Translate

Tuesday 10 January 2012

MAHKAMAH DIANGGAP BEBAS BILA PENJENAYAH DIBEBASKAN..!

1. Dunia dan Rakyat di Malaysia telah mengiktiraf Sistem Kehakiman di negara ini bebas daripada pengaruh dan campurtangan Eksekutif dan juga politik..Keputusan Hakim Mahkamah TInggi Kuala Lumpur pada 9 Jan baru ni yang membebaskan pertuduhan Liwat ke atas DSAI telah membuktikan bahawa mahkamah di negara ini bersih dan bebas daripada campurtangankerajaan dan pemimpin negara yang berkuasa.

2. Adakah mahkamah hanya dianggap adil dan juga bebas hanya apabila hakim membebaskan Orang Kena TUduh (OKT) dalam sesuatu kes jenayah...Adil dan bebaskah hakim itu apabila memenangkan kes dengan berpihak kepada OKT..? Bagaimana pula jika Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru mejatuhkan hukuman bersalah kepada DSAI..? Adakah natijahnya seluruh dunia dan rakyat di negara ini akan melabelkan mahkamah serta hakim di negara ini tidak adil dan ada konspirasi pihak pemerintah..?

3. Bagaimana dengan kes DR MOhd KHir Toyo, Mantan MB Selangor; Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember yang lalu telah memutuskan bahawa Dr Khir Toyo bersalah dengan dihukum penjara setahun dan dilucutkan hak pemilikan harta yg dijadikan bahan kes berkenaan.. Kenapa dunia dan juga rakyat di Selangor khasnya tidak melabelkan Hakim dan mahkamah tersebut tidak adil dan tidak bebas...bukankah ini boleh diprejudiskan sebagai adanya satu konspirasi daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor hari ini di bawah Pakatan Pembangkang yang mengcungkil fail-fail PKNS untuk mengenakan pensabitan kes rasuah ke atas Khir Toyo..?

4. Nampaknya dunia hari ini hanya akan mengiktiraf keputusan mahkamah menjadi adil dan hakim yang menghakimi itu bebas membuat keputusan hanya apabila hakim membuat keputusan membebaskan OKT sahaja....beratlah ukuran persepsi adil dan bebas tu bergantung kepada bersalah ataupun tidak..kenapa kita tidak melihat kepada fakta kes dan juga keseluruhan laporan penggulungan kes oleh hakim...

5. Selepas dari kes ini, maka semua kes-kes yang akan dibicarakan dimahkamah yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik sama ada di pihak pemerintah maupun pembangkang; ianya hanya diiktiraf sebagai adil serta bebas bila semua pendakwaan ke atas OKT dibebaskan dan dilepaskan..

6. Nampaknya hari ini rakyat kita masih jahil dan dungu lagi tentang penilaian terhadap sesuatu proses penghakiman di mahkamah, mereka tidak menilai dari sudut proses prosiding dan juga hak-hak OKT yang diberikan oleh sesuatu mahkamah kepada OKT, sebaliknya mereka hanya nak tahu result penghakiman, iaitu disabitkan salah ataupun dibebaskan...

7. Lepas ni saya mencadangkan supaya selepas sahaja sesuatu kes itu berjalan prosidingnya di mahkamah maka bila sampai hari pengadilan di mana rakyat nak tahu sama ada kes itu sabit atau tidak, maka kita serahkan penghakiman kepada rakyat untuk menentukannya, RAKYAT Menjadi HAKIM, buat kaedah SMS macam af-undi Akademi Fantasia...lihat apa respons rakyat....hakim hanya jalankan tugas melaksanakan proses perbicaraan dan pendengaran awam di mahkamah sahaja. keputusan pensabitan kes kita serahkan sahaja kepada rakyat..tercapailah hasrat kita untuk mempraktikkan 'rakyat sebagai hakim'..