Translate

Friday, 28 November 2008

TAZKIRAH JUMAAT : HAKIKAT SIFAT TAKABBUR

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh . Amma ba'du.

1. Sifat menyombong diri atau membesar diri adalah sifat hati yang berada dalam batin diri. dari sifat inilah lahirnya perilaku perbuatan atau tindakan yang bersifat lahir sebagai terjemahan atau natijah kepada sifat sombong dan membesar diri. Sifat takabbur ini berbeza dari sifat 'ujub. Sifat 'ujub hanya berkaitan dengan diri sendiri dan ianya berlaku ketika bersendirian tanpa pihak ketiga. Tetapi sifat takabbur ini hanya akan terserlah apabila adanya pihak lain sebagai objek sasaran untuk ditonjolkan.

2. Firman Allah s.w.t, yang bermadsud : " Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri (takabbur) dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
( Surah Fussilat , Ayat 15 )

3. Ada beberapa sebab ataupun punca yang menyebabkan seseorang itu boleh menjadi sombong dan takabbur, iaitu :

Pertama : ILMU - hanya sedikit bilangan orang-orang yang berilmu (alim) ini yang terlepas daripada sifat takabbur dengan ilmunya. Ini kerana kebanyakan daripada mereka yang berilmu ini akan merasa dirinya sempurna dan lebih daripada orang lain.

Kedua : AMAL IBADAH - Kebanyakan orang yang termasuk dalam golongan orang yang kuat beribadah ini akan merasakan bahawa mereka lebih berhak dihormati dan disanjungi daripada orang lain. Mereka juga akan mengharapkan diri mereka akan mendapat lebih keistimewaan di majlis-majlis umum dan kera'ian. Kebanyakan daripada mereka sering mengatakan bahawa dirinyalah yang terselamat, orang lain akan binasa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda : " Jika kamu mendengar seseorang mengatakan semua orang binasa, maka sebenarnya dialah yang lebih binasa" (Riwayat Muslim ).

Ketiga : TAKABBUR DENGAN NASAB KETURUNAN -Jarang sekali orang yang berdasarkan latarbelakangnya berketurunan mulia terlepas daripada rasa besar diri atau takabbur. Kebanyakan mereka memandang rendah orang yang tidak setaraf dengannya.

Keempat : BERBESAR DIRI ATAU TAKABBUR DENGAN PARAS KECANTIKAN - Biasanya ini berlaku di kalangan kaum wanita. Sifat ini boleh mendorong kepada perbuatan merendahkan orang lain seperti mengumpat dan menceritakan keburukan serta keaiban rupa paras orang lain.

Kelima : TAKABBUR DENGAN HARTA KEKAYAAN - Biasanya sifat ini dipunyai oleh para pembesar dan saudagar ahli perniagaan. Mereka akan memandang rendah terhadap orang fakir miskin.

DIMANAKAH KEDUDUKAN TUAN/PUAN DALAM HAL INI..?

4. Justeru, marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah agar sifat keji ini serta sebab-sebab yang boleh menjerumuskan kita kepadanya dijauhkan oleh Allah s.w.t, serta berdoa memohon keampunan daripada Allah agar diampunkan dosa-dosa kita sekiranya kita pernah terbabas melakukannya.

4 comments:

bungaraya said...

Syukur Alhamdulillah,
Kerana ramainya individu spt anda di Malaysia ini, maka laknatullah spt di Amarika Syarikat dan setengah negara Islam yang lain jarang terjadi. Doa orang-orang yang salleh sangatlah diterima Allah SWT. Aallualam.
Kepada ramai Blogawan, janganlah anda menyombong dan takabbur kerana itu adalah sifat yang sangat dibenci Maha Pencipta, Allah SWT. Anda boleh mencadang, mengkritik dan mengulas sesuatu perkara dengan bebas. Itu hak anda selaku rakyat dibumi yang merdeka dan demokrasi spt Malaysia.
Tapi kritikan anda, suara anda ulasan anda HENDAKLAH MEMBINA bukannya merosak bangsa dan negara. Kita sebenarnya menggunkan ruangan blog yang direka cipta oleh kaum Yahudi. Harus pandai menggunakan untuk tujuan yang murni. Jika tidak kita hanya meneruskan DAKYAH mereka semata.

Anonymous said...

Masalahnya sekareng ini para Ustaz hanya pandai bercakap jer. Tak boleh jadi contoh pada masyarakat.

Bila pakai..nampak riak, bila tampil nampak riak..bila bercakap..nampak besar? Sedangkan mereka tahu Islam menyuruh hambanya bersikap "merendah diri".

Tetapi zaman sekarang para ustaz dan ustazah yang nampak nak glamer tek tentu arah. Lepas bila bercakap nampak orang lain jer yang bersalah.

Masyarakat lain , mereka mungkin takbur sikit, mungkin berlagak sikit tak kisah sangat sebab mereka tak mengaji agama dan bukan title ustaz. Tetapi bagaimana jika orang2 yang mengaji agama dan bergelar ustaz..nampak berlagak lebih, cakap besar, glamer, nampak takbur dan meninggi diri?????

Itu sebab masyarakat sekarang hancur kerana para ustaz/ustazah sekarang tak berperanan dan tak menjadi model atau "contoh baik" kepada masyarakat. Asalkan duit depan mata..mesti kelabu mata punya.

Kalau ustaz pula, jika kaya sikit..kira nak kahwin lain! Reasonnya sunnah Nabi.

Ensiklopedia Muslim said...

Itu sebab ustaz sekarang pakai songkok tak pakai kupiah atau serban. Ijazah pulak negeri mat saleh. Mana ada ilmu yang berkat. Lalu jadilah cakap tarak serupa bikin.

كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

Anonymous said...

bagi saya ustaz dan ustazah,xkira siapalah yg bergelar ilmuan islam hanya segelintir shj yg bersikap sebegitu..kita sbg mukmin tidak ptt bersangka buruk..setiap manusia ada kelemahan diri msg2..spttnya kita haruslah tegur-menegur sesama sendiri utk kebaikan bersama..org yg ditegur hendaklah menerima teguran..kita perlu fikir ke arah positif diats tegurn tersebut..