1. Memang wajar dan relevan sekali nama pendaftaran Parti Islam Semalaysia ditukarkan kepada nama 'Parti Adat Melayu SeMalaysia'..Satu muktamar khas perlu diadakan sebelum PRU-13 ini bagi membolehkan PAS ditukarkan nama kepada PAMS ( Parti Adat Melayu Semalaysia)..
2. Ini bukan perkara anih dan bukan mengejutkan kerana dalam Muktamar PAS yang lalu, Jun 2011, para perwakilan PAS telah sebulat suara menggugurkan agenda menegakkan negara Islam kepada 'Negara Berkebajikan'..INi bagi memudahkan PAS mendapat sokongan daripada para penyokong DAP dan juga PKR di kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia...
3. Justeru, dengan situasi yang berlaku di Negeri Selangor baru-baru ini di mana fotfolio agama yang selama ini dipegang oleh Exco PAS telah digugurkan daripada tangan EXCO PAS di mana ianya dipegang sendiri oleh MB dari PKR, maka imej PAS sebagai parti yang mendaulat serta memperjuangkan Islam selama ini seperti yang diamanahkan kepada DR Hasan Ali (Mantan Exco PAS) telah dirobek dan dinafikan oleh PKR dan DAP di Selangor..Perkara tentang Hal Ehwal Islam tidak boleh digadai dan diperlekehkan, hal yang berkaitan dengan agama Islam adalah dibawah bidang kuasa negeri di mana Sultan sebagai Ketua Agama..Kerajaan Pusat tidak boleh campurtangan dala hal ehwal agama Islam di negeri-negeri yang bersultan dan beraja seperti negeri Selangor. Sebaliknya EXCO PAS yang baru dilantik YB. Dr Ahmad YUnus hanya diberi tanggungjawab sebagai Exco yang menjaga Adat Melayu, Belia dan Sukan..
4. Saya nak tergelak juga apabila membaca kenyataan Penolong Setiausaha Agung PAS, YB. Datuk Takiyuddin Hasan dalam akhbar hari ini (20 Jan 2012), di mana beliau menyatakan bahawa potfolio agama telah diletakkan terus dibawah MB Selangor yang merupakan dari PKR ini membuktikan bahawa PKR amat mengambil berat tentang hal ehwal agama di Selangor..lucu dan lawak sungguh kenyataan politik yang berbentuk untuk menutupi kekecewaan PAS tentang isu perlantikan ini...Kalau gitu gamaknya, apa akan jadi di Pulau Pinang dalam masa terdekat ini nanti jika LIm Guan Eng Sendiri memegang potfolio agama Islam di P.Pinang..? Saya yakin juga bahawa Tok GUru Nik Aziz akan buat kenyataan bahawa ini bukti yang DAP Pulau Pinang ambil berat tentang hal ehwal agama Islam di Penang.. habis tu apa gunanya PAS ditubuhkan dan PAS menyertai pilihanraya umum..? Adakah matlamat PAS hanya nak tumbangkan UMNO dan lepas tu nak serahkan pentadbiran hal ehwal Islam kepada PKR dan DAP..?
5. Dengan perlantikan Exco PAS sebagai Pengerusi Hal Ehwal Adat Melayu di Selangor, maka saya menyarankan supaya PAS mengadakan satu muktamar khas supaya nama Parti Islam SeMalaysia ditukar kepada Parti Adat Melayu Semalaysia (PAMS)..Barulah sesuai PAS memegang potfolio Adat Melayu di Selangor...kalau PAS tak tukar nama partinya, maka geli gelemanlah Exco baru PAS ni nanti nak bercakap soal adat melayu di Selangor kerana selama ini PAS menentang agenda melayu dan perjuangan untuk membela hak keistimewaan org Melayu dan Raja-Raja Melayu kerana ianya dianggap sebagai satu perjuangan assobiyah...
6. Rasanya sekarang ni PAS dah tak cakap lagi soal assobiyah sebab mereka terpaksa telan bulat-bulat dan telan pahit-pahit najis melayu yang mereka musuhi selama ini..peganglah Exco Adat Melayu ini dengan baik..diharapkan DR Ahmad Yunus dapat memebri kesedaran kepada pimpinan PAS diseluruh negara supaya menjaga dengan betul adat istiadat melayu dan sentiasa berjuangan untuk memperkasakan agenda Melayu seperti peranannya sebagai Exco Adat Melayu di Selangor....nampaknya PAS telah menelan najis dan juga muntah melayu yang dibuangnya selama ini...
Friday, 20 January, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)

