Translate

Friday, 13 February 2009

KARPAL SINGH PEJUANG DAN PEMBELA ISLAM

1. Saya amat hairan dengan tingkah laku orang-orang melayu khasnya UMNO di Perak dan di seluruh negara amnya. Kenapa mereka sibuk dan gege sangat memprotes dan menghukum Karpal Singh sebagai penderhaka dan mendesak pihak Peguam Negara supaya mendakwanya di bawah Akta hasutan dan mendesak kerajaan supaya menghumbannya ke dalam ISA.

2. Saya tidak nampak apa rasionalnya para pemimpin UMNO, Khasnya Pemuda UMNO yang pada setiap hari membuat laporan polis dan berarak dengan bermacam-macam sepanduk untuk mengecam Mr Karpal Singh yang kononnya mencabar kuasa Sultan Perak.

3. Saya sebenarnya merasa insaf dan sedar bahawa selama ini yang menderhaka kepada Sultan Perak bukannya Mr Karpal Singh, tetapi para pemimpin UMNO. Tak sepatutnya kita melontarkan tuduhan melulu kepada Karpal ni. Sedarkah kita bahawa Karpal S adalah satu-satunya pemimpin DAP dan juga pemimpin bukan Islam yang begitu kuat semangat perjuangannya untuk membantu Islam khasnya PAS.

4. Karpal S begitu kuat semangatnya mempertahankan undang-undang hudud yang nak dilaksanakan oleh PAS. Tidak ada orang lain yang seberani Karpal S yang sanggup mati demi untuk mempertahankan Islam yang dibawa oleh PAS. Nak dibandingkan dengan Mat Sabu, Mr Karpal S lebih tinggi semangat juangnya dalam gerakan Islam. Beliau pernah mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang nak menghalang PAS daripada melaksanakan hukum hudud maka beliaulah orangnya yang sanggup mati demi mempertahankan hukum Islam. Seperti katanya: " Langkah mayat saya dulu kalau siapa yang berani halang hukum hudud".

5. Inilah kehebatan MR. Karpal S dalam memperjuangkan Islam bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat. Sebab itulah PAS yang memang terkenal dengan perjuangan Islamnya sanggup mempertahankan kerajaan DAP Perak. Apa yang dilakukan oleh YB Nizar ( bekas MB) ialah untuk mengembalikan semula kerajaan DAP di Perak. Ini kerana DAP yang di pengerusikan oleh Karpal Singh lebih terserlah keislamannya serta perjuangan dakwahnya untuk menegakkan negara Islam di Malaysia berbanding dengan UMNO. Sebab itu PAS sanggup bekerjasama dengan DAP membentuk kerajaan campuran di Perak berbanding dengan bekerjasama dengan UMNO. UMNO tidak berjuang untuk Islam dan UMNO menentang hukum hudud.

6. Itu sebabnya sayapun sependapat dengan para pemimpin PAS bahawa Islam di Malaysia ini hanya dapat ditegakkan jika DAP dapat memerintah negara ini. Saya yakin bahawa DAP akan memberi peluang kepada PAS untuk memperjuangkan agenda islam dan hukum hudud di negara ini jika kuasa politik dikuasai oleh DAP.

7. Oleh itu, saya nasihatkan para penyokong UMNO supaya menghentikan segera tindakan menghina Karpal Singh dan menuduhnya sebagai penderhaka. Beliaulah seorang pejuang Islam yang boleh menyatupadukan orang melayu dan pelbagai agama di Malaysia ini di masa akan datang..! Kepada orang-orang PAS dan PKR, marilah sama-sama kita mempertahankan maruah Mr Karpal Singh demi agama, bangsa dan negara..? Supaya nanti, anak cucu cicit kita akan mengenang jasa kita dan karpal singh dalam membantu menegakkan Islam di negara ini..?

Tuesday, 10 February 2009

UMNO RASUAH MALAIKAT MAUT DI BUKIT GANTANG

1. Saya tersentak dan terus mengucapkan 'astaghafirullahil azim'. Terkejut saya dengan gurauan seorang rakan yang sering berblogging dengan saya. Tuan/Puan nak tahu, apa yang diperkatakannya..?

2. Begini ceritanya, dia tanya pulak pada saya agaknya berapa juta yang telah dibelanjakan oleh UMNO Perak untuk merasuah malaikat maut supaya mencabut nyawa MP Bukit Gantang (Allahyarham) supaya satu Pilihanraya Kecil boleh diadakan.? Zaman ni UMNO memang terkenal dengan membeli undi, merasuah pengundi, merasuah ataupun menyogok ADUN Pembangkang untuk menyertai UMNO (BN). setakat ini katanya, UMNO hanya berjaya memperdaya ADUN PKR dan DAP sahaja untuk melompat keluar Pakatan Rakyat dan menyertai BN.

3. Katanya Lagi :"UMNO masih gagal lagi untuk membeli calon-calon PAS. Sebab itulah maka UMNO telah menggunakan strategi barunya dengan menyogok pula malaikat maut supaya mencabut nyawa wakil rakyat PAS supaya satu Pilihanraya Kecil diadakan untuk membolehkan UMNO merampas kerusi berkenaan daripada PAS".

4. Sayapun menasihatinya supaya jangan mempermainkan-mainkan soal ajal dan maut. Jangan mempersenda-sendakan tentang kematian. Jangan kita membuat tuduhan melulu kepada UMNO sehingga kita tidak berfikiran rasional, hingga tergamak mempermainkan nama malaikat Maut ( Izrael) dalam kancah kegawatan politik di Perak. Saya katakan kepadanya, kalau nak berpolitik sekalipun, janganlah sehingga mempermain-mainkan soal ajal dan maut ini.

5. Lalu rakan blogger saya ini menjawab melalui email yang dihantarkan kepada saya, kata: " Mana tidaknya, sem ua orang dah tak percaya lagi dengan sandiwara UMNO dari dulu sampai sekarang".

6. Saya lagi mengucap panjang dengan apa yang diperkatakannya. Sepatutnya dalam keadaan yang sedemikian kita sepatutnya mensedekahkan "al-fatihah" kepada Allahyarham Roslan ( bekas MP PAS berkenaan). Tak sepatutnya kita sibuk membuat spekulasi tentang kenapa PIlihanraya Kecil ini berlaku dan siapa calonnya. Kalau ada masa, kita ziarahlah keluarganya dan bantulah apa yang patut kepada anak-anaknya yang 11 orang tu.

7. Kepada sidang bloggger yang dihormati sekelian, saya harap agar janganlah kita menjadikan isu dengan kematian wakil rakyat Bukit Gantang ni. Sama-samalah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Aaamin.

Sunday, 8 February 2009

ANWAR BRAHIM TAK LAYAK PIMPIN PAKATAN RAKYAT - KARPAL SINGH


1. Dalam Buletin Jam 8 malam ni di TV3, Mr. Karpal Singh nampaknya marah sungguh dengan Brother Anwar Brahim. Saya petik di sini kata-katanya ketika ditanya oleh pemberita: " Saya sudah banyak bersabar, sekarang saya dah hilang sabar dengan Anwar Brahim, Anwarlah punca kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang. Anwar patut bertaubat. Dia seorang yang tidak bermoral kerana dialah yang memulakan provokasi amalan menerima konsep lompat parti untuk membentuk kerajaan. Anwar tak layak memimpin pakatan rakyat. Orang lain perlu ambil alih sebagai Ketua pakatan Rakyat".

2.
Agaknya berapa juta wang ringgit dibayar oleh Datuk Najib kepada Karpal Singh untuk membuat kenyataan sedemikian...? Apakah Karpal Singh dibayar oleh UMNO untuk mempertikaikan kewibawaan Anwar Ibrahim..? Saya yakin dah tentu orang-orang PAS dan PKR di kampung-kampung akan membuat tuduhan bahawa Karpal Singh sudah dibeli oleh UMNO. Ini kerana Karpal Singh dah tak suka lagi dengan Anwar Ibrahim dan PKR. Karpal dengan tegasnya menyatakan bahawa beliau adalah pengerusi DAP dan semua pemimpin DAP kena dengar dan beri sokongan kepada kenyataannya. Karpal dengan penuh emosi dan bengis telah membuat kenyataan bahawa DAP patut keluar daripada Pakatan Rakyat.

3. Kalau benarlah berlaku seperti yang diputuskan oleh Karpal bahawa DAP mesti keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) maka PR hanya akan tinggal PKR dan PAS sahaja. Karpal benar-benar mahu karam di lautan hindi. Nampaknya, Negeri Selangor tak lama lagi akan kucar kacir dan berlaku perpecahan di kalangan DAP, PKR dan PAS. Jika DAP keluar pakatan Rakyat maka PAS dan PKR selangor dah hilang majoriti dan sokongan ADUN di Selangor. BN akan take over semula Kerajaan Selangor sepertimana di Perak. Lepas ni orang akan salahkan Sultan Selangor pulak.

4. Macamana Karpal boleh tuduh Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang tidak bermoral.. sedangkan selama ini Anwar disanjung dan dipuja oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Takkan lah kerana Anwar memulakan episod menawarkan MP BN melompat parti untuk sokong PR di Parlimen, maka dengan mudah saja Karpal menuduh Anwar seorang yang tidak bermoral. habis selama ni Mr Karpal tak perasan ke dengan provokasi Anwar ni. Tapi setelah DAP gagal untuk memperalatkan PAS dan PKR di Perak maka barulah Mr Karpal sedar yang Anwar ni membuat kerja-kerja yang tidak bermoral sehingga jatuhnya kerajaan DAP yang memperkudakan PKR dan PAS di Perak.

5. Lebih hebat lagi, Mr Karpal telah memberi amaran keras kepada mana-mana individu ataupun pihak yang telah membuat laporan polis ke atasnya tentang kenyataanya untuk menyaman Sultan perak. Katanya : " Saya beri amaran kepada sesiapa yang dah buat laporan polis ke atas saya, kamu akan menerima akibatnya nanti tentang apa yang kamu lakukan, saya akan pastikan kamu akan mendapat susah dan akibat yang buruk".

6.
Hai...! Bengang juga telinga saya mendengarnya secara life di TV3 tadi. Saya rasa tentu ramai yang tengok. Tak kanlah dalam beratus-ratus ribu orang Melayu yang menjadi ahli silat gayung, silat lincah dan bermacam-macam silat melayu lagi tak ada yang berani untuk jumpa Karpal dan menempeleng mulutnya. Habis tinggipun dendanya hanya setakat 2/3 ratus saja. Tak kan tak ada di kalangan ramai suami-suami yang garang terhadap isterinya yang selalu melempang dan menendang isteri di rumah, tidak berani untuk mencari Karpal dan gunakan pula tangan dan kaki yang selama ini melempang dan menendang isteri, untuk kegunaan melempang Karpal pula. Barulah berjasa penangan dan penendang kita. Saya tak suruh tapi saya hanya ingin mencabar siapa di kalangan anda sekelian yang anak jantan dan anak melayu di Malaysia ni .



Saturday, 7 February 2009

PAKATAN RAKYAT : JANGAN SALAHKAN SULTAN PERAK - SALAHKAN DIRI SENDIRI

PKR Celaru

1. Apakah yang akan diperkatakan oleh Ibu Bapa apabila anak-anaknya lari daripada rumah dan menyembunyi diri di rumah orang lain. Sudah tentu ibu bapa yang kehilangan anak ini akan membuat laporan polis dan akan menyalahkan Polis jika anak mereka tidak dapat dikesan dan menyalahkan guru dan para ustaz di sekolah dan tuan-tuan Imam di masjid kerana tidak mendidik anak-anak mereka dengan baik.

2. Jarang sekali kedapatan di kalangan ibu bapa yang menyalahkan diri mereka sendiri di atas tindakan biadap anak-anak mereka melarikan diri daripada rumah. Dan jarang sekali di kalangan ibu bapa yang berterima kasih kepada orang lain yang kebetulan menjumpai anak mereka untuk dijaga dengan selamat daripada menjadi mangsa culik oleh penjahat. Bila terjumpa dengan seseorang yang mengaku menjumpai anaknya, maka sudah tentu ibu bapa ini akan membuat tuduhan yang bermacam-macam ke atas orang lain. Kononnya orang berkenaan telah mempengaruhi anaknya dan meracuni fikiran anaknya sehingga sanggup lari daripada rumah.

3. Cuba kita renungkan pula dengan peristiwa 2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP yang mengisytiharkan diri keluar dariapda Pakatan Rakyat untuk memberi sokongan kepada BN. Dengan pengisytiharan ketiga-tiga ADUN PR ini maka menyebabkan kerajaan PR di Perak tersungkur secara terhormat. Yang anehnya, kenapa pula para pemimpin PR ( PKR-PAS-DAP) meletakkan kesalahan keruntuhan kerajaan PR kepada Sultan Perak..? Kenapa pula mereka melontarkan tuduhan kepada DYMM Sultan Perak yang kononnya Paduka Seri Sultan menafikan mandat rakyat dalam Pilihanraya Umum 12 yang lalu..?

4. Yang bersalah dalam hal ini ialah Dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP itu sendiri yang bertindak menjadi pembelot kepada parti masing-masing ( dengan izin). Kalau benarpun ketiga-tiga mereka ini dianggap sebagai pembelot, adakah wajar bagi PR untuk meletakkan kesalahan ini kepada mereka ini. Sepatutnya kepimpinan tertinggi PKR dan DAP harus meletakkan kesalahan pada diri mereka sendiri kerana gagal mendidik serta mentarbiyah ADUN-ADUN mereka menjadi seorang yang bersemangat kental dan berjiwa patriotik. Cuba contohi ke semua ADUN PAS di Perak, tak ada seorangpun yang termakan dengan pujukan pihak lawan untuk meninggalkan PAS. Kejayaan PAS dalam soal ini amat terpuji.

5. Jadi, saya nasihatkan para pemimpin Pakatan Rakyat supaya di masa-masa akan datang pastikan calon-calon yang dipilih oleh mereka untuk mewakili parti masing-masing dalam Pilihanraya adalah benar-benar seorang yang tetap pendirian dan tidak mudah disogok oleh sesiapapun. Kalau nak marah, marahlah pada ketiga-tiga ADUN mereka yang belot ini. Janganlah nak saman menyaman Sultan Perak pula. Kalau ketiga-tiga ADUN ini tidak belot, mana mungkin Sultan perak menitahkan Nizar jamaluddin ( bekas MB) meletakkan jawatan.

6. Dulu, masa kamu mendapat sokongan 31 kerusi DUN dan BN 28, tak adapun pihak UMNO nak saman Sultan Perak ataupun menyalahkan Sultan Perak di atas perlantikan kamu sekelian sebagai Kerajaan baru di Perak. sekarang tiba pula giliran kamu dinafikan majoriti di DUN, kena terimalah hakikat dan kenyataan. Cuba rujuk semula firman Allah yang bermaksud : " katakanlah bahawa Allah itu memiliki kerajaan, Dialah yang memberi kuasa kepada siapa yang dikehendakinya, dan Dialah juga yang melucutkan jawatan dan kuasa kepada sesiapa yang dikehendakinya ". Tak kan dah lupa ayat ini apabila kita kehilangan kuasa. Masa dapat kuasa dulu, pandai pula kita membaca ayat ini bahawa ini semua adalah kehendak Allah. Kenapa bila kita kehilangan kuasa maka kita tak boleh terima pula ketentuan Allah . Itu sebabnya kita kena percaya kepada Rukun Iman yang ke-6 iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar.

7. Kalau Karpal Singh dan Lim Kit Siang tak faham Qada' Qadar Allah ni kita sedia maklum. Tapi, kalau orang yang bernama Nizar Jamaluddin dan Hadi Awang yang tak faham akan hakikat ini maka saya rasa agak terkilan sedikit. Daripada 17 juta umat Islam di Malaysia ni, kamu adalah salah seorang yang dipilih oleh Allah untuk menjadi Menteri Besar Perak sebelum ini. Kenapa tidak orang lain. Yakin dan percayalah dengan ketentuan Allah s.w.t. Saya doakan agar segala usaha dan juga penat lelah Dato' Seri Nizar jamaluddin yang mentadbir di Negeri Perak selama 11 bulan terdahulu diredhai serta dirahmati oleh Allah. Semoga Allah ampunkan segala kesalahan dan juga dosa selama itu sekiranya ada. Amin..

Thursday, 5 February 2009

KELUAR PARTI HARUS; KELUAR ISLAM HARAM (MURTAD)

1. DSAI pernah mencanangkan bahawa lebih 30 orang Ahli Parlimen BN akan keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008. Semua penyokong pemimpin UMNO dan BN menjadi kelam kabut dan rakyat di seluruh negara juga menjadi tersentak dengan provokasi yang dilakukan oleh DSAI sejak 6 bulan yang lalu. Ianya benar-benar mendebarkan semua pihak terutamanya apabila rombongan Ahli-Ahli Parlimen BN yang melawat Taiwan pada bulan Ramadhan yang lalu diekori dijejaki oleh 3 orang MP PKR, iaitu YB Tian Chua, YB. Saifudin Ismail dan YB Johari Abdul. Gerakan ketiga-tiga MP PKR ini persis seperti pemburu yang mengejar buruannya.

2. Disebabkan begitu genting sangat kedudukan kerajaan BN di peringkat pusat maka timbullah cadangan daripada BN untuk membentangkan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti di parlimen untuk menyekat seseorang ahli parlimen itu melompat ke parti lain. Sebaliknya, ramai di kalangan MP pembangkang yang memberi pandangan bahawa Akta Lompat Parti ini adalah bercangggah dengan hak asasi. Ada juga di kalangan PAS yang berpandangan bahawa melompat parti itu tidak salah dan tidak berdosa kerana ianya bukan perbuatan murtad ataupun keluar Islam. ini kerana pada ketika itu Pakatan Rakyat amat yakin bahawa ramai di kalangan MP BN, terutamanya UMNO akan bersedia untuk melompat ke PKR untuk membolehkan kerajaan baru pimpinan DSAI dibentuk melalui pintu belakang.

3. Pada masa itu mereka langsung tidak sedar bahawa cara terbentuknya kerajaan melalui pintu belakang ini adalah tidak bermoral dan menafikan mandat rakyat yang telah mengundi calon-calon BN dalam Pilihanraya ke-12 yang lalu. Ini kerana, sesiapa sahaja di kalangan Mp UMNO yang melompat ke PKR maka ianya akan menguntungkan Pakatan Rakyat.

4. Sama juga dengan tindakan ADUN Bota pada minggu lepas yang mengisytiharkan keluar UMNo dan menyertai PKR menerusi DSAI. Pada masa itu MB perak, Nizar jamaluddin telah membuat kenyataan bahawa tindakan ADUN Bota itu adalah hak peribadi beliau dan menafikan bahawa ianya satu pengkhianatan. Keluarlah fatwa harus dan boleh di kalangan mereka.

5. Sebaliknya bila 2 orang Exco PKR Perak dan seorang ADUN DAP ( Timbalan Speaker) Negeri Perak mengisytiharkan keluar daripada PKR dan DAP, maka datanglah fatwa dan hukum baru di kalangan mereka yang mengatakan bahawa UMNO telah membeli calon-calon ini dan mereka pula mendesak supaya Akta Lompat Parti ini perlu. Itulah manusia, apabila kerugian berlaku di pihak mereka maka lain pula alasannya.

6. Bagi saya, lompat parti ataupun bubar DUn untuk pilihanraya kecil bukanmenjaqdi persoalan. Sama ada berlaku pembelian calon dengan puluhan juta ringgit juga bukan menjadi perkara pokok. Apa yang penting ialah tentang masa depan Islam dan juga Melayu di Perak. Adakah dengan berlakunya bertukaran kerajaan ini maka orang melayu akan menjadi lemah dan Islam akan terhina di Perak. Siapa yang untuk jika BN memerintah semula Perak.

7. Kerajaan Pakatan Rakyat hanya mempunyai 3 orang ADUN Islam PKR dan 6 orang ADUN PAS. ini bermakna bahawa daripada 31 kerusi DUN Perak yang diterajui oleh Pakatan Rakyat di perak hanyalah dipimpin oleh 9 ADUN Islam dan 22 ADUn bukan Islam. Sebaliknya jika BN ambil alih kerajaan Negeri Perak daripada Pakatan Rakyat maka ADUN Islam dalam Kerajaan BN berjumlah 29 orang dan cina 2 orang. ini bermakna bahawa kuasa kerajaan Perak di bawah BN akan lebih treserlah keislaman dan kemelayuannya berbanding PKR. Takkan lah sifir dan kira-kira mudah ni, tak dapat dibaca oleh pemimpin-pemimpin PAS dan pemimpin melayu PKR.

Sunday, 1 February 2009

HAMAS VS FATAH = PAS VS UMNO : YAHUDI DAN DAP UNTUNG..!



1. Apa yang berlaku antara Hamas dan Fatah di palestin, samalah dengan apa yang berlaku di Malaysia antara PAS dan UMNO sejak merdeka hingga kini. Bezanya, peperangan puak antara Hamas dan fatah membawa kepada pembunuhan dan letupan bom sesama sendiri. Namun PAS dan UMNO masih lagi belum sampai ke tahap peperangan saudara sehingga berlaku pembunuhan.

2. Lihatlah apa yang berlaku di palestin, yahudi telah berjaya merampas tanah dan sebahagian bumi palestin daripada umat Islam palestin. Ini kerana puak-puak yang berada di palestin tu antara hamas dan fatah terus berperang dan bersengketa sesama sendiri.

3. samalah dengan apa yang berlaku di Perak, bila PAS dan UMNO bertelagah dan masing-masing tidak mahu bersatu dan bergabung kuasa bagi membentuk kerajaan PAS-UMNO, akhirnya kerajaan Perak dikuasai oleh DAP, iaitu sebuah parti jelmaan PAP Singapura. PAP Singapura tu pulak adalah agensi zionis di Asia tenggara ni di mana penasihat pertahanannya adalah pegawai tinggi tentera israel Yahudi. Apa guna PAS jadi menteri besar jika tidak mampu untuk menjaga kepentingan melayu dan Islam di negeri Perak.

4. Diam-diam dan tengok-tengok, kerajaan Perak telah mengagihkan geran tanah pajakan 999 tahun kepada penduduk-penduduk kampung baru yang didiami oleh kaum pendatang (asing-cina) yang sebelum ini adalah tanah milik melayu. Kemudian kerajaan Perak pula telah menganugerahkan tanah seluas 1000 ekar kepada sekolah-sekolah kebangsaan Cina di Perak untuk membantu mereka mendapatkan pelaburan dan pendapatan untuk pembangunan sekolah-sekolah cina.

5. Yahudi dapat tanah orang islam di gaza, maka Cina Perak pula telah dapat beribu-ribu ekar tanah milik orang islam di negeri Perak. Tanah yang diperolehi oleh pendatang cina di perak lebih luas dan bernilai lagi berbanding dengan tanah yang diperolehi oleh Yahudi di Gaza, palestin.

6. Ini semua salah siapa,? Jangan salahkan orang cina yang mendatang di sini. Mereka tidak bersalah, memang layak bagi mereka sebagai seorang wareganegara Malaysia untuk memiliki tanah di sini. Tapi, yang sedihnya ialah ini semua angkara perbalahan UMNO-PAS sejak lebih 50 tahun lalu yang tak selesai dan tak pernah cuba diselesaikan oleh kedua-dua belah pihak.

7. Mungkin 10 tahun akan datang, Orang Singapura akan menjajah malaysia ataupun meletakkan seorang pemimpin proksinya di malaysia bagi memenuhi agenda Zionisnya di Asia tenggara ini. Tunggu dan lihat.

Saturday, 17 January 2009

Malaysia Bukan China , India, Amerika maupun Barat - Nakhaie Ahmad

Berikut adalah sedutan Ucaptama Datuk Mohd Nakhaie Ahmad - Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) di Muktamar MAIM yang dirasmikan oleh SPB Yang DiPertuan Agong di PICC, Putrajaya pada 13 Januari 2009.

1. Setelah setengah abad negara ini mencapai kemerdekaan, cita-cita menjadikannya sebuah negara di mana rakyatnya bersatu padu, tidak menampakkan sinar yang jelas. Sebaliknya perkauman membara dan mengeluarkan asap tebal, yang mengaburi pandangan terhadap perpaduan yang hendak dicapai. Apakah bentuk dan corak perpaduan itu, bagaimana perpaduan itu hendak diwujudkan dan bagaimanakah kedudukan hak dan status pelbagai kaum yang hendak disatukan dalam adunan bangsa Malaysia.

2. Bara perkauman yang mengeluarkan asap tebal itu, cuba ditiup oleh sebahagian orang. Mereka bukan sahaja menyebabkan sinar perpaduan bertambah malap. Bahkan berusaha mengaburi pandangan terhadap sejarah. Mereka mengandaikan negara ini bukan milik sesiapa. Semua penduduknya adalah pendatang. Tiada sesiapa yang mempunyai hak ke atasnya. Justeru, semua rakyat adalah sama rata, sama rasa.

3. Hakikatnya, ketika orang-orang Inggeris membawa masuk orang-orang Cina dan India ke negara ini, Tanah Melayu bukan tanah kosong tiada bertuan. Ia bukan tanah gersang tanpa penduduk. Ia bukan bumi kontang tanpa sistem pemerintahan. Ia bukan negeri tanpa raja dan rakyat, tanpa budaya dan ketamadunan, tanpa tradisi ilmu pengetahuan dan adat istiadat. Ia bukan negara tanpa undang-undang dan hukum, tanpa sejarah jatuh bangun dalam peredaran masa dan zaman.

4. Kedatangan orang-orang Barat bermula dengan Portugis, Belanda dan Inggeris adalah sebagai penjajah yang mengalahkan empayar Islam global yang sedang mengalami keruntuhan. Bukannya menakluki sebuah tanah gersang dan gugusan kepulauan kosong tanpa penghuni, tanpa peradaban dan sejarah. Hanya bara perkauman yang mengeluarkan asap tebal, ditiup oleh politik perkauman, cuba menutup pandangan terhadap hakikat sejarah yang nyata ini. Penjajah yang mempunyai kekuatan besar turut mengakui hakikat sejarah itu. Hanya pendatang yang dahulunya merempat, cuba menafikan hakikat sejarah ini, apabila merasakan diri mereka sedikit kuat setelah berjaya menguasai sebahagian besar kekayaan ekonomi negara ini.

5. Penjajah yang menakluki negara ini dan membawa masuk orang-orang Cina dan India yang beragama Buddha dan Hindu, mengakui negara ini adalah negara Melayu, negara Islam yang mengamalkan hukum-hukum Islam dan adat istiadat Melayu sejak dulu. ”Adat (sistem) bersendikan syarak dan syarak bersendikan kitabullah dan sunnah Rasul-Nya.” Negara ini berada dalam rangkaian tamadun Melayu/Islam yang mempunyai hasil-hasil ilmu pengetahuan dan falsafah hidup tersendiri. Negara ini pernah menjadi pusat tamadun besar. Ia bukan tanah kosong yang tidak punyai apa-apa yang hanya didiami orang-orang primitif yang tidak punya peradaban dan tamadun.

6. Tidak ada penghinaan paling besar dan paling memalukan terhadap umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini selain daripada penafian terhadap sejarahnya, menidakkan tamadunnya, memperkecil dan mempersendakan hak-haknya dan menganggapnya pendatang di negara sendiri oleh keturunan kaum-kaum pendatang yang dibawa masuk oleh penjajah.

7. Mereka yang bersuara sumbang menafikan sejarah negara ini, dilahirkan di Malaysia, mewakili mentaliti orang-orang seperti mereka daripada keturunan kaum pendatang. Sebahagian mereka bertanding dalam pilihan raya di kawasan majoriti Melayu dan menang dengan undi orang-orang Melayu. Walaupun dilahirkan di Malaysia, tetapi tebal dengan semangat perkauman. Tidak kedengaran daripada nada suara mereka semangat kemalaysiaan yang cuba dipupuk dan dibelai selama setengah abad ini. Walaupun sebahagian mereka menumpang di kawasan Melayu sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh pengundi-pengundi Melayu, tetapi semangat chauvinism terus menebal. Tiada sedikit pun perasaan untuk membalas budi kepada orang-orang Melayu yang memberi undi untuk mewakili mereka dan tiada sedikit pun tanda mereka memiliki semangat kemalaysiaan. Jika mereka bersemangat Malaysia, tentunya semangat itu terpancar daripada kefahaman terhadap sejarah. Tidak mungkin semangat kemalaysiaan itu tumbuh dalam jiwa orang-orang yang jahil mengenai sejarah negara ini.

8. Di mana salahnya? Orang-orang seperti ini yang lahir di sini dan sudah beberapa generasi menjadi rakyat negara ini, masih tidak bersedia meninggalkan semangat perkauman dan menggantikannya dengan semangat kemalaysiaan. Sedangkan orang-orang Melayu yang sebati dengan sejarah awal tamadun Melayu/Islam dan menjadi sebahagian daripada budaya dan tamadun alam Malayu, sanggup bertolak ansur dan menerima semangat kemalaysiaan itu. Mereka memberi undi sehingga banyak di kalangan orang-orang Cina dan India, menang di kawasan majoriti orang-orang Melayu. Tetapi tolak ansur orang-orang Melayu itu seolah-olah tidak dihargai oleh mereka.

...... Peruntukan perlembagaaan negara ini yang memberikan hak-hak istimewa kepada bumiputera, kedudukan Islam sebagai agama negara, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, kedaulatan raja-raja Melayu dan hak kewarganegaraan kaum bukan bumiputera serta hak kebebasan beragama, adalah asas-asas penting bagi pembentukan negara ini yang menjadi acuan tamadunnya. Inilah negara Malaysia dan acuan pembentukan masa hadapannya. Malaysia bukannya, Amerika Syarikat, bukan negara Inggeris, bukan negara Cina dan bukan India. Malaysia adalah Malaysia yang mempunyai sejarah dan ketamadunannya yang tersendiri. Kita telah membuat pilihan ini. Inilah kita dan kita ingin membina kemajuan dan tamadun mengikut acuan kita sendiri. Jika sesiapa yang tidak suka dengan acuan ini dan lebih menyukai cara Amerika Syarikat, atau England atau Cina atau India, pergilah ke sana dan jadilah imigran di sana.

9. Negara kita bukan negara sekular seperti Amerika Syarikat, India dan Turki. Negara kita ialah negara beragama. Agama negara ini ialah Islam. Islam menjadi agama negara ini, bukan bermula dengan pengisytiharan kemerdekaan. Ia menjadi agama negara ini sejak dahulu lagi, sebelum kemerdekaan dan sebelum penjajah menakluki negara ini. Raja-raja Melayu adalah pelindung agama Islam dan kuasa mengenai Islam menjadi tanggungjawab mereka. Bolehkah, hakikat ini dinafikan dengan begitu mudah, sehingga semua agama di negara ini hendak disamaratakan?

10. Bagaimanapun, penganut agama lain, bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing dan mengembangkan agama itu di kalangan mereka. Tetapi amalan itu hendaklah dilakukan secara aman. Amalan agama yang tidak menghiraukan keamanan dan keselamatan, tidak dibenarkan oleh perlembagaan. Apakah sekatan syarat ini tidak adil? Siapakah yang tidak inginkan keselamatan dan keamanan? Sesiapa sahaja yang mengamalkan ajaran agama, secara melampau sehingga menggugat keamanan dan keselamatan, termasuk penganut agama Islam, tidak dibenarkan. Tidak sesiapa pun yang diberikan kebebasan untuk melakukan kekacauan dan kegiatan yang merosakkan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Apakah sekatan ke atas kebebasan untuk melakukan kejahatan dan kekacauan, melanggar hak asasi manusia?

11. Inilah acuan non-sekular bagi negara ini, yang sekali gus tidak pula sebuah negara teokrasi sebagaimana negara teokrasi dalam sejarah peradaban Barat. Negara ini bukan sebuah negara di bawah penguasaan kelompok teologis yang memonopoli pentafsiran mengenai agama dan mengaplikasikan pentafsiran mereka dalam kehidupan masyarakat dan negara. Negara ini mengamalkan demokrasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan. Acuan negara kita ialah negara beragama yang demokratik yang berpegang kepada prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk rakyat.

12. Adalah jelas kemunculan negara kita berteraskan kemelayuan dan keislaman. Hak-hak istimewa orang-orang Melayu, kedaulatan raja-raja Melayu, Islam sebagai agama negara dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, adalah kerangka kepada kemelayuan dan keislaman negara ini. Ada orang berkata bahawa hak istimewa orang Melayu perlu dihapuskan suatu hari nanti supaya orang Melayu mampu bersaing. Tetapi, bukankah peningkatan keupayaan orang-orang dan kemajuannya yang dicapai sekarang ini berkat adanya hak-hak istimewa itu? Bukankah keupayaan orang Melayu bersaing di peringkat global dalam industri petroleum kerana adanya hak istimewa itu? Adanya hak istimewa orang-orang Melayu, sebenarnya, menjamin kemajuan mereka dan membantu mereka untuk memiliki daya saing.

13. Kita mengharapkan rakyat bukan beragama Islam, turut mendokong acuan pembentukan negara ini dan kerangka kemajuan dan peradabannya, dengan penuh kesedaran bahawa acuan kemajuan dan tamadun yang dibentuk itu, tidak sedikit pun mengurangkan peluang mereka untuk maju dan berjaya. Mereka seharusnya menerima hakikat bahawa mereka menjadi rakyat sebuah negara yang sudah pun mempunyai acuan peradaban dan tamadun yang tersendiri. Mereka seharusnya berusaha menyesuaikan diri dengan bentuk dan corak kehidupan dalam negara ini yang bersumberkan sejarah dan peradaban Melayu/Islam yang tidak mungkin mampu dipinda oleh mereka untuk memuaskan keinginan golongan ekstrem di kalangan mereka. Orang-orang Hindu di negara ini tidak boleh berlagak seperti orang-orang Hindu di India dan orang-orang Buddha tidak boleh berlagak seperti orang-orang Buddha di Cina atau di Thailand.

14. Saya yakin bahawa Badan-badan Amal Islami yang hadir pada hari ini bersependapat dengan saya bahawa kepentingan Islam dan umat Islam tidak akan terbela melainkan di tangan orang-orang Islam sendiri dan acuan kenegaraan dan ketamdunan negara ini, tidak akan dipedulikan melainkan umat Islam sendiri menjadi tonggak kekuatan yang mendokong dan menggerakkannya ke hadapan. Justeru, mereka perlu memperkasakan diri dan perjuangan, dengan pengukuhan jati diri mereka sebagai Muslim yang beriltizam kepada ajaran Islam dan perjuangan menegakkannya, dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan dan dengan kesedaran mendalam bahawa Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Keadilan yang hendak ditegakkan oleh Islam bukan hanya untuk orang Islam, tetapi untuk manusia keseluruhannya. Bagi menegakkan keadilan sejati masyarakat Islam yang beriman dan bertaqwa mestilah berada di tempat kepimpinan dan mempunyai kekuatan yang mampu membela kebenaran dan keadilan. Keunggulan sahsiah umat Islam adalah senjata penting untuk memartabatkan Islam dan meletakkan umatnya sebagai pemimpin yang sebenarnya.