Translate

Thursday 5 February 2009

KELUAR PARTI HARUS; KELUAR ISLAM HARAM (MURTAD)

1. DSAI pernah mencanangkan bahawa lebih 30 orang Ahli Parlimen BN akan keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008. Semua penyokong pemimpin UMNO dan BN menjadi kelam kabut dan rakyat di seluruh negara juga menjadi tersentak dengan provokasi yang dilakukan oleh DSAI sejak 6 bulan yang lalu. Ianya benar-benar mendebarkan semua pihak terutamanya apabila rombongan Ahli-Ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan pada bulan Ramadhan yang lalu diekori dijejaki oleh 3 orang MP PKR, iaitu YB Tian Chua, YB. Saifudin Ismail dan YB Johari Abdul. Gerakan ketiga-tiga MP PKR ini persis seperti pemburu yang mengejar buruannya.

2. Disebabkan begitu genting sangat kedudukan kerajaan BN di peringkat pusat maka timbullah cadangan daripada BN untuk membentangkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti di parlimen untuk menyekat seseorang ahli parlimen itu melompat ke parti lain. Sebaliknya, ramai di kalangan MP pembangkang yang memberi pandangan bahawa Akta Lompat Parti ini adalah bercangggah dengan hak asasi. Ada juga di kalangan PAS yang berpandangan bahawa melompat parti itu tidak salah dan tidak berdosa kerana ianya bukan perbuatan murtad ataupun keluar Islam. ini kerana pada ketika itu Pakatan Rakyat amat yakin bahawa ramai di kalangan MP BN, terutamanya UMNO akan bersedia untuk melompat ke PKR untuk membolehkan kerajaan baru pimpinan DSAI dibentuk melalui pintu belakang.

3. Pada masa itu mereka langsung tidak sedar bahawa cara terbentuknya kerajaan melalui pintu belakang ini adalah tidak bermoral dan menafikan mandat rakyat yang telah mengundi calon-calon BN dalam Pilihanraya ke-12 yang lalu. Ini kerana, sesiapa sahaja di kalangan Mp UMNO yang melompat ke PKR maka ianya akan menguntungkan Pakatan Rakyat.

4. Sama juga dengan tindakan ADUN Bota pada minggu lepas yang mengisytiharkan keluar UMNo dan menyertai PKR menerusi DSAI. Pada masa itu MB perak, Nizar jamaluddin telah membuat kenyataan bahawa tindakan ADUN Bota itu adalah hak peribadi beliau dan menafikan bahawa ianya satu pengkhianatan. Keluarlah fatwa harus dan boleh di kalangan mereka.

5. Sebaliknya bila 2 orang Exco PKR Perak dan seorang ADUN DAP ( Timbalan Speaker) Negeri Perak mengisytiharkan keluar daripada PKR dan DAP, maka datanglah fatwa dan hukum baru di kalangan mereka yang mengatakan bahawa UMNO telah membeli calon-calon ini dan mereka pula mendesak supaya Akta Lompat Parti ini perlu. Itulah manusia, apabila kerugian berlaku di pihak mereka maka lain pula alasannya.

6. Bagi saya, lompat parti ataupun bubar DUn untuk pilihanraya kecil bukanmenjaqdi persoalan. Sama ada berlaku pembelian calon dengan puluhan juta ringgit juga bukan menjadi perkara pokok. Apa yang penting ialah tentang masa depan Islam dan juga Melayu di Perak. Adakah dengan berlakunya bertukaran kerajaan ini maka orang melayu akan menjadi lemah dan Islam akan terhina di Perak. Siapa yang untuk jika BN memerintah semula Perak.

7. Kerajaan Pakatan Rakyat hanya mempunyai 3 orang ADUN Islam PKR dan 6 orang ADUN PAS. ini bermakna bahawa daripada 31 kerusi DUN Perak yang diterajui oleh Pakatan Rakyat di perak hanyalah dipimpin oleh 9 ADUN Islam dan 22 ADUn bukan Islam. Sebaliknya jika BN ambil alih kerajaan Negeri Perak daripada Pakatan Rakyat maka ADUN Islam dalam Kerajaan BN berjumlah 29 orang dan cina 2 orang. ini bermakna bahawa kuasa kerajaan Perak di bawah BN akan lebih treserlah keislaman dan kemelayuannya berbanding PKR. Takkan lah sifir dan kira-kira mudah ni, tak dapat dibaca oleh pemimpin-pemimpin PAS dan pemimpin melayu PKR.