Translate

Thursday 21 May 2009

SATU MALAYSIA-SELARAS DENGAN PIAGAM MADINAH?

Sirah Rasululah Menjadi Pedoman

Apakah asas dan juga teras kepada gagasan ‘Satu Malaysia’ yang dikemukakan oleh Dato’ Sri Najib Razak ? Adakah ianya bersumberkan Syariah ataupun berkiblatkan kepada ideologi DAP?

Mungkin ramai yang tidak peka dengan ucapan Dato’ Sri Najib ketika berucap merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 24 Mac 2009. Di sini saya ingin mengimbas kembali ucapan tersebut, katanya: “Dalam tradisi Melayu Islam, apabila sesat di tengah jalan kita dianjurkan kembalilah semula ke pangkalnya melalui proses muhasabah dan introspeksi. Oleh itu, sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita mengambil semangat dan pengajaran dari perjalanan sirah Baginda sebagai contoh pemimpin transformasi yang teragung. Baginda telah berjaya memimpin dan mentarbiah masyarakat jahiliah yang diliputi kegelapan menuju sinar ketamadunan”.

Dalam ucapannya di majlis tersebut juga, beliau telah menceritakan sirah Rasulullah semasa hijrah tentang bagaimana baginda telah menyatukan antara kaum Auz dan Khazraj. Kemudian mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Selepas itu menyatupadukan pula orang-orang Islam dan bukan Islam. Semua ini dilakukan kerana Rasulullah menyedari peri pentingnya perpaduan sebagai asas kota Madinah ketika itu.

Seterusnya Dato’ Sri Najib menghuraikan antara nilai-nilai utama yang menentukan maju mundur sesuatu bangsa itu, antaranya adalah muafakat, berdisiplin, menghormati waktu, mengotakan janji, dedikasi kepada tugas, pelaksanaan yang cekap, ketekunan bekerja dan meletakkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan diri. Inilah sebenarnya nilai-nilai sarwajagat Islam yang telah diterapkan oleh Rasulullah dalam membimbing umat mencapai “al-falah”.

Lantaran itu, maka dalam ucapan penggulungan Persidangan Agung UMNO pada 28 Mac 2009, Dato’ Sri Najib yang baru mengambil alih jawatan Presiden UMNO pada persidangan tersebut telah berikrar dan beriltizam di hadapan Perwakilan UMNO bahawa beliau akan mendaulatkan agenda Islam serta mempertingkatkan penghayatan dan pelaksanaannya di semua sudut, termasuk rohani, ekonomi, sosial, mahupun budaya hidup. Tegasnya lagi, usaha untuk mengembangkan syiar Islam tidak akan pernah kunjung padam dan akan teruskan perjuangan untuk mendaulatkan agama Islam.

Inilah ikrar dan juga iltizam seorang Presiden sebuah pertubuhan siasah Islam yang terbesar di negara ini untuk meletakkan kepentingan Islam dan maslahah umum mengatasi kepentingan peribadi sebagaimana yang telah diterapkan oleh Rasulullah dalam memimpin serta membimbing umatnya mencapai kejayaan ”al-falah”; hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.

Perkara sama ini juga telah diperjelas dan diperteguhkan oleh Dato’ Sri Najib di hadapan pegawai kerajaan dan penjawat awam dalam ucapan perdananya di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-10, 28 April yang lalu, katanya : ”Dalam hal konsep rakyat didahulukan ini, marilah kita merenung sirah Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang agung, betapa Baginda dengan prihatinnya meletakkan keutamaan yang tinggi kepada kepentingan dan kebajikan masyarakat sehinggakan di saat-saat akhir riwayat baginda, kalimah yang diucapkan adalah ‘umatku, umatku, umatku’.

Selanjutnya, selaku Perdana Menteri yang baru, Dato’ Sri Najib mengajak dan menyeru seluruh kakitangan perkhidmatan awam agar mengambil pengajaran daripada kepimpinan Rasulullah yang sangat kasih dan penyayang kepada seluruh umat dalam mengangkat kepentingan rakyat dalam khidmat masing-masing.

Seperti apa yang diungkapkan oleh Dato’ Sri Najib kepada Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebelum ini (24 April 2009-Dewan Merdeka, PWTC) iaitu, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah daripada sikap-sikap mazmumah kepada sikap-sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin bekerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat. Berubahlah, jika tidak, kita rebah.

Adalah jelas dan meyakinkan kita bahawa konsep ’Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang digagaskan oleh Dato’ Sri Najib adalah satu gagasan dan juga falsafah yang bersumberkan kepada sirah Rasulullah . Bersesuaian dan bertepatan dengan risalah Islam dan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah yang mana Islam itu untuk ’rahmatan lil-alamain’ ( rahmat sekelian alam).

Friday 1 May 2009

NIK ABDUH MENGINSAFKAN SAYA

1. Kenyataan Nik Abduh ( Anak Tok Guru Nik Aziz) menyifatkan pembantu-pembantu ayahnya telah memberi gambaran salah tentang situasai yang berlaku tentang kerajaan perpaduan demi meraih keuntungan politik sehingga menunjukkan seolah-olah budaya kotor menular dalam PAS. Beliau menjelaskan bahawa ayahnya menolak kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang sebelum ini adalah berasaskan kepada maklumat salah yang diberikan oleh pembantu-pembantu ayahnya. Mereka yang berlagak serba tahu ini seronok untuk melaga-lagakan di antara ayahandanya, Nik Aziz dengan Hadi Awang. Jelasnya lagi, sebenarnya ayahnya bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh presiden parti, Hadi Awang dengan syarat BN memberikan jawatan-jawatan penting seperti Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran.

( Ironinya, kenapa pula Nik Aziz tidak memberikan syarat kepada PKR dan juga DAP semasa membentuk Pakatan Rakyat untuk memberikan jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pelajaran ini..?)

2. Suara dan rintihan hati kecil yang ikhlas dari anak tok guru ini telah menginsafkan saya tentang perangai dan juga tabiat jahat punahsihat-pusahsihat PAS yang berada di keliling Tok Guru Nik Aziz. Bayangkanlah..! Bagaimana orang sejahat ini boleh diterima oleh Tok Guru sebagai penasihatnya, dan bayangkan juga bagaimana seorang pemimpin tertinggi yang dihormati serta berpengalaman seperti Nik Aziz boleh dikelentong dan juga diperkudakan oleh orangt-orang bodoh dan jahat seperti ini.

3. Tak hairanlah kalau penyokong-penyokong PAS dan juga orang-orang kampung yang jahil tentang politik dan agama di kampung-kampung boleh ditemberang dan juga diperbodohkan oleh pecacai-pecacai PAS seperti ini hampir setiap malam di ceramah-ceramah agama dan juga ceramah-ceramah politik mereka di seluruh negara.

4. Tindakan NIk Abduh menyerang habis-habisan dalam blognya tentang gelagat dan juga kebodohan penasihat-penasihat di keliling ayahandanya NIk Aziz, menjelaskan kepada kita bahawa orang sepertinyapun dah hilang sabar dan dah mula insaf tentang masa depan Islam dan umat Melayu di negara ini.

5. Sayapun dah mula insaf dengan setiap apa saja percakapan dan juga kenyataan yang akan dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz di masa-masa akan datang. Dulu, saya memang sentiasa menghormati dan juga percaya bulat-bulat dengan apa sahaja yang diperkatakan oleh Nik Aziz. Bagi saya beliau adalah seorang Tok Guru yang sentiasa bercakap berasaskan kepada kebijaksanaan dan juga berpandukan al-Quran dan Sunah. Nik Abduh telah menyedarkan saya tentang apa yang selalu diucapkan oleh NIK AZIZ. Rupa-rupanya ada penasihat-penasihat bodoh dan jahat di belakang Nik Aziz yang sentiasa cuba melaga-lagakan para pemimpin dalam PAS dan juga termasuk di kalangan UMNO sendiri.

6. Saya nasihatkan agar Nik Abduh supaya mencadangkan nama saya sebagai salah seorang penasihat ayahandanya yang baru. CV saya ada pada profil di laman blog saya ini. Manalah tahu, kalau-kalau saya boleh membantu Tok Guru dalam memberi nasihat yang berguna demi perpaduan umat Islam di negara ini. Saya insaf sekarang, insaf.. insaf.. astaghfirullahil'azim.