Translate

Tuesday, 28 October 2008

APA NAK JADI..! GERAKAN - MCA - MIC DAH BIADAP

1. Apa nak jadi dengan parti-parti komponen BN di Semenanjung sekarang ini. Bila BN dah tak dapat majoriti 2/3 di Parlimen pada PRU-12 yang lalu, maka sekarang ini macam-macamlah ragam mereka ini. Larat ke para pemimpin UMNO yang sedang sibuk bertarung dalam pemilihan UMNO menjelang MAC tahun depan menjawab serta menangkis segala permintaan yang bukan-bukan daripada para pemimpin Gerakan, MCA dan MIC ni..?

2. Dulu, bila Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berceramah dalam kempen dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dengan mengatakan bahawa orang cina di malayasia ini adalah kaum pendatang dari negeri China, maka Pemimpin Gerakan di Pulau Pinang telah marah yang akhirnya BN telah membuat keputusan mendesak UMNO untuk mengambil tindakan tegas pada Datuk Ahmad Ismail. Akhirnya UMNO telah menggantung keahlian Datuk Ahmad Ismail selama tiga tahun. Dalam pada itu Gerakan Pulau Pinang telah membuat keputusan memutuskan hubungan dengan UMNO negeri Pulau Pinang dan tidak akan menghadiri sebarang majlis anjuran UMNO di Pulau Pinang. Sehingga sekarang Parti Gerakan Pulau Pinang masih lagi memulaukan UMNO Pulau Pinang. Apa pula tindakan BN kepada keputusan biadap pemimpin Gerakan Pulau Pinang ini..? Apa.. Pemimpin UMNO sekarang takut ke..? Nampaknya UMNO dah kena buli dengan Gerakan Pulau Pinang..!

3. Selepas itu, dalam Mesyuarat Agong Wanita Parti Gerakan baru-baru ini, Ketua Wanita Gerakan, YB Dato' Tan Lian Hoe yang merupakan Timbalan Menteri Penerangan telah membuat kenyataan bahawa semua orang Melayu di negara ini juga adalah kaum pendatang yang berasal dari Sumatera dan pelbagai wilayah di Indonesia. Beliau menjelaskan lagi bahawa penduduk asal negara ini hanya penduduk orang Asli sahaja. Apa tindakan UMNO ke atas keceluparan kenyataan YB Dato' Tan Lian Hoe ini..? Kenapa UMNO tidak mendesak supaya Ketua Wanita Gerakan ini digantung keahliannya sepertimana Datuk Ahmad Ismail? Ataupun, kenapa tidak digantung sahaja tugasnya selaku Timbalan Menteri Penerangan sebagaimana yang pernah dilakukan kepada Dato' S.Sotinathan ( MIC ) pada tahun 2005 yang lalu. Nampaknya UMNO kena buli lagi...! Hantam sajalah labu... Yang dah tentu dan pasti kena buli ialah ahli-ahli UMNO Bahagian Grik di Perak termasuk Ketua Bahagiannya Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali. Dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, UMNO Bahagian Gerik telah mengorbankan Kerusi Parlimen Gerik yang dulunya milik UMNO kepada Gerakan dengan memberi laluan kepada Ketua Wanita Gerakan ini untuk tanding kerusi Parlimen Gerik. Melayu di Gerik telah diperbodohkan oleh seorang perempuan cina ini yang langsung tidak menghargai jasa pengundi-pengundi Melayu di kawasan Gerik. Bacul dan dayus sungguh orang melayu di Gerik yang telah mengundi Ketua Wanita gerakan ini dalam Pilihanraya Umum ke-12 tempohari..! Apa nak buat, UMNO sekarang lemah..!

4. Baru-baru ini juga, MCA, Gerakan dan MIC telah menggesa pihak kerajaan supaya ISA dimansuhkan dan mendesak supaya para pemimpin Hindraf yang ditahan ISA supaya dibebaskan. Samy Velupun seperti jurucakap dan juga seolah-olah seperti Penaung Kehormat kepada Hindraf, yang mana beliaulah yang begitu lantang mendesak kerajaan supaya membebaskan 5 orang pemimpin Hindraf daripada ISA sebelum Depavali baru-baru ini. Orang yang buat kerja-kerja jenayah dan juga pengkhianat negara seperti Hindraf inipun nak dibela oleh MIC kerana pentingkan undi kaum India.

5. Di selangor lagi malang, kedengaran juga cakap-cakap nakal dari kalangan para pemimpin pembangkang kahsnya DAP dan Keadilan ( non muslim ) yang mempertikaikan laungan azan subuh di masjid-masjid yang berhampiran dengan taman-taman serta kawasan perumahan. Kononnya suara laungan azan ini mengganggu tidur lena mereka. Apa.. mereka tak sedar ke selama ini terdapat di kalangan kaum cina yang berarak keliling bandar dan taman yang membujat tarian naga. Tak buat bising ke..? Sama juga dengan orang Hindu yang pada setiap tahun di hari Thaipusam, mereka telah berarak di dalam bandar melalui jalan-jalan utama ke Batu caves untuk mengarakkan Kavadi dan sebagainya sehingga POlis Traffic dan Dewan bandaraya terpaksa menutup jalan-jalan tertentu untuk memudahkan laluan mereka. Ini tak ganggu orang melayuj dan Islam di sekitarnya ke..? Nampaknya umat islam dan Melayu di negara ini dah jadi kaum pengemis di negara sendiri. Tak bebas lagi macam dulu. Semua yang kita buat nak kena restu dulu daripada kaum cina dan India di tanahair kita sendiri. Padan mujka orang-orang Melayu di Malaysia ni..!

6. Yang terbaru hari ini, Naib Presiden MCA yang baru dipilih, YB Dato' Liow Tiong Lai yang merupaka Ahli Parlimen Bentong ( wakil rakyat kawasan saya ) telah membuat gesaan supaya Ekuti 30% Bumiputra dalam syarikat-syarikat kerajaan dihapuskan supaya ianya dibuka kepada pasaran bebas. Apa nak jadi negara kita ni. Akhirnya nanti, Telekom, TNB, PNB, Pos Malaysia, MAS dan sebagainya dikuasai oleh Amerika dan Yahudi. Saya amat marah dan cukup naik angin dengan kenyataan Ahli Parlimen Bentong ini kerana dia adalah wakil rakyat kawasan saya yang saya undi dan sokong dalam Pilihanraya Umum ke-12 tempohari. Insya Allah kalau usia saya panjang menjelang PilIhanraya Umum ke-13 nanti, saya secara peribadi serta kaum keluarga saya seramai 200 orang pengundi di Bentong tidak akan memberi undi lagi kepada calon ini. Biarlah saya diambil tindakan oleh UMNO ataupun BN di atas undi sabotaj saya ini nanti daripada saya menggadaikan maruah melayu kepada pemimpin yang sedemikian.

7. Apa nak jadi dengan UMNO ni.. Siapa yang kena buli.. UMNO yang kena buli ataupun UMNO yang dibuli..? Insya Allah, saya akan berlatih mulai daripada sekarang untuk belajar bagaimana untuk membuli para pemimpin Parti Gerakan, MCA dan MIC di Bentong. Ini kerana semua ketiga-tiga parti komponen BN ini bertanding di kawasan Bentong. Ayuh..! wahai bangsaku Melayu yang seagama dengan ku (Islam), marilah kita gerakkan penyatuan umat melayu dan Islam di negara ini bagi memberi pengajaran kepada pelampau Hindu dan pelampau kaum Cina di negara ini agar tidak lagi membuat kenyataan-kenyataan biadap kepada Umat melayu dan Islam di tanahair kita.

Thursday, 16 October 2008

NAMA ASAL MALAYSIA IALAH TANAH MELAYU - TANAH MELAYU MERUJUK KEPADA BUMI NEGARA INI MILIK PRIBUMI MELAYU

1. Kenyataan Ketua wanita Gerakan, datuk Tan Lian Hoe telah mengundang kontroversi. Pertama, berdasarkan sejarah kata beliau, orang melayu adalah juga pendatang sama seperti orang Cina dan India. Kedua, dengan nada sinis beliau menyindir UMNO bahawa parti Gerakan selama ini berada dalam telunjuk UMNO. Gerakan tidak mempunyai suara dalam menentukan keputusan kerajaan.

2. Publisiti murahan jelas menunjukkan bahawa beliau seolah-olah pakar dalam bidang sejarah dan menarik perhatian serta sokongan orang Cina yang telah kecewa dengan Gerakan. Saya tidak pasti apakah latarbelakang sebenar kelulusan Lian Hoe sehingga menyebabkan kenyataan seperti ini dikeluarkan.

3. Lian Hoe perlu sedar bahawa kemenangan beliau di Parlimen Gerik dalam Pilihanraya yang lalu adalah hasil sokongan pengundi Melayu UMNO. Jika kerusi Gerik itu tidak diberikan kepada Gerakan dan UMNO tidak mengundi beliau, tidak mungkin ada Lian Hoe pada hari ini sebagai Timbalan Menteri Penerangan. Itupun beliau masih tidak bersyukur dan amat kiasu.

4. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada sebahagian orang Cina tidak dapat menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu atau Malay Polity. Perlu dingatkan bahawa sejarah sistem kenegaraan Melayu bermula dengan perkataan 'Melayu' atau 'Tanah Melayu' itu sendiri yang bermaksud wilayah dan kepulauan di rantau ini.

5. Nama-nama ini terkenal di kalangan negara China, India dan Barat seperti Melayu (I-Tsing), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), ma-Li-Yu-R ( Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan malayo (Albequerque/Portugis). Hujah ini menunjukkan bahawa dari abad ke-6 hingga ke-10, perkataan melayu adalah nama tempat dan bukannya nama khusus bagi rumpun bangsa. Hanya pada abad ke-11 barulah perkataan Melayu mulai dipakai bagi menamakan rumpun bangsa.

6. Ringkasnya, istilah-istilah Tanah Melayu, Melayu, Malaysia dan Malaya adalah jelas merujuk kepada negeri-negeri Melayu atau Tanah Melayu atau Land of the malays. Fakta ini menunjukkan bahawa Tanah Melayu (Malaysia) adalah kepunyaan satu bangsa yang bernama melayu. namun, kedatangan penjajah British telah merubah peta politik Tanah Melayu.

7. Kalau dahulu, hubungan antara China dan Tanah Melayu hanya melibatkan perdagangan dua hala sahaja, tanpa penghijrahan besar-besaran. namun, setelah penjajahan berlaku, maka bermulalah episod kemajmukan masyarakat di negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Orang Cina yang mendatang dapat menjadi warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang.

8. Melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran, diterima secara otomatik sebagai warganegara disebabkan oleh proses akomodasi orang Melayu dalam memberikan kewarganegaraan secara terbuka kepada yang berhak tanpa mengira latar belakang. Melalui proses akomodasi para pemimpin ketika itu, lebih sejuta orang bukan Melayu, sebahagian besarnya imigran diterima secara automatik sebagai warganegara dan diberikan Jus Soli. Demografi negara berubah serta merta.

9. Hampir 40 peratus daripada warganegaranya adalah orang bukan Melayu. Sebuah negara Melayu tiba-tiba menjadi masyarakat berbilang kaum. Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia. Contohnya, nasionalisme bangsa Filipina dan Vietnam melahirkan negara Filipina dan Vietnam tetapi nasionalisme Melayu yang diperjuangankan lama sebelum kemunculan UMNO sebaliknya tidak melahirkan sebuah negara Melayu.

10. Sebelum tahun 1910, kemasukan orang asing semakin bertambah tanpa had telah mengejutkan Sultan negeri-negeri Melayu Bersekutu. Mereka memaksa British menghalangnya. tetapi keperluan pekerja yang mendesak dalam bidang perlombongan dan perladangan menjadikan kemasukan mereka tidak boleh ditahan-tahan lagi. Setiap tahun ribuan pendatang Cina dan India tiba ditanah Melayu. Sehingga tahun 1931, apabila bancian dibuat, jumlah orang bukan Melayu telah melebihi bilangan orang Melayu di negeri mereka sendiri.

11. Seramai 1,285,000 orang Cina berada di Tanah Melayu, 33.9 peratus pertumbuhan penduduk ketika itu. Pada tahun 1947, jumlah ini terus meningkat kepada 1,885,000, mewakili 38.4 peratus pertumbuhan penduduk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Ardizzone (1946), sebenarnya jika dicampurkan dengan imigran lain, bilangan mereka telah melebihi penduduk asal pada tahun 1946 sehingga menimbulkan kebimbangan kepada penduduk asal (Melayu).

12. Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 2945, British kembali semula memerintah tanah Melayu. Usaha-usaha dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum dan semangat muhibah. British mengumumkan rancangan Malayan UNion pada tahun 1946. Dalam rancangan ini, British mahu menubuhkan sebuah negeri bersatu dan mencipta satu kewarganegaraan yang sama rata untuk semua kaum. Kerajaan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran Tanah melayu. Britis berpendapat dengan wujudnya pentadbiran secara berpusat pentadbiran Tanah Melayu akan menjadi lebih berkesan dan efisyen.

13. Mereka bersetuju memberikan kemerdekaan kepada negara orang Melayu hanya jika mereka bersetuju berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum-kaum yang mendatang. Melalui proses akomodasi inilah akhirnya peta Tanah Melayu berubah menjadi masyarakat majmuk. Bagi memudahkan urusan pentadbiran, British telah mencipta satu istilah bernama Malayan. malayan dirujuk bukan melayu yang telah bermastautin lama atau dilahirkan di Malaya. Manakala istilah melayu atau malaysians digunakan untuk orang Melayu, Indonesia dan Orang Asli.

14. Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kerakyatan melalui undang-undang berasaskan prinsip Jus Soli diperkenalkan yakni melalui kuat kuasa undang-undang dan secara permohonan atau kemasukan. orang Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik, manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu memenuhi kelayakan-kelayan bermastautin, kelahiran dan sebagainya.

15. Antara Raja-raja Melayu dengan kerajaan British, satu perjanjian baru diwujudkan. Raja-Raja Melayu diminta menyerahkan kedaulatan negeri masing-masing kepada British. Undang-undang baru akan diperkenalkan bagi pihak raja-raja. Ini bermaksa, British terus menjajah negeri-negeri Selat. Orang Melayu melihat ia adalah satu ancaman kepada hak-hak mereka dan memberi keuntungan kepada orang bukan Melayu.

16. Reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union memang telah dirasai dan diduga oleh orang Cina sebagai kaum yang mendatang. Orang Cina memang tahu bahawa orang Melayu tidak begitu mudah menerima orang Cina sebagai rakyat Tanah Melayu. Dengan sebab itu, sejak awal-awal lagi orang Cina telah bersiap sedia untuk menghadapi keadaan seperti ini. Mereka mengambil sikap 'tungu dan lihat' bagi melindungi kepentingan mereka. Orang Cina menyuarakan pandangan mereka terhadap Malayan UNion melalui pelbagai cara seperti pertubuhan, kesatuan dan akhbar-akhbar Cina.

17. Jelas di sini bahawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media massa Cina memainkan peranan penting dalam sosialisasi politik Cina. inilah bentuk dan sikap masyarakat Cina sejak daripada awal lagi berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka tidak akan membiarkan dirinya keseorangan. Mereka sedar bahawa dengan menubuhkan persatuan, adalah satu-satunya cara yang yang terbaik untuk memperjuangkan, mempertahankan dan menjaga hak-hak dan kebajikan mereka. Selepas merdeka, keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia iaitu Malaysia untuk orang Malaysia. Perjuangan ini disambung oleh DAP sehingga ke hari ini.

18. Dalam Malaysian Malaysia itu nanti kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanya Sultan-Sultan. Jawatan lain akan dijawat oleh mereka yang berkelayakan tanpa mengira kaum. Kuan Yew memberikan tempoh 20 tahun sahaja kepada Malaysia berperdanamenterikan orang Melayu. Selepas itu sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri. Kuan Yew secara terang-terang menolak hak-hak istimewa orang Melayu. Katanya, "Mengikut Sejarah orang-orang melayu telah mula berhijrah ke malaysia dalam bilangan kecil, cuma kira-kira 700 tahun yang lalu. Daripada 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang-pendatang baru seperti Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar, yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang, ketika berusia lebih daripada 30 tahun. Oleh itu, adalah salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu itu memikirkan bahawa hanya mereka sahaja yang lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka".

19. Pendek kata, Kua Yew juga menolak pendapat bahawa orang-orang Melayu adalah Bumiputrera gugusan Pulau-Pulau Melayu. Kenyataan KuanYew ini terus mempengaruhi masyarakat Cina pada hari ini. Lebih dahsyat lagi ada yang berani mengatakan bahawa bumiputera yang sebenar adalah orang asli, dan bukannnya orang Melayu. Orang melayu juga adalah pendatang seperti orang Cina.

20. Ini bermakna seolah-olah orang Cina menolak negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Justeru, tidak hairan jika perkara berkaitan hak-hak istimewa orang Melayu tidak mendapat sokongan orang Cina sama ada secara individu, persatuan mahupun parti-parti politik Cina. Mereka mengangggap bahawa keistimewaan orang Melayu Bersifat sementara. Mereka mendesak supaya peningkatan terhadap hak-hak mereka turut dilakukan berpegang kepada prinsip kesamarataan.

21. Sementara orang Melayu berkeras dengan merujuk kepada sejarah hak bumiputera yang mesti dipertahankan dan diberi keistimewaan khusus. Sehingga kini, pertikaian tidak berkesudahan. Orang Melayu mempertahyankan kedudukan mereka yang istimewa melawan bukan Melayu (Cina) yang menuntut kesamarataan. Ketidakpuasan hati orang ini disalurkan melalui akhbar-akhbar berbahasa Cina, ucapan-ucapan awam dan perbualan sesama mereka sehingga menimbulkan salahfaham dan kadangkala berlaku ketegangan dalam hubungan kaum di Malaysia.

22. Kesimpulannya, sudah sampai masanya parti Gerakan belajar memahami sejarah negara dan berhenti mengamalkan politik mengugut untuk mendapatkan kepentingan tertentu. Janganlah gunakan kelemahan yang wujud hari ini untuk mendapatkan publisiti murahan dan mengugut UMNO bagi menunjukkan seolah-olah merekalah sahaja pejuang rakyat di negara ini. tetapi berfikirlah lebih jaun lagi untuk kepentingan rakyat di negara ini.

( Rencana ini adalah Tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Naib Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia - disiarkan dalam Utusan Malaysia 15 Oktober 2008 )



Wednesday, 8 October 2008

UMNO TERBAIK; PEMIMPIN TERBALIK..!

1. Dewasa ini ramai di kalangan pemimpin UMNO yang ingin menawarkan diri untuk bertanding jawatan tertinggi parti bercakap soal perjuangan untuk memperkukuhkan UMNO dan mendewasakan semula UMNO. Ada juga yang menawarkan diri bertanding demi untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada parti keramat melayu yang sejak sekian lama menjadi tunjang kepada pemerintahan negara. Tidak kurang juga yang bercakap soal perjuangan memartabatkan bangsa melayu dan Islam dengan memperkasakan pendidikan serta ekonomi masyarakat melayu dan bumiputera.

2. Jika kita kembali kepada asas perjuangan UMNO itu sendiri yang termaktub di dalam Perlembagaannya menerusi Fasal 3 ( Asas dan Tujuan ); memang jelas dinyatakan bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara - iaitu dengan :

- Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
- Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-Negeri
dan Raja Berperlembagaan.
- Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta
menghormati prinsip kebebasan beragama.
- Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (bahasa melayu) sebagai bahasa rasmi yang
tunggal dan kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu.
- Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan
bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan hak-hak istimewa Orang Melayu
dan Bumiputra.

3. Bagi mendisiplin serta mendoktrinasi kewibawaan seseorang ahli UMNO itu di semua peringkat maka di dalam Perlembagaan UMNO ; Fasal 6 pula dengan jelasnya menyatakan tentang tanggungjawab dan hak ahli, antaranya :

- Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
- Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihanraya.
- Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan parti.
- Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihanraya.
- Berkhidmat kepada orang ramai.
- Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.
- Bercakap dan mengemukakan pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat parti.
- Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.

4. Agaknya, berapa ramai di kalangan pemimpin UMNO di setiap peringkat, ketua-ketua cawangan yang hampir 20,000 cawangan di seluruh negara, dan juga ahli-ahli biasa UMNO yang berdaftar seramai hampir 3.7 Juta orang ini yang benar-benar faham tentang asas dan matlamat perjuangan UMNO serta tanggungjawab dan haknya sebagai ahli seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti..? Mungkin juga hampir 90 peratus daripada kalangan ahli UMNO ini yang tidak pernah melihat serta membaca Perlembagaan UMNO, apatah lagi memahami serta menghayatinya dalam perjuangan.

5. Kebanyakan daripada mereka yang menyertai UMNO dan berhasrat untuk bertanding di dalam sesuatu jawatan penting di dalam parti samada di peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi ( termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri ), akan bercakap soal hak sebagai ahli sahaja iaitu mereka berhak untuk memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti. Mereka menawarkan diri di dalam sesuatu jawatan kerana ingin menzahirkan bahawa demokrasi masih wujud di dalam UMNO. Ini adalah hak semua ahli untuk bertanding sehingga ada salah seorang pemimpin cawangan yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib Presiden UMNO. Sebaliknya mereka langsung tidak memahami apakah tanggungjawab mereka yang asasi sebagai ahli seperti yang saya nyatakan di atas.

6. Sepatutnya, dan mungkin sampai kepada tahap wajib bagi setiap ahli ataupun pemimpin yang menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan dalam UMNO untuk menyatakan bahawa mereka sanggup menawarkan diri sebagai pemimpin dalam UMNO adalah bagi menggalas tanggungjawab dan amanah bagi menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti terpelihara dan terbela. JIka sampai kepada suatu tahap di mana mereka tidak lagi mampu untuk melaksanakan tugas dan amanah ini maka adalah wajar bagi seseorang itu melepaskan jawatannya agar amahan tersebut dapat dipikul oleh pemimpin lain yang sanggup meneruskan amanah ini. Inilah sebenarnya yang harus ada dalam perjuangan di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO.

7. Tidakkah mereka teringat akan maksud Hadis Nabi : " Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin itu akan ditanya ataupun dipersoalkan oleh Allah di akhirat kelak akan kepimpinannya ". Sanggupkah seseorang pemimpin itu menanggung beban dan menjawab di hadapan Allah di akhirat kelak tentang apa-apa perkara yang berkaitan dengan tanggungjawabnya sebagai pemimpin di dunia ini ..? Kalau sanggup menerimanya , maka barulah boleh kita menawarkan diri sebagai pemimpin. Bukannya kita menawarkan diri untuk menjadi pemimpin kerana demokrasi dalam UMNO membenarkannya. Kalau setakat nak mera'ikan amalan demokrasi, maka kita sama sahaja dengan pemimpin bukan Islam di dunia ini yang berpolitik hanya untuk keduniaan, serta memisahkan agama daripada politik. Inilah yang dinamakan dengan fahaman 'sekularisme'.

8. Sebab itulah kita lihat hari ini terdapat di kalangan pemimpin di peringkat tertinggi parti, peringkat bahagian dan juga cawangan di seluruh negara yang tidak mahu melepaskan jawatannya dengan alasan bahawa mereka telah diberi mandat oleh ahli serta perwakilan di dalam mesyuarat agung untuk memimpin cawangan dan juga bahagian; walaupun pemimpin berkenaan telah terbukti gagal untuk menunaikan amanahnya selaku pemimpin. Kononnya ini adalah permintaan daripada akar umbi dan demokrasi. Sedangkan mereka dapat memenangi sesuatu jawatan itu dengan penuh tipu daya dan muslihat menerusi rasuah politik, sogokan wang ringgit dan pelbagai cara lagi yang ditegah oleh syari'at dan juga oleh Etika Parti.

9. Kita tidak mahu UMNO sebagai sebuah parti keramat orang Melayu hanya menjadi sebagai satu slogan kosong sahaja. Memanglah UMNO itu sebuah parti yang terlalu banyak jasanya kepada penyatuan umat melayu dan Islam di negara ini serta berjaya memerdekakan negera ini daripada penjajah British. Tidak dapat dinafikan juga bahawa UMNOlah yang telah berjaya memajukan taraf kehidupan umat Melayu di negara ini dengan pelbagai dasarnya di dalam mengemudi pentadbiran negara sejak merdeka hingga kini. Dalam erti kata lain yang lebih ringkas dan padat ialah " UMNO adalah Terbaik ".

10. Memang UMNO yang terbaik dari dulu, kini dan selamanya; tetapi malangnya pola pemikiran para pemimpinnya tidak kira di peringkat tertinggi, bahagian dan cawangan kebanyakannya " TERBALIK". Kenapa terbalik dan bukan terbaik..? Mudah sahaja, perhatikanlah senario pemilihan di semua peringkat dalam UMNO masa kini. Calon-calon yang mempunyai falsafah perjuangan serta yang terbaik di mata masyarakat setempat tidak akan terpilih sebagai pemimpin. Sebaliknya mereka yang korup dan menggunakan politik wang dan rasuah yang mudah untuk diterima dan menang dalam pemilihan UMNO. Jadi, saya sarankan kepada mana-mana pemimpin serta ahli UMNO yang ingin menawarkan diri sebagai pemimpin dan juga ingin memilih pemimpin supaya fahamilah serta hayatilah dengan sedalam-dalamnya tentang asas dan tujuan UMNO ( Lihat Perlembagan UMNO ).

ITU SEBAB KENAPA SAYA KATAKAN BAHAWA" UMNO TERBAIK TETAPI PEMIKIRAN PEMIMPINNYA TERBALIK ".

Monday, 6 October 2008

APA ISTIMEWANYA HINDRAF..?

MEREKA pernah mencetuskan huru-hara di ibu negara apabila mengadakan demonstrasi jalanan, mereka pernah menyambut hari jadi di bangunan Parlimen dan terbaru mereka melakukan tindakan biadap pada Majlis terbuka AidilFitri Perdana Menteri dan Menteri-menteri kabinet beragama Islam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Itu adalah antara perkara yang pernah dilakukan oleh pertubuhan Hindu Ringhts Action Force (Hindraf), tetapi entah apa istimewanya mereka sehingga kini pertubuhan haram itu masih bergerak aktif biarpun beberapa pemimpin mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Setakat ini perakuan Hindraf sebagai pertubuhan haram hanya dibibir sahaja, belum ada langkah yang benar-benar konkrit bagi melumpuhkan sama sekali pertubuhan haram yang ekstrem tersebut. Justeru hindraf merasakan mereka kebal daripada undang-undang, biarpun tidak sah tetapi masih boleh melakukan apa sahaja termasuk bertindak kurang ajar di majlis rumah terbuka Aidilfitri.

Keadaan ini sudah tentulah menimpulkan persoalan apakah istimewanya Hindraf? Adakah ia lebih istimewa daripada Al Arqam- satu pergerakan Islam yang bukan sahaja diisytiharkan haram dan pemimpinnya ditahan di bawah ISA , malah segala asetnya dirampas sehingga pertubuhan tersebut lumpuh sama sekali.

Tetapi Al Arqam "dikuburkan" kerana kerajaan mahu memastikan ajaran songsang yang dibawa 0leh pergerakan itu tidak menggugat keharmonian kaum di negara ini. Walaupun kerajaan tahu Al Arqam adalah sebuah perubuhan Islam dan dianggotai oleh seratus peratus orang Melayu tetapi kerajaan tetap bertindak, ertinya tiada tempat bagi mana-mana puak atau golongan yang cuba memperjuangankan pendekatan agama atau kaum yang melampau.

Namun bagaimana dengan Hindraf? Apakah tafsiran yang boleh diberikan oleh satu kumpulan yang terang-terang bukan sahaja menggunakan nama agama malah bertindak cukup "berani" bagi memperjuangkan kelompok mereka.

Bayangkan kalaulah orang Islam yang bertindak sepertimana Hindraf sudah pasti mereka akan dilabelkan sebagai ekstremis atau melampau sehingga semua orang takut dengan pembuatan mereka.

( oleh : ZULKIFLEE BAKAR - Utusan Malaysia; Isnin , 6 Oktober 2008 )

Komentar Saya :

Nampaknya kerajaan kita dan pihak berkuasa di negara ini semakin hari semakin takut untuk bertindak kepada golongan pelampau hindu dan India seperti Hindraf ini. Yang hairan dan cukup mengaibkan kita ialah kenapa Presiden MIC, Dato' Seri S.Samy Velu begitu lantang dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan puak-puak hindraf ini sehingga mendesak Menteri Dalam Negeri untuk membebaskan 5 orang pemimpin kanan Hindraf ini dari tahanan ISA sebelum perayaan Depavali pada 27 Oktober nanti.

Sebelum ini, ketika kerajaan menahan para pemimpin Al Arqam ke dalam tahanan ISA dan mengisytiharkan pengharamannya sehingga semua harta serta asetnya dirampas, tidak ada seorangpun pemimpin melayu dan Islam dari kalangan UMNO maupun PAS yang mempertahankan Al Arqam. Para pemimpin PAS seperti Tuan Guru Nik Aziz pun menyokong penuh langkah kerajaan mengharamkan Al Arqam dan melumpuhkan semua rangkaian perniagaan serta pusat-pusat pendidikannya di seluruh negara.

Saya amat sedih dengan tindakan keterlaluan phak kerajaan yang telah menggunakan segala agensinya termasuk pihak berkuasa agama negeri-negeri bagi melumpuhkan pergerakan Al Arqam. Saya bukanlah penyokong kuat Al Arqam, tetapi janganlah sampai aset serta perniagaan mereka dirampas serta diharamkan. Ini merugikan ekonomi melayu dan umat Islam. Sedarkah kita bahawa Al Arqamlah yang telah memulakan perniagaan barangan produk halal lagi suci di negara ini di pertengahan tahun 70-an dengan mengedarkan kicap, sos cili , mee serta sabun buatan muslim. Lepas tu baru kita sibuk hendak memperkenalkan makanan halal yang disahkan oleh JAKIM dan jabatan Agama Islam negeri-Negeri. Begitu juga dengan majalah-majalah berunsur Islam yang diterbitkan oleh Al Arqam dan juga lagu-lagu nasyid yang dipopularkan le kumpulan Nada Murni daripada Al Arqam yang akhirnya lahirlah Kumpulan Rabbani serta Raihan. Sungguh besar sumbangan Al Arqam kepada umat Islam di negara ini. Cuma, ajarannya sahaja yang sedikit bercanggah dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang perlu di perbetulkan secara berhimah.

Kalaulah kerajaan kita begitu serius dan tegas sekali di dalam melumpuhkan pergerakan Al Arqam, maka kenapa pula kita boleh berlembut dan bertolak ansur dengan pelampau hindu dan India seperti Hindraf di negara ini. Janganlah kerana takutkan hilang undi dalam pilhanraya umum Ke-13 akan datang, maka kita terpaksa membenarkan kebiadapan hindraf bermaharajalela. Benarlah seperti pepatah KARAM SINGH WALIA : " ANAK KERA DI HUTAN DI SUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI KEHAUSAN".

Saya cabar pihak kerajaan agar mengambil tindakan tegas kepada hindraf dengan merampas segala aset dan juga wang ringgitnya yang terkumpul dalam akaun yang tidak sah demi untuk menyelamatkan negara ini daripada golongan yang berfikiran sempit serta pelampau agama .