Translate

Tuesday, 31 March 2009

TRANSFORMASI UMNO ERA DS NAJIB

1. Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada 24-28 Mac yang lalu telah memberi nafas dan semangat baru kepada pendokong-pendokong UMNO di seluruh negara. Ini kerana Presiden UMNO yang baru dinobatkan iaitu DS Mohd Najib Tun Razak telah berjanji akan membuat perubahan dan juga tranformasi secara efektif dan juga drastik di dalam UMNO dan kerajaan tidak lama lagi, katanya tidak sampai 100 hari.

2. Benarlah seperti teori 'RAHMAN' yang telah dikemukakan oleh pakar-pakar nujum politik tanahair sebelum ini yang mana kepimpinan DS Najib telah melengkapkan teori ini bermula dengan Rahman, Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan Najib. Najib telah melengkapkan teori 'rahman' ini. Wajarlah bagi DS Najib untuk melakukan transformasi secara drastik dalam UMNO dan kerajaan dalam masa kurang daripada 100 hari.

3. Antara transformasi yang ditunggu-tunggu ialah :

a. Membuat rombakan kabinet secara total dan melantik para pemimpin yang benar-benar berkeupayaan untuk mentadbir negara sebaik sahaja beliau mengambil alih jawatan PM daripada Pak Lah.

b. Mempastikan Rakyat dan Parti menguasai kerajaan, dan bukannya kerajaan yang menguasai rakyat dan parti.

c. Meminda Perlembagan UMNO yang antaranya untuk menghapuskan sistem kuota pencalonan untuk pemilihan parti dan juga memberi hak memilih MT UMNO kepada lebih 60,000 perwakilan di setiap bahagian di seluruh negara secara serentak.

4. Belumpun sampai 5 minit Dato' Sri Najib dinobatkan sebagai Presiden UMNO, beliau telah memulakan langkah berani dengan memberi peringatan dan juga nasihat kepada dua orang negarawan negara iaitu Tun mahathir dan Pak Lah agar dapat duduk semeja dengannya bagi membantu UMNO dan kerajaan membangunkan negara dan rakyat. Alhamdulillah TUN Mahathir telah naik ke pentas Utama sebaik sahaja selesai ucapan penggulungan DS Najib untuk bersalaman dengan Pak Lah dan DS Najib. Ini petanda awal bahawa DS Najib mampu menyatukan pemimpin dan seluruh rakyat di negara ini.

5. Cuma saya rasa agak sangsi sedikit dengan ketegasan DS Najib untuk membanteras Politik Wang dalam UMNO. Ini kerana politik wang tidak boleh dibenteras hanya semata-mata dengan penghapusan sistem kuota dalam pemilihan UMNO dan juga memberi hak memilih kepada hampir 60,000 perwakilan di setiap bahagian UMNO. Jika diberi kuasa kepada 60,000 perwakilan untuk memilih maka sudah tentu di masa akan datang hanya orang-orang ataupun pemimpin yang berstatus jutawan sahaja yang mampu untuk bertanding MT UMNO. Bagi yang tak berduit dan tak berkemampuan untuk menjelajah ke seluruh negara maka sama sahaja nasib mereka seperti hari ini.

6. Lihatlah bagaimana pilihanraya pemilihan Presiden di Amerika yang mana setiap rakyat diberi kuasa untuk memilih dalam pilihanraya presiden ini. Lebih 100 juta pengundi yang layak mengundi untuk memilih presiden. Oleh sebab itu seseorang calon Presiden Amerika mestilah dari kalangan mereka yang bergelar jutawan dan kalau tak jutawanpun mereka perlu mendapat sokongan kewangan daripada korporat-korporat YAHUDI. ini kerana seseorang calon itu perlu berbelanja sekurang-kurang US 60 Juta untuk berkempen. Kalau umno pula lakukan transformasi pemilihannya untuk membolehkan 60,000 perwakilan memilih MT UMNO, maka sudah tentu seseorang calon MT itu terpaksa berbelanja sebanyak RM 30 juta seorang jika berbelanja sebanyak RM 500 untuk belanja seorang perwakilan bagi 60,000 orang.

7. Pada pandangan saya, yang penting bukannya sistem kouta ataupun jumlah perwakilan yang mengundi menjadi penentu kepada terhindarnya politik wang - yang lebih utama dan juga terlebih penting ialah dengan menanamkan kefahaman akidah dan juga penghayatan Islam yang mantap di kalangan pemimpin-pemimpin UMNo itu sendiri. Kita tidak perlu memperbanyakkan kursus kepada ahli-ahli UMNO yang berjumlah 3.7 juta itu. Sukar untuk menjadikan semua ahli faham akan perjuangan. Kita pastikan semua MT UMNO, Exco Puteri, Exco Wanita, Exco Pemuda yang baru terpilih ini mendapat latihan serta suntikan penghayatan Islam yang sebenarnya dari semasa ke semasa. Tidak ada orang lain yang bertanding ke jawatan tinggi parti 3 tahun lagi kecuali dari kalangan pemimpin-pemimpin ini. Kursuskan mereka ini, insya Allah gejala politik wang ini dapat dikurangkan di kalangan mereka. Kalau mereka semua bersepakat tidak menghulurkan wang dalam pertandingan nanti, maka sudah tentu para perwakilan tidak boleh berbuat apa-apa.

Sunday, 8 March 2009

PPSMI- KE MANA TERAS PERJUANGAN UMNO..?



1. Fasal 3 : Asas dan Tujuan penubuhan UMNO telah dengan jelas dan tegas memperincikan bahawa UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita Kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara ; termasuk fasal ceraian 3.5: iaitu menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.

2. Berapa ramai para pemimpin UMNO khasnya di peringkat MKT, Exco Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO yang memahami serta menghayati Fasal 3.5, Perlembagaan UMNO ini. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada perhimpunan rakyat di Masjid Negara dan berarak menuju ke Istana Negara pada Sabtu lalu ( 7 Mac 2009). Mana dia jaguh dan pejuang bahasa Melayu di kalangan pemimpin UMNO. Yang kita nampak ke hadapan ialah Datuk Dr. Hasan Ahmad, Bekas Ketua Pengarah DBP dan Sasterawan Negara, A.Samad Said. ( Lihat Gambar di bawah )


3. Syabas juga kepada Presiden PAS , Tuan Guru Hj Hadi Awang dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa yang turut serta dalam perhimpunan ini bagi menyokong suara rakyat melayu bagi memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. ( Lihat Gambar di bawah )

4. Nampaknya isu-isu mengenai Melayu dan ketuanan Melayu seperti mendaulat Bahasa Melayu di negara ini, ada kalanya rakyat tidak boleh mengharapkan sangat para pemimpin tertinggi UMNO untuk memperjuangkannya. Kenapa jadi begini..?

5. Sedarkah kita bahawa kalau matlamat kerajaan nak mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Melayu, maka kaedah yang sepatutnya dilakukan ialah dengan cara merombak sistem pembelajaran dan juga kaedah pengajaran subjek Bahasa Inggeris itu sendiri. Bukannya kita membebankan pula anak-anak Melayu di luar bandar dengan mempelajari Sains dan matematik dalam BI. Tegasnya kalau nak suruh anak kita pandai BI, maka kita kena mantapkan sistem pengajaran BI di sekolah-sekolah dan bukannya seperti melaksanakan PPSMI ini.

6. Bagaimanapun, saya ada satu pandangan yang positif dengan PPSMI ini. Ianya boleh dilaksanakan hanya dengan memperkenalkan PPSMI ini kepada pelajar-pelajar di Asrama Penuh dan juga MRSM serta sekolah-sekolah bestari yang terpilih sahaja. Barulah ianya tidak mebebankan semua pelajar melayu di luar bandar.

7. Apapun, persoalan pokoknya pada hari ini ialah bukan masalah bandar atau luar bandar, tetapi kedaulatan Bahasa Melayu ini telah termaktub pada fasal 152, Perlembagaan Malaysia dan juga bagi pejuang-pejuang UMNO ianya dah termaktub dalam matlamat asas perjuangan UMNO itu sendiri pada fasal 3.5. Kalau bukan UMNO yang nak memartabatkan bahasa Melayu,
maka parti mana lagi yang nak kita harapkan..? DAP..? MCA..? MIC..? GERAKAN...? Tak ada makna kita ada ramai menteri kabinet dari kalangan pemimpin UMNO tetapi gagal untuk memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu ini..!

Saturday, 7 March 2009

2009 TAHUN MELAWAT MAHKAMAH

1. Suatu masa dahulu kerajaan Malaysia telah memperkenalkan TMM iaitu Tahun Melawat Malaysia untuk menggalakkan sektor pelancongan di negara ini. Alhamdulillah dengan kempen-kempen serta promosi yang berkesan daripada kementerian pelancongan maka jumlah pelancong asing ke negara ini telah mencecah 20 juta orang.

2. Pada Tahun 2009 ini pula, TMM telah bertukar wajah kepada satu lagi tarikan tempat untuk dilawati oleh para pelancong asing dan tempatan iaitu Pakej Tahun Melawat Mahkamah (TMM). Banyak pertunjukan-pertunjukan menarik dalam kalendar TMM ini, antaranya :

Speaker Perak, V. Sivakumar saman Penasihat Undang-Undang Negeri Perak - YB. Nizar, Bekas MB Perak saman Datuk Dr. Zambry Kadir- Datuk Dr. Zambry kadir saman Speaker Perak - Dua bekas Exco Perak didakwah rasuah di mahkamah- Teressa Kock saman Dr. Khir Toyo dan Utusan Melayu - Beberapa kes rasuah politik pemimpin UMNO yang didakwa oleh SPRM - Dato' Mazlan Harun dan Dato' Kadar Shah mohon perintah injuksi mahkamah untuk menghalang Perhimpunan Agong UMNO- Anwar fail rayuan untuk membatalkan perintah mahkamah Tinggi kes tuduhan liwatnya dengan saiful- dan banyak lagi kes-kes artis mengenai perceraian, khalwat dan sebagainya.

3. Kalau nak dikumpulkan nanti, malaysia boleh dianugerahkan Guinness record tentang kes-kes mahkamah ini pada tahun 2009. Jadi saya cadangkan kepada YB. Dato' seri Azalina othman Said, Menteri pelancongan Malaysia agar menyenaraikan mahkamah-mahkamah di negara ini sebagai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati oleh para pelancong asing. Insya Allah jumlah pelancong akan meningkat.

Saturday, 21 February 2009

KENAPA TA'SUB MACAM YAHUDI..?

Firman Alllah s.w.t, bermaksud :
" Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka; orang-orang yang fasik "
( Surah Ali Imran : Ayat 110 )

1. Menerusi ayat di atas, ianya memberi pengajaran dan juga kefahaman kepada kita bahawa umat Muhammad adalah umat yang terpilih dan yang terbaik di kalangan manusia. Dan Allah telah menceritakan bahawa jika golongan Ahli Kitab seperti Yahudi dan Nasrani juga beriman kepada Allah maka mereka juga akan menjadi umat yang terbaik.

2. Malangnya, apabila mendengar berita dan juga pengkhabaran bahawa Nabi Akhir zaman dipilih oleh Allah di kalangan bangsa Arab, maka kebanyakan kaum Yahudi ini enggan menerimanya kerana mereka mempunyai keegoan dan juga satu persepsi bahawa kaum Yahudi adalah kaum yang terbaik. Ini kerana kebanyakan nabi-nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah semenjak zaman Nabi Ibrahim hinggalah ke zaman Nabi Isa a.s adalah dari kalangan kaum Yahudi. Sebab itu bila mereka mendengar berita yang Muhammad seorang umat dari kabilah Arab terpilih sebagai Rasul pilihan Allah maka mereka enggan menerimanya.

3. Apa yang berlaku beribu tahun dahulu tentang sejarah persaingan dan peperangan umat Arab dan Yahudi masih lagi berterusan hingga ke hari ini. Kaum Yahudi ini masih merasa angkuh dan ego dengan kelebihan serta kepakaran yang ada pada mereka berbanding umat Arab. Lihatlah apa yang berlaku di Gaza, palestin hari ini ; ianya menggambarkan tingkah laku Yahudi dari dulu hingga kini dan hingga ke hari khiamat tidak akan berubah.

4. Walaupun ianya berlaku di kalangan bangsa Arab dan Yahudi, namun bangsa ini pada asalnya adalah keturunan Nabi Allah Ibrahim. Nabi Ibrahim mempunyai dua orang isteri, seorang bernama sarah yang melahirkan anak bernama Ishak ( Nabi Ishak ), dan seorang lagi isteri bernama Siti Hajar yang melahirkan anak bernama Ismail (Nabi Ismail ). Dari keturunan Nabi Ishak inilah lahirnya Bani Israel, dan dari keturunan Nabi Ismail inilah lahirnya bangsa Arab yang akhirnya dipilih oleh Allah dari kalangan kaum Arab ini seorang nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

5. Walaupun peristiwa dalam al-Quran banyak menceritakan perihal umat yahudi dan Arab ini tetapi tidak bermakna bahawa ianya tidak melibatkan umat Melayu di Nusantara ini. Lihat sahaja bangsa Melayu di negara kita hari ini yang pada asalnya adalah satu rumpun dan seagama. Dari segi politik pula, orang Melayu pada asalnya bersatu di dalam Pertubuhan Melayu Bersatu (UMO) yang kemudiannya dinamakan UMNO ( Pertubuhan kebangsaan Melayu Bersatu). Akhirnya berpecah dengan tertubuhnya PAS, kemudian Parti Negara, Semangat 46 dan terbaru Parti Keadilan (PKR). Daripada PAS ini pula telahpun berpecah pula hingga tertubuhnya Parti Berjasa, Parti Hamim dan juga Angkatan Keadilan Islah Malaysia (AKIM).

6. Nampaknya, apa yang berlaku pada umat Arab dan Yahudi dan apa yang berlaku kepada umat Melayu di malaysia masa kini ianya adalah sama. Yang jelasnya, ada di kalangan satu pihak yang tidak mahu menerima dan mengiktiraf pihak yang satu lagi sebagai pemimpin. Kalau apa sahaja yang baik maka ianya adalah puak mereka. Tetapi, jika berlaku sebarang keburukan dan kemungkaran maka ianya adalah khusus kepada puak yang satu lagi.

7. Bagi satu puak ini, apa sahaja keburukan dan keaiban yang berlaku kepada para pemimpin mereka maka mereka enggan untuk menerimanya dan akan mempertahankan habis-habisan tentang keburukan tersebut. Mereka sama sahaja seperti kaum Yahudi yang diceritakan oleh Allah dalam Al-Quran yang mana semua perkara yang baik adalah hak mereka dan yang buruk itu adalah untuk pihak yang satu lagi. Inilah fahaman assobiyah zaman moden yang berlaku di Malaysia.

8. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jika berlaku sahaja isu sensasi dan juga kes-kes moral yang berlaku kepada pihak lawan mereka maka secara radikal dan juga penuh emosi mereka akan minta dan desak supaya pihak lawan mereka perlu meletakkan jawatan dan terus menuduh semua institusi yang diwakili oleh seseorang tokoh yang buruk ini sebagai tidak baik dan zalim.

9. sebaliknya, jika perkara yang sama berlaku kepada tokoh-tokoh pemimpin dari kalangan mereka ataupun rakan kongsi mereka maka mereka akan mempertahankannya habis-habisan dan sebaliknya melontarkan pula kesalahan serta keburukan yang berlaku ini berpunca daripada niat buruk dan jahat pihak lawan mereka.

Inilah perangai dan juga tabiat kaum YAHUDI yang ditempelak oleh Allah dalam al-Quran berulang-ulang kali dalam kebanyakan surah. Justeru, kalau kita semua nak menunjuk jaguh dan juga nak mendapat kuasapun di dunia ini janganlah mengikut cara dan juga kaedah kebiadaban kaum Yahudi. Tak ada bezanya antara orang yang sedemikian dengan perangai yahudi. Wallahu 'aklam.

Monday, 16 February 2009

PAS TAK FAHAM REALITI - YB NIZAR IKUTKAN HATI

1. Perkara 16(2) (a), Perlembagaan Negeri Perak telah memberi kuasa mutlak kepada DYMM Sultan Perak (sebelum melantik ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan) seorang Menteri Besar yang pada hemat baginda berkemungkinan memperolehi sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

2. Dengan peruntukan kuasa menerusi Perkara 16 (2) (a) inilah yang membolehkan YB. Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dilantik dan diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar Perak ke-10 pada Bulan Mac 2008 tahun lalu. Sebenarnya DAP telah awal-awal lagi menghadap Sultan Perak untuk mohon perkenan dilantik sebagai MB Perak, tetapi Sultan Perak menolak dengan bersandarkan juga kepada Perlembagaan Negeri Perak yang mensyaratkan bahawa Menteri Besar itu mestilah dari kalangan ADUN yang b eragama Islam. Berkecailah harapan DAP untuk menjadi MB Perak.

3. Logiknya, DAP adalah suara majoriti kalangan Pakatan Rakyat berbanding PKR dan PAS. Ini kerana DAP memiliki 18 ADUN, PKR - 7 dan PAS - 6 , yang ke semuanya berjumlah 31 ADUN. Berbanding dengan BN yang mmepunyai 27 ADUN UMNO dan 1 ADUN MCA. Walaupun dari segi parti yang mempunyai sokongan majoriti di DUN Perak adalah UMNO (UMNO-27 ) berbanding DAP ( 18 ADUN ), tetapi Sultan Perak terpaksa mengambil kira sokongan majoriti ke semua ADUN yang mana Pakatan Rakyat 31 dan BN hanya 28. Memandangkan PKR hanya terdapat 3 orang sahaja ADUN beragama Islam dan PAS mempunyai 6 ADUN beragama Islam, maka Sultan Perak telah memberi perkenan kepada PAS untuk menjadi MB Perak.

4. Persoalannya, adakah PAS dan PKR tidak menyedari akan hakikat ini sewaktu mereka mula-mula di pilih sebagai Kerajaan baru di Perak sebaik sahaja Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008 yang lalu..? Sedarkah mereka bahawa pada masa majlis angkat sumpah nak dilangsungkan, DAP telah membuat ugutan untuk memulaukan majlis berkenaan kerana tidak puas hati di atas perlantikan PAS sebagai MB Perak..! Tetapi, selepas itu DAP kembali semula untuk menyokong PAS dan Mohd Nizar sebagai MB perak kerana DAP bimbang jika PAS dan UMNO bergabung membentuk kerajaan campuran di Perak, maka peluang DAP untuk berkuasa di Perak dan Selangor juga akan terjejas.

5. DAP takut pada ketika itu di mana jika PAS dan UMNO bergabung di Perak maka formula yang sama juga akan berlaku di Selangor di mana PAS dan UMNO juga akan bergabung di selangor. Maka akhirnya DAP tidak mendapat apa-apa di Perak dan Selangor. Justeru, DAP sanggup mengiktiraf Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak demi untuk memperkosa ketuatan Melayu dan Islam di Perak dan Selangor. Perkara ini tidak disedari dan diinsafi oleh pengikut-pengikut Melayu-Islam daripada PAS dan PKR. Apa yang mereka nampak ialah kuasa dan kerajaan negeri.

6. Mereka langsung tidak menoleh kepada sirah Rasulullah s.a.w yang mana sewaktu dakwah Islam mula bercambah di mekah; ketua-ketua kabilah Arab jahiliyah telah menawarkan jawatan Raja, Ketua kabilah, harta, wanita dan juga lain-lain pangkat kebesaran kepada Nabi Muhammmad - asal Muhammad meninggal risalah tauhid dan dakwah di kalangan kabilah Arab di mekah. tetapi, Nabi Muhammad telah menolak semua tawaran itu demi untuk mempertahankan risalah dakwah Islam ( tauhid).

5. Berbeza dengan YB Nizar dan PAS di Perak, mereka telah memancungkan hidungnya kepada DAP untuk menjadi Ketua (MB ) dengan harapan mereka dapat kuasa dan membalas dendam kepada UMNO di Perak. Mereka langsung tak berani nak sebut soal negara Islam dan pelaksanaan hukum Islam demi untuk menjaga hati DAP dan juga demi untuk mempastikan agar DAP terus menyokong YB Nizar sebagai MB Perak. Kalau DAP tarik semula sokongan kepada PAS maka YB Nizar akan tergelincir lebih dahsyat lagi daripada apa yang berlaku baru-baru ini.

6. Dia sanggup diperalatkan oleh DAP demi untuk mendapatkan kuasa. Tetapi apa yang ada hanya jawatan sebagai MB Perak sahaja. Tentang kuasa, semua orang PAS tak sedar dan buta tuli tentang pentadbiran serta politik kuasa di mana DAP telah menguasai 7 ahli EXCO dalam Kerajaan Negeri berbanding PAS yang hanya ada seorang Exco dan 2 orang Exco Muslim PKR. Bermakna bahawa Pakatan Rakyat Kafir ada 7 Exco dan Pakatan Rakyat Muslim ada 3 Exco sahaja.

7. Keputusan apapun yang dibuat dalam Mesyuarat Exco kerajaan Negeri Perak maka ianya akan memihak kepada undian dan juga majoriti 7 Exco. Ini kerana Mesyuarat Exco negeri adalah sama dengan mesyuarat Menteri kabinet. Sekalipun 3 Exco Pakatan Rakyat Muslim menentangnya, maka ianya tak dapat berbuat apa-apa kerana keputusan mutlak akhirnya berada di tangan 7 Exco pakatan Rakyat yang kafir ini. Ini yang ramai di kalangan ahli PAS dan PKR Muslim yang pekak badak dan tuli mengenai perjalanan sesuatu pentadbiran negeri. Kita mesti faham bahawa kuasa majoriti itu amat penting dalam sistem pemerintahan demokrasi.

8. Ada seorang sahabat saya menulis dalam blog ini dengan mengatakan bahawa apa bezanya PAS dan PKR bergabung dengan orang cina dan India kafir dalam Pakatan Rakyat dengan apa yang UMNO amalkan selama ini dalam BN dengan MCA dan MIC.

9. Saya nak jawab dengan fakta. Ada bezanya bang..! PAS bergabung dengan DAP dan PKR dalamkeadaan di mana PAS menjadi MB (ketua) tetapi kuasa mutlak menentukan dasar adalah ditangan bangsa lain yang mendapat kerusi 7 orang Exco di Perak berbanding PAS yang hanya ada 3 Exco termasuk PKR.

10. Ambil contoh Kerajaan Pusat, walaupun UMNO tewas banyak kerusi kepada PAS dan PKR tetapi UMNo masih mempunyai kuasa pemutus dan juga majoriti dalam kabinet Kerajaan Pusat. Terdapat 31 orang Menteri kabinet BN. Daripada jumlah ini 22 orang adalah beragama Islam dari kalangan UMNO dan PBB di Sarawak. Bermakna bahawa Ahli Parlimen Islam yang memegang jawatan Menteri Kabinet dalam Kerajaan adalah 2/3. Ini bermakna bahawa segala keputusan Kabinet akan sentiasa memihak kepada Agama Islam dan juga kepentingan umat Melayu. Lain-lain Menteri kabinet dari kalangan lain-lain kaum dan agama hanya 1/3 sahaja dalam kabinet. Inipun ramai yang tak faham dan buta tuli mengenai kuasa Menteri kabinet.

Lain kali saya nasihatkan semua penyokong PAS dan PKR yang beragama Islam agar fahamlah tentang realiti dan jangan ikut macam YB Nizar (bekas MB Perak) yang suka ikut kehendak hati.

Friday, 13 February 2009

KARPAL SINGH PEJUANG DAN PEMBELA ISLAM

1. Saya amat hairan dengan tingkah laku orang-orang melayu khasnya UMNO di Perak dan di seluruh negara amnya. Kenapa mereka sibuk dan gege sangat memprotes dan menghukum Karpal Singh sebagai penderhaka dan mendesak pihak Peguam Negara supaya mendakwanya di bawah Akta hasutan dan mendesak kerajaan supaya menghumbannya ke dalam ISA.

2. Saya tidak nampak apa rasionalnya para pemimpin UMNO, Khasnya Pemuda UMNO yang pada setiap hari membuat laporan polis dan berarak dengan bermacam-macam sepanduk untuk mengecam Mr Karpal Singh yang kononnya mencabar kuasa Sultan Perak.

3. Saya sebenarnya merasa insaf dan sedar bahawa selama ini yang menderhaka kepada Sultan Perak bukannya Mr Karpal Singh, tetapi para pemimpin UMNO. Tak sepatutnya kita melontarkan tuduhan melulu kepada Karpal ni. Sedarkah kita bahawa Karpal S adalah satu-satunya pemimpin DAP dan juga pemimpin bukan Islam yang begitu kuat semangat perjuangannya untuk membantu Islam khasnya PAS.

4. Karpal S begitu kuat semangatnya mempertahankan undang-undang hudud yang nak dilaksanakan oleh PAS. Tidak ada orang lain yang seberani Karpal S yang sanggup mati demi untuk mempertahankan Islam yang dibawa oleh PAS. Nak dibandingkan dengan Mat Sabu, Mr Karpal S lebih tinggi semangat juangnya dalam gerakan Islam. Beliau pernah mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang nak menghalang PAS daripada melaksanakan hukum hudud maka beliaulah orangnya yang sanggup mati demi mempertahankan hukum Islam. Seperti katanya: " Langkah mayat saya dulu kalau siapa yang berani halang hukum hudud".

5. Inilah kehebatan MR. Karpal S dalam memperjuangkan Islam bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat. Sebab itulah PAS yang memang terkenal dengan perjuangan Islamnya sanggup mempertahankan kerajaan DAP Perak. Apa yang dilakukan oleh YB Nizar ( bekas MB) ialah untuk mengembalikan semula kerajaan DAP di Perak. Ini kerana DAP yang di pengerusikan oleh Karpal Singh lebih terserlah keislamannya serta perjuangan dakwahnya untuk menegakkan negara Islam di Malaysia berbanding dengan UMNO. Sebab itu PAS sanggup bekerjasama dengan DAP membentuk kerajaan campuran di Perak berbanding dengan bekerjasama dengan UMNO. UMNO tidak berjuang untuk Islam dan UMNO menentang hukum hudud.

6. Itu sebabnya sayapun sependapat dengan para pemimpin PAS bahawa Islam di Malaysia ini hanya dapat ditegakkan jika DAP dapat memerintah negara ini. Saya yakin bahawa DAP akan memberi peluang kepada PAS untuk memperjuangkan agenda islam dan hukum hudud di negara ini jika kuasa politik dikuasai oleh DAP.

7. Oleh itu, saya nasihatkan para penyokong UMNO supaya menghentikan segera tindakan menghina Karpal Singh dan menuduhnya sebagai penderhaka. Beliaulah seorang pejuang Islam yang boleh menyatupadukan orang melayu dan pelbagai agama di Malaysia ini di masa akan datang..! Kepada orang-orang PAS dan PKR, marilah sama-sama kita mempertahankan maruah Mr Karpal Singh demi agama, bangsa dan negara..? Supaya nanti, anak cucu cicit kita akan mengenang jasa kita dan karpal singh dalam membantu menegakkan Islam di negara ini..?

Tuesday, 10 February 2009

UMNO RASUAH MALAIKAT MAUT DI BUKIT GANTANG

1. Saya tersentak dan terus mengucapkan 'astaghafirullahil azim'. Terkejut saya dengan gurauan seorang rakan yang sering berblogging dengan saya. Tuan/Puan nak tahu, apa yang diperkatakannya..?

2. Begini ceritanya, dia tanya pulak pada saya agaknya berapa juta yang telah dibelanjakan oleh UMNO Perak untuk merasuah malaikat maut supaya mencabut nyawa MP Bukit Gantang (Allahyarham) supaya satu Pilihanraya Kecil boleh diadakan.? Zaman ni UMNO memang terkenal dengan membeli undi, merasuah pengundi, merasuah ataupun menyogok ADUN Pembangkang untuk menyertai UMNO (BN). setakat ini katanya, UMNO hanya berjaya memperdaya ADUN PKR dan DAP sahaja untuk melompat keluar Pakatan Rakyat dan menyertai BN.

3. Katanya Lagi :"UMNO masih gagal lagi untuk membeli calon-calon PAS. Sebab itulah maka UMNO telah menggunakan strategi barunya dengan menyogok pula malaikat maut supaya mencabut nyawa wakil rakyat PAS supaya satu Pilihanraya Kecil diadakan untuk membolehkan UMNO merampas kerusi berkenaan daripada PAS".

4. Sayapun menasihatinya supaya jangan mempermainkan-mainkan soal ajal dan maut. Jangan mempersenda-sendakan tentang kematian. Jangan kita membuat tuduhan melulu kepada UMNO sehingga kita tidak berfikiran rasional, hingga tergamak mempermainkan nama malaikat Maut ( Izrael) dalam kancah kegawatan politik di Perak. Saya katakan kepadanya, kalau nak berpolitik sekalipun, janganlah sehingga mempermain-mainkan soal ajal dan maut ini.

5. Lalu rakan blogger saya ini menjawab melalui email yang dihantarkan kepada saya, kata: " Mana tidaknya, sem ua orang dah tak percaya lagi dengan sandiwara UMNO dari dulu sampai sekarang".

6. Saya lagi mengucap panjang dengan apa yang diperkatakannya. Sepatutnya dalam keadaan yang sedemikian kita sepatutnya mensedekahkan "al-fatihah" kepada Allahyarham Roslan ( bekas MP PAS berkenaan). Tak sepatutnya kita sibuk membuat spekulasi tentang kenapa PIlihanraya Kecil ini berlaku dan siapa calonnya. Kalau ada masa, kita ziarahlah keluarganya dan bantulah apa yang patut kepada anak-anaknya yang 11 orang tu.

7. Kepada sidang bloggger yang dihormati sekelian, saya harap agar janganlah kita menjadikan isu dengan kematian wakil rakyat Bukit Gantang ni. Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Aaamin.