Tuesday, 10 January 2012
MAHKAMAH DIANGGAP BEBAS BILA PENJENAYAH DIBEBASKAN..!
2. Adakah mahkamah hanya dianggap adil dan juga bebas hanya apabila hakim membebaskan Orang Kena TUduh (OKT) dalam sesuatu kes jenayah...Adil dan bebaskah hakim itu apabila memenangkan kes dengan berpihak kepada OKT..? Bagaimana pula jika Hakim Mahkamah Tinggi baru-baru mejatuhkan hukuman bersalah kepada DSAI..? Adakah natijahnya seluruh dunia dan rakyat di negara ini akan melabelkan mahkamah serta hakim di negara ini tidak adil dan ada konspirasi pihak pemerintah..?
3. Bagaimana dengan kes DR MOhd KHir Toyo, Mantan MB Selangor; Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember yang lalu telah memutuskan bahawa Dr Khir Toyo bersalah dengan dihukum penjara setahun dan dilucutkan hak pemilikan harta yg dijadikan bahan kes berkenaan.. Kenapa dunia dan juga rakyat di Selangor khasnya tidak melabelkan Hakim dan mahkamah tersebut tidak adil dan tidak bebas...bukankah ini boleh diprejudiskan sebagai adanya satu konspirasi daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor hari ini di bawah Pakatan Pembangkang yang mengcungkil fail-fail PKNS untuk mengenakan pensabitan kes rasuah ke atas Khir Toyo..?
4. Nampaknya dunia hari ini hanya akan mengiktiraf keputusan mahkamah menjadi adil dan hakim yang menghakimi itu bebas membuat keputusan hanya apabila hakim membuat keputusan membebaskan OKT sahaja....beratlah ukuran persepsi adil dan bebas tu bergantung kepada bersalah ataupun tidak..kenapa kita tidak melihat kepada fakta kes dan juga keseluruhan laporan penggulungan kes oleh hakim...
5. Selepas dari kes ini, maka semua kes-kes yang akan dibicarakan dimahkamah yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik sama ada di pihak pemerintah maupun pembangkang; ianya hanya diiktiraf sebagai adil serta bebas bila semua pendakwaan ke atas OKT dibebaskan dan dilepaskan..
6. Nampaknya hari ini rakyat kita masih jahil dan dungu lagi tentang penilaian terhadap sesuatu proses penghakiman di mahkamah, mereka tidak menilai dari sudut proses prosiding dan juga hak-hak OKT yang diberikan oleh sesuatu mahkamah kepada OKT, sebaliknya mereka hanya nak tahu result penghakiman, iaitu disabitkan salah ataupun dibebaskan...
7. Lepas ni saya mencadangkan supaya selepas sahaja sesuatu kes itu berjalan prosidingnya di mahkamah maka bila sampai hari pengadilan di mana rakyat nak tahu sama ada kes itu sabit atau tidak, maka kita serahkan penghakiman kepada rakyat untuk menentukannya, RAKYAT Menjadi HAKIM, buat kaedah SMS macam af-undi Akademi Fantasia...lihat apa respons rakyat....hakim hanya jalankan tugas melaksanakan proses perbicaraan dan pendengaran awam di mahkamah sahaja. keputusan pensabitan kes kita serahkan sahaja kepada rakyat..tercapailah hasrat kita untuk mempraktikkan 'rakyat sebagai hakim'..
Sunday, 8 January 2012
MANA LEBIH DEMOKRATIK: UMNO PECAT ANWAR ATAU PAS PECAT HASAN ALI...?
2. Di antara tuduhannya ialah Anwar telah bersubahat dengan IMF untuk melumpuhkan ekonomi negara dan Anwar juga adalah dituduh sebagai pengkhianat bangsa dan negara kerana bersekongkol dengan CIA Amerika bagi menjatuhkan ekonomi negara..Anwar juga telah didakwa telah menyalahgunakan kuasanya semasa menjadi Pemangku Perdana Menteri selama 2 minggu seaktu ketiadaan Tun. DRM dengan mengerahkan pihak polis untuk mengepung rumah Umi Hafilda seperti yang didakwa oleh umi hafilda...akhirnya Anwar diberi peluang membela diri dalam mesyuarat MT UMNO selama lebih 3 jam...kenyataan anwar tidak meyakinkan MT UMNO dan akhirnya MT UMNO membuat keputusan memecat anwar daripada ahli UMNO...
3. Berlainan pula dengan Dr hasan Ali dalam PAS...Dr hasan Ali telah mengkritik kepimpinan PAS kerana dah jauh tersasar daripada perjuangan untuk menegakkkan negara islam, Dr. hasan Ali mempertikaikan slogan negara berkebajikan PAS..Dr. hasan Ali juga telah mempertikaikan seruan kepimpinan PAS untuk mengajak ahli-ahli PAS menyertai perhimpunan bebaskan Anwar 901..Dr. Hasan Ali juga telah mempertahankan tindakan JAIS untuk mengeledah sebuah gereja di damansara kerana diyakini telah mendakyah umat islam untuk memeluk agama kristian..DR Hasan Ali telah menyertai perhimpunan sejuta umat Islam bagi mempertahankan akidah Umat Islam...Dr Hasan Ali juga telah menegur kebiadaban DAP di Selangor..Dr hasan Ali juga telah mengisytiharkan Anwar tak layak jadi PM atas faktor isu moral yg dihadapinya di mahkamah..ini semua telah membuatkan kepimpinan PKR dan juga DAP tak senag hati dengan Hasan Ali..PKR dan DAP mendesak PAS ambil tindakan ke atas Hasan Ali..
4... Akhirnya pada hari ni 8 Jan (Ahad) PAS AJK PAS Pusat telah mengadakan mesyuarat khas tanpa memanggil hasan ali membela diri dalam mesyuarat tersebut..hasan ali telah dipecat dari PAS tanpa memberikan surat tunjuk sebab dan tanpa memanggil hasan ali membela diri...adilkah sebuah parti Islam yang kononnya mengamalkan kepimpinan ulama mengambil tindakan dan menghukum kepimpinan tertingginya seperti Dr hasan Ali tanpa diberi peluang untuk membela diri...
5.. Mana lebih adil dan demokratik antara tindakan MT UMNO memecat Anwar dan juga dengan tindkan AJK PAS Pusat memecat Dr hasan Ali..? Kalau ditanya pada budak-budak sekolah TADIKA di PASTI, dah tentu mereka akan jawab bahawa PAS parti zalim dan parti Islam yang tidak Pasti keislamannya....
Monday, 24 October 2011
DASAR PENTADBIRAN KHALIFAH UMAR IBNU ABD. AZIZ
" Amma Ba'du.! Sesungguhnya tidak akan ada nabi sesudah Nabi Muhammad S.A.W dan juga tidak ada kitab lagi selain kitab yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad, iaitu al-Quran. Seterusnya apa yang telah dihalalkan oleh Allah S.W.T adalah tetap halal hingga tiba hari kiamat. Sesungguhnya aku bukanlah orang yang mengeluarkan keputusan hukum, akan tetapi sekumpulan orang yang akan melaksanakan keputusan tersebut. Aku bukanlah seorang yang mengada-adakan dan membuat perkara yang baru di dalam Islam, melainkan aku hanya orang yang akan mengikut seluruh ajaran agama yang ada. Tidak seorangpun yang boleh mematuhi pemimpin yang memerintahkan untuk melakukan maksiat kepada Allah S.W.T. Aku bukanlah orang terbaik di antara kalian semua, akan tetapi aku hanya di kalangan orang yang Allah S.W.T amanahkan tanggungjawab yang berat dibanding dengan kalian semua".
Ucapan beliau ini menggambarkan kepada kita betapa tegasnya khalifah Umar b Abdul Aziz berpegang teguh kepada ajaran Islam berpandukan kepada kitabullah dan Sunnah Rasulullah. di samping itu beliau komited untuk tidak membuat apa-apa keputusan di dalam menjalankan sesuatu hukuman secara sendiriannya sebaliknya akan menyerahkan kepada sekumpulan pihak yang diberi autoriti khusus dalam pentadbirannya.. Kemudian beliau telah memberi peringatan serta wasiat kepada 5 perkara untuk dijadikan sebagai panduan dan juga pedoman kepada rakyat di bawah pemerintahannya, iaitu :
" Sesiapa yang hendak menjadi sebahagian daripada kita, maka hendaklah dia bersama dengan kita dalam melaksanakan Lima PERKARA. JIka dia tidak bersedia untuk melakukannya, maka hendaklah dia tidak bergabung bersaam kita, iaitu :
PERTAMA : Memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan.
KEDUA : Berperanan aktif dalam menyebarkan kebaikan dengan semampunya.
KETIGA : Memberikan petunjuk dan jalan kebaikan kepada orang yang ingin melakukannya.
KEEMPAT: Hendaklah seseorang tidak menyebarkan fitnah dan hasutan di antara kita.
KELIMA : Hendaklah tidak menolak segala sesuatu yang tidak membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain..
Di samping itu juga, Umar b. Abd Aziz juga telah mengingatkan umat Islam supaya perbanyakkan mengingati mati serta persiapkanlah segala bekalan yang diperlukan sebelum ajal menjemput kalian. Beliau telah memberikan syarat dan juga garis panduan kepada rakyat di bawah pemerintahannya dengan menghadkan hanya kepada Lima Sebab sahaja bagi masyarakat yang ingin berhubung langsung untuk bertemu dengannya, iaitu :
1. Hendaklah dengan tujuan ingin menyampaikan suatu hajat daripada seseorang yang tidak dapat menyampaikannya sendiri kepada khalifah - iaitu sebagai penghubung antara dirinya dengan orang yang tidak dapat menemuinya.
2. Hendaklah orang yang menemuinya itu adalah orang yang ingin membantunya melakukan kebaikan sesuai dengan kemampuannya atau memperingatkan khalifah tentang suatu keburukan.
3. Mewajibkan mereka yang ingin mendekatkan diri kepadanya untuk sentiasa menunjukkannya kepada kebaikan umat dan agama.
4. Melarang orang yang ingin mendekatinya menyampaikan suatu 'ghibah' kepadanya.
5. Melarang orang yang ingin mendekatkan diri kepadanya untuk masuk campur ke dalam masalah hukum dan apa-apa yang tidak bermanfaat bagi masyarakat awam.
Inilah antara beberapa wasiat dan juga perintah ulung Umar bin Abdul Aziz ketika beliau mula-mula menjawat jawatan sebagai khalifah Islam sebaik sahaja di baiat oleh kauj muslimin di zaman pemerintahan Bani Umaiyah..
Rujukan:
Dr. Ali Muhammad Muhammad Al-Shallabi, Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz, Al-Hidayah House of Publishers Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2011.
Sunday, 4 September 2011
AL-QURAN DIJADIKAN PENGESAT NAJIS OLEH KOMUNIS
1. SERANGAN bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas Balai Polis Bukit Kepong, 35 kilometer dari Muar, jam 4.30 pagi pada 25 Februari 1950, adalah sangat berkesan dalam sejarah negara.
2. Serangan itu memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis yang begitu kecil jumlahnya iaitu 20 orang bersama enam Pengawal Kampung (Home Guards) mempertahankan maruah sebuah institusi yang melambangkan keselamatan dan kedaulatan negara dan masyarakat. Mereka memang menjadi sasaran Parti Komunis Malaya yang meletakkan Rejimen 3 dan 4 untuk bergerak dan menguasai Johor. Serangan yang melibatkan 180-200 orang anggota Malayan Races Liberation Army (MRLA), PKM itu telah diketuai oleh Mat Indera. Dalam serangan itu Sarjan Jamil Mohd Noh, Ketua Balai telah mengetuai anak buahnya untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, Balai Penghulu dan Berek Kelamin Polis daripada ditawan oleh komunis. Mereka tidak mahu menyerah kalah walaupun dipujuk oleh Mat Indera melalui isteri seorang anggota polis yang dapat ditangkapnya di berek kelamin.
3. Mereka tidak berganjak daripada lubang-lubang kubu pertahanan mereka walaupun seorang demi seorang anggota polis itu tercedera dan tertewas oleh peluru komunis yang datang seperti hujan menimpa bumi. Mereka berjuang selama enam jam tanpa mengira keselamatan nyawa mereka. Ada juga isteri-isteri polis yang cuba melawan membela kematian suami mereka. Namun, kudrat mereka tidak seberapa. Kekejaman komunis mengatasi segala-galanya. Mereka bukan sahaja membakar kompleks balai polis itu menjadi debu, tetapi sanggup membaling seorang anggota polis yang cedera ke dalam api yang sedang membara. Tiga orang isteri polis juga dihumban ke dalam api tanpa belas kasihan. Ada yang terpaksa berpelukan ketakutan menunggu kematian yang menyeksakan itu. Seorang kanak-kanak juga menjadi mangsa kekejaman komunis. Mereka rentong seperti arang. Hanya Yusof Rono, seorang anggota polis yang cedera parah dapat melepaskan diri untuk meminta bantuan. Dato’ Onn Ja’afar, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, yang telah melawat kawasan itu menyifatkan pertahanan anggota-anggota Balai Polis itu adalah sebagai sesuatu tindakan yang sangat `determined and heroic’. Seramai 25 orang yang terkorban mempertahankan Balai Polis itu; 19 orang anggota polis dan 6 orang pengawal kampuong. Bagi Mat Indera dan PKM, ini adalah satu kejayaan besar. Mat Indera tidak rasa bersalah walaupun mereka yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup adalah sebangsa dan seagama dengannya.
4. Mengapa Mat Indera berada dalam PKM dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong? Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu. PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama ini hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya.
5. Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain. Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang. Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China. Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.
6. Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar ini. PKM telah membakar semangat mereka dengan perasaan anti–kolonial dan anti-kuasa Barat. British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British. Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Sebelum itu PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang pihak Jepun di antara tahun 1942-1945. Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British. PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British. Rancangan Malayan Union ini dianggap progresif kerana tamadun Melayu yang terbina sejak 1273 atau 1400 dengan Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain akan terhapus. Seluruh Tanah Melayu akan dikenal sebagai Malayan Union dan diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh Raja England dan Wales. Ketuanan Melayu yang berpaksikan Raja Melayu akan termusnah sama sekali.
7. Ini dibantah oleh Raja-Raja Melayu dan orang Melayu yang menyatukan diri mereka dalam kongres Melayu 1946 yang menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR). Raja-Raja Melayu dan UMNO berunding selama dua tahun sebelum British bersetuju menarik Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. British menolak Perlembagaan Rakyat cadangan PKM dan sekutunya. Inilah puncanya PKM berdendam dengan British dan memeranginya pada 1948. Orang Melayu iaitu Raja-Raja Melayu dan UMNO menjadi musuhnya. Mereka dilihat sebagai penyokong British yang melangsungkan penjajahan dan tidak memberi kemerdekaan. Walaupun pada masa itu British telah mula memberi semula kuasa pentadbiran negeri kepada Menteri Besar dan ketua-ketua jabatan kerajaan yang dilantik oleh Sultan negeri masing-masing. British hanya berjawatan sebagai Penasihat British sahaja.
8. Orang Melayu memang menolak PKM kerana serik dengan kekejaman yang dilakukannya selama 13 hari semasa mengisi kekosongan pemerintahan Tanah Melayu selepas Jepun menyerah kalah. Kekosongan itu telah membolehkan PKM keluar daripada hutan dan menguasai balai polis dan bandar-bandar serta menunjukkan kekuasaannya. Dengan senjata yang canggih, Bintang Tiga PKM menghukum penduduk kampung yang dikatakan bersubahat dengan Jepun atau melakukan kesalahan kepada mereka. Ramai Tok Guru, imam, bekas-bekas pekerja pejabat Jepun dan orang biasa yang telah ditangkap dan dibunuh. Banyak rumah yang dibakar diwaktu malam ketika penghuninya tidur nyenyak di dalamnya. Masjid-masjid juga dicemari dan al-Quran dijadikan pengesat najisnya. Ada orang Melayu yang dikurung dalam bakul keranjang mengangkat babi. Mereka di seksa, ditikam dan dikelar serta disepak seperti bola. Ada yang ditanam hidup-hidup dengan kepalanya di atas tanah untuk disepak seperti bola. Ada yang dibawa masuk ke hutan tanpa berita sehingga kini. Kekejaman komunis itu memang tidak terperikan. Ini menyebabkan kebangkitan beberapa pemimpin Melayu yang membalasnya seperti Kiai Salleh di Batu Pahat dan Cikgu Latif di Negeri Sembilan. Pergaduhan orang Melayu dengan PKM juga berlaku di Perak dan Pahang.
9. Namun, bukan semua orang Melayu melihat kekejaman KOmunis. Mereka yang inginkan kuasa politik tetap bersekongkol dengan PKM. Golongan ini menolak Fiudalisme dan mahukan kemerdekaan seperti kebanyakan negara-negara Asia Tenggara, terutamanya Indonesia yang telah mendapat kemerdekaan dengan menentang Belanda pada 1945. Pengaruh Indonesia ke atas orang Melayu di dalam bidang persuratan dan politik memang tidak dapat dinafikan. Malah ada yang telah menubuhkan cawangan parti politik Indonesia di Tanah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob, yang mendakwa telah menubuhkan cawangan Partai Nasional Indonesia (PNI) di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), semasa beliau belajar di sana. Malah beliau telah bekerjasama dengan Presiden Sukarno untuk merdeka bersama Indonesia pada 15 Ogos 1945 di bawah tajaan politik berkuasa tentera Jepun. Beliau telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan kemudiannya Kesatuan Rakyat Istimewa Semenanjung (KRIS) untuk menunjukkan minatnya untuk merdeka dalam Indonesia Raya atau dipanggilnya Melayu Raya. Beliau kemudian mendapat perlindungan politik dan menjadi orang penting di Indonesia di bawah pemerintahan Presiden Sukarno. Beliau kemudian bersama-sama terlibat untuk mengganyang Malaysia di bawah pemerintahan Presiden itu pada tahun 1963.
10. PKM melihat ada ruang untuk membawa orang Melayu bersamanya menentang British. Mengikut Ahmad Boestamam sendiri dalam bukunya, bahawa PKM telah datang berjumpa dengannya untuk memberi bantuan modal bagi menjadikan akhbar Suara Rakyat itu sebagai bahan propaganda menentang British. Beberapa ketika kemudian PKM telah meminta Ahmad Boestamam menubuhkan sebuah parti sosialis khas untuk orang Melayu; namun Ahmad Boestamam mencadangkan parti tu dinamakan Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) supaya ia mudah diterima oleh orang Melayu. Parti itu ditubuhkan sempena sambutan genap setahun kemerdekaan Indonesia dicapai. Bendera Indonesia 'Sang Saka Merah Putih' dan lagu Indonesia Raya menjadi jata rasminya. Parti itu dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, seorang anggota Parti KOmunis Indomesia (PKI).
11. Ahmad Boestamam kemudian menubuhkan Angkatan Pemuda Insaf (API) yang menggunakan slogan "Merdeka Dengan Darah". SEbuah bahagian wanita ditubuhkan dengan nama Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh, isteri Ahmad Boestamam. Barisan Tani Malaya (BATAS) dan Barisan Buruh Malaya juga ditubuhkan. Ke semua ini kemudian bergabung dalam Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). Mereka bekerjasama rapat dengan PKM (1946-1948) untuk menentang British dan UMNO yang sedang berunding untuk menubuhkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu bagi mendapatkan semula negeri dan kedudukan politik seperti sebelum 1941. Kalau dahulu Ibrahim Yaakob bekerjasama dengan Jepun untuk merdeka bersama Indonesia, tetapi kini sebilangan kecil orang Melayu yang masih memperjuangkan Melayu Raya/ Indonesia Raya, bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya untuk mendapat kedudukan dan kuasa politik.
12. Mat Indera termasuk dalam kumpulan ini. Beliau percaya bahawa British itu penjajah. Beliau dengan itu menjadi anggota API dan sama-sama bergerak di bawah payung PUTERA dan PKM. Apabila British mengisytiharkan Darurat pada JUn 1948, semua parti itu terharam. Anggota PKMM, API, AWAS, BATAS dan Barisan Buruh Malaya yang menjadi anggota PUTERA, dengan itu memilih untuk ikut sama berjuang dengan PKM secara gerila di dalam hutan. PKM menubuhkan Rejimen 10 Khas untuk orang Melayu yang bergerak bersamanya. Abdullah C.D. menjadi ketuanya dan pusat gerakannya di Temerloh, Pahang. Di anggarkan seramai 300 orang termasuk wanita menjadi anggotanya. Ini termasuklah Manap Jepun, Wan Ali, Wahi Annuar, Shamsiah Fakeh, Ibrahim Chik dan ramai lagi. Ahmad Boestamam telah ditahan lebih awal manakala DR. Burhanuddin bergerak di Singapura. Pada bulan Disember 1950, Dr. Burhanuddin terlibat dalam kes Natrah dan dipenjarakan selama beberapa tahun di Singapura oleh British. Ternyata Mat Indera dan kumpulannya telah menjadi anggota dan penyokong PKM yang mengangkat senjata untuk menegakkan ideologi komunisme. Mereka menjadi kuda tunggangan KOmunis.
13. Kebangkitan sejata PKM itu telah ditentang oleh tenaga-tenaga muda anak-anak kampung yang bekerja sebagai POlis, Polis Khas (Special Constable) dan Polis Simpanan. Mereka menyahut seruan untuk menjaga keselamatan dan keamanan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka sanggup menggadai nyawa untuk memburu pengganas komunis di hutan belantara walaupun gaji yang diterima sangat kecil. Seramai 161, 281 orang anggota Polis yang terlibat dalam penentangan terhadap pengganas komunis itu. Asakar Melayu juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mengatasi ancaman komunis itu. Tiga Batalion telah ditubuhkan untuk menentang komunis dalam Darurat 1948-1960. Bersama-sama dengan pasukan anggota KOmanwel yang lain (British, Australia, New Zealand, Fiji, Gurkha dan Afrika), Askar Melayu dan pasukan Polis tempatan telah menentang sejumlah 12,500 pengganas komunis yang mengangkat senjata itu. Operasi ketenteraan British dan orang tempatan itu di samping tindakan-tindakan lain, telah berjaya memburu komunis sehingga akhirnya mereka terpaksa beroperasi kebanyakannya di sempadan Persekutuan Tanah Melayu dan Thailand pada 1953, menandakan kekuatan PKM dan penyokong-penyokongnya (Rejimen 10) telah dapat di atasi. Mat Indera kemudian dapat ditumpaskan oleh Askar Gurkha.
14. Pada tahun 1963/1967, PKM bangkit bagi kali kedua. Parti itu bekerjasama dengan PKI untuk mengganyang Malaysia. Di dalam negara pula, PAS pimpinan DR. Burhanuddin dan Parti Rakyat Malaya pimpinan Ahmad Boestamam sama-sama menentang penubuhan Malaysia di atas dasar Malaysia adalah neo-kolonialisme dan agenda blok Barat. Revolusi Brunei di bawah A.M. Azahari telah diadakan bagi menentang penubuhan Malaysia. Bagaimanapun, Malaysia terus dibina dan PKM dan PKI gagal untuk mendapat kuasa politik. Dalam Peristiwa 13 Mei 1969 sekali lagi menunjukkan campurtangan PKM melalui kerjasamanya dalam parti-parti politk ekstrim yang membangkitkan isu-isu perkauman dan sensitif. Ia mengambil peluang untuk mendapatkan kuasa politik secara kekerasan. Persitiwa 13 Mei telah menyaksikan pertumpahan darah antara kaum di Kuala Lumpur; beratus-ratus orang awam terkorban akibat rasa marah yang tidak terkawal. Pihak tentera dan polis serta komando sekali lagi bertugas menjaga keamanan negara.
15. INi bermakna PKM dan para penyokongnya termasuk Mat Indera tidak berhenti-henti cuba menegakkan ideologinya, dengan menggunakan kekerasan senjata untuk mendapat kuasa politik. Mereka yang mempertahankan keamanan itu adalah anggota polis dan tentera yang bekerja keras bergadai nyawa untuk kesejahteraan masyarakat terbanyak. Dengan kegigihan mereka memburu komunis di hutan belantara, maka ancaman pengganas komunis itu dapat diatasi. Kedaulatan dan kemerdekaan negara dapat dipertahankan. Apakah mereka pembelot bangsa.? Adakah patut Mat Indera dianggap pejuang apabila dia sanggup bersekongkol dengan komunis dan membiarkan bangsanya dan agamanya dimusnahkan? Mengapa pula orang seperti Mat Sabu sanggup mengagungkan penjenayah dan tidak berterima kasih kepada mereka yang telah berjuang menegakkan keamanan sehingga beliau mampu untuk menjadi wakil rakyat pada hari ini? Janganlah memesongkan sejarah dan menghina bangsa demi kepentingan politik peribadi..
Oleh,
Prof Datuk DR. Ramlah Adam
Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
Universiti Teknologi MARA
Friday, 8 July 2011
SPR JAWAB 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0
a) SPR perlu melaksanakan pembersihan daftar pemilih;
b) SPR perlu melaksanakan pembaharuan Sistem Undi Pos;
c) SPR perlu melaksanakan penggunaan dakwat kekal;
d) SPR perlu memperuntukkan tempoh berkempen tidak kurang dari 21 hari;
e) SPR perlu menjamin adanya akses media yang bebas dan adil;
f) Memperkukuhkan institusi awam;
g) Memberhentikan amalan rasuah; dan
h) Memberhentikan amalan politik kotor.
Daripada semua tuntutan di atas, didapati hanya empat (4) tuntutan sahaja yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan bidang tugas SPR, iaitu tuntutan-tuntutan dari (a) hingga (d) sahaja.Manakala empat (4) tuntutan yang lain tidak berada di bawah bidang kuasa SPR.
TUNTUTAN 1: SPR PERLU MELAKSANAKAN PEMBERSIHAN DAFTAR PEMILIH
Jawaban SPR - Proses pembersihan Daftar Pemilih dilakukan setiap hari terhadap pemilih yang meninggal dunia, pemilih yang bertukar alamat, pemilih awam yang menyertai tentera dan polis, pemilih pos tentera atau polis yang bertukar menjadi pengundi awam dan pemilih yang hilang kelayakan sebagai pemilih berdaftar. Bagi kes pembersihan disebabkan kematian, SPR tidak boleh memotong nama seseorang pemilih berdaftar itu tanpa mendapat maklaumat dan pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tanpa memperoleh maklumat dan pengesahan daripada JPN bahawa seseorang pemilih itu telah meninggal dunia, SPR tidak mempunyai kuasa untuk memotong nama-nama pemilih berkenaan daripada pangkalan data Daftar Pemilih. Justeru itu, kerjasama waris-waris simati amat diperlukan untuk melaporkan kematian berkenaan kepada JPN dan seterusnya membolehkan SPR mengambil tindakan susulan untuk mengeluarkan nama pemilih tersebut daripada Daftar Pemilih.
TUNTUTAN 2 : SPR PERLU MELAKSANAKAN PEMBAHARUAN SISTEM UNDI POS
Jawaban SPR - Dalam konteks 'Pengundi Tidak Hadir', tatacara sistem pengundian pos yang diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 dibuat menurut perenggan 16 (2) (n) Akta Pilihan Raya 1958. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada anggota-anggota Angkatan Tentera Malaysia dan pasangan masing-masing, anggota-anggota polis dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), pegawai dan kakitangan awam serta pelajar-pelajar dan pasangan yang menuntut sepenuh masa di luar negara untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing memilih wakil rakyat dengan mengundi secara pos. Sekiranya mereka tidak diberi peluang untuk mengundi secara pos, maka mereka tidak akan dapat menikmati hak pengundian yang diberikan kepada setiap warganegara Malaysia.
Berdasarkan hakikat ini, sistem pengundian pos yang sedia ada masih lagi relevan. Andainya sistem pengundian pos yang sedia ada dirombak, ia dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam kerana anggota-anggota tentera tidak boleh menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan negara daripada ancaman musuh dan anggota-anggota polis tidak boleh melaksanakan tugas mereka menjaga ketenteraman awam kerana kedua-kedua pihak tersebut terpaksa berada di pusat-pusat mengundi di merata-rata tempat untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari mengundi. Keadaan ini juga boleh menyebabkan pegawai, kakitangan dan pasangan mereka yang bertugas di luar negara serta pelajar-pelajar dan pasangannya yang menuntut sepenuh masa di luar negara terhalang hak asasi mereka untuk mengundi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Namun begitu, SPR sentiasa mengkaji cara yang lebih efektif bagi memantapkan lagi sistem pengundian pos tersebut. Antara langkah yang difikirkan bersesuaian adalah menggantikan sebahagian daripada sistem undi pos kepada pengundian awal yang mana pengundi-pengundi akan dikumpulkan di suatu tempat yang sesuai untuk mengundi. Sistem ini bagaimanapun mungkin tidak akan terpakai untuk pelajar di luar negara, mereka yang bertugas di luar negara dan juga anggota tentera dan polis yang terpaksa bertugas di perbatasan yang tidak dapat dikumpulkan di suatu tempat tertentu untuk melaksanakan pengundian.
TUNTUTAN 3: SPR PERLU MELAKSANAKAN PENGGUNAAN DAKWAT KEKAL
JAWABAN SPR - Cadangan penggunaan dakwat kekal (indeible ink) terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab. Selain atas sebab keselamatan sepertimana yang telah diumumkan oleh Pengerusi SPR pada 4 Mac 2008, cadangan tersebut juga didapati bercanggah dengan Fasal (1) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi. SEseorang pemilih berdaftar tidak boleh dinafikan hak untuk mengundi kecuali jika pemilih berdaftar itu hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang. Dalam konteks ini, sekiranya penggunaan dakwat kekal dilaksanakan, penafian hak seseorang pemilih untuk mengundi dikhuatiri mungkin boleh berlaku dalam keadaan jari mereka mungkin dipalit dengan dakwat kekal secara diluar kerelaan atau kesedaran mereka sendiri.
Tuduhan pihak-pihak tertentu bahawa berlakunya pengundian berganda oleh seseorang pengundi semasa pilhan raya sehingga memerlukan kepada penggunaan dakwat kekal merupakan tuduhan yang masih tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak. Sehingga kini, tidak ada satu kes pun yang melibatkan petisyen pilihan raya dan dibawa ke mahkamah berkaitan dengan pengundian berganda.
Oleh yang demikian, kaedah sedia da yang diamalkan pada masa ini masih lagi relevan dan selamat serta menjamin ketelusan proses pengundian yang dilaksanakan. Walau bagaimanapun SPR kini sedang di peringkat mengkaji kaedah lain yang bersesuaian bagi menggantikan cadangan penggunaan dakwat kekal. Antaranya ialah kemungkinan menggunakan kaedah teknologi moden iaitu menerusi kaedah biometrik.
TUNTUTAN 4: SPR PERLU MEMPERUNTUKKAN TEMPOH BERKEMPEN TIDAK KURANG 21 HARI
JAWABAN SPR - Peruntukan undang-undang sedia ada memberikan kuasa kepada SPR untuk menentukan tempoh berkempen dengan syarat ia tidak kurang daripada tujuh hari. Dalam menentukan tempoh berkempen, SPR mengambil kira beberapa faktor seperti iklim politik, perihal keselamatan dan ketenteraman awam serta turut mengambil kira pandangan daripada parti-parti politik yang rata-rata bersetuju dengan tempoh berkempen yang dilaksanakan ketika ini.
Tempoh tujuh hingga sembilan hari adalah bersesuaian bagi semua parti lebih-lebih lagi parti politik yang kecil saiznya atau calon bebas memandangkan ia tidak memerlukan setiap parti membelanjakan kos yang tinggi bagi mengeluarkan bahan-bahan kempen.
Bagaimanapun SPR akan terus mengkaji semua langkah pembaikan, termasuk memperuntukkan tempoh kempen yang lebih panjang sekiranya langkah tersebut boleh membawa kebaikan kepada semua pihak dan tidak menimbulkan isu keselamatan dan ketenteraman awam.
RUMUSAN - SPR ADALAH BADAN PENGENDALI PILIHAN RAYA YANG BEBAS, TELUS DAN SAKSAMA
SPR ditubuhkan mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang berfungsi untuk:
a) Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan;
b) Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih;
c) Membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu.
Sebagai sebuah Suruhanjaya yang bebas, keputusan SPR tidak dipengaruhi oleh sesiapapun. Dalam melaksanakan fungsi-fungsinya, SPR berlandaskan kerangka undang-undang yang sedang berkuat kuasa sekarang iaitu Perlembagaan Persekutuan (Perkara 113-120), Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya ) 1981, Peraturan-Peraturan Pilihanraya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
SPR telah membuktikan kewibawaannya melalui pengendalian 12 Pilihan Raya Umum (PRU) semenjak 1959. Ini termasuklah PRU Ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan pihak pembangkang telah memenangi 82 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan, di samping menguasai pemerintahan di lima buah negeri. Sementara itu, daripada 16 Pilihan Raya Kecil yang diadakan selepas PRU Ke-12 pula, lapan daripadanya telah dimenangi oleh pihak pembangkang.
Kesemua ini meyakinkan rakyat bahawa sistem dan perjalanan proses pilihan raya yang diguna pakai oleh SPR pada masa ini adalah suatu sistem dan proses yang berwibawa (credible election), bebas dan adil. Ini kerana, keputusan-keputusan pilihan raya telah diterima secara sah (legitimate) oleh semua pihak asama ada pihak kerajaan maupun pihak pembangkang, yang telah membawa kepada pembentukan sebuah kerajaan yang diiktiraf..
SUMBER : SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA (SPR)
Friday, 8 April 2011
BOLEH KAH VIDEO DIJADIKAN BAHAN BUKTI
2. Bagaimanapun dalam kes-kes yang tidak melibatkan hukuman hudud seperti hukuman takzir maka syarat syahadah 4 orang saksi ataupun 2 orang saksi tidak menjadi syarat untuk mensabitkan hukuman takzir kepada seseorang yg melakukan kesalahan takzir..
3. Sebahagian ulama meletakkan kesalahan liwat adalah termasuk dalam kesalahan takzir yang tidak wajib dijatuhi hukuman had...terpulang kepada pemerintah untuk menentukan apa-apa hukuman kepada pesalaha liwat..Saman juga dalam kes rogol, ianya tidak termasuk dalam kesalahan hudud, ianya dimasukkan ke dalam kesalahan takzir..kalau kes rogol dimasukkan dalam kes hudud maka amat sukar bagi mangsa yg kena rogol untuk mendapatkan pembelaaan kerana mana ada kes rogol yang mana mangsa dapat membawa 4 orang saksi. Sebab itu dalam kes rogol maka keterangan dan pembuktian menerusi Qarinah (tanda-tanda ) boleh digunakan sebagai bahan bukti seperti kesan air mani yang boleh disahkan melalui ujian DNA..
4. Berbalik kepada kes zina pula..adakah boleh dan harus pihak hakim menggunakan bukti tayangan video yg asli untuk dijadikan bahan bukti bagi mensabitkan kesalahan zina..? Saya setuju dengan pendapat Peguam Syar'ie Sdr Zainul Rijal baru-baru ini yang berpendapat bahawa video boleh dijadikan keterangan untuk mensabitkan kes zina...cuma hukuman had tak boleh dijatuhkan kepada pesalaha ini kerana tidak dibuktikan dengan 4 org saksi..Ianya boleh dituduh dibawah undang-undang ta'zir iaitu bersekedudukan dengan wanita yang bukan muhram yang hukumannya adalah denda dan penjara sahaja...bermakna bahawa jiia benar Video seks yang dihebohkan baru-baru ini oleh Datuk 'T' disahkan asli dan sahih maka mahkamah syariah boleh mendakwa DSAI..
5. Bagi saya pula bukannya masalah boleh didakwa atau tidak ataupun cukup 4 orang saksi atau tidak..persoalannya ialah kita sebagai seorang muslim yang adil perlu menjaga imej dan maruah diri supaya tidak terjemak dengan skandal-skandal yang memalukan ummah dan keluarga..walaupun tak ada 4 org saksi tetapi kesahihan video itu sudah cukup menjadi bukti tentang perlakuan kita yang hina dan jijik di dunia ini..samalah macam tindakan Bank mamasang CCTV di Bank bagi mengesan muka perompak dan penjenayah..memang CCTV bukan sebagai saksi yg boleh bercakap tetapi dengan CCTV ini membolehkan pihak polis mengenalpasti wajah-wajah penjenayah dan perompak yg melakukan rompakan di Bank dengan pantas dan terus menahan mereka yg disyaki dengan rakaman CCTV ini..
Kalau video dan CCTV ini tidak boleh dijadikan bahan bukti untuk megenalpasti individu yg terlibat dalam sesuatu kes maka apa gunanya pihak berkuaSA DAN JUGA SEMUA PIHAK DI DUNIA MASA KINI MEMASANG cctv DI PERKARANGAN PEJABAT DAN DI PREMIS PERNIAGAAN MEREKA DENGAN KOS YANG TINGGI.
Thursday, 11 November 2010
WASATHIYAH DALAM KONTEKS 1MALAYSIA
WASATHIYAH
DALAM KONTEKS 1MALAYSIA
Oleh: Kapt. Dr Shamsuddin Moner (B)
Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan yang digagaskan oleh Perdana Menteri,YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd. Razak telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada banyak kalangan dalam masyarakat kita, dan masing-masing mula membuat pentafsiran sendiri terhadap gagasan tersebut. Menyentuh secara menyeluruh, pelaksanaan gagasan ini dari perspektif Islam; ianya bertepatan dengan frasa “rahmatan lil ‘alamiin” dan juga salah satu daripada ciri-ciri keistimewaan syariat Islam itu sendiri iaitu ’wasathiyah’ (kesederhanaan/pertengahan).
Firman Allah dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 107: ”Dan tidaklah kami mengutuskan engkau (wahai muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.Apakah pengertian “rahmatan lil ‘alamiin” dan bagaimanakah ia boleh dikaitkan dengan konsep ’wasathiyah’ dalam konteks Gagasan 1Malaysia ?
Pendekatan Gagasan 1Malaysia tidak bercanggah dengan semangat kesatuan yang menjadi unsur utama kandungan Piagam Madinah yang dibangunkan pada tahun pertama penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. ke Madinah yang juga berasaskan kepada pendekatan “rahmatan lil ‘alamiin”. Ianya juga bertepatan dengan ’Kontrak Sosial’ yang menjadi asas kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan ketika negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogso 1957.
Dato’ Sri Mohd. Najib Razak di dalam ucapan terakhirnya sebagai Timbalan Presiden UMNO ketika merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 24 Mac 2009 telah menyatakan: “Sejarah turut membuktikan apabila orang Melayu berpegang teguh kepada amalan Islam, kita akan menjadi bangsa yang dihormati… orang Melayu perlulah melakukan hijrah dengan membuat pembaharuan transformasi yang bersifat total dan tuntas. Mengambil iktibar daripada sirah, dapat disimpulkan bahawa perpaduan kebangsaan sewajibnya bermula dengan perpaduan di kalangan orang Melayu”.
Inilah batu asas kepada transformasi yang hendak dilakukan oleh Dato’ Sri Najib menjelang peralihan kuasa sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Tegasnya untuk menjadi bangsa yang dihormati maka orang Melayu wajib berpegang teguh kepada ajaran Islam. Mesej jelas kepada seluruh umat Melayu di negara ini bahawa beliau tidak mengambil mudah tentang ruh dan agenda perjuangan Islam. Seterusnya, beliau meletakkan syarat wajib untuk menjayakan misi perpaduan kebangsaan di negara ini dengan memulakan perpaduan di kalangan orang Melayu. Dalam erti kata lain, usaha untuk membentuk perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini menerusi gagasan ‘1Malaysia’ mestilah didahulukan dengan perpaduan kukuh dan erat di kalangan orang Melayu dan Islam di negara ini. Tanpa perpaduan Melayu, maka usaha untuk menyatupadukan bangsa dan kaum pelbagai agama di negara ini akan menghadapi masalah. Ini membuktikan bahawa Dato’ Sri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin dan pemikir yang berfahaman sederhana (moderate) yang memahami falsafah syariat Islam itu sendiri yang bersifat ‘wasathiyah’ di mana beliau menitikberatkan soal perpaduan dan kesatuan antara kaum dan agama di Negara ini.
Wasathiyah atau dengan ungkapan lainnya, at-tawazun (keseimbangan) adalah merupakan keseimbangan di antara dua jalan atau dua arah yang saling berhadapan atau bertentangan, di mana salah satu daripada dua keadaan tadi tidak boleh menentukan arahnya sendiri tanpa mengambil kira faktor kecenderungan arah yang satu lagi. Contoh-contoh dua arah serta kehendak yang saling bertentangan adalah seperti:
· Ruhhiyah (spiritual) dengan maddiyah (material).
· Fardiyah (individu ) dengan jama’iyah (kolektif/kumpulan ).
· Waqi’iyah (kontekstual ) dengan mitsaliyyah ( idealisme ).
· Tsabat (konsisten ) dengan taghayyur (transformasi).
Pengertian dari tawazun (keseimbangan) di antara kedua arah seperti dalam keadaan-keadaan yang dinyatakan di atas adalah ianya saling memberi hak dan juga keperluan yang sepatutnya akan hak yang bertentangan tadi sehingga ianya dapat memenuhi tuntutan secara adil dan saksama tanpa berlakunya penyimpangan. Dalam erti kata lain, ianya suatu keseimbangan yang selamat dari kekurangan atau berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara di dalam melaksanakan syariat Islam. Di sinilah letaknya konsep ’wasathiyah’ di dalam memberi keadilan dan hak kepada semua kaum dan bangsa di negara ini menerusi Gagasan 1Malaysia.
Karakteristik dari sudut al-wasthiyyah ini diibaratkan juga sebagai batu sempadan bagi membezakan antara ajaran syariat Islam dengan ajaran agama-agama lain ciptaan manusia di dunia ini. Allah menjelaskan dalam firman-Nya, Surah al-Baqarah, Ayat 143 :“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), ummat pertengahan (adil dan pilihan) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan)mu”.
Apa yang dimaksudkan dengan konsep ‘ummatan wasyatan’ (ummat pertengahan) di dalam ayat di atas adalah umat Nabi Muhammad s.a.w yang melaksanakan perintah Allah berdasarkan kepada ketentuan-ketentuan hukum-Nya dan juga berasaskan kepada keseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani, individu dan masyarakat, fizikal dan mental serta keseimbangan antara keperluan duniawi dan ukhrawi. Ianya bertepatan dengan Kelapan-lapan Nilai 1Malaysia seperti yang diutarakan oleh Dato’ Sri Najib Razak untuk menjayakan visi Negara kea rah menjadi Negara maju yang progresfi menjelang tahun 2020; iaitu (1) Budaya Kecemerlangan, (2)Ketabahan, (3) Rendah Hati, (4) Penerimaan, (5) Kesetiaan, (6) Meritokrasi, (7)Pendidikan dan (8) Integriti.
Dr. Yusof al-Qardhawi di dalam menghuraikan Karakteristik Syariat Islam telah memperincikan prinsip-prinsip ‘wasthiyyah’ ataupun tawazun ini kepada beberapa cirri ataupun prinsip seperti berikut :
· Al-Wasthiyah Bermakna Adil. Iaitu duduk di pertengahan antara dua sisi yang berlawanan, yang mana ianya tidak condong ataupun cenderung kepada salah satu keadaan yang bertentangan. Dengan kata lain, adil di dalam memberi hak masing-masing tanpa mengurangi atau melebihkan antara kedua pihak. Seperti firman Allah s.w.t di dalam ayat di atas ( Surah Al-Baqarah ; Ayat 143 ). Prinsip ’adil’ dalam wasatyiah ini bertepatan dengan Prinsip Nilai 1Malaysia yang ke-6, iaitu Meritokrasi.
· Al-Wasthiyyah Bermakna Istiqamah . Bererti istiqamah dari manhaj yang jauh dari kecenderungan dan penyimpangan , yang disebut di dalam al-Quran sebagai manhaj ’shirathal mustaqim’ . Seperti firman Allah s.w.t Surah al-Fatihah, Ayat 6-7:“(Ya Allah) tunjukkan kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan mereka yang Engkau beri nikmat, bukan (jalan) mereka yang engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang tersesat”. Prinsip ’istiqamah’ dalam wasatyiah ini bertepatan dengan Prinsip Nilai 1Malaysia yang ke-2 dan ke-8, iaitu ’Ketabahan’ dan ’Integriti’.
· Al-Wasthiyyah Sebagai Bukti Kebaikan. Ianya sebagai bukti untuk menjelaskan ataupun menyatakan sesuatu yang terpilih dan juga terbaik. Kata-kata pujangga Arab : ” Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah , Ayat 143 di mana Ibnu Kathir telah mentafsirkan kalimah ”Ummatan Wasathan” di dalam ayat ini sebagai ummat yang terpilih dan terbaik. Umat yang terpilih dan terbaik tentulah umat yang menguasai ilmu pengetahuan serta kemajuan di bidang pendidikan, sains dan teknologi. Di samping itu juga umat yang terbaik adalah umat yang memiliki sifat rendah hati dan tidak bongkak serta takbur. Prinsip ’kebaikan’ dalam wasatyiah ini bertepatan dengan Prinsip Nilai 1Malaysia yang ke-3 dan ke-7, iaitu ’Rendah Hati’ dan ’Pendidikan’.
· Al-Wasthiyyah Mencerminkan Keamanan. Ianya mencerminkan sebuah tempat yang aman, jauh dari ancaman bahaya dan kekacauan. Daerah yang terpencil biasanya sering terdedah kepada ancaman binatang buas dan juga lanun. Manakala daerah di kota-kota besar biasanya sering diancam dengan jenayah rompak dan juga pembunuhan. Sebaliknya daerah yang pertengahan, berada di antara tempat terpencil dan juga kota ; kebiasaannya lebih selesa dan aman berbanding dengan kedua-dua daerah yang bertentangan di atas. Kebiasaan kawasan ini dihuni oleh mereka yang memiliki sifat tolak ansur dan juga penerimaan antara satu pihak dengan pihak yang lain sehingga lahirnya keamanan dan kesejahteraan dalam komuniti dan masyarakat. Prinsip ’keamanan’ dalam wasatyiah ini bertepatan dengan Prinsip Nilai 1Malaysia yang ke-4, iaitu ’Penerimaan’.
· Al-Wasthiyyah Adalah Bukti Kekuatan dan Kecemerlangan. Sebagai bukti kekuatan dan kecemerlangan, di mana pada kebiasaannya daerah yang paling tengah biasanya akan dijadikan markas (pusat) kekuatan bagi sesuatu misi dan agenda penting. Sama juga seperti umur pertengahan antara kanak-kanak dan juga umur dewasa . Umur dalam usia dikatakan peringkat pemuda adalah suatu zaman di mana manusia itu memiliki segala kekuatan sama ada fizikal maupun mental. Prinsip ’kekuatan dan kecemerlangan’ dalam wasatyiah ini bertepatan dengan Prinsip Nilai 1Malaysia yang pertama, iaitu ’Budaya Kecemerlangan’.
· Al-Wasthiyyah Adalah Pusat Kesatuan. Pusat daerah selalu berada di tengah-tengah. Setiap garis yang datang dari sekelilingnya akan bertemu di titik pertengahan. Di sinilah kebiasaannya diadakan pusat bandar, pusat pelabuhan , tempat pertemuan dan juga berbagai perkara lagi yang menjadi pusat kesatuan untuk pelbagai aktiviti sosial, pendidikan, perdagangan dan sebagainya. Prinsip ’Pusat Kesatuan’ dalam wasatyiah ini bertepatan dengan Prinsip Nilai 1Malaysia yang ke-5, iaitu ’Kesetiaan’.
Demikianlah antara konsep wasthiyyah (keseimbangan) yang menjadi teras kepada Gagasan 1Malaysia yang bertepatan dengan prinsip-prinsip kesyumulan Islam, di mana ianya dapat membedakan keistimewaan ajaran Islam berbanding dengan ajaran-ajaran agama ciptaan manusia di dunia ini. Ianya merupakan satu keseimbangan yang diperakui oleh seluruh umat dan masyarakat antarabangsa di dunia ini untuk memberi hak-hak individu dan juga masyarakat pelbagai kaum dan agama tanpa mengurang dan juga melebihkan kepentingan antara keperluan individu dan kolektif.