Translate

Saturday, 8 March 2014

NIKAH MUT'AH: BERMUT'AH SEOLAH-OLAH MENZIARAHI KAABAH 70 KALI..?

1.  Pengikut Syiah meyakini bahawa sesiapa yang bermut'ah dengan wanita Muslimah seolah-olah telah menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali (berdasarkan hadis palsu yang dicipta oleh puak syiah). Adakah pegangan dan amalan syariat yang diwar-warkan oleh Imam-Imam Syiah ini sahih dan syar'ie..?

2.  Apakah yang dimaksudkan dengan Nikah Mut'ah? Nikah Mut'ah ialah nikah yang menghadkan tempoh masa tertentu dalam akad nikah seperti seorang lelaki berkata kepada wali perempuan: "kahwinkn aku dengan anak perempuan kamu selama sebulan". Ianya juga disebut sebagai nikah kontrak. Ia lebih menjurus kepada zina berdasarkan kepada ciri-ciri berikut:

     a)  Mut'ah tak perlukan saksi.
     b)  Tidak wajib nafkah ke atas suami.
     c)  Harus menghimpunan lebih daripada empat isteri.
     d)  Isteri tidak mewarisi harta suami.
     e)  Tidak perlu persetujuan wali.
     f)  Tempoh kahwin boleh jadi sejam atau kurang.
     g)  Terfasakh akad tanpa saksi.

3.  Nikah Mut'ah adalah tidak sah bagi Ahli Sunnah tetapi sah pada pandangan Syiah. Al-Imam Nawawi menyebut dalam kitab syarah Sahih Muslim: Pendapat yang terpilih ialah Mut'ah diharamkan dan pernah diharuskan sebanyak dua kali. Mut'ah adalah halal sebelum daripada peperangan Khaibar. Kemudian diharamkan selama-lamanya selepas tiga hari daripada peperangan Khaibar. Ulama' Sunni bersepakat mengatakan Mut'ah adalah nikah bertempoh yang tidak ada padanya warisan harta. Perpisahan antara lelaki dan wanita tersebut sudah cukup untuk membawa kepada terbatalnya tempoh akad walaupun tanpa talak. Dan menjadi Ijmak ke atas pengharaman Mut'ah daripada semua para Ulama' melainkan golongan Ar-Rawafidh, pecahan daripada Syiah.

4.  Kenapa Mut'ah diharamkan? Mut'ah telah dieksploitasi dengan sejelik-jelik eksploitasi dan para wanita telah dihina dengan seburuk-buruk hinaan. Ramai orang yang telah memuaskan keinginan seks mereka berselindungkan Mut'ah dan atas nama agama.  Mereka telah mengemukakan beberapa riwayat yang menggesa kepada Mut'ah, menyediakan pahala kepada yang melaksanakannya serta balasan buruk kepada yang meninggalkannya bahkan sesiapa yang tidak mengamalkannya dianggap bukan muslim. Di antara dalil-dalil yang kononnya daripada hadis Nabi S.A.W: " Sesiapa yang bermut'ah dengan wanita Muslimah seolah-olah telah menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali". Adakah orang yang bermut'ah dengan wanita sama dengan menziarahi Kaabah sebanyak 70 kali? Dengan siapa ? Dengan perempuan muslimah?

5.  As-Saduq telah meriwayatkan daripada As-Shadiq, Sabda Rasulullah s.a.w: " Sesungguhnya mut'ah agamaku dan agama nenek moyang ku. Sesiapa yang beramal dengannya dia telah beramal dengan agama kami, sesiapa yang mengingkarinya, dia telah mengingkari agama kami dan telah beriktikad dengan selain agama kami". Kata-kata ini jelas mengkafirkan sesiapa yang tidak menerima mut'ah. Bersabda Nabi lagi: "Sesiapa yang bermut'ah sekali akan selamat dari kemarahan Allah terhadapnya, sesiapa yang bermut'ah dua kali, akan dikumpulkan dengan orang-orang yang baik, sesiapa yang bermut'ah tiga kali mereka akan bersama ku di dalam syurga". Inilah antara hadis-hadis palsu yang direka-reka oleh para ulama Syiah untuk menghalalkan perbuatan Nikah Mut'ah di kalangan mereka.

6.  Seorang lagi ulama Syiah As-Sayid Fathallah Al-Kashani meriwayatkan pula dalam 'Tafsir Minhaj As-Shodiqin', daripada Nabi s.a.w telah bersabda : " Sesiapa yang bermut'ah sekali darjatnya seperti darjat Al-Hussin, sesiapa yang bermut'ah dua kali darjatnya seperti darjat Al-Hasan, sesiapa yang bermut'ah tiga kali darjatnya seperti darjat Ali bin Abu Talib, sesiapa yang bermut'ah empat kali maka darjatnya seperti darjat ku ".

HUKUM SEBENAR MUT'AH

7.  Sesungguhnya mut'ah dibenarkan pada zaman Jahiliah. Apabila Islam datang, Islam mengekalkan mut'ah untuk beberapa tempoh sebelum mengharamkannya pada hari Khaibar. Tetapi yang tersebar di kalangan orang-orang Syiah dan Fuqaha' kita ialah Umar bin Al-Khattab yang mengharamkannya. Inilah yang diriwayatkan oleh sebahagian Fuqaha'kita. Pendapat yang betul dalam masalah ini ialah mut'ah telah diharamkan pada hari Khaibar. Berkata Amirul Mukminin: " Rasulullah telah mengharamkan pada hari Khaibar daging keldai dan nikah mut'ah".

Kerosakan Dan Kesan Buruk Mut'ah

8.  Terdapat beberapa kesan buruk dan juga kerosakan yang boleh berlaku jika mut'ah ini diamalkan,iaitu:

     a)  Mut'ah bertentangan dengan nas-nas syariah kerana mut'ah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t.

     b)  Terdapat rekaan riwayat dusta dan disandarkan kepada Imam serta kandungan riwayat tersebut yang keras mencela. Tidak ada yang redha (celaan tersebut) ke atas mereka (Imam) kepada sesiapa yang masih terdapat di dalam hatinya sekecil zarah daripada iman.

     c)  Antara kerosakan Mut'ah ialah mengharuskan bermut'ah dengan wanita yang telah berkahwin meskipun wanita tersebut masih menjadi isteri orang tanpa pengetahuan suaminya. Dalam keadaan ini, tidak akan rasa selamat para suami ke atas isteri-isteri mereka. Kadang-kadang wanita yang sudah berkahwin boleh mut'ah tanpa pengetahuan suaminya yang yang sah dan tanpa mendapatkan redhanya.Inilah kebinasaan setelah kebinasaan.

      d)  Para ibu bapa juga tidak selamat dengan anak-anak gadis dara mereka yang mungking berkahwin mut'ah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Ibu bapa akan terkejut melihat anak gadis mereka telah hamil...sebab apa ? Bagaimana ? Tidak diketahui...dengan siapa ? Tidak tahu anak gadis telah berkahwin dengan seseorang, siapakah dia ? Tiada siapa mengetahui kerana lelaki tersebut meninggalkan anak gadisnya dan menghilangkan diri.

     e)  Kebanyakan golongan yang mengamalkan mut'ah ini mengharuskan mut'ah kepada diri mereka dengan anak-anak gadis orang lain. Tetapi jika sekiranya seseorang tampil meminang anak-anak gadis mereka atau saudara mereka dan ingin berkahwin mut'ah, mereka tidak akan setuju mahupun meredhainya kerana mereka menganggap perkahwinan ini seakan-akan zina. Mengharuskan pada diri sendiri tetapi mengharamkan pada diri orang lain.

     f)  Mut'ah tidak ada padanya saksi, makluman kepada orang ramai dan juga keizinan wali gadis yang dipinang. Tidak ada padanya pembahagian harta perwarisan daripada lelaki yang mengamalkan mut'ah kepada wanita yang dikahwininya dengan cara mut'ah.Perempuan itu seolah-olah seperti disewanya dan dilanggganinya seperti perempua pelacur.

     g)  Mut'ah membuka ruang kepada orang yang hna dan rendah keturunannya daripada pemuda dan pemudi bagi menyandarkan maksiat mereka kepada agama dan membawa kepada kekeliruan pada gambaran agama dan penganutnya.

9.  Oleh yang demikian, telah jelas kepada kita mudarat-mudarat Mut'ah kepada agama, masyarakat dan akhlah. Justeru itu mut'ah diharamkan. Jika ada pada mut'ah itu kebaikan, kenapa ianya diharamkan. Akan tetapi apabila terdapat banyak kerosakan pada mut'ah maka Rasulullah s.a.w dan Amirul Mukminin telah mengharamkannya.

Adakah anda ingin meneruskan pegangan anda bahawa mut'ah itu masih halal ?

Sumber: Syeikh Al-Allamah DR. Husain Al-Musawi, Kenapa Aku Meninggalkan Syiah?

Nota: Dr. Husain Al-Musawi, penulis buku "Kenapa Aku Meninggalkan Syiah' ini merupakan seorang ulama' mujtahid Syiah yang membesar dalam keluarga tersebut sehingga menjadi seorang tokoh ilmuwan hebat di kalangan ulama' syiah yang akhirnya bertukar iktikad daripada akidah Syiah kepada akidah Ahli Sunnah. Antara ulama' Syiah lain yang kembali ke dalam akidah Ahli Sunnah setelah menemui cahaya kebenaran ialah As-Sayid Musa Al-Musawi dan As-Sayid Al-Katib.

Friday, 7 March 2014

JAUHILAH PIMPINAN YANG BERSIFAT RIAK DAN SOMBONG - YANG MUDAH DIDAMPINGI IBLIS

(Titah Ucapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah di Persidangan Ke-186, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak di Kompleks Islam Darul Ridzuan, Ipoh, Perak - 6 Mac 2014)
 
Pemerintahan Islam pertama telah dirintis penubuhannya di Madinah daripada susulan peristiwa Hijrah. Antara tindakan awal yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika sampai di Madinah adalah mengadakan bancian penduduk. Bancian yang dilaksanakan tidak hanya terbatas kepada membanci bilangan penduduk dari segi pecahan jantina, kaum dan usia, tetapi merangkumi aspek-aspek guna tenaga kerja, penguasaan ilmu pengetahuan, tahap literasi dan pegangan agama. Data-data yang dikumpulkan, lalu dijadikan asas untuk merancang dan membangunkan sistem dan corak pemerintahan sebuah negara Kota Madinah atau The City State of Medina.

Dalam merangka formula sesebuah pemerintahan, maklumat yang tepat lagi terperinci, terutama mengenai profil penduduk merupakan komponen penting, demi memastikan program yang diformulasikan menepati keperluan serta bersesuaian dengan budaya, komposisi serta taburan penduduk setempat dan semasa. Nyatalah, Baginda Rasulullah SAW membangunkan pemerintahan dan mengolah kerangka urus tadbir negara berpaksikan ummah ataupun berkonsepkan people-centric .

Ketika sampai di Madinah, daripada jumlah 10,000 penduduk Madinah, bilangan umat Islam, kombinasi kaum Ansar Madinah berserta kaum Muhajirin Mekah hanya sekitar ratusan orang . Hampir 50 peratus penduduk Madinah ketika itu terdiri daripada keturunan Yahudi yang terpecah kepada 10 puak; sementara penduduk keturunan Arab terbahagi kepada 12 kabilah . Keadaan penduduk Arab di Madinah pula tidak segagah Arab Quraisy Mekah yang memiliki kekayaan, menguasai perdagangan, serta mempunyai struktur politik yang tersusun.

Pada hakikatnya, negara Islam pertama di Kota Madinah dibangunkan atas dukungan rakyat pelbagai agama, pelbagai kaum, pelbagai puak, pelbagai kabilah dengan kumpulan minoriti Islam diberikan kepercayaan berada di puncak sistem pemerintahan. Ia diperoleh melalui kebijaksanaan Rasulullah SAW merangkaikan kerjasama, menyatukan penduduk daripada pelbagai pegangan dan fahaman agama, latar belakang sejarah, status ekonomi serta kaum dan kabilah. Baginda berjaya memupuk hubungan harmoni, menyemaikan sifat saling menghormati, mempamerkan sifat toleransi, merangkaikan hubungan kerja yang produktif serta merangka strategi tanggungjawab pertahanan untuk menghadapi musuh.

Perlembagaan Madinah adalah Perlembagaan bertulis yang pertama di dunia; mengandungi 52 Perkara, berteraskan prinsip ‘Satu Pemerintahan - Satu Perundangan’, menempatkan Rasulullah SAW sebagai kuasa tertinggi kehakiman, perundangan dan eksekutif, sementara Rasulullah meletakkan diri Baginda sebagai seorang hamba dan pesuruh Allah, teguh berpegang kepada prinsip, hanya Allah yang memiliki sumber kuasa.

Para ilmuwan merumuskan bahawa Perlembagaan Madinah terbahagi kepada dua komponen. Komponen pertama: mengenai hubungan di antara umat Islam sesama Islam yang berjaya dicapai dalam tahun pertama berlakunya Hijrah, terkandung dalam Perkara 1 sehingga Perkara 23; sementara komponen kedua: menyusul selepas kejayaan tentera Islam dalam Peperangan Badar, mengenai prinsip hubungan umat Islam dengan kaum Yahudi. Peperangan Badar disifatkan sebagai faktor yang melakarkan imej kekuatan umat Islam, meletakkan umat Islam berada dalam status yang disegani, digeruni lantas dihormati.

Senario tersebut berperanan mendorong kaum Yahudi untuk menandatangani perjanjian kerjasama, menjalinkan perikatan dan persetujuan perlindungan dengan umat Islam. Perlembagaan Madinah turut memberi jaminan bahawa kalangan bukan Islam diberikan kebebasan beragama. Bagi sebuah negara Kota (City State) dengan 10,000 penduduk, dan secara relatif tidak berhadapan dengan isu-isu yang terlalu kompleks pada era tersebut, Perlembagaan Madinah yang mengandungi 52 Perkara, adalah sebuah Perlembagaan yang sangat terperinci lagi komprehensif. Terkandung di dalamnya semangat-semangat kesetiaan, kerjasama, toleransi, hormat-menghormati, serta jaminan keadilan dan perlindungan saksama kepada setiap penduduk meskipun berlainan agama, kaum dan kabilah.

Senario dan semangat yang terkandung di sebalik penggubalan Perlembagaan Madinah, adalah kajian kes yang menarik untuk dibandingkan dengan senario dan semangat yang terkandung di sebalik penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu :

Pertama: Rakyat di Tanah Melayu terdiri dari pelbagai penganut agama serta berlatar belakang pelbagai kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Kedua: Tanah Melayu terdiri dari lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan empat Negeri Melayu Bersekutu di bawah pemerintahan sembilan Raja Melayu, serta dua Negeri Selat di bawah kuasa Gabenor Jeneral.

Ketiga: Tahap pencapaian ekonomi serta tahap penguasaan literasi yang berbeza di kalangan penduduk.

Keempat: Tercapai persefahaman antara penduduk pelbagai negeri, pegangan agama dan kaum untuk bekerjasama dan bersatu membina dan membangunkan sebuah negara merdeka.

Kelima: Orang Melayu meskipun penduduk majoriti, tetapi paling tertinggal dan berada di belakang dari segi literasi, pencapaian pendidikan, bilangan profesional, juga penguasaan eko­nomi. Namun orang Melayu diberikan sokongan untuk memimpin perjuangan kemerdekaan dan seterusnya pim­pinan Melayu diberikan kepercayaan untuk memimpin se­buah Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, selanjutnya pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Keenam: Pimpinan Melayu Islam memperlihatkan dan mengamalkan keadilan dengan memberikan hak dan perlindungan kepada bukan Islam dan bukan Melayu dari segi kebebasan beragama, budaya dan bahasa, berkonsepkan semangat Satu Negara - Satu Pemerintahan, dan setiap penduduk wajib membuktikan kesetiaan dalam semangat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang berjaya digubal adalah antara Perlembagaan bertulis yang disifatkan sangat komprehensif. Tun Mohamed Suffian (Allahyarham), mantan Ketua Hakim Negara dalam tulisannya mencatatkan:

Petikan:
"For such a small country Malaysia has a fearfully long and elaborate Constitution and the visitor from Mars may be forgiven for thinking that our Constitution must have been devised by a mad professor of constitutional law."

Terdapat beberapa unsur persamaan di antara senario dan semangat di sebalik penggubalan Perlembagaan Madinah dengan senario dan semangat di sebalik penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Rakyat di Tanah Melayu, disusuli kemudiannya dengan rakyat di Sabah dan Sarawak ketika mencapai kata persetujuan penubuhan Malaysia, turut dirahmati Ilahi dengan barisan pemimpin yang ikhlas dan berwawasan jauh.

Di dalam hati dan jiwa Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra serta rakan-rakan pimpinan seangkatan, Allah telah memancarkan cahaya keikhlasan kepimpinan hingga segala kelemahan bangsa Melayu ketika itu, tidak menghalang untuk pemimpin Melayu Islam diberikan kepercayaan, diangkat untuk memimpin negara dan rakyat.

Apakah DNA kekuatan yang ada pada pimpinan Melayu Islam pada era pra dan pasca merdeka, begitu juga pada era pra dan pasca penubuhan Malaysia? Jawapannya terletak kepada kepercayaan rakyat akan sifat ikhlas dan kesungguhan pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat hingga ke peringkat mengorbankan diri masing-masing seperti yang dibuktikan oleh Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail, terus mengabadikan perkhidmatan kepada negara dan rakyat meskipun menanggung keuzuran penyakit yang berat.

Apakah serapah kekuatan yang ada pada orang Melayu Islam pada era pra dan pasca merdeka, begitu juga pada era pra dan pasca penubuhan Malaysia? Dalam kedua-dua era tersebut orang Melayu, meskipun berlainan kabilah politik, kekal bersatu dalam perkara-perkara prinsip menyentuh martabat dan maruah bangsa, dan umat Islam bersatu teguh mempertahankan perkara-perkara pokok menyentuh kesucian Islam. Di samping itu orang Melayu Islam ketika itu, turut bersedia menerima kepelbagaian serta menghormati perbezaan. Orang Melayu dan umat Islam ketika itu, berjiwa besar, terbuka sifatnya, luas pandangannya, lebih yakin pada dirinya lalu mencerminkan sifat kesederhanaan (moderation), menolak suara-suara ekstrem dan tidak akan mensensasikan perkara-perkara remeh. Melayu Islam ketika itu bersedia menerima kepelbagaian, menghormati perbezaan dan tidak bersifat homogenik.

Umat Islam dan orang Melayu yang berlainan pandangan dibawa berdiskusi dan berdialog secara rasional lagi bertamadun selaras dengan sifat ilmuwan yang berusaha untuk membantu ummah menemui cahaya kebenaran. Umat Islam dan orang Melayu hari ini, jangan tersalah sukat, jangan tersilap bacaan, merasakan diri mereka sudah terlalu kuat. Umat Islam dan orang Melayu muncul sebagai tenaga pimpinan yang kuat di bumi ini pada era pra dan pasca merdeka, kerana mereka ketika itu menyedari kelemahan dan kekurangan ummah dan bangsanya, lalu majoriti mereka mengambil pendirian, berusaha mengumpul dan menggabungkan setiap kekuatan yang ada sesama mereka,

‘... menjemput yang jauh
menghimpun yang dekat
kalau alim hendakkan doanya
kalau kaya hendakkan emasnya
kalau buta penghembus lesung
kalau pekak pembakar bedil ...’

Falsafah perpaduan yang digambarkan melalui perbilangan Adat Perpatih itu diadaptasi oleh orang Melayu, lalu terbina satu tenaga atau force yang dihormati, memiliki kegagahan mempertahankan kesucian agama dan maruah bangsa, berupaya menyebarkan syiar Islam dan mengangkat martabat bangsa.

Kini, sumber kekuatan ummah dan bangsa kelihatan semakin diruntuhkan berpunca daripada pelbagai kemungkaran. Umat Islam dan orang Melayu ketika ini pula semakin berlumba untuk mendedahkan kelemahan sesama sendiri, saling melukiskan wajah Melayu mana yang lebih hodoh. Jika keadaan ini terus berlarutan, umat Islam dan orang Melayu tidak lagi memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkan kesucian Islam dan bangsa Melayu di bumi ini.

Ketika bangsa tersilap anggapan bahawa dirinya telah begitu ke hadapan dalam era modenisasi dan globalisasi, ada baiknya diingatkan kembali, pesanan orang tua-tua, ‘buat baik berpada-pada - buat jahat jangan sekali’, ‘jika tersesat di hujung jalan - segera balik ke pangkal jalan’, agar bangsa tidak akan berakhir dengan senario menang sorak - kampung tergadai, bernasib setinggan di bumi sendiri.

Semoga Allah SWT mengamanahkan tangungjawab pimpinan negara dan pimpinan ummah di kalangan hambanya yang memiliki sifat-sifat tawaduk dan takwa, memiliki kekuatan membela nasib bangsanya serta ketegasan mempertahankan kesucian Islam, dan turut berjaya membawa ummah dan watan mencapai nikmat kesejahteraan di bawah naungan pemerintahan yang senantiasa mendapat rahmat Ilahi. Jauhilah pimpinan ummah dan negara daripada terlepas ke tangan orang-orang bersifat riak dan sombong hingga mereka begitu mudah didampingi Iblis untuk melakukan kerosakan di bumi ini. 

Semoga Allah SWT menganugerahkan taufik dan hidayah kepada Beta serta ahli-ahli Majlis untuk dapat membangunkan ummah dan watan menurut yang diredai oleh Mu Ya Allah. Amin, Ya Rabul ‘Alamin.

Monday, 3 March 2014

KENYATAAN AKHBAR NGO-NGO ISLAM PRK KAJANG- TOLAK CALON ADA SIFAT-SIFAT DAJJAL


KENYATAAN AKHBAR NGO-NGO ISLAM MENGENAI
PILIHANRAYA KECIL DUN KAJANG

Pilihanraya Kecil DUN Kajang yang penuh dengan kontroversi  secara rasminya akan bermula 11 Mac 2014 dengan penamaan calon dan diikuti dengan pembuangan undi pada 23 Mac 2014. Sejak pengosongan kerusi DUN Kajang yang dibuat secara tiba-tiba yang telah menyusahkan banyak pihak, berbagai pandangan dan anggapan telah dilontarkan. Kini bakal-bakal calon sibuk menemui pengundi dengan berbagai program walaupun secara teknikalnya kempen sedemikian hanya boleh dilakukan selepas hari penamaan calon.

Bagi pihak NGO-NGO Islam perkara yang paling menarik perhatian bagi kami ialah tentang pencalonan Anwar Ibrahim mewakili PKR dalam pilihanraya kecil tersebut. NGO-NGO Islam berpendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak memenuhi mana-mana kriteria untuk bertanding dalam PRK tersebut terutama apabila beliau sendiri menonjolkan diri untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya memenangi pilihanraya kecil tersebut.

Para pengkaji politik daripada kalangan NGO-NGO Islam telah mengenalpasti secara berfakta lebih 20 alasan syar’i mengapa pengundi DUN Kajang semestinya menolak Anwar Ibrahim. Antara alasan syar’i yang telah disenaraikan termasuklah:

1.      Persoalan Aqidah dalaman Anwar Ibrahim dikatakan berpegang dengan fahaman Pluralisme yang menganggap tidak ada mana-mana satu agama lebih superior dari agama yang lain. Dalam ertikata yang lain Anwar Ibrahim menganggap status Islam sama sahaja dengan agama-agama samawi dan yang bukan samawi.

2.      Persoalan murtad dalamana Anwar Ibrahim dikatakan bersetuju bahawa memilih pegangan agama adalah hak individu apabila seseorang itu telah mencapai satu peringkat umur.

3.    Persoalan penggunaan Kalimah Allah dalamana Anwar Ibrahim dilaporkan secara terbuka menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh penganut agama lain termasuk melalui  ucapan beliau di dalam gereja baru-baru ini.  Pandangan sedemikian amatlah bertentangan dengan titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri.

4.      Anwar Ibrahim dalam beberapa ucapan menyentuh persoalan agama terutamanya dalam program-program diadakan di luar Negara. Dengan lantang beliau mempamerkan sikap liberal beliau terhadap beberapa perkara asas berkaitan dengan amalan agama seperti amalan songsang LGBT dan beberapa tuntutan penyokong-penyokong gerakan Hak Asasi Manusia.

5.      Anwar Ibrahim terlibat secara langsung dengan gerakan Yahudi Antarabangsa di Amerika dan di Eropah. Pandangan beliau mengenai “two state solutions” untuk menyelesaikan persoalan Palestin bukan sahaja tidak dapat diterima oleh masyarakat Islam sedunia, pandagan sedemikian juga mendapat bantahan keras daripada pimpinan Hamas .

Fakta-fakta di atas sebenarnya merupakan sebahagian sahaja daripada fakta-fakta pokok yang lain seperti persoalan moral dan akhlak termasuk  persoalan integriti dan kredibiliti yang akan kami dedahkan menjelang PRK Kajang nanti. Fakta-fakta ini jika dicantumkan menjadi hujah yang paling kental mengapa pengundi Kajang khasnya dan rakyat Malaysia umumnya mesti menolak hasrat Anwar Ibrahim untuk menerajui Selangor.  

Dengan membayangkan mudarat yang bakal timbul kepada masa depan aqidah umat Islam terutamanya di Selangor sekiranya beliau memenangi PRK Dun Kajang, kami mewakili gabungan NGO-NGO Islam sepakat dan beriltizam untuk menggerakkan seluruh kekuatan kolektif yang ada untuk turun padang dalam PRK Kajang bagi memberi penerangan kepada para pengundi tentang siapa sebenarnya manusia Anwar Ibrahim dan bahaya memilih beliau mewakili Dun Kajang seterusnya menerajui negeri Selangor.

Kami juga akan membayangkan bencana dan malapetaka yang akan timbul sekiranya Anwar Ibrahim menang di Kajang dan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Amat jelas daripada kenyataan-kenyataan hinga kini bahawa sebagai Menteri Besar beliau akan menggunakan kuasa yang ada untuk menstruktur semula sistem perundangan dan pentadbiran negeri bagi disesuaikan dengan prinsip-prinsip liberalsime, pluralisme dan tuntutan-tuntutan sosial yang berselindung disebalik nama Hak Asasi Manusia.

NGO-NGO Islam meramalkan seandainya Anwar Ibrahim terpilih dan menerajui negeri Selangor, akan menyebabkan timbulnya pergolakan dan pertembungan di antara rakyat di negeri Selangor yang sudah tentu akan merebak ke seluruh Negara. Strategi turun ke jalan raya yang biasanya menjadi pilihan beliau mungkin sekali lagi menjadi opsyen utama selain daripada menggerakkan massa untuk bangun menentang dan seterusnya meruntuhkan sistem yang ada yang dianggap beliau sebagai lapuk dan tidak sesuai dengan peredaran masa.

NGO-NGO Islam juga meramalkan akan berlaku pertembungan langsung di antara Islam dan bukan Islam kerana fahaman yang dibawa oleh Anwar Ibrahim membuka ruang yang luas kepada kebebasan beragama yang sebahagiannya menyentuh persoalan aqidah yang seperti diketahui bagi masyarakat Islam isu aqidah adalah sesuatu yang ”non-negotiable”.

Akhirnya seperti yang biasa disyarahkan melalui penulisan-penulisan yang membicarakan persoalan tauhid khususnya rukun iman, kita didedahkan dengan fenomena turunnnya makhluk “Dajjal” di akhir zaman bertujuan untuk menyesatkan manusia dari segi pegangan aqidah dengan menggunakan berbagai cara dan gaya. Dibimbangi dengan apa yang dibawa oleh Anwar Ibrahim menggambarkan sedikit sebanyak  ciri-ciri “Dajjal” seperti yang digambarkan oleh guru-guru yang muktabar. 

Pengundi-pengundi Kajang terutamanya yang beragama Islam diminta supaya tidak termakan dengan gula-gula Anwar Ibrahim sebaliknya menolak beliau secara ”outright” atas nama Aqidah Islamiyah yang murni itu. Sedarlah bahawa memberi satu undi kepada Anwar Ibrahim bermakna memberi undi kepada kehancuran Aqidah Ummah.

BERTARIKH PADA 3 MAC 2014

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden Jati Malaysia

DATO AIDIT GHAZALI
Pengerusi Yayasan Murni Aqidah

UST MOHAMED HAFIZ MOHAMED NORDIN
Timbalan Presiden Gabungan Bela Hak Insan P.Pinang
Pengerusi PEMBELA

TN HAJI AZRIL MOHD AMIN
Pengerusi MuslimUPRo

UST. SHAMSUDDIN BIN MONER
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia 

Sunday, 2 March 2014

MENJIWAI RUH PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA MENURUT PERLEMBAGAAN


MENJIWAI RUH PERJUANGAN  AGAMA, BANGSA DAN NEGARA
MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
  
PENDAHULUAN

1. Ramai di kalangan kita yang menyebut soal perjuangan ’Agama, Bangsa dan Negara’ dalam setiap ucapan dan juga dalam meletakkan matlamat hala tuju perjuangan mereka. Tetapi berapa ramai yang faham dan menjiwai tentang apakah yang dimaksudkan dengan ’Agama, Bangsa dan Negara menurut takrifan serta hak-hak yang kita perjuangkan menurut Perlembagaan Negara.

2. Satu syarahan khas yang disampaikan oleh Y.Bhg Dato’ Mohd Nor bin Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia pada 1 Mac 2014 telah membongkar segala rahsia yang tersurat dan tersirat dengan kata-kata keramat ’Agama, Bangsa dan Negara’ ini menurut Perlembagaan Malaysia.

3. Saya sempat untuk mencatatkan beberapa perkara penting apa yang telah disampaikan oleh Dato’ Mohd Nor bin Abdullah ini sewaktu mengikuti syarahan beliau tempohari. Di sini saya ingin kongsikan beberapa maklumat dan juga kupasan ilmiah yang tidak pernah disampaikan oleh beliau secara terbuka di mana-mana media ataupun pentas-pentas ceramah yang dibentangkan oleh beliau sebelum ini.

HURAIAN DAN PENERANGAN

AGAMA:


 4.    Artikel 3 (1), Perlembagaan Persekutuan: ” Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan”. Ini menjelaskan bahawa Islam adalah teras dan tunjang kepada sistem pemerintahan negara ini tanpa menyekat kebebasan hak penganut agama-agama lain untuk mengamalkan agama mereka. Kebebasan beragama ini pula hanya terhad kepada penganut-penganut agama lain sahaja; ianya tidak termasuk orang yang beragama Islam seperti yang termaktub dalam  Artikel 11 (1): ”Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi tertaktuk kepada Fasal (4), mengembangkannya di mana Undang-Undang Negeri dan Persekutuan boleh mengawal dan menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

5.    Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan ataupun sebagai agama Negara ini diperkukuhkan lagi dengan Artikel 12: ”... adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelenggara atau membantu dalam menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud berkenaan”. Jelas kepada kita bahawa perjuangan untuk memartabatkan Islam di Malaysia merupakan satu hak dan juga kedudukan istimewa bagi umat Islam yang dibenarkan mengikut Perlembagaan Negara. Ini bertepatan dengan kedudukan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong selaku Ketua Negara yang secara tradisi dan lazimnya adalah seorang Sultan/Raja yang  beragama Islam menurut artikel  32 :” Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong”. Peranan utama SPB Yang di-Pertuan Agong seperti yang diikrarkan dalam Sumpah Jawatan Baginda adalah untuk memelihara pada sebilang masa kedudukan Islam sebagai agama Negara seperti dalam Jadual Keempat (Perkara 37): ”...Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap di atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam Negeri”. 

6.    Inilah asas dan teras kepada perjuangan kita bila menyebut soal memartabatkan perjuangan agama dalam ruang lingkup yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. SPB Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara sendiri berikrar untuk memelihara Agama Islam, maka sudah tentulah Islam merupakan satu-satunya agama yang dijunjung dan wajib dimartabatkan kedudukannya sepanjang masa. Dalam erti kata lain kita mesti berjuang untuk menyekat sebarang ancaman yang boleh menggugat kesucian Agama Islam.

BANGSA:

7.    Bila kita menyebut soal perjuangan bangsa maka bangsa yang dinyatakan di sini merujuk kepada bangsa apa? Adakah ianya merujuk kepada tiga kaum/bangsa utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India sahaja ? Hakikatnya bila kita menyebut bangsa maka ianya adalah merujuk kepada Orang Melayu, Orang Asli di Semenanjung, Anak Negeri Sabah dan Anak Negeri Sarawak. Kaum cina dan India tidak termasuk dalam takrifan bangsa menurut Perlembagaan Persekutuan kerana kaum Cina akan merujuk satu bangsa yang asalnya di Negara China dan kaum India adalah merujuk kepada bangsa asalnya di Negara India. Tidak ada takrifan secara khusus dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan siapakah bangsa Cina dan India. Hatta satu patah perkataan pun tidak ada menyebut soal bangsa Cina maupun India. Yang ada cuma pernyataan mengenai kepentingan sah ”kaum-kaum lain” seperti yang tertulis dalam Artikel 153 (1) Perlembagaan Persekutuan.

8.    Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan menyatakan tentang tafsiran keempat-empat bangsa yang menjadi penduduk asal di Semenanjung Tanah Melayu dan juga Sabah dan Sarawak:

”Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan (a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau (b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian.

”Orang Asli” ertinya orang asli Semenanjung Tanah Melayu.

Bagi maksud tafsiran mengenai anak negeri Negeri Sabah dan Sarawak adalah seperti dinyatakan dalam Artikel 161A, (6) dan (7):

”Anak Negeri Sarawak” seseorang yang merupakan warganegara yang tergolong sebagai ras asli bagi Negeri itu atau yang berketurunan campuran yang berasal daripada ras-ras tersebut, iaitu Bukitan, Bisayah, Dusun, Dayak, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kelabit, Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit), Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.

”Anak Negeri Sabah”, seseorang yang merupakan warganegara, iaitu anak atau cucu kepada seorang daripada suatu ras asli Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas Hari Malaysia) sama ada di Sabah atau dengan bapanya berdomisil di Sabah pada masa kelahiran itu.

9.    Jelas kepada kita bahawa  kaum pribumi di Semenanjung Tanah Melayu terdiri daripada Orang Melayu dan Orang Asli. Sementara kaum pribumi di Sabah adalah ’anak negeri Sabah’ dan di Sarawak adalah ’anak negeri Sarawak’. Inilah saja empat kaum terbesar yang diiktiraf mengikut takrifan dalam Perlembagaan Persekutuan bila kita menyebut soal penduduk pribumi di Malaysia. Bagaimana pula dengan kedudukan kaum Cina dan India ? Mungkin kedua-dua kaum ini bolehlah kita namakan mereka sebagai ’bangsa Malaysia’ atau ’komuniti Malaysia’ yang termasuk dalam istilah ’kaum-kaum lain’ yang dinyatakan dalam Artikel 153 (1).

10.Justeru, apakah yang hendak kita perjuangkan dan kita pertahankan untuk mempastikan hak-hak kaum pribumi ini terus terpelihara tidak terabai oleh setiap pemerintah di negara ini dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan :

Pertama: Mempertahankan serta memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Artikel 152 : ”Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen”.

Kedua: Mempastikan perizaban kuota berkenaan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri di Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Artikel 153 (1). Ianya menjadi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain. Perizaban kuota ini berkaitan dengan perjawatan-perjawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan kedudukan tempat di universiti dan kolej, serta peluang-peluang dalam perniagaan dan pemilikan equiti.

Ketiga: Mempastikan terpeliharanya Tanah Simpanan Melayu dan mewujudkan lebih banyak lagi tanah-tanah Simpanan Melayu untuk masa depan Orang Melayu seperti yang termaktub dalam Artikel 89 (1): ” Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah Simpanan Melayu sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu..” dan Artikel 89 (2) : ” Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam boleh diistiharkan sebagai tanah simpanan Melayu..”

Keempat: Memperjuangkan hak serta melindungi kepentingan Orang Asli. Artikel 8 (5),(c) Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan tiada undang-undang yang boleh menidakkan atau melarang apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah ) atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam. Perkara ini perlu dirancang dan diperjuangkan bersama oleh orang Melayu agar kedudukan orang asli terus terbela dan terpelihara sebagai sebahagian daripada penduduk pribumi di negara ini.

NEGARA:

11.Apakah yang dimaksudkan dengan negara menurut tafsiran Perlembagan Persekutuan? Menurut tafsiran undang-undang di dalam Perlembagaan Persekutuan Artikel 1 (1); negara yang dimaksudkan di sini adalah Persekutuan Malaysia : ” Persekutuan dinamai Malaysia dalam bahasa Melayu dan dalam bahasa Inggeris. Menurut wasiat Raja-Raja Melayu sewaktu negara nak mencapai kemerdekaan 1957: ” Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

12. Walaupun Persekutuan Tanah Melayu telah bertukar namanya kepada Malaysia sejak penubuhan Malaysia pada 16 September 1963, tetapi nama Malaysia berasal daripada perkataan bahasa Inggeri yang kata terbitannya ’Malay’ bermakna Melayu. Penambahan ’sia’ kepada perkataan ’Malay’ membawa maksud bahawa Melayu ini adalah rumpun bangsa yang dari geografinya berjiran dengan Indonesia yang juga ada ’sia’ di hujung namanya, dan begitu juga ’sia’ pada nama Malaysia ini menisbahkan bahawa negara Melayu ini berada di kawasan bumi Asia Tenggara di Benua Asia. Jelas kepada kita bahawa kata terbitan ’Malay’ dalam bahasa Inggeris yang bermaksud ’Melayu’ pada nama Malaysia tetap merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu. 

13. Ini diperkukuhkan lagi dengan tafsiran dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, iaitu ”Persekutuan” ertinya  Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Ini bermakna bahawa sebutan Persekutuan Tanah Melayu masih kekal dalam Perlembagaan Malaysia. Begitu juga bila kita mentafsirkan siapa dia orang asli di dalam Perlembagaan menurut Artikel 160, yang mana ”Orang Asli” ertinya orang asli Semenanjung Tanah Melayu. Yang mana Semenanjung Tanah Melayu ini dipanggil dalam bahasa Inggeris sebagai ’Malaya’. Ini bermakna bahawa pernyataan nama Semenanjung Tanah Melayu masih kekal dalam Perlembagaan Negara.

14. Justeru, bila kita menyebut apa-apa perkara yang berkaitan dengan perjuangan untuk negara ataupun Malaysia maka ianya merujuk kepada Persekutuan Tanah Melayu dan juga Negeri-Negeri di Sabah dan Sarawak. Jangan pula kita beranggapan bahawa istilah ’Tanah Melayu’ sudah tidak wujud dalam Perlembagaan Negara dan juga dalam soal mentakrifkan negara kita ini sebagai bumi milik asal Orang Melayu.

PENUTUP

 Inilah hakikat yang harus kita hayati dan kita jiwai bila kita melaung-laungkan slogan untuk perjuangan ’Agama, Bangsa dan Negara’. Ianya tidak boleh lari daripada memartabatkan serta memperkukuhkan kedudukan Islam sebagai agama Negara, memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu, orang asli, anak negeri Sabah dan anak negeri Sarawak dan seterusnya mempastikan kedaulatan bumi yang kita pijak dan langit yang kita junjung ini terus kekal di bawah teraju kepimpinan politik kaum pribumi melayu kerana negara ini adalah Tanah Melayu.


SHAMSUDDIN BIN MONER
Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

Sumber Rujukan :

1.    Syarahan Dato’ Mohd Nor Abdullah, Mantan Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, anjuran Perkasa Malaysia di IBBM, Hulu Kelang, 1 Mac 2014.
2.     Perlembagaan Persekutuan.

Friday, 28 February 2014

AL-QURAN SENDIRI MENGANJURKAN PLURALISME AGAMA - ANWAR IBRAHIM

Ucapan Anwar Ibrahim semasa dialog “Religion and Pluralisme in a Divided World” pada 18 Mac 2010, di London School of Economic (LSE):

Anwar Ibrahim: "Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup...."

"Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut."

"Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali...."



" Al-Quran sendiri menganjurkan Plralisme Agama seperti dalam firman Allah SWT, Tidak ada paksaan dalam agama"; maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak, maka kenyataan Al-Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti."

" Kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati nulari (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh 'pihak lain', terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan Muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeludup masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang."

" Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religius Pluralisme) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ni lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara".

( ANWAR IBRAHIM)

Jawaban kita terhadap kenyataan Anwar Ibrahim di atas:

Asas kpd risalah daripada Allah swt adalah "aku bersaksi tidak ada ilah (tuhan yg berhak disembah) melainkan Allah"

Adakah ajaran kristian, sikh, hindu dan lain2 ini menyembah tuhan yg Esa?

Bagaimana dgn ajaran kristian yg menganggap Isa itu anak tuhan?

Bagaimana pula dgn ajaran2 agama yg lain yg menggunakan "perantaraan" patung2 dan berhala2 sebagai tuhan2 yg lain sebagai Allah?

Bagaimana dgn ajaran2 agama yg sentiasa berubah ubah kerana pena drpd tangan pendeta2 mereka?

Firman Allah swt:
"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu." (al Maedah: 3)

"Barang siapa yang tidak percayakan Taghut (sembahan selain drpd Allah), dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus selama lamanya" (al Baqarah: 256)

Kesimpulan:
Pendirian dan kepercayaan yg diimani dan dilafazkan oleh Anwar Ibrahim ini sangat2 bertentangan dengan sumber asal Islam yg datangnya daripada Allah swt iaitu al quran.

Ini bermakna bahawa jika rakyat di Kajang memberikan ruang dan kuasa kepada Anwar Ibrahim dalam PRK pada 23 Mac ini maka ianya akan membuka lagi kemudharatan kesesatan kpd umat Islam di Kajang secara khusus dan kepada umat Islam di Selangor dan Malaysia secara umumnya!

Tolak Anwar bermakna kita menolak pluralisme agama. Menerima Anwar bermakna kita menerima pemikiran pluralisme agama yang sesat.

Wednesday, 26 February 2014

Adakah Anwar Ibrahim terlibat dgn Fahaman Sesat Islam Liberal?

Liberalisme adalah satu faham yang berkembang di Barat.

Prinsip2 pemikiran fahaman sesat ini ialah:
 
 1.prinsip kebebasan individu mutlak.

2.prinsip kontrak sosial.

3.prinsip masyarakat pasaran bebas.

4.perinsip meyakini wujudnya Pluraliti Sosio - Cultural dan Politik Masyarakat.

Misi utama Islam Liberal adalah untuk menghalang @ menghancurkan gerakan Islam fundamental.

Kesamaan cita-cita mereka dengan cita-cita Amerika, iaitu menjadikan Turki sebagai model bagi seluruh negara Islam.

Prof. Dr. John L. Esposito menegaskan bahawa Amerika tidak akan rela mengiktiraf negara Islam sebelum seluruh negara-negara Islam tampil seperti Turki.

Dr. Greg Barton ialah seorang pengkaji & pendokong kpd fahaman sesat Islam Liberal yang merupakan profesor di Monash University, Australia bertindak memancarkan segala doktrin sesat Islam Liberal yg berpusat di Universiti Harvard,(The Pluralisme Project) ke Asia melalui Universiti Monash dan disalurkan ke negara-negara yang menjadi sasarannya.

Menurut Dr Greg Barton, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada namanya "Liberal", tetapi lebih hebat kerana Islam Liberal berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah.

Islam Liberal akan meruntuhkan prinsip2 asas Al Quran melalui methodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan methodologi ijtihad (penafsiran) terbuka.

Abu Saif al Mahshari, Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Pulau Pinang dalam kertas kerjanya menyenaraikan beberapa tokoh pemula yang menjadi rujukan kpd fahaman sesat Islam Liberal iaitu John Locke, Immanuel Kant dan Voltaire.

Tokoh - tokoh ini dipanggil 'Religious Enlightenment' (Pencerahan agama). Kemudian dikuti oleh Adam Smith dan diperbaharuhi oleh Charles Kurzman dan lain-lain.

Fakta yg harus diketahui:

1. Ketika berucap di Forum New York Democracy Forum, Amerika Syarikat (Disember 2005) dan the Assembly of the World Movement for Democracy di Istanbul, Turki (April 2006) Anwar Ibrahim mengakui demokrasi dan kebebasan berasaskan pemikiran John Locke, yang mempengaruhi penggubalan undang-undang Amerika, turut menegaskan yg ianya juga sesuai di dunia Muslim untuk memenuhi keinginan manusia kepada kebebasan dan demokrasi.

2. Anwar Ibrahim menulis dalam Journal of Democracy (Oktober 2007) bertajuk "Anwar Ibrahim on freedom, democracy and the rule of law " memetik pendapat John Locke yang membenarkan individu menentang kerajaan sekiranya kerajaan menyekat hak kebebasan asasi. Dalam tulisan itu Anwar secara jujur mengakui gembira bersekutu bersama NED, sebuah Yayasan Demokrasi tajaan Amerika.

3. Ketika berforum dengan Emma Rothchild (keluarga Rothchild pemilik akhbar Liberation, Perancis ?) dalam 'Wacana Empat Tokoh di Florence, Italy' (2007) Anwar menggesa umat Islam agar memberi perhatian kepada pemikiran 'Adam Smith' yang telah diketengahkan oleh Emma Rothchild.

4. Anwar Ibrahim bersetuju dengan gesaan Muhammad Iqbal (salah seorang tokoh Islam Liberal) agar umat Islam membuka pintu ijtihad yang seakan-akan telah ditutup dan dengan pembukaan semula pintu ijtihad Anwar berpendapat umat Islam dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.

Tokoh kontemporari yang menjadi rujukan kpd kumpulan fahaman sesat Islam Liberal ini adalah Charles Kuzman, Professor Sosiologi di University of North Carolina, US.

Charles Kurzman turut menyenaraikan nama Anwar Ibrahim (Malaysia) sebagai salah seorang antara tokoh2 pendokong fahaman sesat Islam Liberal, sebaris dengan Abdurrahman Wahid (Indonesia), Asghar Ali Engineer (India), S.M. Zafar (Pakistan), Rachid Ghannouchi (Tunisia), Benazir Bhutto (Pakistan), Fatima Mernissi (Morocco), Ali Shari`ati (Iran), Muhammad Iqbal (India), Nurcholish Madjid (Indonesia) dan lain-lain.

Tuesday, 25 February 2014

BOLEHKAH ANWAR BERGELAR YAB. DATO' MENTERI BESAR SELANGOR..?

21 DALIL KENAPA ANWAR IBRAHIM TAK LAYAK JADI MB SELANGOR:

1. Di bawah undang2 Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Perkara 52 (2)(a) dan Perkara 53 kuasa melantik MB adalah atas budi bicara DYMM Sultan Selangor. Adakah Anwar direstui oleh Sultan Selangor..?

2. Secara tradisinya perlantikan MB Selangor adalah dari kalangan mereka yang lahir di Selangor..Dah sahih Anwar lahir di P.Pinang.

3. Seseorang y...ang nak dilantik sebagai MB Selangor mesti seseorang yg tak ada rekod jenayah..Seseorang yg bergelar Dato' pun akan ditarik balik darjah Dato' Selangor jika ada kes di mahkamah. Inikan pula dalam kes DSAI yg telah sabit dihukum penjara 6 tahun.

4. Imej DSAI peringkat antarabangsa yg berhubung rapat dgn pro zionis terutamanya dgn Kumpulan Yahudi Jerman iaitu Konrad Adenauer Foundation (KAF).

5. Keretakan dalam Pakatan Pembangkang sendiri yg mana terdapat di kalangan pimpinan Dap, Pas dan PKR sendiri yang tidak setuju keputusan anwar utk tannding di PRK Kajang dan menyingkirkan Khalid sbg MB Selangor..Masih ramai Adun2 Dap,Pkr dan Pas mahukan T.Sri Khalid kekal sbg MB.

6.. Majoriti Ngo2 Melayu Islam tempatan di Selangor menolak dan membantah beberapa pendirian Anwar dalam soal survival melayu dan Islam di Selangor. Anwar lebih mirip kpd fahaman liberalisme dan pluralisme agama KHUSUSnya dalam pendiriannya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja yg ditentang hebat oleh Ngo2 Islam seperti ACCIN dan PEMBELA termasuk rakan2 lamanya dalam ABIM.

7. Anwar secara terbuka telah menyokong keselamatan Israel yg disiarkan dlm The Wall Street Journal ( WSJ) bertarikh 26 Januari 2012 dgn melafazkan kata sokongan kpd segala usaha utk menjaga keselamatan negara Israel dgn berhasrat utk membuka hubungan diplomatik bersama Israel. Ini bercannggah dgn dasar luar negara yg tidak mengiktraf kewujudan negara Israel..

8. Anwar telah dikenali umum oleh bekas2 rakan karibnya dalam ABIM termasuk oleh Allahyarham Dr Uthman ElMuhammady sbg seorang yg berfahaman pluralisme agama yg menganggap semua agama di dunia ini sama saja matlamatnya untuk kebaikan dan akan ke syurga. Tak layak jadi MB Selangor kerana MB mesti seseorang yg kuat berpegang kpd Ahlus Sunnah Wal Jamaah..Pluralisme Agama terkeluar dari agama Islam.

9. Anwar telah menunjukkan sikap takabbur apabila mengesahkan dalam wawancara dgn Australia Network's Newsline (Jim Middleton) yg disiarkan 7 Feb 2014 bahawa beliau sedang dlm perbincangan dgn Tan Sri Khalid utk menggantikan sbg MB Selangor yg baru. Sedangkan pd 29 Januari Pas selangor menolak secara terbuka perlantikan Anwar sbg MB Selangor yg baru...

10. Diperingkat serantau Anwar telah menjalin hubungan rapat dgn Jaringan Islam Liberal (JIL) yg dah diketahui umum mendapat bantuan dana drpd musuh2 Islam bagi menyebarkan fahaman pluralisme, Liberalisme dan sekularisme di Indonesia.

11. Anwar disebut2 untuk merencanakan menjadikan Malaysia sbg sebuah negara republik. Beliau sebelum ini merupakan pengasas dan bekas presiden Foundation for the future (FFF) YG terlibat secara proaktif memulakan 'Arab Spring' di negara2 timur tengah yg menyaksikan kejatuhan kerajaan2 di sana.

12. Cara perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR adalah tidak bermaruah dah bermoral..Dah menang besar majoditi 6824 undi tapi menyalahgunakan proses demokrasi utk kepentingan Anwar yg gagal jadi PM pada PRU 13..Disyaki ada unsur rasuah dan sogokan oleh Anwar kpd ADUN Kajang ntuk mengosongkan kerusi berkenaan.

13. Anwar masih lagi dalam proses menghadapi kes rayuan Peguam Negara terhadap kes liwat kedua Mohd Saiful Bukhari..Jika dlm rayuan nanti Anwar didapati bersalah maka kedudukan Anwar sbg ADUN Kajang dan juga MB Selangor akan bermasalah dan menjadi konflik baru kepimpinan negeri di selangor..Lebih selamat jika Sultan Selangor tidak melantik Anwar sbg MB dari awal lagi.

14. Terdapat tidak kurang 12 kes2 lain di mahkamah Sivil, sama ada yg sedang berjalan, telah diputuskan atau telah ditarik balik yg melibatkan saman jutaan ringgit oleh atau terhadap Anwar sendiri. Adakah rakyat selangor mau melihat MB selangor lepas ni kerjanya hanya naik turun mahkamah.

15. Anwar pernah menipu rakyat tentang provokasi murahannya utk ambil alih Perdana Menteri Malaysia pada 16 Sep 2008 dgn memberi tempoh 2 minggu kpd Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dgn mendakwa ada 31 ahli Parlimen BN yang akan melompat ke Pakatan Pembangkang. Ternyata omong kosong.

16. Anwar seorang pemimpin yg tiada nilai integriti dgn sering memutarbelitkan pendirian beliau dan juga org lain dalam pelbagai isu. Beliau sudah hilang integriti dan tidak layak memimpin khasnya utk dilantik sbg MB Selangor.

17. Anwar sering diserang secara peribadi yg membongkar perlakuan buruk akhlaknya oleh bekas teman2 rapat beliau. Namun beliau membisu dan tidak berani mengheret dan menyaman malu ke mahkamah atas fitnah. Jika ada yg disaman ke mahkamah seperti dr chandra muzaffar maka Anwar tarik semula saman tersebut kerana tak berani berhadapan dgn kenyataan2 benar jika dibicarakan di mahkamah.

18. Fahaman pro republikan yg menjadi aspirasi perjuangan Anwar ke Putrajaya dgn mencanangkan kuasa rakyat akan mengakibatkan semua agenda Islam, Melayu dan Mendaulatkan Institusi Raja2 Melayu terus terpinggir.Akhirnya Institusi Raja akan diruntuhkan.

19. Anwar sering menggunakan kaedah2 yg tidak beretika iaitu matlamat menghalalkan cara utk mencapai sesuatu cita2nya.

- Tahun 1999 mendakwa terdapat konspirasi terancang utk membunuhnya dgn racun arsenic dan suntikan virus HIV dalam penjara..

- Tahun 2001 berlakon sakit tulang belakang hingga terpaksa berkerusi roda dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2004 mendapatkan rawatan sakit belakang di Hospital Munich, Jerman dlm keadaan berjalan sendiri dan memakai pendakap leher.

- Tahun 2008 mendapatkan perlindungan di kedutaan Turki dgn alasan ada pihak mahu membunuhnya sedangkan beliau lari drpd soal siasat polis dlm kes saiful.

-2008 mendakwa 31 MP BN sedia untuk keluar BN Menyertai pakatan pembangkang.

-2009 mendakwa Prof Dr Yusof al Qardhawi menyokongnya dlm kes tuduhan liwat oleh Saiful.

20. Kebanyakan kawan2 karib beliau serta pegawai2 yang pernah rapat dgn beliau telah bermufaraqah dgn beliau. Antaranya Dato Dr Sidiq Baba, Hj Ismail Mina, Dr Halili Rahmat, Anuar Shaari bekas su sulitnya, Dato Zulkifli Nordin bekas peguambelanya, Dr Chandra Muzafar, Ezam Mohd Nor bekas Supolnya dan ramai lagi.

21. Anwar juga sering terlibat dlm majlis2 dan perhimpunan2 yg melanggar perundangan negara seperti BERSIH, Seksualiti Merdeka, Blackout 505..

Kesemua fakta dan 21 DALIL ini membuktikan bahawa Anwar tidak layak dipilih sbg ADUN KAJANG dan MB SELANGOR.