Translate

Thursday, 22 November 2012

FATWA MENYEBARKAN AJARAN PARTI POLITIK SAMA DENGAN AKIDAH ISLAM

Keputusan Mesyuarat Khas JK Fatwa Kebangsaan pd 15 feb 2001 telah memutuskan bahawa:

" 1. Tiada halangan utk menggunakan perkataan Islam oleh mana2 pertubuhan, malah digalakkan tetapi hendaklah berdisiplin dgn ilmu, iman dan ehsan.

2. Seseorang itu sudah diiktiraf sbg Islam jika menepati rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak mana2 pihak menambah apa2 syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Justeru sesiapa yg mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa2 cara juapun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yg termasuk dlm perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.

3. Ketentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T. Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kpd org atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yg mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dgn apa2 cara jua pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dlm perbuatan menyebarkan ajaran salah dan menyeleweng.."
 
ulasan: Justeru, sama-samalah kita renungkan setiap bibit-bibit perkataan daripada Nik Aziz serta para pemimpin PAS yang mengatakan UMNO ini adalah tidak islam dan UMNO ini tiada agama dan UMNO ini adalah murtad...!

Tuesday, 18 September 2012

Ceramah Isu-Isu Semasa Guru-Guru Daerah Bera Pahang- 22 Sep (Sabtu)

Insya Allah.pada 22 Sep (Sabtu) saya akan menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu semasa kepada sebahagian guru-guru di daerah Bera, Pahang mulai jam 8.30-jam 11.00 pagi..Program ini adalah anjuran Pejabat pelajaran Negeri Pahang..sebelah petangnya pula pada jam 2.30 petang  saya akan ke Jerantut pula bagi menemui guru-guru di sana bagi tujuan yang sama...Antara isu-isu yang akan ditekengahkan ialah mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diilhamkan oleh YAB. Perdana Menteri dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-65 di New York pada tahun 2010..

Idea penubuhan GMM ini adalah berasaskan kepada konsep 'wasatiyah' yang menyarankan pemimpin dunia termasuk umat Islam supaya menolak sebarang bentuk ekstremis, sebaliknya menjadikan kesederhanaan dalam setiap tindakan...Saya akan membentangkan apakah yang dimaksudkan dengan konsep 'wasatiyah' ini dalam perjumpaan ini nanti kepada guru-guru di daerah Bera dan juga di daerah Jerantut.

Pada sebelah malamnya pula saya akan bersama-sama dengan Ust Kazim Alias dalam satu ceramah perdana di Meru, Kelang iaitu jam 9.30 malam...Mereka yang berkelapangan pada tarikh dan masa berkenaan adalah dijemput hadir...

Tuesday, 27 March 2012

TAHNIAH KPD PAS DAN PKR YG BERJAYA MELEMAHKAN UMNO- PROF (CINA) LONDON..!

TULISAN ini diterbitkan oleh sebuah majalah di London dan telah dialihbahasakan oleh seorang penuntut Melayu dan ianya ditulis oleh seorang doktor berbangsa Cina cukup menarik untuk kita semua bertanggungjawab merenungkannya tentang nasib bangsa kita menjeleng pilihanraya akan datang.

Tidak mustahil dalam jangka masa dua penggal pilihanraya akan datang, segala hasrat dan cita-cita tersebut seperti yang dinukilkan dalam rencana ini akan dapat dibuktikan memandangkan jumlah pengundi di Malaysia sekarang ini seramai 7 juta itu, separuh darinya terdiri dari bangsa Cina.

Mari kita renungkan bersama tulisan ini..`BERSATULAH KAUM CINA' dan sebarkanlah..!


KITA semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita, samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu.

Tetapi kita sedar di bidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang-orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut. Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik.

Kerja LKS makin mudah...

Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baikpun di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan.

Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang-orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. Dari kesannya jiwa rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja.

Lagi mudah bila Melayu rakus..

Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menumui kegagalan.

Sebagai orang Cina tulin, saya juga berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinang untuk memecah belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian kaum Cina.

Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu tinggi bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Baharu dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, Kota Baharu dan Kuala Terengganu.

Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia.

Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya.

Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku. Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan. Isu NFC adalah isu yang paling menguntung kaum Cina kerana jika NFC dibiarkan beroperasi , ini mampu menghancurkan monopoli kaum Cina dalam bidang bekalan daging lembu...syabas PKR yang boleh menjadi agen kaum Cina

BN perlu dipecahkan..!

Dalam bidang politik, orang-orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang-orang Melayu dengan keluarannya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita. Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar.


Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka.

Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang ahli politik.


Kalau kita orang-orang Cina bersatu, kita berjaya memecah belahkan Dato' Sri Dr.Mahathir Mohammad dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak. Kita juga boleh mendedahkan kegiatan-kegiatan malam pemimpin-pemimpin UMNO dengan kata-kata sindiran dan kenyataan yang mengandungi makna tersirat.

Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah di tangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka dalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar.


Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina.

Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya. Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr Mahathir, Dr Abdul Rahman Yaakob dn semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sektor kerajaan. Kita akan kekalkan mereka yang rasuah kerana mereka akan tetap mengikut telunjuk kita.

Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita.

Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang-orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia. Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata.

Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri.

Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang bangsa Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang-orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah kurma diturunkan menjelang Hari Raya.

Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang-orang Melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka tidak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain.

Segala bentuk pembangunan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudahpun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing.

Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang-orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang-orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan.

Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan, Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran.

Petani-petani yang terdiri dari 75% orang-orang Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi. Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka.


Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan. Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general *****. Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini.

Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam peristiwa 13 Mei yang lalu.

Saya mempunyai hubungan dengan pihak atasan dan saya tahu apa yang ada di dalam otak mereka, dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka. Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan.


Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengenepikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidakstabilan dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.

Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang-orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.

Pandangan saya yang mempunyai darah cina dan bergaul dengan bangsa cina mmg akui cita-cita cina nak tubuhkan negara cina seberang laut akan berjaya. Tahniah juga kepada parti Islam Pas, PKR yang berjaya kita gunakan untuk mencapai matlamat kita bahawa UMNO mesti kita lenyapkan.

Tuesday, 10 January 2012

MAHKAMAH DIANGGAP BEBAS BILA PENJENAYAH DIBEBASKAN..!

1. Dunia dan Rakyat di Malaysia telah mengiktiraf Sistem Kehakiman di negara ini bebas daripada pengaruh dan campurtangan Eksekutif dan juga politik..Keputusan Hakim Mahkamah TInggi Kuala Lumpur pada 9 Jan baru ni yang membebaskan pertuduhan Liwat ke atas DSAI telah membuktikan bahawa mahkamah di negara ini bersih dan bebas daripada campurtangankerajaan dan pemimpin negara yang berkuasa.

2. Adakah mahkamah hanya dianggap adil dan juga bebas hanya apabila hakim membebaskan Orang Kena TUduh (OKT) dalam sesuatu kes jenayah...Adil dan bebaskah hakim itu apabila memenangkan kes dengan berpihak kepada OKT..? Bagaimana pula jika Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru mejatuhkan hukuman bersalah kepada DSAI..? Adakah natijahnya seluruh dunia dan rakyat di negara ini akan melabelkan mahkamah serta hakim di negara ini tidak adil dan ada konspirasi pihak pemerintah..?

3. Bagaimana dengan kes DR MOhd KHir Toyo, Mantan MB Selangor; Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember yang lalu telah memutuskan bahawa Dr Khir Toyo bersalah dengan dihukum penjara setahun dan dilucutkan hak pemilikan harta yg dijadikan bahan kes berkenaan.. Kenapa dunia dan juga rakyat di Selangor khasnya tidak melabelkan Hakim dan mahkamah tersebut tidak adil dan tidak bebas...bukankah ini boleh diprejudiskan sebagai adanya satu konspirasi daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor hari ini di bawah Pakatan Pembangkang yang mengcungkil fail-fail PKNS untuk mengenakan pensabitan kes rasuah ke atas Khir Toyo..?

4. Nampaknya dunia hari ini hanya akan mengiktiraf keputusan mahkamah menjadi adil dan hakim yang menghakimi itu bebas membuat keputusan hanya apabila hakim membuat keputusan membebaskan OKT sahaja....beratlah ukuran persepsi adil dan bebas tu bergantung kepada bersalah ataupun tidak..kenapa kita tidak melihat kepada fakta kes dan juga keseluruhan laporan penggulungan kes oleh hakim...

5. Selepas dari kes ini, maka semua kes-kes yang akan dibicarakan dimahkamah yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik sama ada di pihak pemerintah maupun pembangkang; ianya hanya diiktiraf sebagai adil serta bebas bila semua pendakwaan ke atas OKT dibebaskan dan dilepaskan..

6. Nampaknya hari ini rakyat kita masih jahil dan dungu lagi tentang penilaian terhadap sesuatu proses penghakiman di mahkamah, mereka tidak menilai dari sudut proses prosiding dan juga hak-hak OKT yang diberikan oleh sesuatu mahkamah kepada OKT, sebaliknya mereka hanya nak tahu result penghakiman, iaitu disabitkan salah ataupun dibebaskan...

7. Lepas ni saya mencadangkan supaya selepas sahaja sesuatu kes itu berjalan prosidingnya di mahkamah maka bila sampai hari pengadilan di mana rakyat nak tahu sama ada kes itu sabit atau tidak, maka kita serahkan penghakiman kepada rakyat untuk menentukannya, RAKYAT Menjadi HAKIM, buat kaedah SMS macam af-undi Akademi Fantasia...lihat apa respons rakyat....hakim hanya jalankan tugas melaksanakan proses perbicaraan dan pendengaran awam di mahkamah sahaja. keputusan pensabitan kes kita serahkan sahaja kepada rakyat..tercapailah hasrat kita untuk mempraktikkan 'rakyat sebagai hakim'..

Sunday, 8 January 2012

MANA LEBIH DEMOKRATIK: UMNO PECAT ANWAR ATAU PAS PECAT HASAN ALI...?

1. Pada tahun 1998 Anwar Ibrahim telah dipecat daripada UMNO dalam satu Mesyuarat Khas majlis tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Tun DR. Mahathir Mohamaed...pada masa Anwar nak dipecat itu, MT UMNO telah menjemput anwar sekali menghadiri mesyurat khas tersebut bagi membela diri di hadapan semua MT UMNO..Anwar telah diberi ruang oleh Presiden UMNO pada ketika itu Tun DRM untuk mengemukakan hujaj dan juga bagi menafikan segala pertuduhan terhadapnya yg dibentangkan oleh Tun DrM dalam messyuarat berkenaan...

2. Di antara tuduhannya ialah Anwar telah bersubahat dengan IMF untuk melumpuhkan ekonomi negara dan Anwar juga adalah dituduh sebagai pengkhianat bangsa dan negara kerana bersekongkol dengan CIA Amerika bagi menjatuhkan ekonomi negara..Anwar juga telah didakwa telah menyalahgunakan kuasanya semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri selama 2 minggu seaktu ketiadaan Tun. DRM dengan mengerahkan pihak polis untuk mengepung rumah Umi Hafilda seperti yang didakwa oleh umi hafilda...akhirnya Anwar diberi peluang membela diri dalam mesyuarat MT UMNO selama lebih 3 jam...kenyataan anwar tidak meyakinkan MT UMNO dan akhirnya MT UMNO membuat keputusan memecat anwar daripada ahli UMNO...

3. Berlainan pula dengan Dr hasan Ali dalam PAS...Dr hasan Ali telah mengkritik kepimpinan PAS kerana dah jauh tersasar daripada perjuangan untuk menegakkkan negara islam, Dr. hasan Ali mempertikaikan slogan negara berkebajikan PAS..Dr. hasan Ali juga telah mempertikaikan seruan kepimpinan PAS untuk mengajak ahli-ahli PAS menyertai perhimpunan bebaskan Anwar 901..Dr. Hasan Ali juga telah mempertahankan tindakan JAIS untuk mengeledah sebuah gereja di damansara kerana diyakini telah mendakyah umat islam untuk memeluk agama kristian..DR Hasan Ali telah menyertai perhimpunan sejuta umat Islam bagi mempertahankan akidah Umat Islam...Dr Hasan Ali juga telah menegur kebiadaban DAP di Selangor..Dr hasan Ali juga telah mengisytiharkan Anwar tak layak jadi PM atas faktor isu moral yg dihadapinya di mahkamah..ini semua telah membuatkan kepimpinan PKR dan juga DAP tak senag hati dengan Hasan Ali..PKR dan DAP mendesak PAS ambil tindakan ke atas Hasan Ali..

4... Akhirnya pada hari ni 8 Jan (Ahad) PAS AJK PAS Pusat telah mengadakan mesyuarat khas tanpa memanggil hasan ali membela diri dalam mesyuarat tersebut..hasan ali telah dipecat dari PAS tanpa memberikan surat tunjuk sebab dan tanpa memanggil hasan ali membela diri...adilkah sebuah parti Islam yang kononnya mengamalkan kepimpinan ulama mengambil tindakan dan menghukum kepimpinan tertingginya seperti Dr hasan Ali tanpa diberi peluang untuk membela diri...

5.. Mana lebih adil dan demokratik antara tindakan MT UMNO memecat Anwar dan juga dengan tindkan AJK PAS Pusat memecat Dr hasan Ali..? Kalau ditanya pada budak-budak sekolah TADIKA di PASTI, dah tentu mereka akan jawab bahawa PAS parti zalim dan parti Islam yang tidak Pasti keislamannya....

Monday, 24 October 2011

DASAR PENTADBIRAN KHALIFAH UMAR IBNU ABD. AZIZ

Umar bin Abd. Aziz telah dibai'at menjadi khalifah setelah Sulaiman bin Abdul Malik pada hari Jumaat bulan Safar tahun 99 Hijriah. Sebaik saja dilantik menjadi Khalifah, Umar bin Abdul Aziz telah naik ke atas mimbar untuk mengucapkan kata-kata aluan yang boleh dinamakan sebagai perintah ulung beliau sebagai khalifah Islam bagi menjelaskan kaedah apa yang akan digunakannya dalam memimpin umat Islam di zamannya, antara isi kata-kata aluannya yang telah menjadi dasar dalam pemerintahannya ialah :

" Amma Ba'du.! Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudah Nabi Muhammad S.A.W dan juga tidak ada kitab lagi selain kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad, iaitu al-Quran. Seterusnya apa yang telah dihalalkan oleh Allah S.W.T adalah tetap halal hingga tiba hari kiamat. Sesungguhnya aku bukanlah orang yang mengeluarkan keputusan hukum, akan tetapi sekumpulan orang yang akan melaksanakan keputusan tersebut. Aku bukanlah seorang yang mengada-adakan dan membuat perkara yang baru di dalam Islam, melainkan aku hanya orang yang akan mengikut seluruh ajaran agama yang ada. Tidak seorangpun yang boleh mematuhi pemimpin yang memerintahkan untuk melakukan maksiat kepada Allah S.W.T. Aku bukanlah orang terbaik di antara kalian semua, akan tetapi aku hanya di kalangan orang yang Allah S.W.T amanahkan tanggungjawab yang berat dibanding dengan kalian semua".

Ucapan beliau ini menggambarkan kepada kita betapa tegasnya khalifah Umar b Abdul Aziz berpegang teguh kepada ajaran Islam berpandukan kepada kitabullah dan Sunnah Rasulullah. di samping itu beliau komited untuk tidak membuat apa-apa keputusan di dalam menjalankan sesuatu hukuman secara sendiriannya sebaliknya akan menyerahkan kepada sekumpulan pihak yang diberi autoriti khusus dalam pentadbirannya.. Kemudian beliau telah memberi peringatan serta wasiat kepada 5 perkara untuk dijadikan sebagai panduan dan juga pedoman kepada rakyat di bawah pemerintahannya, iaitu :

" Sesiapa yang hendak menjadi sebahagian daripada kita, maka hendaklah dia bersama dengan kita dalam melaksanakan Lima PERKARA. JIka dia tidak bersedia untuk melakukannya, maka hendaklah dia tidak bergabung bersaam kita, iaitu :

PERTAMA : Memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan.

KEDUA : Berperanan aktif dalam menyebarkan kebaikan dengan semampunya.

KETIGA : Memberikan petunjuk dan jalan kebaikan kepada orang yang ingin melakukannya.

KEEMPAT: Hendaklah seseorang tidak menyebarkan fitnah dan hasutan di antara kita.

KELIMA : Hendaklah tidak menolak segala sesuatu yang tidak membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain..

Di samping itu juga, Umar b. Abd Aziz juga telah mengingatkan umat Islam supaya perbanyakkan mengingati mati serta persiapkanlah segala bekalan yang diperlukan sebelum ajal menjemput kalian. Beliau telah memberikan syarat dan juga garis panduan kepada rakyat di bawah pemerintahannya dengan menghadkan hanya kepada Lima Sebab sahaja bagi masyarakat yang ingin berhubung langsung untuk bertemu dengannya, iaitu :

1. Hendaklah dengan tujuan ingin menyampaikan suatu hajat daripada seseorang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri kepada khalifah - iaitu sebagai penghubung antara dirinya dengan orang yang tidak dapat menemuinya.

2. Hendaklah orang yang menemuinya itu adalah orang yang ingin membantunya melakukan kebaikan sesuai dengan kemampuannya atau memperingatkan khalifah tentang suatu keburukan.

3. Mewajibkan mereka yang ingin mendekatkan diri kepadanya untuk sentiasa menunjukkannya kepada kebaikan umat dan agama.

4. Melarang orang yang ingin mendekatinya menyampaikan suatu 'ghibah' kepadanya.

5. Melarang orang yang ingin mendekatkan diri kepadanya untuk masuk campur ke dalam masalah hukum dan apa-apa yang tidak bermanfaat bagi masyarakat awam.

Inilah antara beberapa wasiat dan juga perintah ulung Umar bin Abdul Aziz ketika beliau mula-mula menjawat jawatan sebagai khalifah Islam sebaik sahaja di baiat oleh kauj muslimin di zaman pemerintahan Bani Umaiyah..

Rujukan:

Dr. Ali Muhammad Muhammad Al-Shallabi, Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2011.


Sunday, 4 September 2011

AL-QURAN DIJADIKAN PENGESAT NAJIS OLEH KOMUNIS

1. SERANGAN bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas Balai Polis Bukit Kepong, 35 kilometer dari Muar, jam 4.30 pagi pada 25 Februari 1950, adalah sangat berkesan dalam sejarah negara.

2. Serangan itu memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis yang begitu kecil jumlahnya iaitu 20 orang bersama enam Pengawal Kampung (Home Guards) mempertahankan maruah sebuah institusi yang melambangkan keselamatan dan kedaulatan negara dan masyarakat. Mereka memang menjadi sasaran Parti Komunis Malaya yang meletakkan Rejimen 3 dan 4 untuk bergerak dan menguasai Johor. Serangan yang melibatkan 180-200 orang anggota Malayan Races Liberation Army (MRLA), PKM itu telah diketuai oleh Mat Indera. Dalam serangan itu Sarjan Jamil Mohd Noh, Ketua Balai telah mengetuai anak buahnya untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, Balai Penghulu dan Berek Kelamin Polis daripada ditawan oleh komunis. Mereka tidak mahu menyerah kalah walaupun dipujuk oleh Mat Indera melalui isteri seorang anggota polis yang dapat ditangkapnya di berek kelamin.

3. Mereka tidak berganjak daripada lubang-lubang kubu pertahanan mereka walaupun seorang demi seorang anggota polis itu tercedera dan tertewas oleh peluru komunis yang datang seperti hujan menimpa bumi. Mereka berjuang selama enam jam tanpa mengira keselamatan nyawa mereka. Ada juga isteri-isteri polis yang cuba melawan membela kematian suami mereka. Namun, kudrat mereka tidak seberapa. Kekejaman komunis mengatasi segala-galanya. Mereka bukan sahaja membakar kompleks balai polis itu menjadi debu, tetapi sanggup membaling seorang anggota polis yang cedera ke dalam api yang sedang membara. Tiga orang isteri polis juga dihumban ke dalam api tanpa belas kasihan. Ada yang terpaksa berpelukan ketakutan menunggu kematian yang menyeksakan itu. Seorang kanak-kanak juga menjadi mangsa kekejaman komunis. Mereka rentong seperti arang. Hanya Yusof Rono, seorang anggota polis yang cedera parah dapat melepaskan diri untuk meminta bantuan. Dato’ Onn Ja’afar, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, yang telah melawat kawasan itu menyifatkan pertahanan anggota-anggota Balai Polis itu adalah sebagai sesuatu tindakan yang sangat `determined and heroic’. Seramai 25 orang yang terkorban mempertahankan Balai Polis itu; 19 orang anggota polis dan 6 orang pengawal kampuong. Bagi Mat Indera dan PKM, ini adalah satu kejayaan besar. Mat Indera tidak rasa bersalah walaupun mereka yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup adalah sebangsa dan seagama dengannya.

4. Mengapa Mat Indera berada dalam PKM dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong? Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu. PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama ini hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya.

5. Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain. Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang. Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China. Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.

6. Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar ini. PKM telah membakar semangat mereka dengan perasaan anti–kolonial dan anti-kuasa Barat. British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British. Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Sebelum itu PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang pihak Jepun di antara tahun 1942-1945. Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British. PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British. Rancangan Malayan Union ini dianggap progresif kerana tamadun Melayu yang terbina sejak 1273 atau 1400 dengan Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain akan terhapus. Seluruh Tanah Melayu akan dikenal sebagai Malayan Union dan diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh Raja England dan Wales. Ketuanan Melayu yang berpaksikan Raja Melayu akan termusnah sama sekali.

7. Ini dibantah oleh Raja-Raja Melayu dan orang Melayu yang menyatukan diri mereka dalam kongres Melayu 1946 yang menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Raja-Raja Melayu dan UMNO berunding selama dua tahun sebelum British bersetuju menarik Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. British menolak Perlembagaan Rakyat cadangan PKM dan sekutunya. Inilah puncanya PKM berdendam dengan British dan memeranginya pada 1948. Orang Melayu iaitu Raja-Raja Melayu dan UMNO menjadi musuhnya. Mereka dilihat sebagai penyokong British yang melangsungkan penjajahan dan tidak memberi kemerdekaan. Walaupun pada masa itu British telah mula memberi semula kuasa pentadbiran negeri kepada Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajaan yang dilantik oleh Sultan negeri masing-masing. British hanya berjawatan sebagai Penasihat British sahaja.

8. Orang Melayu memang menolak PKM kerana serik dengan kekejaman yang dilakukannya selama 13 hari semasa mengisi kekosongan pemerintahan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah. Kekosongan itu telah membolehkan PKM keluar daripada hutan dan menguasai balai polis dan bandar-bandar serta menunjukkan kekuasaannya. Dengan senjata yang canggih, Bintang Tiga PKM menghukum penduduk kampung yang dikatakan bersubahat dengan Jepun atau melakukan kesalahan kepada mereka. Ramai Tok Guru, imam, bekas-bekas pekerja pejabat Jepun dan orang biasa yang telah ditangkap dan dibunuh. Banyak rumah yang dibakar diwaktu malam ketika penghuninya tidur nyenyak di dalamnya. Masjid-masjid juga dicemari dan al-Quran dijadikan pengesat najisnya. Ada orang Melayu yang dikurung dalam bakul keranjang mengangkat babi. Mereka di seksa, ditikam dan dikelar serta disepak seperti bola. Ada yang ditanam hidup-hidup dengan kepalanya di atas tanah untuk disepak seperti bola. Ada yang dibawa masuk ke hutan tanpa berita sehingga kini. Kekejaman komunis itu memang tidak terperikan. Ini menyebabkan kebangkitan beberapa pemimpin Melayu yang membalasnya seperti Kiai Salleh di Batu Pahat dan Cikgu Latif di Negeri Sembilan. Pergaduhan orang Melayu dengan PKM juga berlaku di Perak dan Pahang.

9. Namun, bukan semua orang Melayu melihat kekejaman KOmunis. Mereka yang inginkan kuasa politik tetap bersekongkol dengan PKM. Golongan ini menolak Fiudalisme dan mahukan kemerdekaan seperti kebanyakan negara-negara Asia Tenggara, terutamanya Indonesia yang telah mendapat kemerdekaan dengan menentang Belanda pada 1945. Pengaruh Indonesia ke atas orang Melayu di dalam bidang persuratan dan politik memang tidak dapat dinafikan. Malah ada yang telah menubuhkan cawangan parti politik Indonesia di Tanah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob, yang mendakwa telah menubuhkan cawangan Partai Nasional Indonesia (PNI) di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), semasa beliau belajar di sana. Malah beliau telah bekerjasama dengan Presiden Sukarno untuk merdeka bersama Indonesia pada 15 Ogos 1945 di bawah tajaan politik berkuasa tentera Jepun. Beliau telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan kemudiannya Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung (KRIS) untuk menunjukkan minatnya untuk merdeka dalam Indonesia Raya atau dipanggilnya Melayu Raya. Beliau kemudian mendapat perlindungan politik dan menjadi orang penting di Indonesia di bawah pemerintahan Presiden Sukarno. Beliau kemudian bersama-sama terlibat untuk mengganyang Malaysia di bawah pemerintahan Presiden itu pada tahun 1963.

10. PKM melihat ada ruang untuk membawa orang Melayu bersamanya menentang British. Mengikut Ahmad Boestamam sendiri dalam bukunya, bahawa PKM telah datang berjumpa dengannya untuk memberi bantuan modal bagi menjadikan akhbar Suara Rakyat itu sebagai bahan propaganda menentang British. Beberapa ketika kemudian PKM telah meminta Ahmad Boestamam menubuhkan sebuah parti sosialis khas untuk orang Melayu; namun Ahmad Boestamam mencadangkan parti tu dinamakan Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) supaya ia mudah diterima oleh orang Melayu. Parti itu ditubuhkan sempena sambutan genap setahun kemerdekaan Indonesia dicapai. Bendera Indonesia 'Sang Saka Merah Putih' dan lagu Indonesia Raya menjadi jata rasminya. Parti itu dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, seorang anggota Parti KOmunis Indomesia (PKI).

11. Ahmad Boestamam kemudian menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf (API) yang menggunakan slogan "Merdeka Dengan Darah". SEbuah bahagian wanita ditubuhkan dengan nama Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh, isteri Ahmad Boestamam. Barisan Tani Malaya (BATAS) dan Barisan Buruh Malaya juga ditubuhkan. Ke semua ini kemudian bergabung dalam Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). Mereka bekerjasama rapat dengan PKM (1946-1948) untuk menentang British dan UMNO yang sedang berunding untuk menubuhkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu bagi mendapatkan semula negeri dan kedudukan politik seperti sebelum 1941. Kalau dahulu Ibrahim Yaakob bekerjasama dengan Jepun untuk merdeka bersama Indonesia, tetapi kini sebilangan kecil orang Melayu yang masih memperjuangkan Melayu Raya/ Indonesia Raya, bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya untuk mendapat kedudukan dan kuasa politik.

12. Mat Indera termasuk dalam kumpulan ini. Beliau percaya bahawa British itu penjajah. Beliau dengan itu menjadi anggota API dan sama-sama bergerak di bawah payung PUTERA dan PKM. Apabila British mengisytiharkan Darurat pada JUn 1948, semua parti itu terharam. Anggota PKMM, API, AWAS, BATAS dan Barisan Buruh Malaya yang menjadi anggota PUTERA, dengan itu memilih untuk ikut sama berjuang dengan PKM secara gerila di dalam hutan. PKM menubuhkan Rejimen 10 Khas untuk orang Melayu yang bergerak bersamanya. Abdullah C.D. menjadi ketuanya dan pusat gerakannya di Temerloh, Pahang. Di anggarkan seramai 300 orang termasuk wanita menjadi anggotanya. Ini termasuklah Manap Jepun, Wan Ali, Wahi Annuar, Shamsiah Fakeh, Ibrahim Chik dan ramai lagi. Ahmad Boestamam telah ditahan lebih awal manakala DR. Burhanuddin bergerak di Singapura. Pada bulan Disember 1950, Dr. Burhanuddin terlibat dalam kes Natrah dan dipenjarakan selama beberapa tahun di Singapura oleh British. Ternyata Mat Indera dan kumpulannya telah menjadi anggota dan penyokong PKM yang mengangkat senjata untuk menegakkan ideologi komunisme. Mereka menjadi kuda tunggangan KOmunis.

13. Kebangkitan sejata PKM itu telah ditentang oleh tenaga-tenaga muda anak-anak kampung yang bekerja sebagai POlis, Polis Khas (Special Constable) dan Polis Simpanan. Mereka menyahut seruan untuk menjaga keselamatan dan keamanan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka sanggup menggadai nyawa untuk memburu pengganas komunis di hutan belantara walaupun gaji yang diterima sangat kecil. Seramai 161, 281 orang anggota Polis yang terlibat dalam penentangan terhadap pengganas komunis itu. Asakar Melayu juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mengatasi ancaman komunis itu. Tiga Batalion telah ditubuhkan untuk menentang komunis dalam Darurat 1948-1960. Bersama-sama dengan pasukan anggota KOmanwel yang lain (British, Australia, New Zealand, Fiji, Gurkha dan Afrika), Askar Melayu dan pasukan Polis tempatan telah menentang sejumlah 12,500 pengganas komunis yang mengangkat senjata itu. Operasi ketenteraan British dan orang tempatan itu di samping tindakan-tindakan lain, telah berjaya memburu komunis sehingga akhirnya mereka terpaksa beroperasi kebanyakannya di sempadan Persekutuan Tanah Melayu dan Thailand pada 1953, menandakan kekuatan PKM dan penyokong-penyokongnya (Rejimen 10) telah dapat di atasi. Mat Indera kemudian dapat ditumpaskan oleh Askar Gurkha.

14. Pada tahun 1963/1967, PKM bangkit bagi kali kedua. Parti itu bekerjasama dengan PKI untuk mengganyang Malaysia. Di dalam negara pula, PAS pimpinan DR. Burhanuddin dan Parti Rakyat Malaya pimpinan Ahmad Boestamam sama-sama menentang penubuhan Malaysia di atas dasar Malaysia adalah neo-kolonialisme dan agenda blok Barat. Revolusi Brunei di bawah A.M. Azahari telah diadakan bagi menentang penubuhan Malaysia. Bagaimanapun, Malaysia terus dibina dan PKM dan PKI gagal untuk mendapat kuasa politik. Dalam Peristiwa 13 Mei 1969 sekali lagi menunjukkan campurtangan PKM melalui kerjasamanya dalam parti-parti politk ekstrim yang membangkitkan isu-isu perkauman dan sensitif. Ia mengambil peluang untuk mendapatkan kuasa politik secara kekerasan. Persitiwa 13 Mei telah menyaksikan pertumpahan darah antara kaum di Kuala Lumpur; beratus-ratus orang awam terkorban akibat rasa marah yang tidak terkawal. Pihak tentera dan polis serta komando sekali lagi bertugas menjaga keamanan negara.

15. INi bermakna PKM dan para penyokongnya termasuk Mat Indera tidak berhenti-henti cuba menegakkan ideologinya, dengan menggunakan kekerasan senjata untuk mendapat kuasa politik. Mereka yang mempertahankan keamanan itu adalah anggota polis dan tentera yang bekerja keras bergadai nyawa untuk kesejahteraan masyarakat terbanyak. Dengan kegigihan mereka memburu komunis di hutan belantara, maka ancaman pengganas komunis itu dapat diatasi. Kedaulatan dan kemerdekaan negara dapat dipertahankan. Apakah mereka pembelot bangsa.? Adakah patut Mat Indera dianggap pejuang apabila dia sanggup bersekongkol dengan komunis dan membiarkan bangsanya dan agamanya dimusnahkan? Mengapa pula orang seperti Mat Sabu sanggup mengagungkan penjenayah dan tidak berterima kasih kepada mereka yang telah berjuang menegakkan keamanan sehingga beliau mampu untuk menjadi wakil rakyat pada hari ini? Janganlah memesongkan sejarah dan menghina bangsa demi kepentingan politik peribadi..


Oleh,

Prof Datuk DR. Ramlah Adam

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi

Universiti Teknologi MARA