Translate

Saturday, 29 November 2008

HAPUSKAN KEISTIMEWAAN ISLAM DI MALAYSIA - IFC

Gambar di atas adalah peristiwa bagaimana pejuang-pejuang Melayu Islam menggempur Dewan di Ibu Pejabat Majlis Peguam Council di mana tempat berlangsungnya Forum "Memeluk Islam' anjuran Majlis Peguam pada 11 Ogos 2008 yang lalu. Kelihatan bersongkok dan berbaju kemeja putih di atas, YB Sdr Zulkifli Nordin ( Ahli Parlime Kulim Bandar Baru - PKR ) yang turut membantah Majlis Peguam di atas penganjuran forum ini. Akhirnya YB Zulkifli Nordin telah diberi surat tunjuk sebab oleh PKR kerana menentang Majlis Peguam. MAJLIS PEGUAM INILAH YANG MENJADI DALANG KEPADA PENUBUHAN IFC..!

Assalamualaikum. Tahukah tuan/puan sekelian apakah itu IFC..?

1. IFC (Interfaith Commission) yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religious Council (IRC) adalah sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya seperti sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama. Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala keputusannya adalah muktamad ke atas agama yang terlibat. IFC juga akan berfungsi seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan berkaitan agama. Kalau SUHAKAM berfungsi untuk mendengar kes-kes yang berkaitan dengan hak asasi manusia, maka IFC pula akan bertindak dan berfungsi sebagai badan yang mendengar kes-kes yang berkaitan dengan hak-hak individu di dalam mengamalkan hidup beragama (kebebasan beragama).

SIAPAKAH YANG MENCADANGKAN PENUBUHAN IFC?

2. IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism (Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha), Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS) melalui memorandumnya kepada majlis Peguam bertarikh 21 Ogos 2001. Presiden MCCBCHS ialah V.Harcharan Singh. Saya sempat berdialog dua kali dengan kumpulan-kumpulan ini dalam satu mesyuarat PANEL anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Kebanyakan daripada pemimpin-pemimpin agama ini bersifat angkuh dan begitu radikal yang mana pernah pada satu ketika mereka mendesak agar kedudukan agama Islam sama rata sahaja dengan agama-agama lain di sisi Perlembagaan Negara.

SIAPAKAH YANG PALING BERSEMANGAT MENYOKONG IFC?

3. Majlis Peguam yang diketuai oleh Dato' AMBIGA (bekas Presiden Bar Council) terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak Asasi Manusia amat kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia akan berjaya. Kronologinya seperti berikut :

- Pada 8 Ogos 2001, Majlis Peguam telah menerima satu memorandum daripada MCCBCHS ( Majlis Perunding Antara Agama Buddha - Kristian - Hindu - Sikh) mengenai perkara ini dan selepas itu idea penubuhan IFC berjalan dengan lancar.

- Pada 8 Disember 2001 satu perayaan 'Festival of Rights' diadakan dengan tema 'Kebebasan Beragama'.

- Pada 10 Disember 2001, Majlis Peguam menganjurkan forum mengenai 'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan satu artikel dalam jurnal INSAF.

- Pada 17 Mac 2003 bengkel untuk menimbang keperluan wujudnya IRC (Inter Religious Council) diadakan. Bengkel ini gagal apabila ke semua NGO Islam menarik diri daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini iaitu ABIM, ACCIN, JUST dan Sisters In Islam termasuk Dr. Chandra Muzaffar yang menjadi antara orang awal yang mencadangkan dialog antara kepecayaan. Bagaimanapun Sister s In Islam kemudian menyertai semula dan menyokong penubuhan suruhanjaya ini.

- Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan mengenai penubuhan IRC diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan, penganjur seminar telah melantik ke semua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah majlis Peguam sebagai ahli Jawatankuasa Penganjur tanpa pengetahuan mereka.

- Mengemukakan deraf ketiga undang-undang penubuhan IFC bertarikh Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan IFC. Persidangan ini dianjurkan oleh suatu badan Yayasan Kristian yang beribu pejabat di negara Jerman, iaitu Konrad Adeneuer Foundation (KAF).

APAKAH MATLAMAT PENUBUHAN IFC ?
4. Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas Islam yang akan merosakkan akidah orang Islam dan berpihak kepada kepentingan orang-orang bukan Islam.

APAKAH TUNTUTAN MCCBCHS (BUKAN ISLAM) MELALUI IFC..?

a. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu-bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

b. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

c. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

d. Tidak perlu dicatatkan di dalam Kad Pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.

e. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

f. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.

g. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusaka selepas kematiannya.

h. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara ruah-rumah ibadat orang bukan Islam seperti Kuil Hindu dan Gereja sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

Kuil Hindu di Kuala Lumpur by zuki12.

i. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

j. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

Gereja katolik Santo Paulus

k. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

l. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

m. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada memvayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

n. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

APAKAH BAHAYANYA PENUBUHAN IFC TERHADAP ISLAM..?

5. Berdasarkan deraf undang-undang penubuhan IRC, suruhanjaya ini jika ditubuhkan amat bahaya kepada Islam dari sudut :

(i) Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam. IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah campurtangan orang bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam secara terang (tanpa berselindung). Orang bukan Islam memang berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campurtangan dalam urusan agama Islam. campurtangan ini amat bahaya. Perkara yang berkaitan dengan agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang berkelayakan di dalam Islam sendiri. Tidak perlu campurtangan IFC.

(ii) IFC berhak menentukan status agama seseorang. Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan permohonannya kepada IFC. permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang antaranya adalah orang bukan Islam. Ini adalah camprtangan yang amat nyata dan menghina Mahkamah Syariah yang selama ini diberi kuasa untuk meentukan status agama seseorang itu. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara pula tidak berhak menolak permohonan seseorang untuk menukar nama daripada Islam kepada bukan Islam dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Perkara ini terkandung dalam Seksyen 19(3) deraf undang-undang IFC.

APAKAH SIKAP KITA SEBAGAI SEORANG MUSLIM..?

Walaupun pada tahun 2005 yang lalu pihak kerajaan telah menangguhkan kelulusan penubuhan IFC ini, tetapi perjuangan IFC ini telah mula meresap dan merebak ke dalam masyarakat melalui suara-suara yang di bawa oleh Majlis Peguam , HINDRAF dan sebagainya. Nampaknya sekarang Majlis Peguam dan HINDRAF lebih agresif dalam hal untuk menuntut kesamarataan tentang agama-agama lain dengan kedudukan Islam di negara ini.

Jadi, sebagai seorang muslim mahukah kita membiarkan kedua-dua anasir ini meneruskan agenda IFC dalam bentuk pertikaian perundangan Islam oleh Bar Counsil dan juga perjuangan menerusi berarak di jalan-jalan raya macam HINDRAF. Kalau tak mampu nak menentang agenda IFC ini secara berdepan, maka cukuplah kalau tuanh/puan tolong sampaikan maklumat saya ini pada kawan-kawan rapat kita. Wassalam.

Tahukah tuan/puan sekarang ini..? Puak-puak pendokong IFC ini sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan dana antarabangsa bagi membina pusat/kompleks rumah ibadat untuk gereja, kuil, dan juga tok kong di Putrajaya. Dengar ceritanya kompleks akan dibina berhampiran dengan PICC, Putrajaya dan kalau terbina nanti maka akan terserlah dari udara jika kapalterbang yang nak mendarat ke KLIA. Berapa kerat sangat orang kristian, hindu dan buddha di Putrajaya tu. Tapi, demi kerana mereka nak menonjolkan syiar agama mereka bagi menandingi Islam, maka akan bina sebesar-besarnya di Putrajaya nanti.

33 comments:

Anonymous said...

Salam sejahtera Sdr Shamsuddin.
Saya ucapkan Jazakallah Khairan Kashyiran.
Kajian yang terperinci titik hitam sejarah kerharmonian di Tanah air yang tercinta.
Saya kesal kerana tiada pemantauan yang galakkan mereka naik lemak.
Kesal lagi saya, kerana kesedaran antara Mukmin makin menipis dan sokongan dari Bar council semakin kuat.
Pihak pemerintah sudah hilang pengaruh.
Ade tangan tersembunyi yang berpengaruh politik dalam negara.
Juga mereka dapat galakkan dan sokongan dari luar negeri.
Kesal juga akan bidasan dari orang liberal atasan dan cendakiawan yang gemar memesong Mukmin di sesatkan.
Kesal juga tiada mukmin yang cemburu akan keutuhan Islam di negara ini atas dasar demokrasi dan keterbukaan kerana takut kan kepentingan dagang luar negeri di lemahkan.
Kesal dengan anak muda di hanyut dan layan dengan sekularisme dan hiburan yang tak dapat lagi di kawal kerna kemajmukkan negara.
dlll dan seterusnya.
saya berdoa agar sdr Shamsuddin di kuatkan iman untuk menyuluh tempat yang gelap dan teruskan dakwah kapada pihak peminpin yang makin jauh dari kesucian Islam.
Salam.
arjuna waspada

Anonymous said...

Andai dunia ini dianggap berharga,
bukankah akhirat itu jauh lebih berharga dan mulia,
Andai jasad ini memang diciptakan untuk mati,
bukankah mati dijalan Allah lebih mulia

~fikir-fikirkan lah......

Teo Wei Sing said...

Ustaz, salam perkenalan. Terima kasih kerana sudi mengikuti blog saya. Semoga segala usaha murni akan kekal bersama.

Teo Wei Sing

Mrkolumpo said...

Jika perlu bagi saya mengangkat pedang,menghunus kan parang,menarik picu pistol demi agama Mu ya Allah..aku sanggup

keris panjang said...

kami tak kan biarkan agama kami dipersenda..kami sanggup menerima apa risiko demi agama tercinta ini..

Anonymous said...

kalau saya ingin bertanya, sudikah ustaz menjawabnya?
mengapa perkar aseperti ini jarang disiarkan di dalam berita ataupun di dalam suratkhabar?

rakyat yang beragama islam perlu tahu tentang perkara yang sedang berlaku ini..

Anonymous said...

assalamualaikum...

diharap para pemimpin islam dapat berfikir lebih rasional berlandaskan prinsip islam, al-quran, dan sunnah...

ingatlah, dunia ini tempat sementara, akhirat jua kekal selamanya... dan azab Allah amatlah pedih...

wallahualam...
assalamualaikum...

Anonymous said...

how abot keeping ur religon isalm as the main religon but give us the liberty to choose our religon

chahya said...

Sesungguhnya AZAB ALLAH sangat pedih.. bertaubatlah sebelum terlambat, sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN.. iSLAM adalah agama ALLAH.. kami sanggup syahid demi agama ALLAH..
bertaubat lah...

http://www.mykhilafah.com/

Chinta Qaseh said...

salam....
saya tak tau nak wat ayat power....
cam niela...
hmmm...
semua tau kan nie sume ujian dari Allah...bagi saya ini antara ujian2 Allah yang paling hebat...
Tau kan kenapa Dia bagi ujian yang besar nie...sbb Dia nak tgok kesungguhan kita dalam menegakkan syiar Islam....
saya tak tau kalau mufti Perak, Datuk Harussani tak de...macamanalah nasib Islam kat Malaysia nie....saya harap kita same2 menyokong beliau....jika dibenarkan berperang, berperanglah....
Allahuakbar....

Anonymous said...

ASSALAMMUALAIKUM PARA MUKMIN,
inilah ujian Allah yang paling getir dan besar sejak kejadian 13 Mei 1969 dahulu.Melangkaui fahaman politik dan adat resam,orang2 mukmin seharusnya bersatu padu mempertahankan keujudan dan kesucian agama Allah ini walau ke titisan darah terakhir,saya menyeru kepada semua muslimin/muslimat tanpa memperdulikan fahaman politik masing2 untuk lebih cenderung kepada menghadapi 'perang' minda dan phizikal jika keadaan menuntut demikian. saya juga menyeru Sisters in Islam supaya kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat... kepada IFC saya ucapkan "Go to Hell Interfucking Commision !!". Fil Sabillillah...

Seri Bahasa said...

ini terpulang semua di tangan umat islam di malaysia terutama para pemimpin tertinggi. soal SIS tu memang dia adalah sebuah pertubuhan yang menerima dana dari luar negara untuk melaksanakan aktivitinya. sebenarnya SIS ni di gunakan oleh pihak2 tertentu untuk menjatuhan akidah umat islam di malaysia.

Nirmala Ibrahim said...

SALAM....jike benar yg dilakukan IFC nieh, adalh untuk human rights, saye benar2 berpendapat tindakan dan segale tuntutan yg dilakukan itu adalah suatu pencabulan hak asasi manusia, yg ditujukan khas buat umat Islam di Malaysia.....kalu diperhatikan dengan teliti, setiap tuntutan yg dibuat IFC tuh bias keatas Islam....serius...isu ini menyentuh sensitiviti umat Islam seMalaysia....saye amat bersetuju dengan saudara,xkesahlah ape pon pegangan politik kite, selagi kite ISLAM, kite seharusnye sedar dan bertindak....jangan dibiarkan IFC berjoget2 diatas kepale kite...

shamsuddinmoner said...

Inilah akibat dan bahananya bila umat islam di malaysia tidak bersatu dan bercakaran sesama sendiri, kita lebih membicarakan soal politik dan kuasa..akhirnya org lain ambil kesempatan atas klelemahan kita...dulu bila isu agama islam dan umat melayu termasuk raja-raja melayu nak dicabul oleh british pada tahun 1946 melalui gagasan malayan union, maka semua bangsa dan umat melayu telah bersatu untuk menentang malayan union..tapi kini, tidak ada lagi penyatuan dan perpaduan melayu dan islam bagi membela kesucian agama Islam...semua pihak pentingkan diri sendiri...

Anonymous said...

saya rasa IFC mmg ptot dihalang...kerana ia jelas sekali ingin memperbodohkan Islam, dan ianya bertentangan dgn undang2 negara kita... jika IFC terus dibiarkan, tidak mustahil negara kita boleh menjadi sebuah negara Kristian, Hindu atpn lain2... ingatlah para pemimpin... jgn kamu menentang hukum Allah, kelak kamu akan binasa...

Amar said...

IFC x sepatutya wujud

Anonymous said...

salam...
terima kasih di atas maklumat yg diberikan.satu je sy nk ckp....jgnla menggunakan terma "1MALAYSIA" utk kpntingan dri sdri....Keistimewaan Islam sudah termaktub di dalam alquran dan juga perlembagaan negara. Malaysia xpernah nk menghalang mana2 rakyat negaranya utk menganut mana2 agama ....tolongla,kpd pihak yg beria2 sgt nk luluskan IFC tu....TLG BUKA HATI, BUKA MINDA, BUKA MATA, BUKA TELINGA....SEDARLAH BAHAWA TUJUAN MEREKA HANYA MAHU MELIHAT ISLAM HANCUR...sekian.....salam.

abusyaukah said...

salam..wahh mklumat y terprinci....bru phm kdudukn sbnar...sape la 50 mntri islam yg stuju n kutuk mufti perak,ust harussani ble blio suh mntri2 tuh tarik blik tndatgn dorg tas psetujuan ifc ni??

Anonymous said...

!!!astarfirullahalazim.. inikah dunia akhir zaman???ya, ALLAH ya TUHANKU.tunjukkanlah kekuassan-MU ya ALLAH..

Anonymous said...

Assalamualaikum kepada Sdr Shamsuddin dan pembaca sekalian....

Nmpknyer tanda2 kehancuran islam semakin dekat, hal ini dah menghina agama kita sendiri... adakah mereka tidak sedar bahwa kerana islam lah negara ini masih harmoni... kerana islam lah negara kurang berlaku kes2 maksiat berbanding negara bukan islam... kerana islam lah negara kita still harmoni dan saksama....

Lepas tu kan.. jgn dibiarkan perkara ini berlaku... sbb nanti lagi bertambah lah maksiat di sekolah2.. di khalayak ramai dan sebagainya.. nti kat negara kita ni akan ada kelab2 yng tidak sepatutnya ada seperti klab penari lucah dan etc...

Negara ni sejak dahulu lagi merasmikan agama Islam sebagai rasmi... jgn dibiarkan negara islam ini menjadi negara kafir... krana jika negara ini sudah menjadi negara kafir.. mka orng yahudi dan nasrani akan bertindak menjadikan negara ini negara mereka lalu kmungkinan menghalau orng2 islam...

Jgn kita tunduk kepada mereka..
Jgn kita biarkan agama kita dihina...
Jgn kita abaikan perkara ini dn tidak mengambil berat pasal hal ini...

Come on, let's rise together and defend our Religion... Allahuakbar!!!
waalaikummussalam.....

eushahida farizza raffar said...

salam'alaykum. minta izin untuk memaparkan penulisan ini di facebook.

Anonymous said...

salam semua saudara ISLAM ku...ku panjat n memohon doa kpd ALLAH yg Maha Esa...bantulah kami (ISLAM) dlm peperangan ini.aku sanggup titiskan darah dlm badan ini demi pertahankan ISLAM dr dihina oleh IFC-lahanat ni..kpd mereka yg sokong gerakan ini baik bertaubat sblm malaikat maut cabut nyawa...kpd mereka yg MURTAD kembalilah ke agama ISLAM sblm mati...seksaan ALLAH itu benar..aku bersedia dalam perang ini..biar hidupku sebagai ISLAM...matiku jua sebagai ISLAM....tiada Tuhan layak disembah melainkan ALLAH SWT yang maha ESA..

Anonymous said...

IFC jgn cuba nak menjolok sarang tebuan. Terimalah padahnya nanti..

Unknown said...

saya bersetuju

Unknown said...

akidah akidah dan akidah.. itu yang penting.. insyaAllah kita semua dijaga dari fitnah akhir zaman ini

midah said...

AsSalamualaikum..sudah tiba masanya kta sbg umat islam sentiasa peka dan prihatin terhadap isu2 sensitiviti agama islam demi menjaga kesucian dan keagungan agama islam di ngara kt.Mana2 pihak kafir yg cuba campur tgn dlm urusan agama kta sewajibnya ditentang dgn keras dan tegas demi kemaslahatan agama islam.InsyaAllah.Ayuh Bangki!!!Allahuakbar!!!!

Anonymous said...

MasyaAllah...ape nk jadi dgn dunia skrg? perkara yang paling ditakuti oleh nabi dan para ulama dahulu sudah terjadi...kepada pemimpin negara yang terlepas pandang tentang tuntutan dan keutamaan agama dan lebih mengejar kebendaan dan kepentingan duniawi fikirkanlah akibatnya jika dibiarkan perkara ini terus berlaku...pasti akan tergadai negara dan maruah agama...SEDARLAH BAHAWA SALAH SATU TANDA2 KIAMAT IALAH APABILA URUSAN AGAMA DIKENDALIKAN OLEH ORANG YANG TIDAK LAYAK, IAITU MEREKA YANG BUKAN DARI KALANGAN ULAMA' DAN CENDEKIAWAN AGAMA ISLAM!!....minta tolong semua umat islam yang cintakan agama kerana Allah supaya bersama-sama menyelamatkan umat islam di Malaysia dari terpengaruh dan terpesong akidah... INGATLAH BALASAN DAN AZAB DARI ALLAH ITU BENAR!! Ya Allah...Kau lindungilah kami dari segala anasir2 dan pengaruh yang menyesatkan sama ada secara halus ataupun terang...kepada mereka yang lebih kepada bersifat 'X KISAH' dan ISLAM PADA NAMA tetapi tidak dihati...TERUSKANLAH KEHIDUPANMU JIKA itu MENDAPAT 'KEREDHAAN' Allah dan 'MENJAMIN' anda sampai ke hujung TITIAN SIRATUL MUSTAKIM di akhirat kelak...

Anonymous said...

Laknatullah punya IFC..
Nie la padahnya bila terlampau berlembut dgn bangsa lain..
Ngan bangsa sendiri hentak tk ingat..
Sejak kes Namawie tk diambil tindakan, orang kafir semakin lantang bersuara & menghina ISLAM.. menteri berkenaan setakat bg amaran mmg tk cukup.. cuba kalo org ISLAM yg menghina agama mereka aku ase dah tentu menteri berkenaan bg kena ISA..

Anonymous said...

Raja2 sbg ketua agama perlu ambil tindakan yg keras.
Org2 mcm ni x blh diberi peluang utk bertindak kerana akan menjejaskn keharmonian negara. Mmg betul org2 ni ambil peluang atas perpecahan kaum kita yg mostly disebabkn politik. X ketinggalan jgk keruntuhan akhlak warga2 muda yg sememangnya mudah dipengaruhi dgn idea2 karut spt yg dibangkitkn oleh IFC. Kita Terlampau kecil utk bsuara & pemimpin la yg harus mainkn peranan utk selamatkn Islam. Cuma satu ayat sy nk ingatkan pada saudara2 sebangsa seagama.. "they came as a labour, but stay as a conqueror". Fikir2 kn lah di mana kedudukn kita skrg di bumi sendiri..

Anonymous said...

sapa reti santau?xkira la santau angin ka katak ka..santau la kepala ifc tu..

Anonymous said...

KERAJAAN HARUS KEMBALI KE HUKUM HUDUD JIKA TIDAK MAHU PERKARA INI BERLAKU>>>ORANG MELAYU ISLAM HARUS SOKONG HUKUM HUDUD DAN BUKANNYA UNDANG-UNDANG BUATAN MANUSIA SEKARANG INI!!!

Anonymous said...

Agama Islam diperalatkan sebagai politik. Agama tidak penting kepada manusia tetapi pemimpinlah menyebab ia dipentingkan untuk kuasa politik dan kekayaan

Anonymous said...

Agama Islam diperalatkan sebagai politik. Agama tidak penting kepada manusia tetapi pemimpinlah menyebab ia dipentingkan untuk kuasa politik dan kekayaan