Translate

Tuesday, 7 July 2009

PAS PARTI SERPIHAN UMNO- asalnya SAYAP KANAN UMNO

1. Ceritanya begini..! Satu persidangan ulama telah diadakan di Muar, Johor pada tahun 1950 yang dipengerusikan oleh Tuan Hj Mohd Noh Umar yang bertujuan untuk memikirkan pembangunan Islam di negara ini. Persidangan ini dianjurkan oleh UMNO di bawah kepimpinan Dato' Onn Jaafar. Persidangan itu telah menghasilkan pertubuhan Persatuan Islam Semalaya atau PAS sebagai salah satu sayap UMNO di dalam menggerakkan agenda perjuangan agama, bangsa dan tanah air di mana program utamanya ialah memerdekakan negara daripada penjajah.

2. Persidangan itu juga turut menonjolkan seorang tokoh ulama daripada terengganu iaitu Tuan Hj Ahmad Fuad Hasan yang kemudiannya menduduki jawatan penting di dalam UMNO sebagai ahli MKT dan rapat dengan Presiden Parti, Dato' Onn Jaafar- Hj Ahmad Fuad turut mengetuai sayap ulama di dalam UMNO iaitu PAS.

3. Apabila berlaku krisis di dalam UMNO yang membawa kepada perletakan jawatan Dato' Onn daripada Presiden UMNO, maka Hj Ahmad Fuad menjadi salah seorang daripada calon Presiden bagi menggantikan Dato' Onn, di samping Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj dan Dato' Zainal Abidin. Akhirnya Tunku Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden UMNO setelah mengalahkan Hj Ahmad Fuad dan calonlain.

4. Nak tahu apa yang berlaku selepas pemilihan ini..! Hj Ahmad Fuad tidak menerima kekalahan itu dengan hati terbuka sebaliknya beliau keluar daripada UMNO dan membawa bersamanya Persatuan Islam SeMalaya (PAS). Pada tahun 1951 PAS ditubuhkan sebagai pertubuhan yang berasingan daripada UMNO sebagai sebuah parti politik baru, iaitu parti serpihan UMNO. PAS ditubuhkan bukanlah hasil daripada permuafakatan persatuan-persatuan melayu dan ulama dari seluruh tanah air, sebaliknya ia ditubuhkan hasil daripada kekecewaan pemimpinnya Tn Hj Ahmad Fuad yang kalah bertanding jawatan Presiden UMNO dengan Tunku Abdul Rahman.

5. Kekecewaan ini telah menjadi faktor utama wujudnya parti-parti serpihan dalam arena politik tanah air. Serpihan ini telah menyebabkan UMNO telah menjadi sedikit sumbing dan pincang. Walaupun kesumbingan UMNO akibat daripada perpecahan ini boleh dibaiki, tetapi serpihan yang membawa parti induk menjadi sumbing ini adalah fenomena yang negatif dan memudharatkan kesatuan umat Islam di dalam UMNO untuk memartabatkan agama, bangsa dan kemerdekaan Malaya pada ketika itu.

6. Jika sesuatu perjuangan itu didokong oleh niat yang buruk dan 'ada udang di sebalik batu' dan 'pepat di luar dan rincung di dalam', maka ianya akan membawa kepada kemusnahan dan kehancuran. Sabda Nabi SAW, yang bermaksud: " Hanyalah amalan-amalan itu mengikut apa yang ia niatkan". Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumiddin menyebut sepotong hadis yang bermaksud: " Manusia semuanya binasa melainkan orang yang berilmu, orang-orang berilmu semuanya binasa melainkan orang-orang yang beramal dengan ilmunya, dan orang-orang yang beramal semuanya juga akan binasa melainkan orang-orang yang ikhlas di dalam amalannya dan orang-orang Ikhlas itu berhadapan dengan cabaran besar".

7.
PAS sepatutnya bersikap jujur dan ikhlas dalam perjuangan politiknya apabila ia membawa nama Islam dan mendakwa mmeperjuangkan Islam. Kenapa PAS tak mahu bekerjasama dengan UMNO..? Kenapa PAS boleh bekerjasama dengan DAP dan HINDRAF....? Jawabnya ialah kerana mereka mempunyai sifat dendam dengan UMNO, sama dengan orang Arab jahiliah yang taasub dengan kabilahnya di zaman Arab jahiliyah di Mekah. Mereka sanggup berperang dan bermusuh dengan kabilah lain akibat seekor unta yang mati di bunuh oleh puak lain sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. Inilah di afahaman asobiyah yang ditentang oleh Islam dan kalau mati, maka matinya adalah mati jahiliyah.

Tulisan akan datang, saya akan membicarakan pula tentang penyelewengan PAS dari sudut agama, syariat dan kemasyarakatan. Tunggu...!

Monday, 6 July 2009

APASAL LIM GUAN ENG MINTA KERAJAAN PUSAT YANG ZALIM DAN KORUPSI UNTUK SELEASI ISU KG. BUAH PALA..?

1. 23 orang keluarga setinggan di kampung Buah pala, Penang dah mula mengamuk dengan Kerajaan pakatan Rakyat P.Pinang kerana tanah yang diduduki mereka sejak hampir 100 tahun dulu, nak dibangunkan oleh pihak pemaju, iaitu Koperasi pegawai-pegawai kerajaan Negeri.P.Pinang.

2. Baru Lim Guan Eng (DAP) tahu dan sedar tentang perangai kaum kerabat HINDRAF di Penang. Timbalan Ketua Menteri 2 (Hindraf) pun tak berani turun padang untuk selesaikan masalah penduduk kampung Hindraf ini.

3. Tiba-tiba Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengatakan bahawa kerajaan negeri tak mampu nak bayar pampasan kepada pemaju untuk membatalkan projek tersebut. Senang-senang pulak dia suruh kerajaan pusat tolong selesaikan masalah penduduk hindraf ni dengan nilai lebih RM 100 juta untuk membayar harga tanah ni pada pemaju sebagai ganti rugi. Dan tanah ini pula diserahkan hak milik pada 23 keluarga hindraf ni. Buat apa kerajaan pusat nak bantu pula, puak-puak hindraf ni bukannya tahu bersyukur kepada BN. Merekalah menjadi penyebab kepada jatuhnya Kerajaan BN di Selangor, Perak, Kedah dan Penang. Lepas tu, bila Menteri Dalam Negeri membebaskan 5 orang HIndraf dari tahanan ISA, salah seorang dari mereka menjawab bahawa dia tak perlu beterima kasih kepada kerajaan.

4. Yang saya hairan dan terkejut beruk ialah, bagaimana seorang Ketua Menteri Pakatan Rakyat boleh menyerah kalah dalam isu memperjuangkan rakyat ni. Dulu depa kata yang kerajaan BN ni zalim, tak adil, korupsi dan tak pandai tadbir negara dan negeri. Macammana mereka nak suruh kerajaan Zalim dan korupsi untuk bantu mereka selesaikan masalah penduduk Kg Buah Pala ni.

5. Dah terang-terang kerajaan BN ni zalim dan korupsi, hai pasai apa nak beri kepercayaan pula pada BN untuk selesaikan kemelut ini. Carilah pemimpin dan kerajaan yang adil dan berwibawa seperti kerajaan PAS di Kelantan untuk selesaikan masalah rakyat di Penang. PAS dah hampir 20 tahun mentadbir Kelantan dengan adil dan jayanya. Eloklah minta bantuan pada rakan sekutu mereka dari PAS Kelantan untuk bantu penduduk hindraf di Kg. Buah Pala ni. kalau kita serahkan pada BN, nanti mereka ini akan songlap duit rakyat dan akan berlaku penganiayaan pada rakyat. Nak percaya lagi ke pada BN..?

Tuesday, 23 June 2009

KENAPA PAS TAK BERPEGANG TEGUH DENGAN TALI ALLAH?

1. Maksud firman Allah s.w.t dalam surah Ali Imran, ayat 103 : " Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.."

2. Cuba bayangkan..! tak kan di kalangan beratus-ratus para alim ulama di dalam PAS sana yang tak terbaca tentang ayat ini. Kenapalah singkat dan cetek sangat fikiran orang-orang PAS ini sehingga terpaksa berpegang teguh dengan tali Pakatan Rakyat ( PKR dan DAP). Sepatutnya mereka wajib berpegang teguh kepada tali Allah.


3. Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan kita supaya mengenang semula akan nikmat Allah yang dianugerahkan-Nya kepada seluruh umat Islam. Dalam konteks masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia, cuba kita kenang semula bagaimana hebat dan manisnya perpaduan Melayu antara UMNO-PAS pada tahun 1974 sewaktu PAS menyerta Barisan Nasional. Cuba kita ingat semula bagaimana kenyataan Tok Guru Nik Aziz selaku Ketua Dewan Ulama PAS pada tahun 1974, katanya : " Perpaduan UMNO-PAS dalam Barisan adalah suatu nikmat besar Allah yang dianugerahkan kepada kita". Bukankah Allah memerintahkan kita dalam ayat 103, Surah Ali Imran ini supaya mengenang semula nikmat perpaduan yang terjalin antara kita. Kenapa parta pemimpin PAS ni dok sibuk bercakap dan mengungkit-ngungkit soal PAS dipecat keluar daripada barisan pada tahun 1978..? Cuba kita ingatkan kenangan manis pada tahun 1974..!

4. Samalah macam suami isteri yang hidup bersama dan berkahwin selama hampir 5 tahun. Kemudian si isteri tadi telah diceraikan oleh suami. Kenapa si isteri ni asyik terkenangkan soal sejarah perceraian mereka sahaja. Tak kanlah tak ada kebaikan yang dilakukan oleh suaminya selama 5 tahun mereka bersama.

5. Selagi PAS berpegang teguh dengan tali DAP (Lim Kit Siang dan Karpal Singh), dan tidak berpegang teguh kepada tali Allah, maka selagi itulah PAS akan tersesat daripada petunjuk Allah s.w.t. Mafhum firman Allah: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu menjadikan Allah sebagai pemimpin (petunjuknya) untuk keluar daripada jalan kegelapan menuju kepada jalan kebenaran. Sebaliknya orang-orang kafir itu menjadikan thaghut itu sebagai pemimpin mereka yang mengeluarkan kehidupan mereka daripada cahaya (kebenaran) kepada kegelapan. Kenapa para pemimpin PAS mengikut telunjuk orang-orang kafir yang memusuhi Islam seperti DAP dan hindraf dalam PKR..? Sah dan jelas bahawa tok-tok guru dan ulama PAS telah disesatkan oleh thaghut yang dicipta oleh mereka sendiri. Dulu PAS kata UMNO thaghut. Sekarang 'thaghut' dikembalikan kepada PAS. Inilah sebenarnya pengertian 'Thaghut'.

6. PAS ( Parti Ajaran Sesat ) , thaghut lagi menthaghutkan..! Kalau tak percaya kita jumpa di Padang mahsyar nanti, kita tengok parti mana yang thaghut..? Dah tentulah orang yang menolak saudaranya yang Islam sebagai kawan dan bermusuh dengan saudara seagamanya lebih daripada 3 hari akan masuk ke neraka. Sabda Nabi, bermaksud, tidak akan masuk syurga bagi siapa yang memutuskan silatur-rahim. Sejak tahun 1978 hingga kini, dah lebih 31 tahun PAS bermusuhan dengan UMNO, lebih daripada 3 hari tu..! Apa ke jadahnya ni. Dah berapa ramai orang UMNO dikafirkan oleh PAS..? Inipun nak disanjung sebagai parti Islam dan berjuang untuk Islam? Hanya orang yang buta hati dan yang buta jiwanya sahaja yang sanggup bersekongkol dengan kesesatan fahaman politik sempit PAS..

Friday, 19 June 2009

BERKAWAN DENGAN DAP LEBIH AFDHAL DRPD UMNO..!

1. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, orang Melayu dan Islam di negara ini telah mula sedar tentang pentingnya perpaduan sesama mereka. Hasilnya, Allahyarham Tun Razak telah berjaya membawa masuk PAS ke dalam pakatan barisan Nasional bersama-sama dengan Parti gerakan. Inilah kehebatan para pemimpin PAS ketika itu yang dipimpin oleh Dato' Asri Muda. Walaupun Dato' Asri sebelum itu amat memusuhi UMNO dan berlaku fatwa mengkafirkan UMNO di zaman Asri, tetapi dengan kesedaran kebangsaan dan juga semangat keislaman tulen yang ada dalam dirinya telah membuka pintu hatinya untuk bersama-sama dengan UMNO menubuhkan Barisan Nasional.

2. Berbeza dengan tokoh-tokoh PAS, terutamanya Tok Guru Nik Aziz pada masa kini. Kelompok yang dibawah dagu Nik Aziz begitu angkuh dan sombong sekali menentang idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden dan Timbalan Presiden PAS sendiri. Bayangkan bagaimana sukarnya nak menyatupadukan perpaduan antara UMNO dan PAS di negara ini. Idea Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh pemimpin tertinggi PAS sendiri dianggap sebagai sampah dan Tok Guru Nik Aziz sendiri mencabar pula Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasaruddin agar meletakkan jawatan Ahli Parlimen Bachok dan Timbalan Presiden PAS dan menggesanya masuk UMNO jika berdegil mahu berbincang dengan UMNO untuk tubuhkan kerajaan perpaduan.

3. kalau idea dari pak sheikh mereka sendiripun dimasuk bakul sampahkan, apatah lagi kalau idea perpaduan ini datangnya daripada Presiden UMNo sendiri, dah tentu Nik Aziz akan ganyang idea perpaduan ini habis-habisan. Inilah PAS, jika terdapat sesetengah pemimpinnya yang nak bersama UMNO maka ianya akan dituduh sebagai boneka UMNO dan sampah dalam PAS. Bagaimana pula dengan idea pakatan pembangkang dalam PR yang terdiri daripada PKR-DAP-PAS. Kenapa tak ada mana-mana tok guru dalam PAS yang berani menghentam pakatan ini dengan mengatakan bahawa pemimpin yang mempertahankan Pakatan Rakyat adalah boneka kepada DAP dan PKR. Apa bezanya..?

4. Pada pandangan saya, kalau YB. Nasharuddin dituduh oleh NIk Aziz sebagai boneka UMNO dan sampah dalam PAS, maka saya boleh membuat analogi yang sama terhadap Tok Guru Nik Aziz bahawa Nik Aziz adalah boneka dan juga puppet kepada DAP dan PKR. Betul tak.?

Tuesday, 16 June 2009

INFLUENZA 'BUBAR DUN' MENYERANG YB NIZAR

1. Demam selsema baru yang dikenali sebagai 'Influenza Bubar DUN' telah menyerang 10 orang ahli Parlimen PAS dan DAP di parlimen semalam. Demam selsema ini telah dikenalpasti berpunca daripada peluh dan najis babi. Ianya boleh berjangkit kepada seseorang yang berkawan dengan mana-mana ahli DAP yang memakan babi.

2. YB. Nizar telah disahkan positif 'Influenza BUbar DUN' sewaktu menghadiri sidang Parlimen pada 15 Jun, semalam. Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah mengesahkannya menerusi doktor khas parlimen yang bertugas 24 jam di parlimen sepanjang persidangan. Turut dijangkiti demam ini ialah 9 orang ahli parlimen lain. Mereka ke semuanya telah diarahkan keluar dewan dan telah dikuarantin untuk sesuatu jangka masa tertentu supaya ianya tidak merebak kepada ahli parlimen lain dan tidak menjadi wabak yang menular di seluruh negara.

3. Antara tanda-tanda orang yang dijangkiti demam ini ialah, mereka akan memakai kain lilit di kepala dengan tulisan 'BUBAR DUN'. Orang ini juga jika meminjam kereta orang lain maka ia akan enggan untuk memulangkannya kerana berlaku hilang ingatan. Mereka juga akan sanggup berbaring dijalan raya pada waktu panas terik kerana fikiran mereka meracau-racau. Mereka juga amat suka bercakap-cakap dan berbincang perkara-perkara yang pelik dan aneh di bawah pokok yang rendang. Demam ini hanya akan berjangkit melalui sentuhan tangan dengan ahli-ahgli DAP yang memakan babi sahaja.

4. Awas..! jika anda dihinggapi demam selsema jenis ini, maka cepat-cepatlan pergi berjumpa dengan Tuan Guru Hadi Awang ataupun Ustaz Nasaruddin Mat Isa untuk mendapatkan 'air jampi' ( air tawar). Hanya melalui jampi 'air tawar' yang dibaca oleh kedua pemimpin ini sahaja yang boleh menyembuhkan demam selsema ini. Kalau masih lagi tidak sembuh, dan kritikal maka anda atau sesiapa yang yang disahkan menghidap demam ini, maka adalah dinasihatkan agar dapat berjumpa dengan CHIN PENG. Hanya Chin Peng sahaja yang ada antibiotik ataupun virus yang boleh melawan penyakit ini.

Thursday, 4 June 2009

PERLEMBAGAAN MALAYSIA BERTERASKAN KEMELAYUAN, KEISLAMAN DAN KESULTANAN MELAYU

1. Saya telah dijemput oleh JAKIM menghadiri KOnvensyen Pemantapan Dasar Nilai-Nilai Murni Dalam Perkhidmatan Awam 2009 pada 2 Jun di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Ucaptama di konvensyen ini telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

2. Semasa Sesi Diskusi tentang Gagasan Satu Malaysia, salah seorang ahli panel iaitu Dato' faiza Thamby Chik dari Universiti Sains Islam Malaysia (bekas Hakim), telah memberi ulasan beliau mengenai konsep 1 Malaysia dari sudut Perlembagaan negara.

3. Beliau telah menjelaskan bahawa konsep Satu Malaysia tidak boleh lari dan menyimpang daripada prinsip asas Perlembagaan Malaysia yang telah dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu dan Queens Elizaberth yang dirangka oleh Reid Commission sewaktu menggubal Perlembagaan negara ketika Malaya mencapai kemerdekaan pada 1957. Satu Malaysia bermakna bahawa kita mesti mengikut acuan Malaysia yang mana melayu adalah ' the son of the soil' (pribimu) kepada negara ini.

4. Jelasnya lagi"Kemerdekan Tanah Melayu berbeza dengan sejarah kemerdekaan Amerika dan Australia. Ini kerana di Amerika dan Australia, kemerdekaan negara mereka diperjuangkan oleh kelompok golongan imigran yang menjadi pendatang ke negara berkenaan dan penduduk tempatan di Amerika dan Australia tidak pernah berjuaang untuk memerdekakan tanahair mereka sendiri. Justeru, perlembagaan dan juga perundangan yang dibentuk di negara-negara berkenaan adalah berteraskan kepada kepentingan kaum pendatang (imigran)."

5. Ujarnya lagi "di Tanah Melayu amat berbeza di mana kemerdekaan negara ini diperjuangkan sepenuhnya oleh penduduk tempatan (pribumi) yang terdiri dari kalangan kaum Melayu. Kaum pendatang tidak bersama-sama dengan penduduk tempatan pada awal menuntut kemerdekaan Tanah melayu selepas tamatnya pendudukan Jepun pada tahun 1945. Kaum pendatang seperti Cina dan India hanya bersama-sama dengan kaum Melayu untuk menuntut kemerdekaan pada tahun 1955". Itulah sebabnya maka penggubalan Perlembagaan negara pada ketika negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip kemelayuan, keislaman dan kesultanan raja-raja melayu.

6. Itulah sebabnya Perlembagan negara telah memberi perlindungan (to save guard) kepada kepentingan Raja-Raja Melayu, Hak Istimewa Orang Melayu dan juga Islam sebagai Agama Persekutuan.

7. Sehubungan itu, Dato' Faiza Thamby Chik menegaskan bahawa gagasan Satu Malaysia yang hendak dilaksanakan oleh Kepimpinan Negara masa kini mestilah tidak jauh menyimpang daripada Perlembagaan Negara, khasnya perkara-perkara yang berkaitan dengan kepentingan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.


Thursday, 21 May 2009

SATU MALAYSIA-SELARAS DENGAN PIAGAM MADINAH?

Sirah Rasululah Menjadi Pedoman

Apakah asas dan juga teras kepada gagasan ‘Satu Malaysia’ yang dikemukakan oleh Dato’ Sri Najib Razak ? Adakah ianya bersumberkan Syariah ataupun berkiblatkan kepada ideologi DAP?

Mungkin ramai yang tidak peka dengan ucapan Dato’ Sri Najib ketika berucap merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pada 24 Mac 2009. Di sini saya ingin mengimbas kembali ucapan tersebut, katanya: “Dalam tradisi Melayu Islam, apabila sesat di tengah jalan kita dianjurkan kembalilah semula ke pangkalnya melalui proses muhasabah dan introspeksi. Oleh itu, sempena bulan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita mengambil semangat dan pengajaran dari perjalanan sirah Baginda sebagai contoh pemimpin transformasi yang teragung. Baginda telah berjaya memimpin dan mentarbiah masyarakat jahiliah yang diliputi kegelapan menuju sinar ketamadunan”.

Dalam ucapannya di majlis tersebut juga, beliau telah menceritakan sirah Rasulullah semasa hijrah tentang bagaimana baginda telah menyatukan antara kaum Auz dan Khazraj. Kemudian mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar. Selepas itu menyatupadukan pula orang-orang Islam dan bukan Islam. Semua ini dilakukan kerana Rasulullah menyedari peri pentingnya perpaduan sebagai asas kota Madinah ketika itu.

Seterusnya Dato’ Sri Najib menghuraikan antara nilai-nilai utama yang menentukan maju mundur sesuatu bangsa itu, antaranya adalah muafakat, berdisiplin, menghormati waktu, mengotakan janji, dedikasi kepada tugas, pelaksanaan yang cekap, ketekunan bekerja dan meletakkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan diri. Inilah sebenarnya nilai-nilai sarwajagat Islam yang telah diterapkan oleh Rasulullah dalam membimbing umat mencapai “al-falah”.

Lantaran itu, maka dalam ucapan penggulungan Persidangan Agung UMNO pada 28 Mac 2009, Dato’ Sri Najib yang baru mengambil alih jawatan Presiden UMNO pada persidangan tersebut telah berikrar dan beriltizam di hadapan Perwakilan UMNO bahawa beliau akan mendaulatkan agenda Islam serta mempertingkatkan penghayatan dan pelaksanaannya di semua sudut, termasuk rohani, ekonomi, sosial, mahupun budaya hidup. Tegasnya lagi, usaha untuk mengembangkan syiar Islam tidak akan pernah kunjung padam dan akan teruskan perjuangan untuk mendaulatkan agama Islam.

Inilah ikrar dan juga iltizam seorang Presiden sebuah pertubuhan siasah Islam yang terbesar di negara ini untuk meletakkan kepentingan Islam dan maslahah umum mengatasi kepentingan peribadi sebagaimana yang telah diterapkan oleh Rasulullah dalam memimpin serta membimbing umatnya mencapai kejayaan ”al-falah”; hasanah di dunia dan hasanah di akhirat.

Perkara sama ini juga telah diperjelas dan diperteguhkan oleh Dato’ Sri Najib di hadapan pegawai kerajaan dan penjawat awam dalam ucapan perdananya di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-10, 28 April yang lalu, katanya : ”Dalam hal konsep rakyat didahulukan ini, marilah kita merenung sirah Rasulullah SAW sebagai pemimpin yang agung, betapa Baginda dengan prihatinnya meletakkan keutamaan yang tinggi kepada kepentingan dan kebajikan masyarakat sehinggakan di saat-saat akhir riwayat baginda, kalimah yang diucapkan adalah ‘umatku, umatku, umatku’.

Selanjutnya, selaku Perdana Menteri yang baru, Dato’ Sri Najib mengajak dan menyeru seluruh kakitangan perkhidmatan awam agar mengambil pengajaran daripada kepimpinan Rasulullah yang sangat kasih dan penyayang kepada seluruh umat dalam mengangkat kepentingan rakyat dalam khidmat masing-masing.

Seperti apa yang diungkapkan oleh Dato’ Sri Najib kepada Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebelum ini (24 April 2009-Dewan Merdeka, PWTC) iaitu, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah daripada sikap-sikap mazmumah kepada sikap-sikap mahmudah. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin bekerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat. Berubahlah, jika tidak, kita rebah.

Adalah jelas dan meyakinkan kita bahawa konsep ’Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang digagaskan oleh Dato’ Sri Najib adalah satu gagasan dan juga falsafah yang bersumberkan kepada sirah Rasulullah . Bersesuaian dan bertepatan dengan risalah Islam dan dakwah yang dibawa oleh Rasulullah yang mana Islam itu untuk ’rahmatan lil-alamain’ ( rahmat sekelian alam).