangat agama yang ada dalam diri saya lebih sensitf dan lebih agresif untuk menyerang mana-mana saja pihak yang cuba untuk menggugat keamanan di negara ini menerusi provokasi perkauman yang ditimbulkan oleh DAP dan PKR. Itu sebab kritikan saya kepada BN dan UMNO adalah lebih bersifat membina dan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mereka. tetapi, kritikan saya kepada DAP, PKR dan mungkin sesekali kepada PAS adalah berbentuk menyerang kerana gelagat sesetengah mereka boleh menghancurkan kekuatan melayu dan Islam di negara ini.

Tentang penggunaan bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains, ianya tidak sama dengan meletakkan tulisan cina dan tamil di papan tanda jalan-jalan utama di Pulau PInang. Belajar Bahasa Matematik dan Sains dlm b.inggeris adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anak-anak melayu kita dalam penguasaan di bidang sains dan matematik. ini kerana bahan-bahan rujukan dan nistilah-istilah sains selama ini kebanyakannnya dalam b.inggeris. Tentang ilmu ini, agama kita amat menggalakkan kita menguasai berbagai ilmu. Kita nak anak-anak melayu kita terus maju dalam bidang ini.

Berbeza dengan tindakan DAP untuk meletakkan papan tanda tulisan cina dan tamil di Penang. Ianya bukan untuk ilmu tetapi lebih kepada untuk menyamakan kedudukan bahasa cina dan tamil di negeri berkenaan. Dan ianya berniat jahat untuk menyakitkan perasaan orang melayu dan cuba untuk mencabar apa yang termaktub dalam perlembaan negara yang meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. LIhat Fasal 152 (1) Perlembagaan : " Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen". Nak kata apa lagi. Nak ke saudara mempertahankan tindakan kurang ajar DAP ini..yang terang-terang mencabar perlembagaan?

Kenapa dengan kaum cina di negara ni..tak puas lagike..bila masa mereka nak puas hati dengan orang melayu ni. Agaknya mereka nak dapat kuasa macam orang cina di Singapura seperti Lee Kuan Yew dan diteruskan oleh anaknya Lee Shin Long, barulah mereka puas hati dan dapat menjadi perdana Menteri Malaysia. Masa tu barulah saudara nak balik kampung di simpang pelangai dan buat rumah di depan rumah saya.

Kerajaan dah lebih bertolak ansur selama ini. Kita dah benarkan orang cina membuka sekolah cina dan orang India buka sekolah Tamil dan bahasa cina dan tamil diajar disekolah-sekolah (J) kebangsaan cina dan tamil ini dengan aman dan damai. malah kerajaan turut membantu sumbangan modal bagi membangunkan infrastruktur dan juga guru-guru di sekolah berkenaan.

Suruh orang cina dan india ini pergi ke Australia dan Amerika yang mengaku negara yang liberal dan pejuang hak asasi dunia ni. Sebuah sekolah cina dan tamil pun tak dibenarkan oleh negara berkenaan untuk dibuka.

Dah beri betis nak peha pula. Sekarangpun mereka dah gunakan syarikat-syarikat korporat cina di negara ini untuk membuat syarat perlantikan sebagai pengurus dan pengarah-pengarah di agensi korporat cina. yang mana seseorang calon itu mestilah menguasai bahasa mandarin. Apa maknanya ni. Ertinya orang melayu tak payah nak mimpilah untuk bekerja sebagai pegawai tinggi di syarikat ataupun kilang-kilang milik orang cina. jangankan melayu, orang cina sendiri yang bersekolah kebangsaan dan tak menguasai bahasa mandarin juga tak berpeluang bekerja di sektor swasta yang dimilki oleh orang cina ini.

Saudara fikirlah..! Jangan kita berfikir secara mikro tetapi berfikirlah secara makro dan di luar kotak. kalau nak dapat penjelasan panjang lebar dan serius tentang agenda politik cina di negara ni, saya kena buat ceramah panjang dengan fakta-fakta. saudara kena kumpulkan beberapa orang peserta yang masih kabur tentang ketuanan melayu dan agenda melayu ini. Perlu masa 5 hingga 6 jam untuk kita berdialog.

Any way, terima kasih atas pandangan dan komen saudara. selamat berjuang. Wassalam.

Mrkolumpo said...

Terima kasih atas penerangan panjang lebar...:)
cuma dari dulu saya mmg tak sokong matapelajaran sains dan matematik di ajar didalam bahasa Inggeris.banyak org yang saya jumpa mengatakan untuk menguasai sesuatu mata pelajaran di peringkat awal mestilah menggunakanbahasa ibunda (mother tounge)..lain lah kalau dah peringkat Universiti...saya bukan apa...kesian dgn anak2 kite yang berada di kampung.kite tak boleh nak bandingkan dgn anak2 yang belajar di bandar seperti anak saudara..mereka ada mcm2 kemudahan ..tuisyen??kemudahan internet?? dan mcm2 pendedahan..tapi apa akan jadi dgn org yang duduk di kampung2..saya sendiri pun rasa kalau saya dulu belajar maths n science dlm BI dah tentu saya hancur tak dpt 5A upsr dulu...kite dulu ikut acuan dulu...still kebanyakan dari golongan saya dan seangkatan dgn saudara cemerlang dan boleh jer nak skipping berhabuk...
itu jer...saya kesian dan risaukan pencapaian anak2 Melayu

Anonymous said...

Baguslah kalau saudara ada perasaan sayangkan anak bangsa sendiri. ini membuktikan saudara masih sayangkan masa depan anak-anak melayu kita yang masih tercicir di luar bandar jika diteruskan belajar matematik dan sains dalam BI. Syabas kerana saudara ada wawasan untuk membantu jenerasi akan datang. Inilah namanya semangat patriotik melayu tulen. Perlu ada pada setiap orang kampung di Simpang pelangai tu.

Dr. ZUBIR HARUN said...

Kini topeng MCA dah ditanggalkan sedikit demi sedikit. Umno sendiri terpaksa terkedu dengan apa yang dikatakan. Dulu Umno bangga dengan MCA. Tapi kini bak menggendong biawak hidup. Lebih baik DAP yang terus terang dan mudah nak dibawa berbincang dari MCA menggambil peluang dari kelemahan Umno.

Persoalannya mengapa UMNO tidak bertindak sepertimana cepatnya bertindaknya MCA dan Gerakan isu Ahmad Ismail. Masih ingatkah kita bila Ahmad Ismail mengingatkan fakta sejarah tentang situasi ‘menumpang’ dan ‘pendatang? Sekarang Ahmad Ismail telah digari oleh partinya UMNO sendiri dan suaranya di lenyapkan demi menjaga hati MCA, Gerakan dan DAP.

Masih ingatkah kita peristiwa di mana Melayu diberi amaran oleh MCA, Gerakan dan DAP supaya jangan lagi melibatkan keris dalam soal-soal perjuangan? Masih ingatkah kita peristiwa Ketua pemuda UMNO pernah di beri amaran jangan cium keris lagi.

UMNO dilihat kini sebuah parti yang lemah kerana gagal mengambil tindakan berani sepertimana beraninya bertindaknya MCA dan Gerakan isu Ahmad Ismail. Yang jelas UMNO yang dibuli oleh MCA dan Gerakan dan bukan sebaliknya.

Kita menyeru peminpin UMNO supaya mesti berani mengabil tindakan terhadap para chauvinist daripada parti MCA dan Gerakan yang menghina masyarakat Melayu dan pribumi.

UMNO perlu bertindak. NGO dan pejuang Melayu perlu bertindak. Sahutlah seruan Dr Mahathir iaitu

” Sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap 'menyerang' bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan”

keris panjang said...

pakai nama keris panjang pun tak leh gak ke?

Anonymous said...

Salam Mr. Keris Panjang. Apa salahnya guna nama Pena dengan "Keris Panjang". Ada seorang sasterawan negara pernah gunakan nama penanya "Kerismas". Jadi, nama keris panjang tu lambang ketuanan dan keberanian pahlawan melayu. tetapi, kalau kita guna nama keris panjang, kita mesti tunjukkan yang semangat kitapun macammana keris tersebut. Ok.

Mrkolumpo said...

Apa apa pun saya tetap nak mtk tlg kekanda gesa kepimpinan parti kekanda mengubah semula pembelajaran Maths and Sciece kepada Matematik dan Sains (maksudnye belajar pakai bahasa ibunda balik lah...bahasa Melayu)apa nak ajdi..jadilah..selagi tak tukar...selagi tu nasib anak bangsa kat ceruk2 kampung habis lunyai dan penyudah nye mengisi sekolah2 2nd or 3rd class...selagi itu lah aku takkan pangkah BN..tukar dulu..baru bleh cerita..adiossss

Anonymous said...

Gambar anwar dengan kit siang tak perlulah di samakan dengan rashid maidin dan chin peng. Ustaz kalau tak kaji asal usul PKM dan Komunis janganlah tuduh sembarangan. Fitnah tu lebih teruk dr membunuh. Kalau setakat baca fakta sesiapa pun boleh. Ustaz pernah ke jumpa komunis? ustaz pernah ke kaji dan interview ahli PKM? Kalau nak marah Dap marah je la..Islam tu agama untuk semua kaum..ustaz..takkan ustaz tak baca ayat tentang betapa mahabbahnya agama Islam tu? Patutlah kaum lain tak mau masuk Islam..sebab ada segelintir orang Islam yang terkebelakang dalam hal dakwah? takkan ustaz tak baca manahiji elda'wah?Apa ada pada melayu kalau akidah tak terbela? Ustaz..Yadim tu tempat mulia..tempat menyalurkan dakwah kita pada semua bangsa....kalau kita dah anti pada seseorang , macam mana nak berdakwah?..Ustaz..macammana ustaz sampaikan misi dakwah kalau dah 'cop' seseorang sebelum selidikinya...Harap ustaz buat research cara dakwah nabi kepada kaum non muslim..banyak info muktabar dr kitab-kitab shahih berbahasa arab..utamakanlah yang asal ..
Allahhumma ighfir lana..ya rab..amin

Anonymous said...

Salam. Macamana seorang yang pandai berhujah seperti anonymous di atas tak berani nak bertanggungjawab atas pandangannya. Takut pula nak memperkenalkan diri. Kita kena berani bercakap benar, walaupun di hadapan seorang raja yang zalim. Tetapi, saya tetap menghargai pandangan saudara walaupun seperti lontar batu sembunyi tangan.

Macammana saudara kata saya tak buat kajian tentang komunis , dan beraninya saudara tanya saya bahawa pernah jumpa komunis ke..? Sayapun nak tanya saudara pula, macam mana kita tahu abu jahal dan abu lahab tu seorang yang anti Islam dan berkelakuan jahat terhadap Nabi Muhammad. KIta pernah jumpa Abu Lahab dan Abu Jahal ke..? Macam mana kita tahu syaitan tu jahat dan juga musuh Islam. Kita pernah jumpa ke...?

Nak bukti apa lagi tentang komunis ni. Dah terpahat dalam sejarah negara tentang keganasan komunis dan gerakannya untuk menjadikan malaya sebagai negara komunis. Almarhum tunku Abd Rahman pernah berunding dengan Chin Peng di baling. Tapi ketua PKM ni akhirnya tak mahu berdamai dan lebih suka memilih untuk berperang dan bergerak secara haram di dalam hutan bagi menentang tentera dan polis. Ini kan kafir harbi namanya. Memang wajib kita memerangi komunis ni pada zaman darurat dulu.

Tentang gambar anwar dan Kit Siang pula. Tak tahu ke kita bahawa DAP dah terang-terang mencabar PAS dan menentang Gagasan Negara Islam yang nak dibawa oleh PAS. Mereka kata kalau PAS nak tegak negara Islam, langkah mayat aku dulu, kata Karpal Singh. Macammana PAS sanggup gugurkan cita-citanya untk tegakkan Negara Islam semata-mata nak dapatkan undi dan sokongan daripada DAP. Dan yang hairannya macammana Anwar sanggup pula diperalatkan oleh DAP demi untuk mencapai cita-citanya sebagai PM Malaysia.

Nabi Muhammad pernah ditawarkan oleh Golongan Kafir Quraish di Mekah semasa awal gerakan dakwahnya dengan tawaran untuk dilantik sebagai Pemimpin No. 1 di Kota Mekah, dengan syarat Nabi Muhammad kena tinggalkan dakwah Islam dan menghentikan risalah tauhid. Sebaliknya, nabi Muhammad menolak tawaran itu. Tapi, Anwar ni sanggup mengenepian prinsip perjuangan dan juga Islam apabila bergabung dalam Pakatan Rakyat dengan DAP hanya semata-mata nak mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri. PAS pula sanggup tinggalkan cita-cita menubuhkan negara Islam dalam manifesto pilihnaraya demi untuk mendapatkan undi daripada DAP dan hindraf.

Apa bezanya DAP dan komunis. Sama-sama anti Islam. Jadi orang yang berkawan dengan komunis serta orang yang berpakat dengan DAP dua kali lima sahaja. Kenapa PAS dan PKR tak mahu bentuk kerajaan campuran dengan UMNO di Perak dan di Selangor. Apa UMNO ni lebih hina daripada DAP ke. Tak kanlah saya ni bebal sangat nak bezakan kebaikan antara DAP, KOmunis dan UMNO. Renung-renungkanlah...

Anonymous said...

salam..... sy mmg berminat dengan block2 ustaz yang memberangsangkan minda.... sy juga terbaca blog tentang riak dan takbur,,, nampaknya ustaz sendiri yg lupa diri.... menunding jari kepada sesetengah pihak sahaja bukan sesuatu yang adil... ustaz bercakap menurut pandangan ustaz sendiri bukan bukti atau fakta yang sahih.. ustaz boleh dikatakan memFITNAH.... saya mengikuti perkembangan pas,PKR dan DAP... hakikatny bukan seperti yang digembar-gemburkan oleh ustaz... tetapi sekiranya ustaz hanya mendapat maklumat daripada pihak lawannya.. maka betullah sebegitu rupa.... saya dah bosan dengar FITNAH yang dilontarkan kerajaan kepada pembangkang sewaktu di BTN... dan hari ini saya mendegar fitnah besar dilakukan golongan yang bergelar ustaz yang saya sangka cerdik pandai...
kaji lah sedalamnya perjuangan pembangkang.. baru tahu siapa tulus dan tidak tulus dalam memimpin.... kesepakatan antara PAS,DAP dan PKR bkn seperti yang diibaratkan ustaz seperti chin peng memperalatkan rashid maidin dan juga komunis memperalatkan ulamak... mmg betul cakap anonymous tu... sebelum b'ckp pasal orang selidik diri sendiri dulu... jangan disebabkan terlalu berlagak pandai sampaikan orang lain direndahkan.. TAKBUR namany... sepanjang perjuangan pemimpin PAS,PKR,dan blum pernah melontarkan fitnah dan memburukkan seteruk ini pada lawannya.. tapi sebaliknya pula bagi pihak BN... kenapa? knp gabungan MIC-MCA dgn umno xdikatakan seperti chin peng dan rashid maidin??? ai pelik2 ustaz ni... berpandangan sempit juga rupanya....

Anonymous said...

jangan nak asik lagakan kepala orangla.ko kata ko ustaz,tapi ko sendiri memfitnah orang.guna la akal fikiran dengan bijak.jangan guna kepala lutut!!

Anonymous said...

apa benda la ko ni.mcmane la ko leh jd ustaz??!! malu la skit ngn gelaran ko tu!!

Anonymous said...

ISLAM agama untuk smua kaum..Bkn untuk Melayu sahaja..malah d negeri CHina kan bnyk org Islam ..Org Melayu ke tu??? org Melayu bknye asal ISLAM..jd kite utama kan ISLAM bkn Melayu ada paham!!?

Anonymous said...

wakakaka...jawab ustaz tarbuz jawabb...

Anonymous said...

Salam Uztadz,

Erm.... saya bersetuju dengan pandangan Ustadz... sedih bila ado mereka2 yang MELAYU ISLAM menghambur kata2 yang tidak menggambarkan MELAYU ISLAM itu sendiri....huhuhuhu

Kebanyakan yang anti dengan USTADZ adalah mereka2 yng tidak tahu bersyukur dengan apa yang ado di MALAYSIA....mungkin apabila sudah menjadi seperti SINGAPORK baru terasa bahawa selama apa yang mereka ada jarang disyukuri :D

Anonymous said...

Ustaz..bacalah berkali-kali hasil tulisan ustaz dan pohon petunjuk dari Allah SWT...wajarkah tulisan dan pertuduhan yang dilemparkan???