Umar bin Abd. Aziz telah dibai'at menjadi khalifah setelah Sulaiman bin Abdul Malik pada hari Jumaat bulan Safar tahun 99 Hijriah. Sebaik saja dilantik menjadi Khalifah, Umar bin Abdul Aziz telah naik ke atas mimbar untuk mengucapkan kata-kata aluan yang boleh dinamakan sebagai perintah ulung beliau sebagai khalifah Islam bagi menjelaskan kaedah apa yang akan digunakannya dalam memimpin umat Islam di zamannya, antara isi kata-kata aluannya yang telah menjadi dasar dalam pemerintahannya ialah :
" Amma Ba'du.! Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudah Nabi Muhammad S.A.W dan juga tidak ada kitab lagi selain kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad, iaitu al-Quran. Seterusnya apa yang telah dihalalkan oleh Allah S.W.T adalah tetap halal hingga tiba hari kiamat. Sesungguhnya aku bukanlah orang yang mengeluarkan keputusan hukum, akan tetapi sekumpulan orang yang akan melaksanakan keputusan tersebut. Aku bukanlah seorang yang mengada-adakan dan membuat perkara yang baru di dalam Islam, melainkan aku hanya orang yang akan mengikut seluruh ajaran agama yang ada. Tidak seorangpun yang boleh mematuhi pemimpin yang memerintahkan untuk melakukan maksiat kepada Allah S.W.T. Aku bukanlah orang terbaik di antara kalian semua, akan tetapi aku hanya di kalangan orang yang Allah S.W.T amanahkan tanggungjawab yang berat dibanding dengan kalian semua".
Ucapan beliau ini menggambarkan kepada kita betapa tegasnya khalifah Umar b Abdul Aziz berpegang teguh kepada ajaran Islam berpandukan kepada kitabullah dan Sunnah Rasulullah. di samping itu beliau komited untuk tidak membuat apa-apa keputusan di dalam menjalankan sesuatu hukuman secara sendiriannya sebaliknya akan menyerahkan kepada sekumpulan pihak yang diberi autoriti khusus dalam pentadbirannya.. Kemudian beliau telah memberi peringatan serta wasiat kepada 5 perkara untuk dijadikan sebagai panduan dan juga pedoman kepada rakyat di bawah pemerintahannya, iaitu :
" Sesiapa yang hendak menjadi sebahagian daripada kita, maka hendaklah dia bersama dengan kita dalam melaksanakan Lima PERKARA. JIka dia tidak bersedia untuk melakukannya, maka hendaklah dia tidak bergabung bersaam kita, iaitu :
PERTAMA : Memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan.
KEDUA : Berperanan aktif dalam menyebarkan kebaikan dengan semampunya.
KETIGA : Memberikan petunjuk dan jalan kebaikan kepada orang yang ingin melakukannya.
KEEMPAT: Hendaklah seseorang tidak menyebarkan fitnah dan hasutan di antara kita.
KELIMA : Hendaklah tidak menolak segala sesuatu yang tidak membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain..
Di samping itu juga, Umar b. Abd Aziz juga telah mengingatkan umat Islam supaya perbanyakkan mengingati mati serta persiapkanlah segala bekalan yang diperlukan sebelum ajal menjemput kalian. Beliau telah memberikan syarat dan juga garis panduan kepada rakyat di bawah pemerintahannya dengan menghadkan hanya kepada Lima Sebab sahaja bagi masyarakat yang ingin berhubung langsung untuk bertemu dengannya, iaitu :
1. Hendaklah dengan tujuan ingin menyampaikan suatu hajat daripada seseorang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri kepada khalifah - iaitu sebagai penghubung antara dirinya dengan orang yang tidak dapat menemuinya.
2. Hendaklah orang yang menemuinya itu adalah orang yang ingin membantunya melakukan kebaikan sesuai dengan kemampuannya atau memperingatkan khalifah tentang suatu keburukan.
3. Mewajibkan mereka yang ingin mendekatkan diri kepadanya untuk sentiasa menunjukkannya kepada kebaikan umat dan agama.
4. Melarang orang yang ingin mendekatinya menyampaikan suatu 'ghibah' kepadanya.
5. Melarang orang yang ingin mendekatkan diri kepadanya untuk masuk campur ke dalam masalah hukum dan apa-apa yang tidak bermanfaat bagi masyarakat awam.
Inilah antara beberapa wasiat dan juga perintah ulung Umar bin Abdul Aziz ketika beliau mula-mula menjawat jawatan sebagai khalifah Islam sebaik sahaja di baiat oleh kauj muslimin di zaman pemerintahan Bani Umaiyah..
Rujukan:
Dr. Ali Muhammad Muhammad Al-Shallabi, Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2011.