Translate

Wednesday 7 October 2009

AYAT AL-QURAN DAH JADI KORAN DI BAGAN PINANG

1. Di negara jiran kita Indonesia, Surat Khabar harian yang dijaja pada setiap hari untuk bacan umum dinamakan sebagai ' KORAN'. KOran ini adalah bahan berita yang ditulis dan juga dihebahkan oleh pemberita pada setiap hari mengikut selara dan juga kehendak pemberita dan juga Ketua-Ketua Pengarang Koran berkenaan.

2. Sebaliknya di Pilihanraya DUN Bagan Pinang yang kempen-kempen politik di sana bermula pada 3 OKtober lalu dan sehingggalah tamat kempen pada 10 Oktober ni nanti, ayat-ayat suci al-Quran al-Karim telah dijadikan sebagai bahan-bahan kempen dan juga gelak ketawa dan juga sandiwara oleh penceramah-penceramah parti politik, termasuk dari kalangan m,ereka yang bukan Islam. Mereka sewenang=wenangnya membacakan ayat dan memberikan terjemahan serta huraiannya tanpa mengetahui tentanng asbabul Nuzul dan juga tafsiran hakiki kepada ayat-ayat yang dibacakan itu. Nampaknya ayat-ayat Quran ni dah dijadikan seperti KORAN di Indonesia.

3. Nak menang pilihanraya kecil, mereka terpaksa mencari-cari ayat-ayat yang sesuai untuk digunakan bagi membidas musuh-musuh politik mereka. Rasulullah membacakan ayat-ayat Al-Quran bertujuan untuk membuktikan kebesaran Allah s.w.t dan juga untuk meyakinkan orang-orang Musyrikin Mekah tentang mukjizat al-Quran dan juga kemurnian ajaran Islam. tetapi, mereka yang mengaku memperjuangkan Islam dan berpolitik mengikut al-Quran, sebaliknya telah memperalatkan ayat al-Quran semata-mata untuk meraih undi dan sokongan dalam plihanraya. Yang anehnya, terdapat beberapa orang pemimpin kafir yang mmebaca ayat al-Quran di pentas-pentas ceramah dengan tujuan untuk menarik perhatian sokongan orang islam yang kononya mereka ni faham Islam.

4. Di zaman Nabi dahulu, apabila adik Umar al-Khatab membacakan ayat 1-5 daripada Surah Taha kepada abangnya Umar maka Umar yang pada asalnya nak memukul adiknya telah terketar-ketar dan jatuh pedangnya kerana mendengar ayat yang dibacakan ini. Yang lucunya, salah seorang pemimpin PKR beragama Hindu, Gobalakrisnan dalam ceramahnya di bagan Pinang telah membaca ayat al-Quran: " Wamakaru wamakarallah, Wallahu hairul makirin". Dalam ceramah tersebut, bila Gobalakrisnan selesai membaca ayat ini, maka ramai di kalangan penyokong-penyokong PAS yang mendengarnya jadi bergetar hati-hati mereka. INilah kehebatan Gobalakrisnan. Tetapi, bila pemimpin PAS membaca ayat-ayat Quran ni, tak ada seorangpun penyokong-penyokong PAS yang tergetar hatinya.

5. Itu pasal PAS terpaksa memanggil TUan Guru Gobalakrisnan untuk membantu kempen-kempen ceramah mereka di Bagan Pinang. Ini kerana bagi mereka kemungkinan Gobalakrisnan ni sama tarap dengan Bilal Ibnu Rabah yang sama-sama berkulit hitam dan seorang yang mustajab bacaan al-Qurannya.

6. Saya cadangkan supaya selepas ini, Pejabat Agama P.Dickson mengeluarkan tauliah mengajar ilmu tafsir kepada Gobalakrisnan. Nanti bolehlah TUan Guru Gobalakrisnan mengadakan kelas pengajian tafsir al-Quran kepada ahli-ahli PAS di Teluk Kemang di Masjid Bagan Pinang agar kefahaman ahli-ahli PAS terhadap ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran akan lebih mantap.