Translate

Wednesday, 8 October 2008

UMNO TERBAIK; PEMIMPIN TERBALIK..!

1. Dewasa ini ramai di kalangan pemimpin UMNO yang ingin menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi parti bercakap soal perjuangan untuk memperkukuhkan UMNO dan mendewasakan semula UMNO. Ada juga yang menawarkan diri bertanding demi untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada parti keramat melayu yang sejak sekian lama menjadi tunjang kepada pemerintahan negara. Tidak kurang juga yang bercakap soal perjuangan memartabatkan bangsa melayu dan Islam dengan memperkasakan pendidikan serta ekonomi masyarakat melayu dan bumiputera.

2. Jika kita kembali kepada asas perjuangan UMNO itu sendiri yang termaktub di dalam Perlembagaannya menerusi Fasal 3 ( Asas dan Tujuan ); memang jelas dinyatakan bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara - iaitu dengan :

- Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
- Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri
dan Raja Berperlembagaan.
- Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta
menghormati prinsip kebebasan beragama.
- Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (bahasa melayu) sebagai bahasa rasmi yang
tunggal dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu.
- Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan
bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan hak-hak istimewa Orang Melayu
dan Bumiputra.

3. Bagi mendisiplin serta mendoktrinasi kewibawaan seseorang ahli UMNO itu di semua peringkat maka di dalam Perlembagaan UMNO ; Fasal 6 pula dengan jelasnya menyatakan tentang tanggungjawab dan hak ahli, antaranya :

- Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
- Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihanraya.
- Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan parti.
- Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihanraya.
- Berkhidmat kepada orang ramai.
- Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.
- Bercakap dan mengemukakan pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat parti.
- Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.

4. Agaknya, berapa ramai di kalangan pemimpin UMNO di setiap peringkat, ketua-ketua cawangan yang hampir 20,000 cawangan di seluruh negara, dan juga ahli-ahli biasa UMNO yang berdaftar seramai hampir 3.7 Juta orang ini yang benar-benar faham tentang asas dan matlamat perjuangan UMNO serta tanggungjawab dan haknya sebagai ahli seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti..? Mungkin juga hampir 90 peratus daripada kalangan ahli UMNO ini yang tidak pernah melihat serta membaca Perlembagaan UMNO, apatah lagi memahami serta menghayatinya dalam perjuangan.

5. Kebanyakan daripada mereka yang menyertai UMNO dan berhasrat untuk bertanding di dalam sesuatu jawatan penting di dalam parti samada di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi ( termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri ), akan bercakap soal hak sebagai ahli sahaja iaitu mereka berhak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti. Mereka menawarkan diri di dalam sesuatu jawatan kerana ingin menzahirkan bahawa demokrasi masih wujud di dalam UMNO. Ini adalah hak semua ahli untuk bertanding sehingga ada salah seorang pemimpin cawangan yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib Presiden UMNO. Sebaliknya mereka langsung tidak memahami apakah tanggungjawab mereka yang asasi sebagai ahli seperti yang saya nyatakan di atas.

6. Sepatutnya, dan mungkin sampai kepada tahap wajib bagi setiap ahli ataupun pemimpin yang menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan dalam UMNO untuk menyatakan bahawa mereka sanggup menawarkan diri sebagai pemimpin dalam UMNO adalah bagi menggalas tanggungjawab dan amanah bagi menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti terpelihara dan terbela. JIka sampai kepada suatu tahap di mana mereka tidak lagi mampu untuk melaksanakan tugas dan amanah ini maka adalah wajar bagi seseorang itu melepaskan jawatannya agar amahan tersebut dapat dipikul oleh pemimpin lain yang sanggup meneruskan amanah ini. Inilah sebenarnya yang harus ada dalam perjuangan di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.

7. Tidakkah mereka teringat akan maksud Hadis Nabi : " Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin itu akan ditanya ataupun dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak akan kepimpinannya ". Sanggupkah seseorang pemimpin itu menanggung beban dan menjawab di hadapan Allah di akhirat kelak tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan tanggungjawabnya sebagai pemimpin di dunia ini ..? Kalau sanggup menerimanya , maka barulah boleh kita menawarkan diri sebagai pemimpin. Bukannya kita menawarkan diri untuk menjadi pemimpin kerana demokrasi dalam UMNO membenarkannya. Kalau setakat nak mera'ikan amalan demokrasi, maka kita sama sahaja dengan pemimpin bukan Islam di dunia ini yang berpolitik hanya untuk keduniaan, serta memisahkan agama daripada politik. Inilah yang dinamakan dengan fahaman 'sekularisme'.

8. Sebab itulah kita lihat hari ini terdapat di kalangan pemimpin di peringkat tertinggi parti, peringkat bahagian dan juga cawangan di seluruh negara yang tidak mahu melepaskan jawatannya dengan alasan bahawa mereka telah diberi mandat oleh ahli serta perwakilan di dalam mesyuarat agung untuk memimpin cawangan dan juga bahagian; walaupun pemimpin berkenaan telah terbukti gagal untuk menunaikan amanahnya selaku pemimpin. Kononnya ini adalah permintaan daripada akar umbi dan demokrasi. Sedangkan mereka dapat memenangi sesuatu jawatan itu dengan penuh tipu daya dan muslihat menerusi rasuah politik, sogokan wang ringgit dan pelbagai cara lagi yang ditegah oleh syari'at dan juga oleh Etika Parti.

9. Kita tidak mahu UMNO sebagai sebuah parti keramat orang Melayu hanya menjadi sebagai satu slogan kosong sahaja. Memanglah UMNO itu sebuah parti yang terlalu banyak jasanya kepada penyatuan umat melayu dan Islam di negara ini serta berjaya memerdekakan negera ini daripada penjajah British. Tidak dapat dinafikan juga bahawa UMNOlah yang telah berjaya memajukan taraf kehidupan umat Melayu di negara ini dengan pelbagai dasarnya di dalam mengemudi pentadbiran negara sejak merdeka hingga kini. Dalam erti kata lain yang lebih ringkas dan padat ialah " UMNO adalah Terbaik ".

10. Memang UMNO yang terbaik dari dulu, kini dan selamanya; tetapi malangnya pola pemikiran para pemimpinnya tidak kira di peringkat tertinggi, bahagian dan cawangan kebanyakannya " TERBALIK". Kenapa terbalik dan bukan terbaik..? Mudah sahaja, perhatikanlah senario pemilihan di semua peringkat dalam UMNO masa kini. Calon-calon yang mempunyai falsafah perjuangan serta yang terbaik di mata masyarakat setempat tidak akan terpilih sebagai pemimpin. Sebaliknya mereka yang korup dan menggunakan politik wang dan rasuah yang mudah untuk diterima dan menang dalam pemilihan UMNO. Jadi, saya sarankan kepada mana-mana pemimpin serta ahli UMNO yang ingin menawarkan diri sebagai pemimpin dan juga ingin memilih pemimpin supaya fahamilah serta hayatilah dengan sedalam-dalamnya tentang asas dan tujuan UMNO ( Lihat Perlembagan UMNO ).

ITU SEBAB KENAPA SAYA KATAKAN BAHAWA" UMNO TERBAIK TETAPI PEMIKIRAN PEMIMPINNYA TERBALIK ".

3 comments:

Anonymous said...

Semoga UMNO bersih daripada amalan politik wang. Jika wang jadi penentu kepimpinan maka tibalah saat kehancuran bangsa kita kerana orang Yahudi dan Kafir Cina banyak wang untuk membeli pemimpin Islam.

Mrkolumpo said...

akum kapitan..kan Pak Lah dah umum nak letak jawatan..yang taknak letak jawatan tu biasanya ketua cawangan jer..biasa la lebih sudu dari kuah..org dah menyampah tapi masih nak kongker....tgk kampung kite sudah laaa...ermmm agak2 apa gelaran yg bakal kite beri utk PM ke 5 kite yang bakal bersara ni yer???

Mrkolumpo said...

by the way kapitan..thanks for put my blog into ur list...thank u very much...really appreciate.menunjukkan bahawa kapitan seorang yang adil..even pendapat kite kadangkala berbeza..namun jelas kapitan seorang yang open minded...takpa kapitan..lain tahun saya tukar masuk cawangan Pelangai n i will vote for u sebagai ketua cawangan...hehehe