2. Salah satunya ialah menjadikan masyarakat majmuk sebagai sumber kekuatan kepada pembentukan sebuah negara bangsa di Malaysia yang setiap kaum dan agama yang pelbagai di negara ini saling hormat menghormati antara satu sama lain. Inilah kepada pembentukan Kota Madinah yang telah dicorakkan oleh Rasulullah s.a.w sebagai sebuah negara nubuwwah yang meletakkan Islam sebagai Agama rasmi, dalam masa yang sama membenarkan agama-agama lain diamalkan secara aman dan damai di madinah.
3. Cuma, satu perkara yang agak janggal dan mungkin Kerajaan BN telah melakukan kesilapan besar sebelum ini tentang hak kebebasan agama ini. Kebebasan agama yang wujud di madinah bukan berbakna bahawa agama-agama lain bebas untuk mendirikan rumah-rumah ibadat yang berkonsepkan seni binanya kepada ukiran patung-patung berhala di sekeliling rumah ibadah berkenaan. Harus diingat bahawa pada masa kedatangan Islam di madinah, masyarakat di sana telah mengamalkan ajaran agama samawi iaitu agama Nasrani dan Yahudi. Mereka ini mengamalkan agama yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu iaitu ajaran Nabi Isa Dan nabi Daud. Sumber rujukan mereka ialah kitab Injil dan Zabur. Mereka ini terdiri dari kalangan ahli kitab yang mana perempuan-perempuan ahli kitab ini boleh dikahwini oleh lelaki muslim dan halal bagi umat Islam pada ketika itu memakan sembelihan ahli kitab.
4. Kebanyakan pengikut ajaran agama yahudi dan nasrani di madinah ini tidak mengamalkan upacara ibadah dengan menyembah berhala di rumah-rumah ibadah mereka. Mereka tidak mensyirikkan Allah s.w.t. Sebab itulah mereka boleh menerima kepimpinan Rasulullah ketika Rasulullah membentuk sebuah negara Islam Madinah. Di sinilah terletakkan prinsip kebebasan beragama kepada penduduk Kota Madinah. Mereka masih mengamalkan ajaran agama yang berteraskan kepada agama samawi yang tidak menyembah berhala.
5. Berlainan pula dengan penduduk Kota Mekah yang selama Rasulullah berdakwah hampir 13 tahun sebelum hijran ke madinah. Kabilah Arab Mekah pada ketika itu digelar kaum musyrikin Mekah kerana mereka telah menyimpang daripada ajaran agama asal Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kebanyakan keluarga rapat Rasulullah yang berketurunan Quraish masih berpegang teguh kepada ajaran agama Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Sebab itu Rasululah tiada masalah dibesarkan oleh Datuknya Abdul Mutalib dan kemudian oleh bapa saudaranya Abu Talib yang masih berpegang pada ajaran ini. Rasulullah sendiripun tiada masalah duduk serumah dengan bapa Saudaranya Abu Talib yang tidak memeluk agama Islam.
6. Sebaliknya, kebanyakan kaum Quraish dari kabilah lain, mereka ini telah menyimpang daripada ajaran asal nabi Allah Ibrahim dan Ismail di mana mereka telah menyembah berhala dan telah membina patung-patung berhala di sekeliling Ka'abah. Antaranya yang terkenal dan yang paling besar ialah berhala 'Uzza' dan 'Latta'. Mereka tawaf di Ka'abah tetapi dalam masa yang sama menyembah patung berhala 'Latta' dan 'Uzza' ini. Sebab itu mereka ini digelar sebagai kaum Musyrikin Mekah kerana menyembah berhala dan mensyirikkan Allah.
7. Ketika pembukaan Kota Mekah, Rasululah telah mengarahkan tentera-tentera Islam supaya merobohkan berhala-berhala ini dan membersihkan Ka'bah daripada berhala. Ini menunjukan bahawa Rasulullah amat keras dan tegas prinsipnya dari segi menghapuskan penyembahan berhala ini. Kenapa ketika di Kota madinah, tiadak ada usaha untuk menghapuskan berhala-berhala ini. Jawabnya, di madinah tidak ada yang menyembah berhala, kalau adapun hanyalah suatu kaum yang mengamalkan agama menyembah matahari yang disebut sebagai agama 'majusi'. Memang tidak boleh nak dihapuskan matahari ni kerana ianya adalah sebahagian daripada ciptan Allah di dunia ini.
8. Justeru, pada pandangan saya bahwa kelonggaran dan juga kebebasan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri samada yang diperintah oleh BN ataupun PAS (sekarang ini Pakatan Rakyat) , yang membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat agama-agama lain yang berkonsepkan rumah berhala ke pelusuk tempat dan kawasan di merata tempat adalah jauh menyimpang daripada semangat dan ruh Piagam Madinah. harus diingat bahawa rumah-rumah ibadat yang dibenarkan dizaman Rasulullah adalah rumah-rumah ibadat bagi agama-agama samawi seperti Yahudi dan nasrani yang tidak diukir dengan patung-patung berhala di sekeliling bangunan tersebut. Lagipun, bentuk dan juga seni bina rumah ibadah ini tidak dibenarkan dibina melebihi ketinggian menara masjid dan juga tidak dibenarkan ianya ditonjolkan syiarnya melebihi daripada agama Islam.
9. Apa yang berlaku hari ini di Malaysia, terlalu banyak rumah ibadat yang berkonsepkan rumah berhala ini terutamanya bagi rumah ibadah agama hindu dan buddha. Sepatutnya, kita mesti membuat garis panduan bagi pembinaan rumah ibadah ini. Kena buat syarat, kalau nak bina rumah ibadah, maka ianya tidak boleh diukir patung-patung berhala di sekeliling bangunan tersebut. kalau nak diizinkan juga, maka kita beri sedikit kelonggaran agar patung-patung berhala ini hanya boleh dibina di dalam bangunan yang tidak boleh dilihat dari luar. Suruh mereka ikut cara bagaimana pembinaan sebuah gereja, yang mana semua gereja di negara ini dibina tanpa mendirikan patung-patung berhala. Hanya lambang salib sahaja di bina bagi menunjukkan syiar agama kristian.
10. INilah akibatnya apabila umat Islam berpecah dan tidak bersatu sejak dari merdeka sampai kini, kelompok UMNO dan PAS masing-masing nak dapatkan undi dan pengaruh kaum Cina dan India. Maka, sesiapapun yang dapat kuasa pemerintahan negeri, maka mereka terpaksa merelakan pembinaan kuil dan tokong yang berkonsepkan rumah-rumah berhala ini demi untuk menjaga hati dan mempastikan undi kaum India dan cina memihak kepada mereka. Aklhirnya maruah dan kedaulatan agama Islam yang tergadai.
11. saya yakin bahawa mereka yang memegang kuasa sama ada dari kalangan pemimpin UMNO dan PAS ni bukannya tak faham dan tahu tentang perkara ni. Tapi, demi kuasa dan juga jawatan dalam kerajaan maka mereka terpaksa gadaikan Islam. Apa nak jadi negara kita 50 tahun lagi jika rumah-rumah berhala dah terbina setiap daerah, mukim dan kampung. Akhirnya anak-anak kita yang goyah imannya akan turut menjadi syirik satu hari nanti seperti kaum musyrikin Mekah. Mungkin orang Melayu ni masih Islam tetapi ramai yang akan menyembah berhala. Ingatlah, Judi, Arak, Bertenun Nasib dan menyembah berhala itu adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka hendaklah kita jauhi.